Anda di halaman 1dari 5

Tajuk 4 : Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional


Essentialisme (William C. Bagley, 1874-1946)
Essentialisme berpunca daripada realisme dan idealisme.
Ia adalah teori yang mencadangkan penyampaian budaya dan pengetahuan
teras kepada setiap generasi baru sebagai tujuan utama pendidikan.
Memandangkan essentialisme bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan
intelek individu serta mendidik individu yang berketerampilan, dengan tumpuan
diberi kepada pengajaran mata pelajaran tradisional yang asas seperti membaca,
menulis dan mengira (3M) di samping mata pelajaran Kesusasteraan, Bahasa
Asing, Sejarah, Sains, Seni dan Muzik.
Ia juga berfokus pada pengajaran kemahiran asas, penguasaan konsep dan
prinsip kandungan mata pelajaran.
Guru dianggap sebagai berwibawa dalam bidang mata pelajaran dan
pengajaran.
Guru mempunyai kawalan bilik darjah dan membuat keputusan mengenai
kurikulum tanpa banyak input daripada pelajar.
Guru juga bertanggungjawab untuk mengajar nilai-nilai tradisional. Justeru guru
dianggap sebagai contoh teladan.
William Bagley (1874-1946) merupakan seorang ahli essentialis yang terkenal.

Perennialisme (Jonson et al., 1969)


Perennialisme berpunca daripada realisme.
Ahli perennialis mempercayai bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk
mengajar nilai dan ilmu yang sejagat dan abadi.
Fokus perennialisme adalah pada perkembangan peribadi. Oleh sebab manusia
ialah manusia, maka mereka hendaklah diajarkan hal-hal berkaitan dengan
manusia dahulu, bukannya hal berkenaan dengan mesin atau teknik.
Justeru tajuk-tajuk liberal seharusnya diajar terlebih dahulu, dan bukannya tajuktajuk vokasional.
Kurikulum perennialis adalah berpusatkan kandungan dengan penekanan pada
bahasa, kesusasteraan, matematik, seni dan sains.

Falsafah Pendidikan Barat Moden


Progressivisme (John Dewey, 1915)

Progressivisme

berkembang

daripada

pragmatisme

yang

kemudian

dikembangkan oleh John Dewey. Ahli progressivis mempercayai bahawa


kebenaran adalah relatif dan tentatif.
Ilmu membawa seseorang ke arah

pertumbuhan

dan

perkembangan.

Memandangkan pengetahuan boleh menerangkan realiti masa kini, maka kanakkanak hendaklah diajarkan cara berfikir berbanding dengan hal yang perlu
difikirkan.
Oleh sebab, progressivisme mempercayai bahawa kanak-kanak akan memilih
yang paling baik bagi diri mereka maka kurikulum hendaklah berdasarkan minat,
kandungan antara disiplin, dan aplikasi masalah manusia.
Ahli progressivis menggalakkan pelbagai kaedah alternatif seperti aktiviti,
pengalaman, penyelesaian masalah dan projek.
Ahli progressivis menganggap peranan guru sebagai pembimbing untuk
penyelesaian masalah dan inkuiri saintifik.
Kebanyakan ahli progressivis bersetuju dengan pendekatan induktif yang
menggalakkan pelajar untuk memberi penjelasan sendiri dan pemahaman
fenomena.
Dengan cara ini, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan baru yang dibentuk
ke dalam bidang kajian yang lain.

Eksistentialisme
Eksistentialisme

memberi

fokus

pada

fitrah

kewujudan

manusia.

Ahli

eksistentialis berpandangan bahawa manusia dilahirkan tanpa sebarang tujuan.


Mereka melihat realiti sebagai subjektif dan didefinisikan oleh individu sendiri.
Oleh yang demikian, seseorang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan
dengan demikian bebas untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan
sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar.
Menurut ahli eksistentialis, guru atau sistem sekolah tidak berhak untuk
menekankan matlamat pendidikan ke atas murid-murid.
Memandangkan setiap individu bertanggungjawab atas pendidikan masingmasing, maka kurikulum eksistentialis tidak mempunyai mata pelajaran yang
khusus.
Namun, mata pelajaran yang bersifat emosional, estetik dan berfalsafah seperti
kesusasteraan, drama, perfileman dan seni adalah sesuai. Mata pelajaran ini
menggambarkan keadaan manusia dan keadaan membuat pilihan.
Kurikulumnya juga menekankan aktiviti luahan perasaan, eksperimen, kaedah
dan media yang menerangkan emosi, perasaan dan pengertian dalaman.

Rekonstruktivisme
Rekonstruktionisme adalah hasil progressivisme.
Rekonstruktionisme memberi syor untuk membaiki dan membina semula
masyarakat. Ia melihat pengasasan corak budaya baru serta penghapusan
penyakit sosial sebagai tujuan utama pendidikan.
Ahli Rekonstruktionisme melihat sekolah sebagai pemangkin penting untuk
meningkatkan keadaan manusia melalui pembaharuan pendidikan dan sosial.
Rekonstruktionisme berusaha untuk menggunakan sekolah untuk mencipta
sebuah masyarakat baru. Justeru fungsi utama sekolah, termasuklah seperti
yang berikut:
a) Untuk mengenal pasti masalah sosial yang memberi sumbangan kepada
krisis budaya, dan
b) Untuk mewujudkan kemahiran dan sikap yang akan menyelesaikan masalahmasalah ini.
Kurikulum rekonstruktionis menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial. Ia
berfokus pada kecenderungan kini dan masa depan, serta pada isu nasional dan
internasional.
Kemahiran dan mata pelajaran yang diajarkan adalah yang dapat mengenal pasti
dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat.
Pembelajaran adalah aktif dan ada hubungan dengan masyarakat hari ini dan
masa depan.
Guru tidak harus takut tentang komitmen untuk membantu membina sebuah
masyarakat baru. Mereka harus bertugas sebagai agen perubahan dan
pembaharuan. Mereka juga membantu pelajar menyedari masalah yang dihadapi
umat manusia.

Idealisme
Salah satu falsafah tertua di dunia (Plato, Rene'Descartes, Baruch Spinoza, G.

Berkeley, Immenual Kant, G.F.Hagel dan S.T. Coleridge)


Bertentangan pendapat antara mereka
Bersetuju bahawa jiwa atau kerohanian manusia penting dalam kehidupan
Alam jagat pada hakikatnya bukan kebendaan
Ia merupakan satu sistem yang memberi penekanan kepada kepentingan fikiran,
jiwa dan kerohanian

Persoalan Metafizik (Realiti) Dalam Mazhab Idealisme


Asas kewujudan ialah dalam bentuk kerohanian dan bukan berbentuk fizikal,
atau dalam bentuk fikiran dan bukan material
Unsur terpenting dalam kehidupan ialah kerohanian manusia dan semua
kewujudan boleh diperturunkan kepada kerohanian.
Idealis tidak menafikan kewujudan alam fizikal, tetapi mereka menganggap
kewujudan alam fizikal tidak nyata secara muktamadnya.
Semua benda hanya satu anggapan atau satu sari pemikiran. Hanya fikiran
sahaja yang nyata atau pun benar. Oleh itu semua benda hendaklah
diperturunkan kepada fikiran atau kerohanian.
Van Scottes et al (1979) berpendapat kepentingannya tentang akal dan idea,
maka tumpuan dalam pendidikan ialah melatih akal, menyuburkan roh dan
menguasai idea.
Idealis menganggap manusia mempunyai akal dan jasad, atau jasad, akal dan
roh.
Kanak-kanak adalah sebahagian daripada alam kerohanian mutlak dan
mempunyai tujuan kerohanian yang perlu dipenuhi mengikut kebolehan dan
keupayaan mereka. Pendidikan mestilah berusaha memupuk kekariban antara
pelajar,

unsur-unsur

kerohanian

tabii

dan

memberi

penekanan

dalam

keharmonian antara manusia dan alam sejagat.


Idealis mempercayai dua konsep yang penting iaitu kebebasan dan rasionaliti,
dan perkaitan antara mereka.
a) Kebebasan :
Amalan kehendak dalam membuat keputusan sendiri dan mesti diikuti
dengan tanggungjawab terhadap akibat yang mungkin timbul hasil
daripada tindakan yang dilakukan.
b) Rasionaliti :
Proses mancari dan mengeluarkan idea. Idea adalah satu kemungkinan
dalam diri kanak-kanak.

Persoalan Epistemologi (Kebenaran) Dalam Mazhab Idealisme


Pengetahuan boleh diperolehi dengan cara seIain daripada kaedah saintifik.
Ia boleh diperolehi melalui keimanan, keautoritarian, taakulan dan intuisi.
Plato: Pengetahuan sebenar adalah hasil pemikiran taakulan. Pengetahuan lebih
baik dikeluarkan daripada pelajar sendiri berbanding dengan mencurahkannya
kepada mereka.

Persoalan Aksiologi (Nilai) Dalam Idealisme

Nilai dan etika adalah mutlak.


Oleh itu, apa yang dikatakan baik, benar dan cantik, secara asasnya tidak
berubah daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain atau daripada
satu masyarakat kepada satu masyarakat yang lain.
Nilai dan etika bukan ciptaan manusia, tetapi sebahagian daripada tabii alam
ciptaan Tuhan.
Kebenaran, kebaikan dan kecantikan adalah nilai yang tidak berubah
Oleh kerana Tuhan merupakan sumber nilai, maka manusia hanyalah dianggap
berakhlak apabila mereka hidup mengikut kehendak Tuhan.
Oleh kerana idealis (Van Scottes, Kraft dan Haas (1979) menganggap nilai
sebagai mutlak, maka dasar dan kaedah persekolahan mestilah menggambar
dan memperkembangkan nilai-nilai tradisi yang dianggap oleh masyarakat
sebagai berguna dan berharga.
Apabila kerohanian diberi perhatian yang lebih, dunia ini akan menjadi lebih
rasional dan sempurna dan kejahatan akan hilang sedikit demi sedikit.
Dalam sistem persekolahan, tidak terdapat pelajar yang benar-benar jahat, tetapi
hanya mereka yang melanggar atau tidak memahami sepenuhnya susunan
moral alam jagat ini.

Ammenuel Kant:
Apabila seseorang pelajar berkelakuan kurang baik, guru mungkin bertanya
tentang kelakuan pelajar itu.Tetapi pernahkah guru bertanya diri sendiri sama ada dia
telah menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti oleh pelajarnya?

Idealis secara umumnya bersetuju bahawa pendidikan tidak hanya memberi


tekanan kepada perkembangan akal sahaja, tetapi juga perlu menggalakkan pelajar
memberi tumpuan kepada semua benda yang mempunyai nilai yang kekal.

Anda mungkin juga menyukai