Anda di halaman 1dari 2

Hanafuda (Kad Bunga)

Jika anda bertanya kepada orang Jepun mengenai permainan kad yang
paling popular di negara ini, mereka mungkin akan memilih permainan kad
bridge atau poker sebagai pilihan pertama dan hanafuda yang kedua. Walaupun
permainan kad bridge dan poker tidak popular seperti di Barat, namun sejak
beberapa dekad yang lalu, permainan ini semakin mempunyai ramai peminat.
Hanafuda merupakan permainan kad yang hampir semua orang Jepun tahu untuk
memainkannya, dan sebahagiannya terutama penjudi bermain hanafuda
dengan kerap. Suatu fakta yang memeranjatkan peminat Hanafuda adalah
permainan kad ini bukanlah berasal dari Jepun. Seperti permainan kad yang lain,
Hanafuda adalah permainan yang diimport dari Barat. Namun, Hanafuda telah
menjadi sebahagian daripada budaya orang Jepun sehingga mereka menganggap
Hanafuda adalah milik mereka.
Permainan kad ini dikenali sebagai hanafuda, hanakaruta atau hanaawase.
Kad bunga merupakan permainan pertama yang diperkenalkan di Jepun pada
akhir abad keenam belas oleh pedagang-pedagang Belanda di Nagasaki.
Permainan ini sangat menarik serta mudah dimainkan telah menyebabkan
tukang-tukang tempatan menghasilkan kad versi Jepun. Sepanjang 100 tahun,
ruang untuk bermain hanafuda boleh ditemukan di negara ini. Permainan ini
dimainkan di rumah teh, machiai dan tempat-tempat lain di mana mereka
berkumpul untuk beristirehat.
Walaupun hanafuda mengalami pelbagai perubahan dan perbezaan
serantau pada abad yang berikutnya, ia tetap memerlukan kemahiran dan
bergantung pada nasib untuk menang. Objektif semasa bermain hanafuda ialah
pemain perlu memadankan kad yang ada di atas meja dengan kad yang ada di
dalam tangan mereka sebanyak yang boleh. Tidak seperti permainan kad bridge,
satu dek hanafuda mempunyai 48 kad yang mempunyai 24 kad yang sepadan.
Kad yang sepadan ini mempunyai gambar bunga atau pokok berbunga untuk
setiap bulan tahun tersebut. Disebabkan kad yang sepadan ini mempunyai mata
yang berbeza, hal ini menyebabkan pemarkahan menjadi sukar. Ia juga menjadi
semakin sulit apabila kombinasi kad yang mempunyai mata rendah adalah lebih
bernilai berbanding kad yang mempunyai mata tinggi. Permainan ini nyata tidak
sesuai bagi mereka yang tidak berani mengambil risiko sekiranya untuk berjudi.
Tidak lama selepas diperkenalkan, hanafuda dikaitkan dengan unsur
perjudian dan mengundang jenayah. Hal ini telah menyebabkan Shogun
Tokugawa telah mengeluarkan amaran seperti membuang masa dengan aktiviti
meremehkan dan akhirnya permainan ini diharamkan. Larangan ini tidak
berjaya menghalang permainan hanafuda walaupun diulang pada tahun
berikutnya. Cubaan terakhir untuk menamatkan hanafuda dibuat pada tahun
1830 apabila pengharaman dibuat ke atas pengilangan, penjualan serta
pemilikan kad ini. Tindakan ini juga telah gagal dan akhirnya kerajaan Meiji telah
putus asa untuk menghapuskan aktiviti tersebut yang telah sebati dalam
kehidupan dan budaya orang Jepun. Hari ini, hanafuda adalah seperti permainan
poker di Amerika Syarikat; permainan santai yang dibenarkan namun menjadi
kesalahan sekiranya melibatkan pertaruhan walaupun jumlah yang kecil. Sudah
tentu terdapat mereka yang mahu bermain untuk keuntungan besar. Setiap
tahun dalam laporan akhbar terdapat paling kurang setengah dozen kes di mana

pihak berkuasa menyerbu tempat permainan hanafuda dan menahan mereka


yang terlibat.
Perubahan gaya hidup, kemunculan TV serta wujudnya aktiviti rekreasi
yang lain sebenarnya telah membantu kerajaan melaksanakan peraturan yang
dahulunya tidak berjaya diaplikasikan. Walaupun hanafuda masih dimainkan
namun secara beransur-ansur ditenggelami dengan kegiatan yang lain. Kini,
permainan hanafuda boleh dilihat sebagai aktiviti dengan keluarga sewaktu
musim percutian terutamanya pada Tahun Baru.

Anda mungkin juga menyukai