Anda di halaman 1dari 1

TAJUK: ARNAB YANG SOMBONG

Salam sejahtera. Terima kasih pengerusi majlis. Yang saya


hormati para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan
pada hari ini ialah Arnab yang Sombong.
Di dalam sebuah hutan, terdapat seeokor arnab bernama
Bunny. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula
tersusun rapi dan putih berseri. Kecantikan gigi Bunny selalu
dipuji oleh haiwan lain.
Akibat selalu dipuji, semakin hari Bunny menjadi semakin
sombong. Bunny mula berlagak seolah-olah dialah yang tercantik
di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula
menjauhkan diri daripadanya. Oleh sebab tiada yang suka berbual
dengannya, Bunny selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, Bunny berjalan di tepi sungai. Bunny
ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Bunny
berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
Hai Bunny, cantik sungguh gigi kamu! Kalau gigi aku juga
begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata
buaya itu kepada Bunny. Bunny berasa sungguh gembira kerana
sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.
Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya
buaya itu lagi. Bunny berasa bangga dengan pujian itu. Sambil
tersenyum, Bunny berkata, Engkau mesti banyak makan sayursayuran dan jangan makan daging. Bolehkah engkau tolong
periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi.
Tanpa berfikir panjang, Bunny pun menghampiri buaya lalu
memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah
lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan Bunny. Maka
tamatlah riwayat Bunny, sang arnab yang mempunyai gigi yang
cantik tetapi pendek akal itu. Ingat ya kawan-kawan. Janganlah
kita mudah lupa diri dan leka dengan pujian yang diberikan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai