Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PENDAFTARAN TINGKATAN SATU, TAHUN 2014

1.0

PENGENALAN

Penghujung tahun seringkali ditafsirkan sebagai waktu rehat yang


panjang buat para pelajar dan guru. Kesempatan untuk menikmati cuti
selama lebih sebulan biasanya dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk
mencari

ruang

mengadakan

aktiviti

bersama

keluarga

seperti

melancong, beriadah, mengadakan majlis kenduri, atau hanya sekadar


menikmati masa terluang di rumah. Ruang waktu ini biasanya jarang
sekali dimanfaatkan dengan aktiviti yang menjurus ke arah persediaan
untuk menghadapi sesi persekolahan berikutnya, terutama bagi pelajar
di sekolah rendah yang bakal berhijrah ke sekolah menengah. Pelbagai
perkara akan berubah, sama ada dari aspek persekitaran, sistem dan
dasar, lingkungan rakan sebaya yang baru, malah pakaian mereka juga
perlu ditukar baru. Perubahan mendadak ini sering menyebabkan berlaku
sekian banyak kesulitan dan kekeliruan di kalangan pelajar. Persediaan
yang tidak mencukupi untuk menempuhi alam sekolah menengah akan
mengakibatkan mereka mengalami kejutan budaya dan pada akhirnya
membawa kepada rentetan masalah lainnya. Justeru, adalah perlu untuk
mewujudkan satu program yang mendedahkan pelajar dan para ibu bapa
dengan keperluan fizikal pelajar dan hasrat serta wawasan sekolah
terhadap mereka.
2.0

RASIONAL

Hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah menengah, pelajar kadangkala


ibarat rusa masuk kampung. Suasana dan persekitaran baru yang
dihadapi adalah sesuatu yang asing bagi mereka. Justeru, program
Pendaftaran Tingkatan Satu ini wajar dilaksanakan sebagai mengalualukan kehadiran para pelajar baru ini. Menerusi program ini, pelajar dan
para ibu bapa akan dimesrai dengan iklim sekolah menengah, di samping
berpeluang

pula

untuk

mengenali

watak,

keperluan,

dasar

serta

matlamat sekolah ini. Dalam program ini juga, para ibu bapa dan pelajar
akan dibekalkan dengan senarai kelengkapan dan keperluan yang
seharusnya ada pada setiap pelajar dalam usaha untuk memastikan sesi
pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

Semasa

program

pendaftaran

ini

juga,

para

ibu

bapa

berpeluang untuk meleraikan sebarang kekeliruan atau meluahkan apa


jua keresahan yang pada akhirnya diselesaikan dengan baik dan
memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan persekolahan dalam
keadaan tenang dan harmoni, dan seterusnya menjayakan hasrat untuk
melahirkan pelajar yang berbudi luhur dan cemerlang.
3.0

MATLAMAT

Memastikan kesediaan penuh pelajar baru untuk menyesuaikan diri


dengan iklim dan budaya persekolahan menengah.
4.0

OBJEKTIF
4.1

Memastikan

pelajar

yang

ditempatkan

di

sekolah

ini

mendaftar dengan sah dan jelas.


4.2

Memastikan
kelengkapan

ibu

bapa

yang

dapat

menyediakan

secukupnya

mengikut

keperluan

kehendak

peraturan sekolah.
4.3

Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar dan ibu


bapa mengenai matlamat, hasrat, wawasan dan dasar
sekolah secara asas.

4.4

Mendapatkan maklumat penting mengenai pelajar secara


lebih tepat.

5.0

PELAKSANAAN
Tarikh

: 30 Disember 2013 (Isnin)

Masa

: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat

: Perkarangan dan di dalam Dewan Wawasan

Sasaran

6.0

: Semua pelajar baru Tingkatan Satu dan ibu bapa

JAWATANKUASA
Sila rujuk lampiran 1

7.0

KEWANGAN
7.1

Anggaran Perbelanjaan :
7.1.1 Banner makluman

di pagar

7.1.2 Banner dalam Dewan


7.1.3 Banner Selamat Datang

: RM 150.00
: RM 150.00

(4x18)

7.1.4 Jamuan AJK RM 3.00 x 30

: RM 230.00

: RM 90.00

7.1.5 Air minuman RM8.00 x 1 kotak

: RM 8.00

Jumlah : RM 628.00
=============
7.2

Sumber Peruntukan :
7.2.1 Peruntukan PIBG

: RM 530.00

7.2.2 Peruntukan sekolah

: RM 98.00
---------------------Jumlah : RM 628.00

=============
8.0

TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran 2

9.0

PENUTUP

Pelajar Tingkatan Satu merupakan aset penting yang bakal mencorakkan


wajah sekolah di masa hadapan. Mereka adalah ibarat kanvas putih yang
menunggu untuk diwarnakan. Program Pendaftaran Tingkatan Satu ini
merupakan salam awal daripada pihak sekolah untuk mengalu-alukan
kehadiran pelajar-pelajar ini dan merupakan program penjana bagi
program-program

pembangunan

pelajar

yang

seterusnya.

Semoga

program ini berupaya meletakkan satu asas penting dan difahami


dengan sewajarnya oleh para pelajar serta ibu bapa mereka tentang
besarnya harapan dan kehendak sekolah dalam matlamat mencipta
kegemilangan Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik.

Lampiran 1
AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM PENDAFTARAN TINGKATAN SATU, TAHUN 2014

Pengerusi

: En. Md Sharif b Daros

(Pengetua)

Naib Pengerusi

: Pn. Yasmeen bt Abdullah

(PK Pentadbiran)

: Pn. Faridah bt Ismail

(PK HEM)

: .........................................

(PK Kokurikulum)

: En. Abd Halim B. Misran

( PK Tingkatan 6)

: En. Mohd Yunus bin Shafie

(PK Pend. Khas)

Penyelaras

: En Mohamad Hapisol B. Che Pi

( Guru Kaunseling)

Setiausaha

: Cik Siti Zaharah bt Othman

(Guru Kaunseling)

AJK

:-

Sambutan

: En. Mohd Zairi b Md Zain


: Pn. Sakinah bt Abdullah
: Pn. Zeleha bt Ayob
: Pn. Saleha bt Mohd Zainal

Pendaftaran

: Guru Kelas Tingkatan 1

Statistik

: Cik Hanita bt Hamid

Peralatan audio

: En. Amiruddin

Persiapan tempat

: En. Muhairi Shah b. Baharum


: En. Azizan b. Ali

Makanan

: Pn Noor Asheekin Bt. Ali

(GK Bahasa)
(GK Kemanusiaan)
(GK Tek & Vok)
(GK Sains & Math)

(Penyelia tingkatan 1)

(Guru Kaunseling)

Lampiran 2
TENTATIF
PROGRAM PENDAFTARAN TINGKATAN SATU, TAHUN 2014

30 DISEMBER 2013 (KHAMIS)


8.00-8.30 pagi

8.30-9.10 pagi

9.10-10.30 pagi

Semua AJK bersiap sedia.


-Pendaftaran

Semua AJK

Guru kelas tingkatan 1

-edaran soal selidik sarana ibu bapa


Majlis bermula

Guru Kaunseling

-Bacaan doa

Ustaz Amin

-Taklimat PBS

Pn. Nor Aidawati

-Taklimat dan amanat Tn. Pengetua

10.30-11.30 pagi

Pembelian buku tulis dan bersurai

Ajk koperasi

Anda mungkin juga menyukai