Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN PUSAT PERKHIDMATAN INTERNET (SIBERCAFE)

Posted by celiksiber Labels: Nak Tahu


1)PENGURUSAN
1.1)Pengurusan pusat siber dan cyber cafe hendaklah secara professional oleh
pengurus yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ini.
1.2)Pekerja rakyat asing adalah tidak dibenarkan bekerja di pusat siber dan cyber
cafe.
1.3)Pengusaha pusat siber dan cyber cafe hendaklah mempunyai pekerja yang
mencukupi setiap masa bagi mengawasi setiap aktiviti di pusat siber dan cyber cafe
tersebut.
2)AKTIVITI YANG DIBENARKAN
2.1)Aktiviti utama ataupun core business pusat siber dan cyber cafe adalah
dihadkan kepada aktiviti penyebaran dan mendapat maklumat melalui internet
sahaja. Kegiatan-kegiatan lain adalah tidak dibenarkan sama sekali khususnya
berbentuk hiburan seperti berikut :
Permainan video;
Perjudian;
Gambar-gambar lucah;
Muzik (pipe music);
Penjualan bahan-bahan bercetak khususnya yang mengandungi unsur-unsur
negatif;
dan
Lain-lain aktiviti yang berbentuk hiburan.
2.2)Pengusaha pusat siber dan cyber cafe juga hendaklah bertanggungjawab untuk
memastikan tiada sebarang aktiviti kurang sihat berlaku di pusat siber dan cyber
cafe. Tindakan segera hendaklah diambil sekiranya berlaku aktiviti kurang sihat
tersebut yang melibatkan pelanggan mereka.
3)MASA OPERASI
3.1)Masa operasi bagi pusat siber dan cyber cafe adalah dihadkan kepada pukul
12.00
tengah
malam
sahaja.
3.2)Bagi pengunjung di bawah umur 18 tahun, mereka hanya dibenarkan
mengunjungi pusat siber dan cyber cafe sehingga pukul 10.00 malam sahaja.
4)HAD UMUR PENGUNJUNG
4.1)Pusat siber dan cyber cafe hanya dibuka kepada pengunjung berumur 18 tahun
ke atas. Walaubagaimanapun mereka yang berumur di bawah 18 tahun dibenarkan
mengunjungi pusat siber dan cyber cafe dengan ditemani oleh ibubapa ataupun
penjaga.
4.2)Pelajar yang berpakaian seragam sekolah adalah dilarang memasuki pusat siber
dan cyber cafe.
5)LOKASI
5.1)Pusat siber dan cyber cafe hanya dibenarkan beroperasi di tingkat bawah
bangunan, keadaan premis perlulah terbuka dengan sistem pencahayaan yang
terang
dan
penggunaan
cermin
gelap
adalah
dilarang.
5.2)Kedudukan komputer bagi tujuan melayari internet hendaklah berasingan
daripada aktiviti sampingan yang lain dan ia hendaklah diletakkan dalam ruang
yang
terbuka,
iaitu
tidak
berbilik
dan
tidak
berpintu.
5.3)Pusat siber dan cyber cafe tidak dibenarkan beroperasi berhampiran dengan
kawasan-kawasan sensitif seperti masjid dan lain-lain kawasan yang dirasakan tidak
wajar oleh pegawai pelesenan.
5.4)Lesen yang dikeluarkan oleh PBT hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah
dilihat. Lesen akan dibatalkan jika syarat-syarat yang dinyatakan dalam
garispanduan ini tidak dipatuhi.

6)PENJUALAN MINUMAN KERAS DAN ROKOK


6.1)Penjualan minuman keras dan rokok adalah dilarang sama sekali di pusat siber
dan cyber cafe.
6.2)Pelanggan juga adalah dilarang untuk membawa masuk sebarang minuman
keras dan juga rokok daripada luar.
7)BUTIRAN PELANGGAN
7.1)Pengusaha hendaklah menyediakan buku rekod kemasukan pelanggan untuk
disemak oleh pihak berkuasa pada bila-bila masa.
7.2)Notis pemberitahuan (syarat-syarat kegunaan / peraturan cyber cafe)
hendaklah dipamerkan pada pintu masuk premis termasuk perkara-perkara seperti
berikut :
a) jenis perkhidmatan yang diberi;
b) kadar atau bayaran yang dikenakan;
c) larangan-larangan seperti perjudian, merokok, tayangan bahan-bahan lucah
termasuk muat-turun bahan-bahan tersebut.
8)KEBERSIHAN PREMIS
8.1)Pengusaha pusat siber dan cyber cafe juga hendaklah mengambil perhatian ke
atas aspek-aspek kebersihan dengan menyediakan kemudahan tong sampah dan
tandas awam mencukupi.
8.2)Premis hendaklah menepati syarat-syarat penggunaan dan kelulusan bangunan
yang telah ditetapkan dan sebarang pengubahsuaian ke atas bangunan hendaklah
mendapat kelulusan daripada PBT terlebih dahulu.
8.3)Premis yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
dibenarkan oleh pihak-pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia, Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan.
9)TINDAKAN KE ATAS PREMIS PERNIAGAAN PUSAT SIBER DAN CYBER CAFE
9.1)Tindakan menutup premis perniagaan pusat siber dan cyber cafe akan
dijalankan jika pengusaha pusat siber dan cyber cafe adalah melanggar syaratsyarat
yang
telah
ditetapkan
dalam
garispanduan
ini.
9.2)Kementerian berhak untuk tidak meluluskan / menolak mana-mana permohonan
tanpa memberi apa-apa sebab.
9.3)Permohonan lesen akan ditolak jika terdapat mana-mana premis beroperasi
sebelum
mendapat
kelulusan.
9.4)Kementerian boleh pada bila-bila masa sahaja jika perlu, menghendaki
pengusaha-pengusaha pusat perkhidmatan internet memberi butiran lanjut tentang
perniagaan mereka.
9.5)Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan dan Pihak Berkuasa Tempatan
berhak mengadakan pemeriksaan terhadap premis yang dilesenkan pada bila-bila
masa sahaja.

Anda mungkin juga menyukai