Anda di halaman 1dari 3

PERUTUSAN

PENGARAH PELAJARAN NEGERI TERENGGANU


MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH NEGERI TERENGGANU TAHUN 2010
JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YANG BERUSAHA PENGETUA-PENGETUA, GURU-GURU BESAR, GURU-GURU


PENOLONG KANAN, GURU-GURU, KAKITANGAN SOKONGAN, PENGERUSI DAN
AJK PIBG, IBU BAPA / PENJAGA DAN MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T.


kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya sekali lagi kita warga Jabatan Pelajaran
Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah negeri Terengganu dapat menyambut
Hari Guru 2010. Sudah menjadi amalan dan tradisi kepada kita warga pelajaran di
seluruh pelusuk negara meraikan sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei setiap
tahun. Sambutan ini adalah merupakan penghargaan dan penghormatan kepada warga
guru negeri ini sama ada yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara di mana
jua berada atas budi, pengorbanan dan perjuangan yang penuh dedikasi
membangunkan modal insan gemilang untuk melahirkan generasi bangsa terbilang.

Saya mewakli Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu mengucapkan SELAMAT HARI


GURU 2010 kepada seluruh warga guru dan warga sekolah negeri Terengganu Darul
Iman yang bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa. Kementerian Pelajaran
Malaysia sekali lagi memilih ’Guru Pembina Negara Bangsa’ sebagai tema Hari Guru
2010 kerana tema ini amat bertepatan sekali dengan peranan dan tanggungjawab mulia
warga guru menitis ilmu, menitis budi dan memupuk perpaduan di kalangan anak didik
selaras dengan gagasan ’1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’
seperti yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia.
Pada kesempatan ini, saya mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu menyatakan
rasa terhutang budi dan penghormatan dengan merakamkan ucapan setinggi-tinggi
tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua warga guru dan semua warga sekolah
kerana bekerja sehasrat dan bekerja dengan pemikiran menang bersama-sama dengan
saya melayari Bahtera Pendidikan BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI
PENDIDIKAN untuk kejayaan, kemajuan dan pembangunan pendidikan negeri
Terengganu Darul Iman. Menerusi semangat Hari Guru 2010 juga saya menyeru dan
mengajak seluruh warga guru dan warga sekolah negeri Terengganu bersama-sama
merealisasikan Kelestarian Kecemerlangan Pendidikan Negeri Terengganu.

Sekali lagi saya menyeru dan mengajak semua warga guru sebagai agen pembina
negara bangsa menterjemah dan merealisasikan pemikiran besar cetusan idea Yang
Amat Berhormat Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu untuk
menjadikan Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu menerusi agenda Merakyatkan
Pentadbiran Dan Pembangunan agar negeri Terengganu terus unggul dan
mendahului zaman dalam mencipta sejarah kejayaan dan kecemerlangan pendidikan.
Sebagai tanda penghormatan dan akur setia kita warga guru dan warga sekolah negeri
Terengganu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, marilah kita
bangkit serentak, sederap dan sehasrat menunaikan amanah visi dan misi Jabatan
Pelajaran negeri Terengganu bagi menjayakan sasaran Kerajaan Negeri Terengganu

Darul Iman, iaitu 20 10 5 2 selaras dengan hasrat menjadikan Terengganu Negeri


Anjung Ilmu.

Sempena Hari Guru 2010 juga, saya menyeru kepada warga murid negeri Terengganu
supaya menghayati budaya aktif dan lahap belajar dengan memberi penekanan
kepada ’kualiti’, ’kegemilangan’ dan ’kejuaraan’ untuk terus mencipta kejayaan dan
sejarah kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua
Pengetua, Guru Besar dan seluruh warga sekolah negeri Terengganu kerana telah
berjaya mengadakan Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah
sempena Hari Guru 2010.
‘SELAMAT HARI GURU’
’GURU PEMBINA NEGARA BANGSA’
‘TERIMA KASIH CIKGU’

Sekian dan wassalam.

HAJI ARIFFIN BIN HAJI EMBONG


Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Pejabat Pengarah Pelajaran


Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
16 Mei 2010

Anda mungkin juga menyukai