Anda di halaman 1dari 2

Terjemahan

Sesungguhnya segala puji itu hanyalah milik Allah jua. Kita memujiNya, memohon pertolongan daripadaNya, bertaubat kepadaNya daripada
segala kejahatan diri dan segala yang keji daripada amalan-amalan kita. Sesiapa sahaja yang Allah berikan(nya) hidayah. maka tiada sebarang
penyesat terhadapnya. Dan, sesiapa sahaja yang Allah sesatkan(nya), maka tiada sebarang penunjuk untuknya. Aku bersaksi bahawa tiada
tuhan selain daripada Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya. Dan, aku bersaksi bahawa penghulu kami, Muhammad (itu) adalah seorang
hambaNya, pesuruhNya, penghulu kepada hamba-hambaNya, dan penyudah para rasul dan nabiNya. (Aka berselawat kepadanya), dan kepada
ahli keluarganya yang suci bersih, juga kepada para sahabatnya yang baik-baik, dan sesiapa (sahaja) yang beroleh hidayah melalui tunjuk-ajar
mereka sehinggalah ke Hari Kiamat.
Ya Allah! Rahmati dan redhailah penghulu dan maulan kami, (iaitu) Muhammad; seorang hamba, rasul dan kekasih (kepada) Nu dalam sekalian
alam. * Ya Allah! Rahmati dan redhailah, sejahterakanlah dan berkatilah Baginda di kalangan para nabi dan rasul. * Ya Allah! Rahmati dan
redhailah, sejahterakanlah dan berkatilah Baginda setiap masa dan ketika. * Ya Allah! Rahmati dan redhailah (Muhammad); Mutiara Syariatsyariat dan Permaterinya yang dimuliakan. * Ya Allah! Rahmati dan redhailah (Muhammad); Intipati Haqiqat-haqiqat dan Imamnya yang
diagung-agungkan. * Ya Allah! Rahmati dan redhailah (Muhammad): Cahaya Tertinggi. * Ya Allah! Rahmati dan redhailah (Muhammad); Rasul
Agung. * Purnama raya Tersinar, * Kecantikan Terindah, * dan (Muhammad); Insan Suci lagi Terjaga Kesucian, * (Muhamma); Khalifah
Agung, * (Muhammad); Tokoh Terbilang, * yang memiliki kebesarantersohor, * sebutan terwangi, * dan rauh berambar. *
Ya Allah! Jadikan kami dengannya (iaitu dengan wasilahnya) daripada kalangan orang-orang yang hanya kepadaMu bersyukur * orang-orang
yang hanya kepadaMu wasil, * orang-orang yang hanya keranaMu (ikhlas) berubudiyyah, rukuk bersujud * dan dengan Nurnya (iaitu dangan
wasilah Nur Muhammad) (pula) (jadikan kami) daripada kalangan orang-orang yang kepada maqamMu arifin. * kerana dia (iaitu Baginda )
kerahmatan dan keredhaan Allah buatnya adalah Cahaya dan Engkau (pula) adalah Cahaya Kepada Cahaya-cahaya, * manakala makrifah
kepadaMu (pula) merupakan perbendaharaan segala rahsia. * Oleh itu kurniakan kepada kami (sikap) istiqamah di atas yang demikian itu, * dan
(sikap) beradab dengannya - kerahmatan dan keredhaan Allah buatnya di sana nanti, * kerana setiap (suatu yang ada) dalam kewujudan yang
bersifat, mumkin ini adalah (bersifat) (dan pasti) binasa, * tidak termasuk ZatMu. * Maka, anugerahkan kepada (kami) perasaan) cinta kasih
kepadaMu, (kedudukan) dekat denganMu dan (naungan) keredhaanMu. * Allah redha akan mereka dan merekapun redha (serta

bersyukur) akan (ketentuan dan pemberian) daripadaNya. (Balasan) yang demikian itu adalah untuk orang-orang yang takut
kepada Tuhannya. Akhirnya segala puji itu hanyalah milik Allah, Tuhan sekalian alam jua. *
Terjemahan oleh : AbulMajd Al-Mujaddidiyy (1433H)

Anda mungkin juga menyukai