Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kemahiran mendarab merupakan kemahiran asas dalam Matematik. Walaupun


kemahiran ini telah diajar sejak sekolah rendah lagi, namun terdapat segelintir murid
yang masih tidak menguasainya, apatah lagi apabila ia melibatkan nombor-nombor yang
besar. Kajian ini telah dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan lima
orang murid dari tingkatan 1 Kiambang SMK Taman Dato Harun bagi tahun 2011. Murid
ini telah dikesan melalui pemerhatian tingkah laku, semakan buku latihan murid, dan
keputusan ujian pra yang telah dijalankan. Kajian ini telah dilaksanakan dalam beberapa
peringkat iaitu tinjauan masalah, analisis tinjauan masalah, merancang tindakan,
pelaksanaan tindakan termasuklah ujian pos dan diakhiri dengan refleksi kajian. Pada
peringkat tinjauan masalah, pengkaji telah menggunakan tiga cara kajian iaitu Semakan
Buku Latihan Pelajar, Pemerhatian Dalam Kelas dan Ujian Pra. Analisis tinjauan masalah
yang telah dibuat, menunjukkan bahawa murid tidak mahir untuk melakukan pendaraban
menggunakan bentuk lazim. Ini kerana murid tidak menghafal sifir dan sering terkeliru
dengan bentuk lazim yang biasa murid gunakan sebelum ini. Peringkat bimbingan dan
pemulihan telah dijalankan dengan menggunakan Teknik CROSS LINE dan CROSS TABLE.
Dalam kajian ini, pada mulanya murid dikenalkan dengan teknik CROSS LINE, iaitu
mendarab nombor-nombor satu digit dengan menggunakan cara persilangan garis.
Kemudian langkah kedua pengkaji memperkenalkan pula teknik CROSS TABLE yang
digunakan untuk mendarab nombor-nombor yang lebih besar nilainya. Teknik CROSS
TABLE adalah teknik yang menggunakan jadual sebagai alternatif untuk melakukan
pendaraban. Akhir sekali, ujian pos telah dijalankan. Analisis keputusan ujian pos
menunjukkan peningkatan pencapaian murid secara keseluruhan. Sehubungan dengan
itu, diharap kajian ini dapat menyumbang sedikit keilmuan dan berkongsi pengalaman
dalam meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab.

iii

Anda mungkin juga menyukai