Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran lepas mendapati bahawa


sebahagian murid menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan penambahan yang
melibatkan penukaran unit kilometer dan meter. Pelbagai jenis kesilapan dapat dikesan
melalui pemerhatian serta analisis dokumen seperti lembaran kerja, buku latihan dan ujian
diagnostik. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan
kemahiran murid lemah Tahun 5 dalam menyelesaikan penambahan yang melibatkan
penukaran unit kilometer dan meter. Peserta kajian dibimbing untuk menguasai kemahiran
penambahan yang melibatkan penukaran unit kilometer dan meter dengan menggunakan
Petak Magik . Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid lelaki dan seorang murid
perempuan yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan
instrumen ujian, analisis dokumen dan temu bual. Data kuantitaf di analisis secara deskriptif
mengikut peserta kajian. Kajian mendapati intervensi yang digunakan berjaya membantu
semua peserta kajian menguasai kemahiran penambah yang melibatkan penukaran unit
kilometer dan meter. Ciri bahan konkrit dan mesra pengguna adalah kekuatan utama
Petak Magik . Di samping itu, masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh ditambah
baik untuk kajian akan datang.
Kata kunci:

Petak Magik , Penambah dua nombor yang melibatkan penukaran unit


kilometer dan meter

Anda mungkin juga menyukai