Anda di halaman 1dari 39

:

1.
Dengan nama Allah maha pemurah maha penyayang. Kata syeikh al
imam al 'alim al 'allamah hujjatul Islam barakatul anam Abu Hamid Muhammad
bin Muhammad bin Muhammad al Ghazali at Tusi moga Allah mengkuduskan
rohnya dan menerangi pusaranya, amin. 1


.
2.
Segala pujian bagi Allah sebenar-benar kepujian, selawat dan salam
keatas sebaik-baik makhluk, Muhammad, rasul Allah dan hambaNya, dan keatas
keluarganya dan para sahabatnya selepasnya.






.(( ))
3.
Adapun selepas itu, maka ketahuilah wahai orang yang haloba yang
mengadap keatas menyambar ilmu yang menzahirkan pada dirinya akan benar
gemarnya dan terlampau dahaga kepadanya bahawa sungguhnya kamu jika
kamu bertujuan dengan menuntut ilmu itu untuk bersaing dan bermegah dan
mendahului rakan-rakan dan menarik wajah orang ramai dan menghimpunkan
harta benda dunia maka kamu adalah orang yang berusaha pada meruntuhkan
ugama kamu dan memusnahkan diri kamu dan menjual akhirat kamu dengan
dunia kamu, maka akad kamu rugi dan perniagaan kamu binasa, dan guru kamu
membantu kamu diatas kemaksiatan kamu itu dan sekutu kamu pada kerugian
kamu itu, dia itu sama seperti penjual pedang kepada perompak jalanan,
sepertimana kata nabi sawm ((siapa membantu diatas maksiat walaupun dengan
sebahagian kalimah adalah dia sekutu pelaku maksiat itu pada maksiatnya)).



.
4.
Jika niat dan tujuan kamu diantara kamu dan diantara Allah taala dari
mentuntut ilmu itu adalah hidayah bukannya semata-mata meriwayatkan ilmu
maka hendaklah kamu gembira, kerana sungguhnya para malaikat
1

Mula jumaat 21-5-10

membentangkan sayap-sayapnya bila kamu berjalan dan para ikan-ikan dilaut


meminta ampun untuk kamu bila kamu pergi kepada orang alim.



.
5.
Akan tetapi sayugia kamu ketahui sebelum tiap suatu bahawa hidayah
yang mana ianya buah ilmu mempunyai permulaan dan kesudahan dan zahir
dan batin, tidak ada kesampaian kepada kesudahannya melainkan selepas
mantap permulaannya, dan tidak ada perjalanan pergi kepada batinnya
melainkan selepas berhenti diatas zahirnya.



.
.
6.
Aku mengisyarat kepada kamu dengan Bidayatul Hidayah i.e permulaan
hidayah untuk kamu uji nafsu dan hati kamu dengannya, maka jika kamu dapati
hati kamu cenderong kepadanya dan nafsu kamu menurutinya lagi menerimanya
maka ambillah demikian itu sebagai jalan peningkatan kepada kesudahan
hidayah dan sebagai pintu masuk pada lautan ilmu-ilmu. Jika kamu dapati hati
kamu ketika kamu mengadapkannya kepada Bidayatul Hidayah ini menangguhnangguh dan liat pada mengamalkan tuntutannya maka ketahuilah bahawa
nafsu kamu yang cenderong kepada menuntut ilmu adalah nafsu ammarah
bissu' iaitu yang sangat menyuruh kepada keburukkan.


.
.
7.
Sungguh ia bangkit untuk menuntut ilmu dalam keadaan ia mentaati
Syaitan yang dilaknat, untuk dia menyampaikan kamu dengan tali kecohannya
lalu dia mengumpan kamu dengan tipudayanya kepada kebinasaan yang teruk.
Tujuannya adalah menyelitkan keatas kamu akan kejahatan pada halaman
kebaikkan hinggakan dia menghubungkan kamu dengan orang-orang yang rugi
amalan mereka yang sia-sia usaha mereka pada kehidupan dunia sedang
mereka menyangkakan bahawa mereka membuat amalan baik.


))


(( ))

)) ((
2

((

))

.(( : :

8.
Disisi demikian itu syaitan membacakan keatas kamu akan fadhilat ilmu
dan darjat ulamak dan apa yang datang padanya daripada khabar-khabar dan
athar-athar, dan dia melalaikan kamu dari kata nabi sawm ((siapa bertambah
ilmunya dan tidak berambah hidayahnya tidak bertambah dia melainkan jauh dari
Allah)), dan dari kata nabi sawm ((seteruk-teruk manusia nisbah azab pada hari
kiamat adalah orang alim yang tidak Allah manfaatkan dia dengan ilmunya)), dan
adalah nabi sawm berkata ((ya Allah sungguhnya aku berlindung dengan Mu dari
ilmu yang tidak bermanfaat dan dari hati yang tidak khusyuk dan dari amalan
yang tidak diangkat dan dari doa yang tidak didengar)), dan melalaikan kamu
dari kata nabi sawm ((pada malam aku di isra'kan aku lalu pada beberapa
kumpulan orang ramai yang dikerat bibir mereka dengan gunting dari api maka
aku kata : siapa kamu? Kata mereka : adalah kami sentiasa menyuruh dengan
kebaikkan dan tidak kami mendatangkannya dan sentiasa menegah dari
kejahatan dan kami mendatangkannya)).

.
.
9.
Maka aku memberi amaran kepada kamu wahai si miskin daripada
bahawa kamu terpedaya dengan hiasan syaitan dan daripada bahawa kamu
sampai kepada kebinasaan dengan tali tipu dayanya. Maka kecelakaan bagi
orang jahil sekira-kira dia tidak belajar sekali, dan kecelakaan bagi orang alim
sekira-kira dia tidak beramal dengan apa yang dia tahu seribu kali.

:

10.
Ketahuilah bahawa manusia pada menuntut ilmu itu diatas tiga keadaan.
Lelaki yang menuntut ilmu untuk dia menjadikannya bekalannya ke tempat
kembalinya dan dia tidak bertujuan dengannya melainkan wajah Allah dan negeri
akhirat. Maka ini daripada orang-orang yang berjaya,


. .
11.
dan seorang lelaki yang menuntut ilmu untuk menjadikannya bantuan
diataskehidupannya yang segera dan untuk dia mencapai dengannya akan
kekuatan dan pangkat dan harta benda, walhal dia tahukan demikian itu lagi
sedar didalam hatinya tentang rapuh keadaannya dan lekeh tujuannya.

.


12.
Maka orang ini dari kalangan orang-orang yang membahayakan diri.
Maka jika ajalnya segera mengambilnya sebelum taubat ditakuti diatasnya buruk
kesudahan dan tinggallah urusannya pada bahaya kemahuan Allah taala. Jika
dia ditaufikkan kepada taubat sebelum sampai ajalnya dan dia menyandarkan
kepada ilmunya dengan amalan dan memperdapatkan apa yang dia cuai
padanya daripada aacacat cedera dia menghubungi orang-orang yang berjaya,
kerana sungguhnya orang yang taubat dari dosa seperti orang yang tidak ada
dosa sama sekali baginya.


. .

.

13.
Orang yang ketiga dikepung oleh syaitan maka dia menjadikan ilmunya
sebagai jalan untuk membanyakkan harta dan bermegah-megah dengan
pangkat dan menguatkan kedudukkan dengan ramai pengikut. Dia masuk
dengan ilmunya pada setiap peluang menipudaya dengan mengharap bahawa
dia dapat mencapai hajat-hajatnya daripada dunia ini. Orang ini serta demikian
itu menyembunyikan didalam dirinya bahawa dia ada pangkat yang tinggi disisi
Allah kerana dia bergaya dengan ciri-ciri ulamak dan merupakan diri dengan
rupa mereka, pada pakaian dan tuturan, serta cepatnya kepada dunia, zahir dan
batin.


(( ))
))
.(( : . : !
14.
Maka orang ini sebahagian daripada orang-orang yang binasa dan dari
kalangan orang-orang bodoh yang terpedaya, kerana harapannya untuk
bertaubat terputus dengan dia menyangkakan bahawa dia dari kalangan orang
yang berbuat baik. Dia lupa dari kata Allah taala ((wahai orang-orang beriman
kenapa kamu cakap apa yang kamu tidak buat)), dan dia daripada orang yang
rasulullah sawm katakan pada mereka ((aku lebih takutkan selain Dajjal keatas
kamu daripada aku takutkan Dajjal! Maka dikatakan : apa ia wahai rasulullah!
Maka katanya : ulamak jahat.



.
4

15.
Ini kerana Dajjal itu penghujungnya menyesatkan sedangkan seumpama
orang alim ini sekalipun dia memalingkan manusia dari dunia dengan lidahnya
dan kata-katanya tetapi dia mengajak mereka kepadanya dengan perlakuan dan
keadaannya, yang mana lidah kelakuan itu lebih fasih dari lidah kata-kata, dan
tabiat manusia itu lebih cenderong kepada bantu-membantu pada amalan
daripada menuruti kata-kata.


.

.

16.
Maka apa yang dirosakkan oleh orang yang terpedaya ini dengan
perlakuannya lebih banyak dari apa yang dia perbaikki dengan kata-katanya,
kerana orang-orang jahil tidak berani gemar kepada dunia melainkan dengan
beraninya para ulamak, maka jadilah ilmunya sebagai sebab bagi berani hambahamba Allah diatas menderhakaiNya, dan jadilah nafsunya yang jahil itu
bermain-main dengannya, sekali ia membuatkan dia bercita-cita mendapatkan
apa yang umpama syurga dan sekali ia membuatkan dia mengharapkan apa
yang umpama harta, ia menyajaknya kepada membilang-bilang ilmunya diatas
Allah2, dan sekali nafsunya itu mengkhayalkan kepadanya bahawa dia lebih baik
dari ramai hamba-hamba Allah.

.
.
.

17.
Wahai pencari darjat yang tinggi! hendaklah engkau berada pada
kumpulan pertama dan awaslah daripada bahawa engkau berada pada
kumpulan kedua, maka berapa ramai orang yang bertangguh-tangguh datang
ajal kepadanya dengan mengejut sebelum taubat maka dia rugi. Dan aku
memberi amaran kemudian memberi amaran kepada kamu daripada bahawa
kamu berada pada kumpulan ketiga maka kamu binasa dengan kebinasaan
yang tidak diharapkan bersamanya akan kejayaan dan elok kamu.


.
.
18.
Jika kamu kata : maka apa "permulaan hidayah" itu untuk aku uji nafsu ku
dengannya? Maka ketahuilah bahawa permulaan hidayah itu adalah taqwa yang
zahir dan kesudahannya adalah taqwa yang batin. Maka tidak ada akhir
pekerjaan yang baik melainkan dengan taqwa dan tidak ada hidayah melainkan
bagi orang yang bertaqwa. Taqwa itu diibaratkan dari menjunjung perintah2

Dengan bahawa dia berkata : Tuhan ku, aku tahu sekian-sekian.xx

perintah Allah taala dan mengelakkan tegahan-tegahannya, maka kedua perkara


ini adalah dua bahagian.


. .

19.
Inilah aku sekarang mengisyaratkan kepada kamu ayat-ayat yang ringkas
dari ilmu taqwa yang zahir pada kedua-dua bahagian ini sekali, dan aku
perikutkan bahagian yang ketiga3 supaya jadilah kitab ini kitab yang
menghimpunkan dan memadai. Allah taala yang diminta tolong.


.
.
20.
BAHAGIAN PERTAMA PADA TAAT. Ketahuilah bahawa perintahperintah Allah taala itu dua : fardhu dan sunat. Maka fardhu itu modal yang mana
ianya asas bagi perniagaan, dan dengannya terhasil kejayaan. Sementara sunat
itu adalah keuntungan dan dengannya tercapai darjat-darjat yang tinggi.

: ))
.

.((
21.
Kata nabi sawm ((kata Allah tabaraka wa taala : tidak mendamping diri
kepada Aku oleh para pendamping diri dengan seumpama menunaikan apa
yang aku fardhukan keatas mereka. Dan sentiasalah seorang hamba
mendamping diri kepada Aku dengan amalan-amalan sunat hingga Aku
mengasihinya. Maka bila aku mengasihinya jadilah aku pendengarannya yang
dia mendengar dengannya, dan pengllihatannya yang dia melihat dengannya,
dan lidahnya yang dia bertutur dengannya, dan tangannya yang dia menampar
dengannya, dan kakinya yang dia berjalan dengannya)).


.
22.
Wahai pencari darjat yang tinggi! Kamu tidak akan sampai kepada tahap
mendirikan perintah-perintah Allah taala melainkan dengan muraqabah i.e
mengintai-ngintai hati dan anggota kamu pada setiap detik-detik kamu dan
nafas-nafas kamu, mula dari kamu berada pada waktu subuh hingga kamu
berada pada waktu malam.

Iaitu adab-adab bersahabat.

23.
Maka ketahuilah bahawa Allah taala sentiasa memerhati hati kamu dan
mengawasi zahir dan batin kamu, dan sentiasa meliputi semua detik-detik kamu
dan lintasan hati kamu dan langkah kamu dan sekelian gerak dan diam kamu,
dan bahawa kamu ketika bersama dengan orang lain dan ketika bersendirian
adalah seorang yang berulang alik dihadapanNya, maka tidak diam pada alam
mulki dan alam malakut4 oleh suatu dan tidak bergerak suatu yang bergerak
melainkan Tuhan yang menguasai langit dan bumi memerhatinya, Dia
mengetahui mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh dada, dan Dia
mengetahui yang tersulit dan tersembunyi,



.
24.
maka hendaklah kamu beradab wahai si miskin, zahir dan batin,
dihadapan Allah taala sebagai adap hamba yang hina yang berdosa pada
hadhrat raja yang mengerasi lagi yang menggagahi, dan bersungguhlah agar Dia
tidak melihat kamu ditempat yang dia tegah kamu hadhir dan tidak luput kamu
ditempat yang dia suruh kamu hadhir.

.

.
25.
Kamu tidak kuasa diatas demikian itu melainkan dengan bahawa kamu
agihkan masa-masa kamu dan kamu susun wirid-wirid kamu mula dari subuh
hingga petang. Maka dengar dengan cermat kepada apa yang dicampakkan
kepada kamu daripada perintah-perintah Allah taala diatas kamu mula dari kamu
jaga dari tidur hinga kamu kembali kepada tempat tidur kamu .

.
. .

26.
Fasal pada adab-adab bangun tidur. Maka apabila kamu jaga dari tidur
maka hendaklah kamu usahakan dengan bersungguh bahawa kamu jaga
sebelum terbit fajar. Dan hendaklah awal apa yang berjalan diatas hati dan lidah
kamu zikrullah taala.

.
:
.






Yang dimaksudkan langit dan bumi.

.
.
.
.

27.
Maka kamu katakan disisi demikian itu "segala puji bagi Allah yang
menghidupkan kita selepas Dia mematikan kita dan kepadanya bangkit dari
kubur. Masuklah kami pada waktu pagi dan jadilah kerajaan itu milik Allah dan
keagongan dan kesultanan itu milik Allah, dan kekuatan dan kekuasaan milik
Allah Tuhan sekelian alam, masuklah kami pada waktu pagi di atas fitrah Islam
dan diatas kalimah ikhlas dan diatas ugama Muhammad sawm dan diatas
ugama bapa kami Ibrahim, hal keadaan dia cenderong kepada ugama yang lurus
lagi berserah diri, dan tidaklah dia dari kalangan orang-orang musyrik. Ya Allah!
dengan Mu kami masuk waktu pagi dan dengan Mu kami masuk waktu petang
dan dengan Mu kami hidup dan dengan Mu kami mati dan kepada Mu
kebangkitan dari kubur. Ya Allah! sungguhnya kami memohon dari Mu agar
Engkau bangkitkan kami pada hari ini kepada setiap kebaikkan, dan kami
berlindung dengan Mu daripada bahawa kami melakukan kejahatan atau kami
menariknya kepada orang Islam atau seorang menariknya kepada kami. Kami
memohon dari Mu kebaikkan hari ini dan kebaikkan apa yang ada didalamnya
dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan hari ini dan kejahatan apa yang
ada didalamnya.


.
28.
Maka bila kamu memakai pakaian kamu maka niatkan dengannya untuk
mematuhi perintah Allah taala pada menutup aurat mu, dan awaslah kamu
bahawa adalah tujuan kamu dari memakai pakaian kamu itu untuk menunjuknunjuk kepada orang ramai maka kamu binasa.



.
29.
BAB ADAB-ADAB MASUK TANDAS. Maka bila kamu menuju ke bilik air
untuk kadha hajat maka dulukan pada masuk kedalamnya akan kaki kiri kamu
dan pada keluar darinya akan kaki kanan kamu.


.
30.
Jangan kamu membawa bersama benda yang diatasnya ada nama Allah
taala dan rasulNya, dan jangan kamu masuk dalam keadaan tidak menutup
kepala dan jangan hal keadaan kamu berkaki ayam.



:

:
.

31.
Kamu katakan disisi keluar darinya : dengan nama Allah aku berlindung
dari ar Rijs yang najis dan dari al Khabith yang mengotorkan iaitu Syaitan yang
jauh dari rahmat, dan disisi keluar darinya : aku tuntut keampunan Mu, segala
puji bagi Allah yang menghilangkan dari aku apa yang menyakiti aku dan
mengekalkan pada aku apa yang bermanfaat kepada ku.



.
32.
Sayugia bahawa kamu menyediakan batu-batu istinja sebelum kadha
hajat, dan bahawa kamu tidak beristinja dengan air pada tempat kadha hajat,
dan bahawa kamu istibra' dari kencing dengan berdehem dan dengan
meregangkan zakarnya tiga kali dan dengan melalukan tangannya yang kiri
diatas belah bawah batang zakarnya. 5





.
33.
Jika kamu berada pada padang maka jauhlah dari pandangan orang
ramai yang memandang dan berlindunglah dengan sesuatu jika kamu
mendapatinya, dan jangan kamu mendedahkan aurat kamu sebelum sampai
kepada tempat duduk, dan jangan kamu mengadap matahari dan bulan dan
jangan kamu mengadap kiblat dan membelakangkannya, dan jangan kamu
duduk pada tempat orang ramai berbual, dan jangan kamu kencing pada air
tenang dan dibawah pokok yang berbuah dan pada lubang.


. .(())

34.
Awaslah tanah keras dan tempat tiupan angin kerana mengelakkan
percikkan, kerana kata nabi sawm ((sungguhnya kebanyakkan azab kubur itu
kerananya)). Hendaklah kamu bertelekang pada duduk kamu diatas kaki kiri, dan
jangan kamu kencing berdiri melainkan kerana susah dielakkan.

.
.
5

Orang perempuan mengurut-ngurut ari-arinya dengan tangan kirinya.

.
.

35.
Hendaklah kamu himpunkan pada istinja diantara menggunakan batu dan
air. Maka bila kamu hendak menghadkan diatas satu daripada keduanya maka
air terutama. Jika kamu menghadkan diatas batu maka kenalah kamu
menggunakan tiga ketul batu yang suci yang boleh mengesat ain najis, kamu
sapu dengannya tempat juzuk-juzuk najis6, sekira-kira najis itu tidak berpindah
dari tempatnya. Begitu juga kamu kesatkan batang zakar pada tiga tempat
daripada seketul batu.

.
. .
36.
Maka jika tidak terhasil bersih ain najis dengan tiga ketul maka
sempurnakanlah dengan lima atau tujuh hingga ia bersih dengan bilangan ganjil.
Maka ganjil itu sunat dan bersih ain najis itu wajib. Jangan kamu beristinja
melainkan dengan tangan kiri.

.
:

37.
Kamu katakan ketika selesai : ya Allah sucikan hati ku dari nifak dan
peliharalah faraj ku dari segala kekejian.

.
38.
Gosokkan tangan kamu selepas sempurna istinja pada bumi atau tembok,
kemudian basuhlah ia.



. .
39.
Maka bila kamu selesai dari istinja maka jangan kamu tinggalkan siwak
maka ianya menyucikan mulut dan membuatkan Tuhan redha dan membuatkan
Syaitan marah. Sembahyang dengan siwak terafdhal dari tujuh puluh
sembahyang tanpa siwak.

)):
((
.(())

40.
diriwayatkan dari abu Hurairah r.a katanya : kata rasulullah sawm
((kalaulah aku tidak menyusahkan umat ku nescaya aku perintahkan mereka
bersiwak pada setiap sembahyang)) dan dari nabi sawn ((aku xx bersiwak
hingga aku bimbang bahawa ianya akan diwajibkan keatas ku)).
6

Iaitu tiap seketul batu itu mengesat dengan meratai semua tempat najis.

10

: .


.

41.
Kemudian duduklah untuk berwudhuk hal keadaan kamu mengadap kiblat
diatas tempat tinggi supaya percikkan air tidak menggenai kamu. Dan katakan:
bismillahirrahmanirrahim, wahai Tuhan ku aku berlindung dengan Mu dari waswas syaitan dan aku berlindung dengan Mu wahai Tuhan ku bahawa mereka itu
hadhir.

:
.

42.
Kemudian basuhlah tapak tangan kamu sebeluam kamu memasukkan
keduanya kedalam bejana, dan katakan : ya Allah aku mohon dari Mu akan
kekuatan taat dan keberkatan, dan aku berlindung dengan Mu dari keburukkan
dan kebinasaan.

.
.

: .

.

43.
Kemudian hendalah kamu niat mengangkatkan hadath atau
mengharuskan sembahyang. Tidak sayugia bahawa niat kamu itu hilang
sebelum basuh muka maka tidak sah wudhuk kamu. Kemudian ambillah seraup
air untuk mulut kau dan berkumurlah dengannya tiga kali dan bersungguhlah
pada menyampaikan air kepada hujung halkum, melainkan bahawa kamu
berpuasa maka hendaklah kamu meringankan. Katakan : ya Allah bantulah aku
diatas membaca kitab Mu, dan banyak menyebut Mu, dan tetapkan aku dengan
kata-kata yang tetap7 pada masa hidup di dunia dan di akhirat.

.
:
:
.

44.
Kemudian ambillah seraup air untuk hidung kamu dan sedut kedalamnya
tiga kali dan semburkan apa yang ada didalam hidung itu daripada lendir-lendir.
Dan katakan pada istinsyaq : ya Allah berilah aku dapat mencium bau syurga
walhal Engkau redha pada ku, dan pada istinthar : ya Allah sungguhnya aku
berlindung dengan Mu dari bau-bau neraka dan negeri yang buruk.


.
7

xx

11

45.
Kemudian ambillah seraup air untuk muka kamu maka basuhlah
dengannya mula dari dahi yang rata8 hingga kepada penghujung dagu yang
dihadapi9 pada panjangnya dan dari telinga ke telinga pada lebarnya.


.
46.
Dan sampaikan air kepada tempat Andaman, iaitu tempat yang biasanya
perempuan mencukur rambut darinya, iaitu tempat yang diantara hujung telinga
hingga penjuru tepi dahi. Aku maksudkan dari tampat Andaman itu kadar yang
jatuh darinya pada sebelah tepi muka.


.
.
47.
Dan sampaikanlah air kepada tempat tumbuh bulu-bulu yang empat :
kening dan misai dan janggut sepat dan tali tudung, keduanya apa yang
setentang dua telinga mula dari permulaan janggut. Wajib menyampaikan air
kepada tempat tumbuh bulu janggut yang nipis tidak yang tebal.


:

. .

48.
Katakan disisi basuh muka : ya Allah putihkan muka ku dengan cahaya
Mu pada hari yang putih muka-mula para kekasih Mu, dan jangan Engkau
hitamkan muka ku dengan kegelapan Mu pada hari yang hitam muka-muka para
seteru Mu. Dan jangan kamu tinggal dari menyelati janggut yang tebal.

.
.
49.
Kemudian basuhlah tangan kamu yang kanan kemudian yang kiri serta
dengan dua siku hingga setengah lengan atas, kerana perhiasan didalam syurga
sampai ke tempat-tempat wudhuk.

:
. :

50.
Katakan disisi basuh tangan kanan : ya Allah berikan aku suratan ku
dengan tangan kanan ku dan hisablah aku dengan hisab yang ringan, dan disisi
basuh yang kiri : ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada bahawa Engkau
berikan aku suratan ku dengan tangan kiri ku atau dari belakang ku.

8
9

Difaham bahawa yang melengkung kearah atas kepala adalah bahagian ubun-ubun.
Iaitu yang mengadap kedepan.

12


.
. .
51.
Kemudian ratakan kepala kamu dengan sapuan, dengan bahawa kamu
basahkan dua tapak tangan kamu dan kamu dempekkan kepala jari-jari tapak
tangan kamu yang kanan dengan yang kiri, dan kamu letakkan keduanya diatas
bahagian depan kepala dan kamu lalukan keduanya hingga ke papan tengkok,
kemudian kamu kembalikan keduanya ke bahagian depan itu. Maka ini sekali
lalu, dan kamu buat demikian itu tiga kali. Begitu juga pada selain anggotaanggota.

:
. .

52.
Kamu katakan: ya Allah tudungi aku dengan rahmat Mu dan turunkan ke
atas ku keberkatan Mu dan teduhkan aku di bawah bayang arasy Mu pada hari
yang tidak ada teduhan melainkan teduhan Mu. Ya Allah haramkan rambut ku
dan kulit ku keatas neraka.


.
53.
Kemudian sapulah dua telinga kamu, zahir keduanya dan batin keduanya,
dengan air baru, dan masukkan dua telunjuk kamu kedalam dua lubang telinga
kamu dan sapulah zahir dua telinga kamu dengan batin dua ibu jari kamu.

. :
.

54.
Dan katakan : ya Allah jadikan aku dari kalangan orang-orang yang
mendengar-dengar kata-kata maka dia mengikut yang baik daripadanya. Ya
Allah perdengarkan aku penyeru syurga didalam syurga bersama dengan orangorang yang banyak kebajikkan.


:
.

55.
Kemudian sapulah tengkok kamu dan katakan : ya Allah pisahkan tengkok
ku dari neraka dan aku berlindung dengan Mu dari rantai dan belenggu.


. .
56.
Kemudian basuhlah kaki kamu yang kanan kemudian yang kiri serta
dengan dua buku lali, dan selatilah dengan kelingking tangan kiri akan jari-jari
kaki kamu yang kanan hal keadaan kamu mulakan dengan kelingkingnya hingga
kamu sudahkan dengan kelingking kaki kiri. Kamu masukkan kecelah jari-jari itu
dari bawah.

13

. :

:
.

57.
Kamu katakan : ya Allah tetapkan tapak kaki aku di atas shiratal mustaqim
bersama dengan tapak kaki hamba-hamba Mu yang sholeh. Begitu juga kamu
katakan di sisi basuh kaki kiri : yang Allah sungguhnya aku berlindung dengan
Mu daripada bahawa Engkau gelincirkan tapak kaki ku dari diatas shirat ke
dalam neraka pada hari yang gelincir tapak-tapak kaki orang-orang munafik dan
musyrik.

.
58.
Dan tinggikan air hingga kepada setengah betis. Dan peliharalah ulangan
tiga kali pada semua perbuatan-perbuatan wudhuk kamu.



.

.

59.
Kemudian bila kemu selesai maka angkatkan pandangan kamu kepada
langit dan katakan: aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah hal
keadaan Dia sendirian tidak ada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa
Muhammad itu hambaNya dan rasulnya, maha suci Engkau ya Allah dan dengan
kepujian Engkau aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Engkau, aku
melakukan kejahatan dan menzalimi diri ku aku minta ampun dari Mu dan
bertaubat kepada Mu, maka ampuni aku dan terima taubat ku sungguhnya
Engkau amat menerima taubat lagi amat mengasihani. Ya Allah jadikan aku dari
kalangan orang-orang yang banyak bertaubat lagi kuat sabar lagi kuat syukur,
dan jadikan aku banyak mengingati Mu dan bertasbih kepada Mu pagi dan
petang.



.
60.
Maka orang membaca doa-doa ini pada wudhuknya keluarlah kesalahankesalahannya dari semua anggota-anggotanya dan di cap keatas wudhuknya itu
dengan satu pengecap dan di angkatkan ia ke bawah arasy maka sentiasalah ia
bertasbih menyucikan Allah dan membersihkanNya dan ditulis bagi orang itu
akan pahala demikian itu hingga hari kiamat.

14

:


.

61.
Hendaklah kamu elakkan pada wudhuk kamu tujuh perkara : jangan
meretap-retapkan dua tangan kamu maka kamu merenjiskan air, dan jangan
kamu menamparkan muka kamu dan kepala kamu dengan air sebagai tamparan
yang kuat, dan jangan kamu bercakap di tengah wudhuk, dan jangan kamu
lebihkan pada basuhan diatas tiga kali, dan jangan kamu banyak menuang air
tanpa hajat dengan semata-mata waswas maka bagi orang yang waswas itu ada
syaitan yang mengetawakan mereka yang di panggil al Walhan 10, dan jangan
kamu berwudhuk dengan air terjemur matahari dan dari bejana yang kuning 11.

.
.
62.
Maka tujuh ini makruh pada wudhuk. Pada satu khabar bahawa orang
yang berzikrullah ketika berwudhuk Allah menyucikan tubuhnya semuanya dan
orang yang tidak berzikrullah tidak suci darinya melainkan apa yang dikenai air.




.
63.
Adab-adab mandi. Maka bila kamu berjunub kerana mimpi atau setubuh
maka ambillah bejana pergi ke tempat mandi dan basuh dua tapak tangan kamu
mula-mula tiga kali dan hilangkan apa yang ada diatas tubuh kamu daripada
cemar-cemar dan berwudhuklah seperti apa yang telah lalu pada wudhuk kamu
untuk sembahyang serta semua doa-doanya dan takhirkan basuh dua tapak kaki
supaya tidak terbuang air.




. .
.

64.
Maka bila kamu selesai dari wudhuk itu maka tuanglah air keatas kepala
kamu tiga kali sedang kamu berniat mengangkatkan hadath janabah kemudian
keatas belah tubuh kamu yang kanan tiga kali kemudian yang kiri tiga kali, dan
gosoklah depan tubuh kamu dan belakangnya tiga kali tiga kali, dan selatilah
10
11

" "ragu - bimbang. Al Walhan syaitan ini kerjanya mewaswaskan pada toharah.
Emas dan tembaga kuning. Bahkana dia gunakan bejana tembikar atau kayu atau kulit.

15

rambut kepala kamu dan janggut kamu, dan sampaikanlah air kepada lipatanlipatan tubuh dan tempat tumbuh rambut, yang nipis dan yang tebal. Awaslah
daripada bahawa kamu menyentuh zakar kamu selepas wudhuk. Maka jika
tangan kamu mengenainya maka ulanglah wudhuk itu.

.
65.
Yang fardhu daripada jumlah demikian itu semuanya adalah niat dan
menghilangkan najis dan meratakan tubuh dengan basuh.


. .
.
.
66.
Fardhu-fardhu wudhuk itu basuh muka dan dua tangan serta dengan dua
siku dan sentuh kepala dan basuh dua kaki hingga dua buku lali sekali-sekali
bersama dengan niat dan tertib. Apa yang selainnya adalah sunat muakkad.
Fadhilatnya banyak dan pahalanya besar. Orang yang meringan-ringankannya
orang yang rugi, bahkan dia dengan asal fardhu-fardhunya didalam bahaya
kerana sunat-sunat itu penampung fardhu-fardhu.






67.
Adab-adab tayammum. Maka jika kamu lemah dari menggunakan air
kerana luputnya selepas di cari atau kerana uzur kerana sakit atau kerana ada
penghalang dari sampai kepadanya kerana binatang buas atau kena tahanan
atau adalah air yang ada kamu perlukan kepadanya kerana dahaga kamu atau
kerana dahaga rakan-rakan kamu atau adalah ia milik orang lain dan dia tidak
menjualnya melainkan dengan lebih dari harga seumpama, atau ada luka pada
kamu atau sakit yang kamu takutkan darinya akan bahaya keatas diri kamu
maka hendaklah kamu sabar hingga masuk waktu fardhu,


. . .
.
68.
Kemudian tujulah kepada muka bumi yang halal yang diatasnya ada
tanah yang murni yang suci yang lembut maka tepuklah keatasnya dengan dua
tapak tangan kamu hal kamu merapatkan diantara jari-jari kamu, dan niatlah
mengharuskan fardhu sembahyang.dan sapulah dengan keduanya akan muka

16

kamu semuanya sekali lalu. Jangan kamu bersusah payah menyampaikan debu
kepada tempat tumbuh bulu, nipis ia atau tebal.


. .
.
69.
Kemudian tanggalkan cincin kamu dan tepuklah kali kedua hal keadaan
kamu menjarangkan jari-jari kamu, dan sapulah dengan keduanya akan dua
tangan kamu beserta dengan dua siku. Maka jika kamu tidak dapat meratai
keduanya maka tepuklah kali yang lain hingga kamu meratai keduanya.
Kemudian sapulah satu daripada dua tapak tangan kamu dengan yang satu lagi
dan sapulah apa yang dicelah jari-jari kamu dengan cara menyelat-nyelati.

.
.
70.
Dan sembahyanglah dengannya satu fardhu dan apa yang kamu hendak
daripada sunat-sunat. Maka jika kamu hendakkan fardhu yang kedua maka
mulakanlah untuknya tayammum yang lain.


.
. .

71.
Adab-adab keluar ke masjid. Maka bila kamu selesai dari toharah kamu
maka sembahyanglah di rumah kamu dua rakaat subuh jika fajar telah terbit.
Begitulah yang sentiasa rasulullah sawm buat. Kemudian keluarlah menuju ke
masjid.

.
.
. .
72.
Jangan kamu tinggalkan sembahyang jamaah apatah pula sembahyang
subuh. Maka sembahyang jamaah itu lebih diatas sembahyang sendirian dengan
dua puluh tujuh darjat. Maka jika kamu bermudah-mudah pada seumpama
keuntungan ini maka apa faedah bagi kamu pada menuntut ilmu. Buah ilmu itu
hanyalah amalan dengannya.

: .



.

17

73.
Maka bila kamu berjalan ke masjid maka berjalanlah dengan lemah
lembut dan berlambatan dan tenang, dan jangan kamu tergesa-gesa. Katakan
pada jalan kamu : ya Allah sungguhnya aku memohon dari Mu dengan hak orang
yang memohon keatas Mu dan dengan hak orang yang gemar kepada Mu dan
dengan hak perjalanan aku ini kepada Mu, maka sungguhnya aku tidak keluar
kerana kufurkan ni'mat dan bukan kerana riak dan bukan kerana nama baik,
bahkan aku keluar kerana memelihara diri dari murka Mu dan kerana menuntut
keredhaan Mu, maka aku mohon dari Mu agar melepaskan aku dari neraka dan
mengampunkan bagi aku akan dosa-dosa ku, maka sungguhnya tidak
mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.


:
. .

74.
Adab-adab masuk masjid. Maka bila kamu hendak masuk ke dalam
masjid maka dulukan kaki kamu yang kanan, dan katakan: ya Allah rahmatilah
Muhammad dan keluarga Muhammad dan para sahabatnya dan sejahterakan
mereka. Ya Allah ampunkan bagi aku dosa-dosa ku dan bukakan bagi ku pintupintu rahmat Mu.

:
. :
.
75.
Bilamana kamu lihat di dalam masjid itu ada orang yang menjual atau
membeli maka katakan : Allah tidak menguntungkan perniagaan kamu, dan bila
kamu lihat padanya ada orang yang mencari barang hilang maka katakan : Allah
tidak pulangkan kepada kamu barang kamu yang hilang itu. Beginilah rasulullah
sawm suruh kita.

.
.
. .
76.
Maka bila kamu masuk ke dalam masjid maka jangan kamu duduk hingga
kamu sembahyang dua rakaat tahiyyat masjid. Maka jika kamu tidak berada
diatas suci atau tidak mahu melakukannya memadai kamu oleh al baqiyat as
solihat tiga kali. Dikatakan empat kali dan dikatakan tiga bagi orang yang
berhadath dan satu bagi yang berwudhuk. Maka jika kamu belum sembahyang
sunat dua rakaat fajar di rumah kamu maka memada kamu menunaikan
keduanya dari tahiyyat masjid itu.

18

77.
Maka bila kamu selesai dari dua rakaat itu maka niatkanlah iktikaf dan
berdoalah dengan apa yang rasulullah sawm berdoa dengannya selepas dua
rakaat fajar, maka kamu katakan:

78.
Ya Allah! sungguhnya aku memohon dari Mu rahmat dari sisi Mu, yang
Engkau hidayahkan dengannya akan hati aku dan Engkau kumpulkan
dengannya akan hal hati ku dan Engkau elokkan dengannya apa yang bercerai
berai daripada urusan ku dan Engkau pulangkan dengannya akan kegemaran ku
dan Engkau baikkan dengannya ugama ku dan Engkau pelihara dengannya
batin ku dan Engkau angkat dengannya zahir ku dan Engkau bersihkan
dengannya amalan ku dan Engkau putihkan dengannya muka ku dan Engkau
ilhamkan dengannya baik hal ku dan Engkau tunaikan bagi aku dengannya akan
hajat ku dan Engkau jaga aku dengannya dari setiap kejahatan.

79.
Ya Allah! sungguhnya aku memohon dari Mu iman yang murni yang
selama-lama lekat dengan hati ku, yang yakin lagi yang benar hingga aku tahu
bahawa tidak akan menimpa aku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan
diatas ku, dan jadikan aku redha dengan apa yang Engkau bahagi-bahagikan
kepada aku.

80.
Ya Allah! sungguhnya aku memohon dari Mu iman yang benar dan yang
yakin yang tidak ada kufur selepasnya dan aku memohon dari Mu rahmat yang
aku capai dengannya kemuliaan Mu di dunia dan di akhirat.

81.
Ya Allah! sungguhnya aku memohon dari Mu akan kejayaan disisi
bertemu dengan Mu, dan sabar disisi kadha, dan kedudukkan para syahid, dan
kehidupan orang-orang yang bahagia, dan bantuan diatas seteru, dan dapat
berdamping dengan para nabi.



.
19

82.
Ya Allah! sungguhnya aku meletakkan pada Mu akan hajat ku sekalipun
lemah fahaman ku dan cuai amalan ku, dan aku berhajat kepada rahmat Mu,
maka aku memohon dari Mu wahai yang mengkadarkan segala pekerjaan dan
wahai yang menyembuhkan dada sepertimana Engkau mendinding diantara lautlaut agar Engkau lindungi aku dari azab neraka sai'er dan dari seruan
kebinasaan dan dari fitnah kubur.

83.
Ya Allah! apa yang singkat darinya akal ku dan lemah darinya amalan ku
dan tidak sampai kepadanya niat ku dan cita-cita ku, daripada kebaikkan yang
Engkau janjikannya kepada seorang daripada hamba-hamba Mu atau kebaikkan
yang Engkau berikannya kepada seorang daripada makhluk Mu maka
sungguhnya aku menuju kepada Mu padanya dan aku memohon dari Mu
akannya wahai Tuhan sekelian alam.

84.
Ya Allah! jadikan kami orang yang menunjukki lagi yang mendapat
petunjuk lagi tidak sesat dan tidak menyesatkan pada memerangi musuh-musuh
Mu dan pada berbaik dengan para wali Mu, kami kasih dengan sebab kasih Mu
akan orang ramai dan kami melawan dengan sebab perseteruan Mu akan orang
yang menyalahi Mu dari kalangan makhluk Mu.

85.
Ya Allah! inilah doa dan diatas Mu perkenan, dan inilah kesungguhan dan
diatas Mu tawakkal, dan sungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami
kembali, tidak ada daya dan tidak ada upaya melainkan dengan Allah yang maha
tinggi yang maha agong.

86.
Ya Allah! yang mempunyai tali iaitu Quran yang lurus dan perintah yang
tepat, aku memohon dari Mu akan keamanan pada hari janjian jahat dan syurga
pada hari kekal, bersama dengan orang-orang yang dekat dengan Mu yang
memandang kepada Tuhan mereka, yang banyak rukuk dan sujud, yang
menyempurnakan janji kepada Mu, sungguhnya Engkau maha kasih sayang dan
sungguhnya Engkau melakukan apa yang Engkau hendak.

20

87.
Maha suci Tuhan yang bersifat dengan unggul dan menang dengannya,
maha suci Tuhan yang memakai keagongan dan bemurah hati dengannya, maha
suci Tuhan yang tidak sayugia penyucian melainkan baginya, maha suci Tuhan
yang mempunyai limpah kurniaan dan ni'mat, maha suci Tuhan yang boros dan
pemurah, maha suci Tuhan yang menghingga setiap suatu dengan ilmuNya.

88.
Ya Allah! jadikan bagi aku cahaya dan didalam hati ku dan cahaya di
dalam kubur ku dan cahaya pada pendengaran ku dan cahaya pada penglihatan
ku dan cahaya pada rambut ku dan cahaya pada kulit ku dan cahaya pada
daging ku dan cahaya pada darah ku dan cahaya pada tulang ku dan cahaya di
hadapan ku dan cahaya di belakang ku dan cahaya di kanan ku dan cahaya
dikiri ku dan cahaya di atasku dan cahaya di bawah ku.

89.
Ya Allah! tambahkan aku cahaya dan berikan aku cahaya sehebat-hebat
cahaya dan jadikan bagi aku cahaya dengan rahmat Mu wahai yang paling
mengasih dari segala yang mengasih.

.
.
90.
Maka bila kamu selesai dari doa maka jangan kamu sibuk hingga kepada
waktu sembahyang fardhu melainkan dengan fikir atau tasbih atau bacaan
Quran. Maka bila kamu dengar azan ditengah demikian itu maka putuskan apa
yang kamu sedang buat dan sibuklah dengan menjawab muezzin.

. :
: . :
. :


" maka kamu katakan sama seperti
91.
Maka bila muezzin kata "
demikian itu. Begitulah pada setiap kalimah melainkan pada dua hai'alah maka
kamu katakan pada keduanya "
" . maka bila dia kata "


" maka kamu kata " " i.e benarlah
kamu dan berkebajikkanlah kamu dan aku diatas demikian itu daripada orangorang yang menyaksikan.

21

: :
.
92.
Maka bila kamu dengar iqamah maka kata seumpama apa yang dia

" katakana melainkan pada katanya


" " maka kamu katakan :
".

:


.

93.
Maka bila kamu selesai dari menjawab muazzin maka katakan: ya Allah
sungguhnya aku memohon dari Mu disisi hadhir sembahyang Mu dan suarasuara para penyeru Mu dan disisi berundur malam Mu dan mengadap siang Mu
agar Engkau berikan Muhammad akan wasilah dan fadhilah dan darjah yang
tinggi dan berikan kepadanya makam yang terpuji yang Engkau telah janjikan
kepadanya, sungguhnya Engkau tidak mungkir janji, wahai yang maha
mengasihi dari segala yang mengasihi.


.
94.
Maka bila kamu dengar azan itu sedang kamu didalam sembahyang maka
sempurnakan sembahyang kemudian perdapatkan jawaban azan itu selepas
salam diatas wajahnya.

.
.
95.
Maka bila imam berihram dengan sembahyang fadhu maka jangan kamu
sibuk melainkan dengan mengikutnya. Dan sembahyanglah fardhu itu diatas
wajah yang akan disebutkan bagi kamu pada kaifiat sembahyang dan adabadabnya.

: .






.


96.
Maka bila kamu selesai maka katakan: ya Allah rahmatilah Muhammad
dan keluarga Muhammad dan sejahterakan dia. Ya Allah Engkaulah selamat dan
dari Mu selamat dan kepada Mu kembali selamat itu, maka hidupkan kami wahai
Tuhan kami dengan selamat dan masukkan kami ke dalam syurga negeri
selamat, berkatlah Engkau wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan

22

kemuliaan. Maha suci Tuhan yang tinggi yang maha tinggi yang amat memberi,
tidak ada Tuhan melainkan Allah sendirian tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya
kerajaan dan bagiNya kepujian, dia menghidupkan dan mematikan dan Dia yang
hidup tidak mati, pada tanganNya kebaikkan dan Dia berkuasa diatas tiap suatu,
tidak ada Tuhan melainkan Allah, ahli ni'mat dan fadhilat dan kepujian yang
cantik, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan tidak kami sembah melainkan Dia,
bagiNya ugama walaupun orang-orang kafir membenci.


:






. .

97.
Kemudian berdoalah selepas itu dengan "doa-doa yang menghimpunkan
yang sempurna" iaitu apa yang diajarkan rasulullah sawm kepada Aisyah r.a
maka kamu katakan: Ya Allah! sungguhnya aku memohon dari Mu dari
kebaikkan semuanya yang segeranya dan yang lambatnya apa yang aku tahu
dan apa yang aku tidak tahu, dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatan
semuanya yang segeranya dan yang lambatnya apa yang aku tahu daripadanya
dan apa yang aku tidak tahu, dan aku memohon dari Mu syurga dan apa yang
mendekatkan kepadanya daripada kata-kata dan amalan dan niat dan iktikad,
dan aku berlindung dengan Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan
kepadanya daripada kata-kata dan amalan dan niat dan iktikad, dan aku
memohon daripada kebaikkan apa yang diminta oleh hamba Mu dan nabi Mu
Muhammad sawm, dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatan apa yang
berlindung dengan Mu oleh hamba Mu dan nabi Mu Muhammad sawm. Ya Allah!
apa yang Engkau kadha keatas aku daripada sebarang pekerjaan maka jadikan
akhir pekerjaannya kena dengan yang betul.

:


.
.

98.
Kemudian kamu berdoa dengan apa yang dipesankan rasulullah sawm
kepada Fatimah r.a, maka kamu katakan : wahai yang hidup, wahai yang berdiri
sendiri, wahai yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, tidak ada Tuhan
melainkan Engkau, dengan rahmat Mu aku meminta tolong, dan dari azab Mu
aku minta lindung, jangan Engkau serahkan kepada aku akan diri ku, dan jangan
kepada seorang daripada makhluk Mu sekelip mata pun. Perbaikkan bagi aku
urusan ku semuanya dengan apa yang Engkau baikkan dengannya orang-orang
soleh.
23

:


.

.

99.
Kemudian katakan apa yang dikatakan oleh Isa diatas nabi kita dan
diatasnya selawat dan salam : ya Allah! sungguhnya aku berada pada pagi ini
tidak mampu menolak apa yang aku benci dan tidak memilik manfaat apa yang
aku harapkan, dan jadilah pekerjaan ku pada tangan Mu tidak pada tangan
selain Mu, dan aku berada pada pagi ini dalam keadaan aku tergadai dengan
amalan ku maka tidak ada fakir yang lebih berhajat kepada Mu dari aku dan tidak
ada orang yang kaya yang lebih tidak memerlukan aku dari Mu. Ya Allah!
janganlah Engkau jadikan musuh ku gembira dengan sebab diri ku dan
janganlah Engkau jadikan rakan ku merasa teruk dengan sebab diri ku dan
janganlah Engkau jadikan musibah ku pada ugama ku dan janganlah Engkau
jadikan dunia ini sebesar-besar himmah ku dan tempat sampainya ilmu ku dan
janganlah Engkau jadikan orang yang tidak kasihan belas kepada ku menguasai
aku dengan sebab dosa ku.


.
100. Kemudian Engkau berdoalah dengan apa yang zahir bagi kamu daripada
doa-doa yang masyhur dan hafallah ia dari apa yang kami datangkan didalam
kitab doa-doa pada kitab Ihya' Ulumiddin.



.
101. Hendak adalah waktu-waktu kamu selepas sembahyang hingga terbit
matahari diagihkan keatas empat wazifah: wazifah pada doa-doa, dan wazifah
pada zikir-zikir dan tasbih-tasbih dan mengulangnya pada biji tasbih, dan wazifah
pada bacaan Quran, dan wazifah pada berfikir,


.
102. Maka kamu berfikir pada dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan mu dan
kecuaian mu pada beribadat kepada Tuan kamu dan terdedah kamu kepada
siksaNya yang pedih dan murkaNya yang besar.


.
24

103. Kamu atur dengan tadbiran kamu akan wirid-wirid kamu pada semua hari
kamu supaya kamu dapatkan semula dengannya apa yang terlepas kerana
kecuaian kamu, dan supaya kamu memelihara diri dari terdedah kepada murka
Allah taala yang pedih pada hari kamu.



.
104. dan kamu niat hendak berbuat baik kepada semua orang Islam dan kamu
berazam tidak mengerjakan pada sepanjang hari kamu itu melainkan ketaatan
kepada Allah taala, dan kamu tuju di dalam hati kamu untuk mengerjakan
ketaatan yang kamu kuasa diatasnya, dan kamu pilih yang terafdhalnya dan
kamu perhati-perhatikan persiapan sebab-sebabnya untuk kamu mengerjakan
nya.


.
105. dan jangan kamu tinggalkan berfikir pada dekat ajal dan jatuh kematian
yang memutuskan angan-angan dan keluar urusan itu dari pilihan dan terhasil
duka dan sesal dengan sebab lama terpedaya.

106. Hendaklah sebahagian daripada tasbih-tasbih kamu dan zikir-zikir kamu


sepuluh kalimah, satu daripadanya "tidak ada Tuhan melainkan Allah sendirian
tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan baginya pujian, Dia
menghidupkan dan mematikan, dan Dia hidup tidak mati, pada tanganNya
kebaikkan, dan Dia maha berkuasa diatas tiap suatu".

:
.

107. Yang ketiganya "tidak ada Tuhan melainkan Allah, raja, yang benar, yang
nyata.

:



.

108. Ketiganya : tidak ada Tuhan melainkan Allah, yang asa, yang mengerasi,
Tuhan langit dan bumi dan apa yang diantara keduanya, yang gagah yang
pengampun.



:

.
25

109. Keempatnya : maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tidak ada Tuhan
melainkan Allah, Allah maha besar, tidak ada daya dan upaya melainkan dengan
Allah yang maha tinggi yang maha besar.

110.


.
:

Kelimanya : maha suci maha kudus, Tuhan para malaikat dan roh.

.

:

111. Keenamnya : maha suci Allah dan dengan pujianNya maha suci Allah
yang maha besar.

:
.

112. Ketujuhnya : aku mohon ampun dari Allah yang maha besar yang tidak
ada Tuhan melainkan Dia yang hidup yang berdiri sendiri, dan aku memohon
darinya akan taubat dan keampunan.

:
.

113. Kelapannya : ya Allah tidak ada yang menghalang pada apa yang Engkau
beri dan tidak ada yang memberi pada apa yang Engkau halang, dan tidak ada
yang menolak apa yang Engkau kadhakan dan tidak bermanfaat kepada orang
yang bersungguh dari Mu oleh kesungguhannya.

. :

114. Kesembilannya : ya Allah rahmatilah keatas Muhammad dan keatas


keluarga Muhammad dan para sahabatnya, dan sejahterakan mereka.


:

.

115. Kesepuluhnya : dengan nama Allah yang tidak memudharatkan beserta


dengan namaNya oleh sesuatu pada bumi dan tidak pada langit dan Dia maha
mendengar maha mengetahui.


. .

116. Hendaklah kamu ulang setiap satu daripada kalimah ini samaada seratus
kali atau tujuh puluh kali atau sepuluh kali yang mana ia sekurang-kurangnya,
supaya adalah himpunannya seratus. Dan lazimi wirid-wirid ini.

.
.
.
26

117. Jangan kamu bercakap sebelum terbit matahari. Maka di dalam satu
khabar : bahawa demikian itu terafdhal dari memerdekakan lapan puluh orang
hamba daripada anak cucu Ismail diatas nabi kita dan diatasnya selawat dan
salam. Aku maksudkan sibuk dengan zikir hingga kepada terbit matahari tanpa
diselangi oleh kata-kata.


.
. .
118. Adab masa diantara terbit matahari hingga zawal. Maka bila matahari
terbit dan meninggi kadar lembing maka sembahyanglah dua rakaat. Demikian
itu disisi hilangnya waktu karahah sembahyang, maka sembahyang itu makruh
mula dari selepas fardhu subuh hingga naik matahari.


. .
.(())

119. Maka bila sianghari telah masuk dhuha dan berlalu daripadanya hampir
satu perempatnya maka sembahyanglah sembahyang dhuha empat atau enam
atau lapan, dua rakaat dua rakaat. Maka sungguh di nakalkan bilangan-bilangan
ini semuanya dari rasulullah sawm. ((sembahyang itu baik semuanya, maka
siapa mahu maka hendaklah dia membanyakkan dan siapa mahu maka
hendaklah dia mensedikitkannya)).

.
.
.

120. Maka tidak ada diantara terbit matahari dan zawal sembahyang sunat
ratib melainkan ini. Maka apa yang lebih darinya daripada masa-masa kamu
maka bagi kamu padanya empat keadaan. Keadaan pertama yang mana ia yang
terafdhal bahawa kamu memalingkannya pada menuntut ilmu yang bermanfaat
pada ugama, bukan yang remeh yang menyungkurkan manusia diatasnya dan
mereka menamakan ia sebagai ilmu.







27


.
121. Ilmu yang bemanfaat itu ilmu yang menambah takut kamu kepada Allah
taala dan menambah pada pandangan matahati kamu pada aib-aib diri kamu
dan menambah pada makrifah kamu dengan ibadat kepada Tuhan kamu, dan
mensedikitkan gemar kamu pada dunia dan menambah gemar kamu pada
akhirat, dan membuka matahati kamu pada penyakit-penyakit amalan kamu
hingga kamu dapat memelihara diri darinya, dan membuatka kamu dapat
memandang tipudaya syaitan dan kecohannya dan cara dia mengkhianati
ulamak jahat hinggakan dia mendedahkan mereka kepada kemurkaan Allah
taala dan kemarahanNya sekira-kira mereka memakan dunia dengan ugama dan
menjadikan ilmu sebagai jalan dan wasilah kepada mengambil harta-harta sultan
dan memakan harta wakaf dan anak yatim dan orang miskin, dan hinggakan dia
dapat memalingkan himmah mereka sepanjang siang mereka kepada mencari
pangkat dan kedudukkan di dalam hati makhluk. Dan demikian itu mendesak
mereka kepada menunjuk-nunjuk dan berbantah-bantah dan mempertikaikan
cakap orang lain dan bermegah-megah.

.
.
.
122. Bidang ilmu yang bermanfaat ini telah kami himpunkan di dalam kitab
Ihya' Ulumiddin. Maka jika kamu seorang daripada ahlinya maka dapatkan ia dan
amalkan ia dan ajarkan ia dan ajak orang ramai kepadanya. Maka siapa yang
tahu demikian itu dan beramal dengannya kemudian mengajarkannya dan
mengajak orang kepadanya maka orang itu diserukan sebagai orang yang hebat
di malakut langit-langit dengan saksian Isa alaihi salam.



.
.
123. Maka bila kamu selesai dari demikian itu semuanya dan selesai dari
memperbaiki nafsu kamu zahir dan batin dan lebih oleh sedikit daripada waktuwaktu kamu maka tidak mengapa kamu sibuk dengan ilmu mazhab pada fekah
supaya kamu tahu dengannnya masaalah-masaalah cabangan yang nadir pada
ibadat dan tahu cara menjadi orang tengah di antara makhluk pada perbalahan
mereka disisi mengadap mereka keatas syahwat. Maka demikian itu juga
selepas selesai dari tugas-tugas penting ini adalah sebahagian daripada jumlah
fardhu kifayah.

28


.

.

124. Maka jika nafsu kamu mengajak kamu meninggalkan apa yang telah kami
sebutkan itu daripada wirid-wirid dan zikir-zikir kerana berat demikian itu
membilang maka ketahuilah bahawa Syaitan yang di laknat telah
menyembunyikan di dalam hati kamu ubat yang di tanam, iaitu kasih harta dan
pangkat. Maka aku menakuti kamu bahawa kamu terpedaya dengannya maka
jadilah kamu bahan ketawa baginya lalu dia membinasakan kamu dan
mengejek-ngejek kamu.



.
.

125. Maka jika kamu telah uji nafsu kamu, dalam satu tempoh, pada wirid-wirid
dan ibadat-ibadat itu maka ia tidak berasa berat kerana malas darinya, akan
tetapi kuat minat kamu pada menghasilkan ilmu yang bermanfaat dan kamu tidak
mahukan dengannya melainkan wajah Allah taala dan negeri akhirat maka
demikian itu terafdhal dari ibadat-ibadat sunat, bila mana sah niatnya. Walau
bagaimanapun perkara yang dikira adalah pada sah niat itu. Maka jika niat tidak
sah maka menghasilkan ilmu itu adalah lombong tempat terpedaya orang-orang
jahil dan tempat gelincir tapak kaki orang-orang yang alim.



.
126. Keadaan kedua : bahawa kamu tidak mampu menghasilkan ilmu yang
bermanfaat pada ugama, akan tetapi kamu sibuk dengan wazifah ibadat-ibadat
daripada zikir dan tasbih dan baca Quran dan sembahyang, maka demikian itu
satu daripada darjat-darjat ahli ibadat dan perjalanan orang-orang soleh, dan
adalah kamu juga dari kalangan orang-orang yang berjaya dengan sebabnya.




.
.
127. Keadaan ketiga : bahawa kamu sibuk dengan perkara yang dengan
sebabnya sampai kebaikkan kepada orang-orang Islam dan masuk kegembiraan
ke dalam hati orang-orang beriman, atau jadi mudah dengan sebabnya amalan

29

soleh bagi orang-orang soleh, seperti khidmat kepada ahli fekah dan ahli sufi dan
ahli ugama dan menguruskan kerja-kerja mereka dan seperti berusaha
menyediakan makan bagi para fakir miskin sebagai contoh dan berulang alik
menziarahi orang sakit dan kesana kemari menguruskan jenazah, maka semua
itu terafdhal dari ibadat sunat, kerana ini semuanya adalah ibadat dan padanya
ada manfaat bagi orang-orang Islam.




. .
128. Keadaan keempat : bahawa kamu tidak mampu diatas demikian itu, maka
hendaklah kamu sibuk dengan keperluan kamu demi mengusahakan razeki
diatas diri kamu atau diatas keluarga kamu, walhal selamat orang-orang Islam
dari kamu dan aman mereka dari lidah kamu dan tangan kamu dan selamat bagi
kamu ugama kamu kerana kamu tidak mengerjakan maksiat, maka dengan
demikian itu kamu mencapai darjat "ashabul yamin", sekalipun kamu bukan
daripada orang yang meningkat kepada makam-makam yang lalu itu. Maka ini
adalah serendah-rendah darjat pada makam-makam ugama.

- - .
. .
129. Apa yang selepas ini maka ianya daripada tempat keni'matan Syaitan.
Demikian itu dengan bahawa kamu sibuk -berlindung dengan Allah- dengan
perkara yang meruntuhkan ugama kamu atau kamu menyakiti seorang hamba
daripada hamba-hamba Allah taala. Maka ini adalah tahap orang-orang yang
binasa maka aku menakuti kamu bahawa kamu berada pada tahap ini.

:

.
.
130. Ketahuilah bahawa seorang hamba pada hak ugamanya berada diatas
tiga darjat, samaada orang yang selamat iaitu orang yang menghadkan diatas
menunaikan fardhu-fardhu dan meninggalkan maksiat-maksiat, atau yang
beruntung iaitu yang sukarela dengan dampingan-dampingan diri dan sunatsunat, atau orang yang rugi iaitu orang yang cuai pada perkara-perkara fardhu.

.

.

30

: .
.

131. Dan seorang hamba pada hak sekelian hamba-hamba mempunyai tiga
darjat. Pertamanya : bahawa didirikan dia pada hak mereka itu pada tempat
malaikat "kiramul bararah"12, iaitu orang yang berusaha pada kepentingan orang
lain demi memanfaatkan mereka dan memasukkan kegembiraan ke dalam hati
mereka. Keduanya : bahawa dia di tempatkan pada hak mereka itu pada tempat
binatang bahimah dan benda-benda tak bernyawa, maka tidak mencapai mereka
oleh kebaikkannya, akan tetapi dia menahan dari mereka akan kejahatan dirinya.
Ketiganya : bahawa dia ditempatkan pada hak mereka pada tempat jengking dan
ular dan binatang buas yang memudharatkan, tidak diharapkan kebaikkannya
dan dijaga-jagakan kejahatannya.


.
.

132. Maka jika kamu tidak mampu menyertai kumpulan malaikat maka awaslah
bahawa kamu turun dari darjat binatang bahimah dan benda tak bernyawa
kepada martabat jengking dan binatang buas yang memudharatkan. Maka jika
kamu rela untuk diri kamu bahawa kamu turun dari martabat tertinggi daripada
martabat-martabat yang tinggi13 maka janganlah kamu redha untuknya bahawa
kamu turun kepada darjat yang terendah daripada darjat-darjat yang rendah.
Maka barang kali kamu berjaya cukup-cukup14, tidak ada untung bagi kamu dan
tidak ada rugi bagi kamu.


.
133. Maka diatas kamu sepanjang waktu siang kamu bahawa kamu tidak sibuk
melainkan dengan apa yang bermanfaat kepada kamu pada tempat kembali
kamu atau pada kehidupan kamu yang kamu tidak dapat tidak dari
menjadikannya bantuan ke atas tempat kembali kamu.

.
. .
134. Maka jika kamu lemah dari mendirikan hak ugama kamu serta dengan
bergaul dengan orang ramai dan adalah kamu tidak selamat dari rasa tamak
kepada orang ramai maka uzlah terutama. Maka kenalah kamu melakukannya,
maka pada uzlah itu ada kejayaan dan keselamatan.

12

Yang mulia disisi Allah dan benar lagi taat.


Iaitu turun dari martabat malaikat kepada martabat bahimah.
14
Iaitu kamu tidak bermanfaat pada orang lain dan orang lain tidak bermanfaat kepada kamu, dan kamu
tidak memudharatkan orang lain dan orang lain tidak memudharatkan kamu.
13

31




.
.
135. Maka jika rasa waswas pada uzlah menarik kamu kepada perkara yang
tidak diredhai Allah taala dan kamu tidak mampu mengekangnya dengan
wazifah-wazifah ibadat maka kena diatas kamu tidur, kerana ia sebaik-baik
keadaan kamu dan keadaan kami. Bila kita lemah dari mendapat ghanimah kita
redha dengan terselamat pada kekalahan. Maka hendaklah dia merendahkan
keadaannya demi keselamatan ugamanya pada menghentikan sementara
kehidupannya, kerana tidur itu saudara mati yang mana ia menghentikan
sementara kehidupan dan menghubungi benda tak bernyawa.




. .
136. Adab-adab persediaan untuk baki sembahyang-sembahyang.
Sayugia bahawa kamu bersiap sedia untuk sembahyang zohor sebelum gelincir
matahari, maka kamu dulukan qailulah jika kamu hendak bangun malam, atau
berjaga malam pada perkara kebaikkan, maka qailulah membantu bangun
malam sepertimana sahur membantu puasa. Qailulah tanpa bangun malam itu
sama seperti sahur tanpa puasa disiang hari.



)) :
.((

137. Bila kamu qailulah maka hendalah kamu usahakan agar kamu jaga
sebelum gelincir matahari, dan kamu berwudhuk dan hadhir ke masjid dan
sembahyang tahiyyatul masjid dan menunggu muezzin lalu kamu menjawabnya,
kemudian kamu bangun lalu sembahyang empat rakaat mengiringi gelincir.
Adalah rasululah sawm memanjangkannya dan berkata ((ini waktu yang
dibukakan padanya pintu-pintu langit, maka au kasih bahawa diangkatkan
amalan soleh bagi aku)).

)) :
.((
138. Empat rakaat ini sebelum zohor adalah sunat muakkad, maka di dalam
satu khabar ((siapa sembahyangkannya maka dia mengelokkan rukuknya dan
32

sujudnya sembahyang bersamanya tujuh puluh ribu malaikat yang meminta


ampun untuknya hingga ke malam)).

.
139. Kemudian sembahyanglah fardhu zohor bersama imam kemudian
sembahyanglah selepas fardhu itu dua rakaat maka keduanya daripada rawatib
yang sabit.


.
140. Janganlah kamu sibuk hingga ke asar melainkan dengan belajar ilmu atau
membantu orang Islam atau membaca Quran atau berusaha pada kehidupan
untuk kamu jadikan ia bantuan diatas ugama kamu.

.
)) :
.((
.
141. Kemudian sembahyanglah empat rakaat sebelum asar, maka ianya sunat
muakkad. Maka sungguh rasulullah sawm berkata ((Allah mengasihi seorang
yang sembahyang sebelum asar)). Maka hendaklah kamu bersungguh agar
mencapai kamu doa rasulullah sawm.

.

.
.
142. Janganlah kamu sibuk selepas asar melainkan dengan apa yang telah
lalu sebelumnya. Tidak sayugia bahawa waktu-waktu kamu kosong, maka kamu
sibuk pada setiap waktu dengan apa yang baik padanya diatas kadar yang baik,
bahkan sayugia bahawa kamu menghisab diri kamu dan kamu aturkan wiridwirid kamu pad malam dan siang kamu, dan kamu tentukan untuk setiap waktu
satu kerja yang tidak melampauinya, dan tidak kamu pilih padanya untuk kamu
buat yang selainnya. Maka dengan demikian itu zahirlah keberkatan waktuwaktu.



.
.
143. Adapun bila kamu biarkan diri kamu kosong tanpa wirid lagi terbiar
sebagaimana terbiarnya waktu binatang bahimah yang tidak tahu apa yang ia
perlu buat pada setiap waktu maka hilanglah kebanyakkan waktu-waktu kamu
33

dalam keadaan sia-sia sedangkan waktu kamu itu adalah umur kamu dan umur
kamu itu modal kamu dan diatasnya perniagaan kamu dan dengannya
kesampaian kamu kepada ni'mat negeri yang kekal abadi, berjiran dengan Allah
taala. Maka setiap nafas daripada nafas-nafas kamu itu adalah permata yang
tidak ada nilaiannya, kerana tidak ada ganti baginya. Maka bila ianya luput tidak
ada kembali baginya.


!

.
144. Maka jangan kamu jadi seperti seperti si bahlul yang terpedaya, yang
gembira setiap hari dengan bertambah harta mereka serta berkurang umur
mereka, maka di manakah kebaikkan pada harta yang bertambah sedang umur
mengurang! Jangan kamu gembira melainkan dengan bertambah ilmu atau
amalan soleh, maka keduanya adalah pengiring kamu yang akan bersama kamu
di dalam kubur ketika ketinggalan dari kamu keluarga kamu dan harta kamu dan
anak kamu dan rakan-rakan kamu.


:
.(())

145. Kemudian bila matahari kekuningan maka bersungguhlah bahawa kamu


kembali ke masjid sebelum ghurub matahari, dan kamu sibuk dengan tasbih dan
istighfar, kerana fadhilat waktu ini sama seperti fadhilat masa yang sebelum terbit
matahari. Kata Allah taala ((dan bertasbihlah kamu dengan kepujian Tuhan Mu
sebelum terbit matahari dan sebelum ghurubnya)).

:
.
146.

Bacalah sebelum ghurub matahari empat surah daripada Quran, iaitu "


" dan " " dan dua mu'awwazah.

:

:
. -

147. Hendaklah tenggelam matahari diatas kamu wahlhal kamu di dalam


beristighfar. Maka bila kamu dengar azan maka jawablah ia, dan katakan
selepasnya "ya Allah sungguhnya aku memohon dari Mu ketika berundur malam
Mu dan mengadap siang Mu dan hadhir sembahyang Mu dan suara-suara
penyeru Mu agar Engkau berikan Muhammad akan wasilah. . . Doa ini
sepertimana yang telah lalu.
34


. .
148. Kemudian sembahyanglah fardhu maghrib selepas menjawab muazzin
dan iqamah, dan sembahyanglah selepasnya sebelum kamu bercakap dua
rakaat, maka keduanya ratib maghrib. Jika kamu sembahyang selepas keduanya
empat rakaat maka ianya sunat juga.

149. Jika boleh kamu berniat iktikaf hingga ke isyak dan menghidupkan masa
yang diantara dua isyak itu dengan sembahyang maka hendaklah kamu buat.
Maka sungguh telah datang pada fadhilat demikian itu apa yang tidak terhingga.

.
)) : ( ) :


.((
.
150. Empat rakaat ini adalah "nasyi'ah lail", kerana ia pada awal terjadi malam.
Ianya adalah sembahyang awwabin. Ditanya rasulullah sawm tenang kata Allah
((renggang lambung mereka dari tempat tidur)), maka katanya ((ia adalah
sembahyang diantara dua isyak, maka ia menghilangkan cakap-cakap tak
berfaedah pada siang hari dan membersihkan akhirnya)).

.
.(( )) : .

151. Maka bila masuk waktu isyak maka sembahyanglah empat rakaat
sebelum fardhunya kerana menghidupkan masa diantara dua azan. Maka
fadhilat demikian itu sangat banyak. Sabit didalam satu khabar ((bahawa doa
diantara dua azan dan iqamah itu tidak ditolak)).

.
. .
. .
152. Kemudian sembahyanglah fardhu isyak, dan sembahyanglah ratibahnya
dua rakaat, dan baca pada keduanya surah alif lam mim sajdah dan tabarakal
mulk atau surah yasin dan ad dukhan. Maka demikian itu di nakalkan dari
rasulullah sawm. Dan sembahyanglah selepas keduanya empat rakaat. Maka
sabit didalam satu khabar apa yang kenunjuk keatas besar fadhilat empat rakaat
ini.

35

.

. .
153. Kemudian sembahyanglah witir selepasnya tiga rakaat dengan dua salam
atau dengan satu salam. Adalah rasulullah sawm membaca padanya akan surah
Sabbihisma rabbikal a'la dan Qul ya ayyuhal kafirun dan ikhlas dan dua
mu'awwazah. Maka jika kamu berazam untuk bangun malam maka takhirkan
witir itu supaya adalah akhir sembahyang kamu sembahyang witir.


. .
154. Kemudian sibuklah kamu selepas itu dengan bermuzakarah ilmu atau
mutalaah kitab, dan jangan kamu sibuk dengan kelalaian dan permainan maka
jadilah demikian itu penyudah amalan-amalan kamu sebelum tidur. Maka
hanyalah amalan-amalan itu diiktibarkan dengan penyudah-penyudahnya.

()

.
155. Adab-adab tidur. Maka bila kamu hendak tidur maka hamparkan
hamparan kamu mengadap kiblat, dan tidurlah diatas kanan kamu sepertimana
mengereng mayat didalam lahad.

.

.

.
156. Ketahuilah bahawa tidur itu seumpama mati dan jaga darinya seumpama
bangkit dari mati. Barang kali Allah menggenggam nyawa kamu pada malam
kamu itu maka hendaklah kamu bersiap sedia untuk bertemu denganNya,
dengan bahawa kamu tidur diatas toharah dan adalah wasiat kamu yang di
tuliskan berada di bawah kepala kamu dan kamu tidur dalam keadaan taubat
dari dosa-dosa, meminta mampun, berazam tidak kembali kepada maksiat. Dan
hendaklah kamu berazam akan melakukan kebaikkan kepada semua orang
Islam jika Allah taala membangkitkan kamu, dan hendaklah kamu ingat bahawa
kamu akan baring didalam lahad seperti baring kamu itu, sendirian tidak ada
bersama kamu melainkan amalan kamu dan tidak kamu dibalas melainkan
dengan usaha kamu.

36


.
157. Jangan kamu menarik tidur dengan susah payah dengan menyediakan
hamparan yang lembut, maka sungguhnya tidur itu menghentikan hidup buat
sementara, melainkan bila hidup kamu jadi bala diatas kamu, maka tidur kamu
adalah yang selamat buat ugama kamu.



.
158. Ketahuilah bahawa malam dan siang itu dua puluh empat jam maka
janganlah tidur kamu pada malam dan siang lebih dari lapan jam, maka memada
bagi kamu jika kamu hidup enam puluh tahun sebagai contoh bahawa kamu siasiakan daripadanya sebanyak dua puluh tahun yang mana ianya satu pertiga
umur kamu.


.
.
159. Ketika hendak tidur hendaklah kamu sediakan siwak kamu dan air untuk
kamu bersuci, dan hendaklah kamu berazam untuk bangun malam atau bangun
sebelum subuh. Maka dua rakaat di tengah malam itu satu gudang daripada
gudang-gudang kebajikkan, maka perbanyakkanlah gudang-gudang kamu untuk
hari fakir kamu, kerana tidak akan mengkayakan kamu gudang-gudang harta
dunia bila kamu mati.

. :
. .
.

160. Katakan disisi tidur mu : dengan nama Mu wahai Tuhan ku, aku letakkan
lambung ku dan dengan nama Mu aku angkatkannya, maka ampuni bagi ku
akan dosa ku. Ya Allah! peliharalah aku dari azab Mu pada hari yang Engkau
bangkitkan hamba-hamba Mu. Ya Allah! dengan nama Mu aku hidup dan aku
mati. Aku berlindung dengan Mu ya Allah dari kejahatan setiap yang mempunyai
kejahatan dan kejahatan setiap binatang yang Engkau memegang ubunubunnya, sungguhnya Tuhan ku diatas titian jalan yang lurus.








.
.
37

161. Ya Allah Engkau yang awal maka tidak ada suatu sebelum Mu, dan
Engkau yang akhir maka tidak ada suatu selepas Mu, dan Engkau yang zahir
maka tidak ada suatu di atas Mu dan Engkau yang batin maka tidak ada suatu
selain Mu, bayarkanlah dari aku akan hutang ku dan kayakan aku dari fakir. Ya
Allah Engkau jadikan diri ku dan Engkau mematikannya, bagi Mu kematiannya
dan kehidupannya. Jika Engkau mematikannya maka ampuni dia, dan jika
Engkau menghidupkannya maka pelihara ia dengan apa yang Engkau pelihara
dengannya akan hamba-hamba Mu yang soleh.

162. Ya Allah sungguhnya aku memohon dari Mu akan kemaafan dan


kesihatan pada ugama dan dunia dan akhirat. Ya Allah jagakan aku dari tidur
pada saat yang paling kasih kepada Mu, dan jadikan aku beramal dengan
amalan yang paling kasih kepada Mu, supaya Engkau dekatkan aku kepada Mu
sedekat-dekatnya, dan supaya Engkau jauhkan aku dari murka Mu sejauhjauhnya, aku memohon dari Mu maka Engkau berikanlah aku dan aku minta
ampun dari Mu maka ampunilah aku dan aku berdoa kepada Mu maka
perkenankan doa ku.


.
163. Kemudian bacalah ayat Kursi dan amanarrasul hingga akhir surah, dan
Ikhlas dan dua mua'awwazah dan tabarakal mulk.

.
.
164. Hendaklah kamu diambil oleh tidur walhal kamu diatas zikrullah dan diatas
toharah. Maka siapa melakukan demikian itu dibawa naik rohnya ke arasy dan
dituliskan dia sebagai orang yang sembahyang hingga dia terjaga.

.

165. Maka bila kamu bangun dari tidur kembalilah kepada apa yang aku
beritahu kamu mula-mula tadi dan teruslah diatas aturan ini pada baki umur
kamu. Maka jika payah diatas kamu untuk berterusan maka sabarlah sebagai
sabar orang sakit diatas kepahitan ubat demi menunggu sembuh,

38

166. dan fikirlah pada pendek umur kamu. Jika kamu hidup sebagai contoh
seratus tahun maka ianya sedikit berbanding diam kamu di negeri akhirat yang
mana ianya kekal abadi.



!
167. dan hendaklah kamu amat-amati bagaimana kamu boleh menanggung
susah payah dan kehinaan pada mencari dunia dalam sebulan atau setahun
kerana mengharap dapat berehat dengan sebabnya dua puluh tahun, maka
bagaimana kamu tidak boleh menanggung susah payah dalam beberapa hari
yang sedikit ini demi mengharapkan kerehatan yang kekal abadi.

: .

.

.
168. Jangan kamu panjangkan angan-angan kamu maka ia memberatkan
amalan kamu walhal kematian telah dekat. Katakan didalam hati kamu :
sungguhnya aku menanggung susah payah siang hari ini maka mungkin aku
akan mati malam ini, dan aku sabar malam ini maka mungkin aku akan mati
esok hari, kerana kematian tidak menerkam pada waktu yang tertentu dan
keadaan yang tertentu tetapi tidak dapat tidak dari terkamannya. Maka persiapan
untuknya terutama dari persiapan untuk dunia walhal kamu tahu bahawa kamu
tidak kekal padanya melainkan dalam tempoh yang singkat, dan mungkin ajal
kamu tidak tinggal melainkan sehari atau satu nafas.

.

.
169. Maka kamu andaikan ini didalam hati kamu setiap hari dan kamu berati
nafsu kamu dengan sabar diatas mentaati Allah hari ke sehari. Maka
sungguhnya kalau kamu mengandaikan hidup kekal selama lima puluh tahun
dan kamu lazimkan nafsu kamu dengan sabar diatas mentaati Allah taala
nescaya ia menjadi liar dan menderhakai mu.

39

Anda mungkin juga menyukai