Anda di halaman 1dari 24

KAEDAH KAWALAN MINDA

TEKNIK 3 - 1
Minda atau akal adalah anugerah Allah s.w.t yang paling agung kepada manusia. adalah
amat rugi jika tidak kita menafaatkan pemberian Allah s.w.t. yang paling tinggi nilainya
itu. Masalah yang sering timbul ialah bagaimana cara untuk kita menggunakannya
dengan cara yang paling baik melalui teknik yang paling mudah dan Insyaallah
membuahkan pula hasil yang terbaik ?
Inilah yang akan kita lihat sepintas lalu. Apabila bercakap tentang Minda, sering kali kita
mendengar perkataan Otak Kanan / Hemisfera Otak kanan dan Gelombang Alfa.
Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa otak kanan itu adalah bahagian otak yang
paling kurang dimenafaatkan dan menjadi satu kerugian besar tidak memenafaatkannya
dengan sebaik mungkin. Ini adalah kerana bahagian inilah yang mengawal kreativiti dan
penyelesaian masalah. Manakala Gelombang Alfa pula merujuk kepada getaran sesaat
otak kita sebagaimana getaran jantung kita. Getaran ini diukur dengan menggunakan
sejenis alat yang memberikan ukuran 7 - 14 kitaran sesaat. Bagaimana menggunakan
bahagian otak yang paling kreatif pada saat dan ketika yang paling baik?
Minda kita boleh bergetar dalam gelombang Alfa ketika kita berada di dalam rehat atau
tenang fizikal dan mental. Ia dapat dicapai sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Kita mungkin mencapai gelombang Alfa ketika bersembahyang , mandi, membaca
bacaan ringan atau mendengar lagu-lagu syahdu...... Bolehkah kita menjadikan
gelombang Alfa ini satu tabiat supaya dapat otak kanan kita berfungsi dengan baik pada
saat dan ketika yang amat kita perlukan ? Jawabnya BOLEH!!! Bagaimana ?
Begini.....
1. Cari satu tempat dan keadaan yang bebas daripada gangguan bau, bunyi, pandangan
dan rasa yang tidak enak atau tidak elok.
2. Duduk dalam keadaan tegak, kaki memijak lantai/ bumi, tulang belakang lurus, kepala
tegak dan mata tertutup rapat. Tapak tangan diletakkan di atas peha.
3. Tarik nafas panjang perlahan- lahan dan hembuskan juga perlahan lahan
4. Tarik nafas perlahan-lahan dan ketika menghembuskannya perlahan- lahan ,
bayangkan angka/ nombor tiga sebanyak tiga kali ( 3 3 3 )
5. Tarik nafas dan hembus serta bayangkan nombor dua sebanyak tiga kali ( 2 2 2 )
6. Tarik nafas dan hembus serta bayangkan nombor satu sebanyak tiga kali ( 1 1 1 )
7. Katakan kepada diri anda bahawa anda akan merasa tenang rehat dan semakin tenang
dan semakin rehat setaip kali anda menghembuskan nafas

8. Ingatkan diri anda , jika berlaku sesuatu perkara yang memerlukan anda membuka
mata maka buka mata dan anda akan merasa tenang dan rehat seperti biasa.
9. Bayangkan anda berada di suatu tempat yang merehatkan, mungkin di tepi pantai, di
atas puncak bukit di taman bunga dan seumpamanya. Bayangkan pemandangan , warna ,
bau , rasa dan bunyi yang mungkin kelihatan , kedengaran dan dapat anda rasakan.
Bayangkan dengan terperinci dan cuba rasakan seolah- olah anda sedang berada di sana.
10. Selepas berada di dalam keadaan yang merehatkan itu untuk beberapa ketika anda
boleh keluar dengan mengingatkan diri anda bahawa anda akan keluar dengan kiraan
lima. Tarik dan hembus nafas satu persatu hingga lima kali dan pada kali ketiga ingatkan
diri anda bahawa anda akan keluar pada kiraan lima dan rasa sihat dan segar seperti
sediakala. Buka mata dan cuba rasakan anda berasa lebih sihat dan segar daripada biasa.
PEMBERSIHAN MENTAL
Visualisasi dan imaginasi di dalam dimensi Alfa adalah kunci kepada kejayaan
pemprograman semula dan penyelesaian masalah. Kita perlu sedar betapa besarnya
peranan yang dimainkan oleh sikap dan pemikiran positif. Ini penting kerana ia bukan
sahaja memberi kesan terhadap diri kita sendiri tetapi juga kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dengan kita seperti ahli keluarga dan rakan sekerja.
Semua yang diterangkan di dalam buku ini akan menjadi sia- sia belaka sekiranya anda
bersikap dan berfikiran negatif di dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Jika kita merasakan bahawa kita akan gagal menyelesaikan sesuatu masalah, maka sudah
pasti kita tidak akan dapat menyelesaikannya. Di dalam Kaedah kawalan Minda Silva
kita menggunakan satu teknik yang dinamakan Teknik Pembersihan Mental. Apabila
terlintas sahaja di dalam fikiran kita sesuatu yang negatif kita akan mengatakan Batal!
dengansegera. Ini diikuti dengan menggantikannya dengan pernyataan atau perkataan dan
pemikiran yang positif. Sebagai contohnya sering kita mengatakan : Tidak boleh !.
Cuba gantikannya dengan Boleh!.
Apabila seseorang itu mengatakan boleh, sebenarnya beliau sudah mengambil langkah
bijak ke arah mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya. Sebaliknya
orang yang mengatakan tidak boleh, sebenarnya telah melawan arus Tujuannya dan sukar
untuk mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya. Perkataan negatif lain
yang biasa digunakan ialah :Cuba!. Saya telah mencuba itu dan ini tetapi masih
gagal!. Pernahkah anda mencuba untuk mengutip duit syiling yang jatuh ? Sudah tentu
tidak. Anda terus mengambilnya. Lebih baik jika anda mengatakan : Saya akan
lakukannya, dan terus melakukan perkara yang perlu untuk menjamin kejayaan sesuatu
kerja atau tugas itu.
Bagaimana dengan perkataan- perkataan negatif yang lain seperti :Bencinya...,
Meluat saya..., Terlupalah .., Risaulah.., Rasa macam nak mati...; dan berbagai
lagi perkataan negatif lain yang kita gunakan saban hari dan saban masa. Sebagai
contohnya, setiap kali bertemu dengan seseorang yang anda benci anda akan berkata :

Sakit hati saya apabila memandang mukanya!. Ia benar- benar membuat anda merasa
sakit hati, benci , geram dan marah. Inilah yang dipanggil sebagai Pemprograman Negatif
yang Berkesan.
Proses ini sebenarnya berlaku dalam tempoh yang panjang kesan daripada pengulangan
yang dilakukan tanpa disedari. Apa yang anda sedar ialah apabila bertemu dengan orang
itu anda akan secara automatik berasa geram, marah dan benci terhadapnya. Apa yang
telah dan sedang berlaku itu ialah Pemprograman Negatif yang berkesan sedang
beroperasi. Bukankah baik jika kita terbalikkan proses itu dan memperoleh menafaat
yang sebaik- baik dan sebanyak- banyaknya ? Pernahkah anda melihat atau bertemu
dengan kanak- kanak yang menjadi mangsa sikap dan sifat negatif ibubapanya di rumah?
Bila terkena hujan, ibu kata kepala saya akan pening. Jangan bermain di dalam gelap
nanti ditangkap hantu!
Berapa banyakkah sampah yang telah kita sumbat ke dalam minda anak- anak kita di
dalam sehari ? Sering kita gelar anak- anak kita sebagai bodoh, setan, hantu dan
seumpamanya. Semua ini akan tertanam di dalam sel minda mereka dan akan kekal di
situ sepanjang hayat mereka. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa sehingga usia
seseorang kanak- kanak itu empat tahun, beliau telah mempelajari hampir 75 % daripada
apa yang akan mereka gunakan di sepanjang hayat mereka. Bayangkan apakah jenis
pemprograman yang telah dimasukkan ke dalam kepada anak- anak kita sejak usianya
empat tahun dahulu ?
Pemprograman lain yang sering kita lakukan terhadap anak- anak ialah tegahan atau
larangan melakukan sesuatu perkara. Sering kita katakan kepada mereka :Jangan buat
itu, nanti..... Apakah yang berlaku ? Mereka akan terus melakukannya lagi dan lagi biar
berapa kalipun kita ulangi dan kita ingatkan mereka.Mengapa tidak kita hanya katakan
kepada mereka: Pergi main di tempat lain. Di sini panas! Setiap kali kita menjerit dan
marah serta mendenda dan memukul anak- anak kerana melakukan sesuatu kesalahan, ia
seolah- olah satu pemprograman yang semakin kuat kesannya apabila dimarahi dan
dipukul serta dijerit- jeritkan.Hanya beritahu sahaja agar jangan melakukan sesuatu
perkara dengan nada yang lembut.
Mengingatkan perkataan Batal apabila perlu akan memberi kesan yang mendalam
keatas pemikiran tindakan dan hasil yang akan anda dapat lihat kesannya terhadap
kesihatan, pencapaian kendiri, imej diri yang lebih baik, lebih berkeyakinan , lebih
terkawal dan dapat memberikan contoh dan teladan yang baik kepada anak- anak dan
rakan sekeliling. Ini dapat dilakukan dengan membersihkan mental anda. Apabila
ditanya:Apa khabar ?. Dengan yakin jawablah : Bertambah baik!. Pengulangan yang
berterusan akan memberi kesan yang baik untuk anda menjadi bertambah baik di dalam
segenap bidang setiap hari.
MENANAMKAN BENIH PEMIKIRAN
Kita sering memandang rendah kepada kemampuan minda kita. Apabila berhadapan
dengan sesuatu yang baru atau sesuatu yang belum pernah kita dengar sebelum ini kita

akan beranggapan bahawa lebih banyak ruang dan peluang yang kita perlukan untuk
memahami atau memurnikan ilmu yang baru itu ke dalam minda kita. Sebenarnya tidak.
Apa sahaja yang kita alami melalui indera kita akan direkodkan ke atas sel otak. Selepas
sesuatu sesi ceramah atau perbincangan kita berasa dengan pasti bahawa semuanya telah
direkodkan seperti benih yang telah ditanamkan di dalam tanah. Apa yang penting ialah
peneguhan. Sekali kita melakukan sesuatu perkara yang baru dan berjaya, ia akan
membuahkan kejayaan yang berikutnya. Begitulah juga halnya apabila kita gagal
melakukan sesuatu yang baru maka kegagalan itu akan membuahkan kegagalan yang
berikutnya pada masa hadapan. Oleh itu ikutilah arahan dan langkah- langkah yang telah
digariskan agar tidak berlaku kesilapan dan kejayaan menggunakansesuatu teknik itu
akan lebih meyakinkan kita untuk menggunakan teknik yang sama pada masa hadapan.
KUASA MINDA
Minda kita mempunyai kuasa dan boleh diarahkan kepada apa jua kegunaan mengikut
kehendak kita. Ini adalah satu kenyataan yang telahpun dibuktikan secara saintifik. Apa
yang perlu kita lakukan ialah memahami hakikat bahawa kita semua mempunyai
keupayaan untuk melakukan apa sahaja dengan minda kita walaupun kelihatannya
seolah- olah sesuatu yang mustahil. Sesuatu yang kelihatannya mustahil pada mulanya
apabila telah berjaya dilakukan maka minda kita akan meyakini bahawa ia boleh
diulangi.
Salah satu cara untuk melihat fenomena kuasa minda ialah dengan membengkokkan
sudu. Dapatkan sebatang sudu dan gosokkan sudu itu dengan menggunakan ibu dan jari
telunjuk perlahan- lahan di kawasan leher sudu itu. Bayangkan ia adalah sejalur mee yang
basah. Apabila kita turun ke tahap asas kita untuk tujuan membengkokkan sudu ini
arahkan kuasa minda kita melalui visualisasi dan imaginasi. Dalam kes kanak- kanak
yang mengikuti program ini biasanya sekitar dua puluh minit , sembilan puluh lima
peratus akan berjaya melakukannya. Bakinya akan berjaya dengan latihan yang
berterusan.
Proses membengkokkan sudu ini adalah satu pemprograman terhadap benda. Minda
manusia dengan bantuan kebijaksanaan manusia adalah satu- satunya kebijaksanaan yang
dapat melakukan pemprograman sedemikian rupa dalam mengubah bentuk benda. Ini
dapat difahami bahawa semuanya berpunca daipada kuasa minda kita. Kebijaksanaan Ini
menghampirkan diri kita kepada peringkat genius kerana genius ialah orang yang
menggunakan dengan lebih banyak keupayaan mindanya dengan cara yang tersendiri.
EVOLUSI MINDA
Hampir sembilan puluh peratus kanak- kanak terlupa bagaimana untuk memenafaatkan
keupayaan genius mereka apabila meningkat dewasa. Ini berlaku kerana kurangnya
penekanan dan peneguhan ke atas penggunaan daya visualisasi dan imaginasi mereka. Ini
berlaku ketika kanak- kanak menghampiri usia akil baligh apabila minda mereka lebih
menumpukan kepada fizikal dan timbulnya keinginan kepada jantina yang berlawanan.

Perkembangan yang mendadak dari segi fizikal yang menjurus ke arah itu menambahkan
lagi keinginan kepada jantina yang berlawanan. Dalam keadaan ini amat penting
melakukan latihan mental untuk menguatkan minda dan mengujudkan keseimbangan
yang harmonis di antara fizikal dan mental. Sewaktu kita di alam rahim lagi, janin telah
mengeluarkan gelombang delta. Gelombang minda ini terhasil daripada tenaga elektrik
yang dihasilkan oleh minda.
Tenaga ini tergolong kepada beberapa pola atau ritma. Delta adalah gelombang minda
yang paling lemah di antara 0.5 hingga 4 kitaran sesaat. Ini berterusan sehingga empat
tahun usia seseorang kanak- kanak itu. Pada tahap ini bayi/kanak-kanak ini mula belajar
menggunakan pancainderanya. Indera yang pertama yang digunakan oleh kanak- kanak
ialah sentuhan diikuti oleh rasaan, hiduan kemudian pendengaran dan
penglihatan.Apabila usia kanak- kanak itu meningkat empat tahun mindanya akan
bergetar dalam frekuensi Theta.
Ada dikatakan bahawa pada ketika ini seseorang kanak- kanak itu telah merakamkan
tujuh puluh lima peratus pengetahuan ke atas sel otaknya untuk digunakan sepanjang
hidupnya. Frekuensi Alfa terhasil ketika usia kanak- kanak itu di antara tujuh hingga
empat belas tahun. Frekuensi yang lain masih digunakan tetapi lebih banyak
menggunakan frekuensi yang sejajar dengan usianya.
Di dalam gelombang Alfa seseorang kanak- kanak itu mula menggunakan maklumat
yang telah dirakamkan di atas sel otak dan cuba menyesuaikannya dengan maklumatmaklumat baru yang telah diterima. Kanak - kanak itu akan mencipta ide yang baru dan
mengkagumkan, penyelesaian kepada masalah dan ciptaan yang berbagai. Teman
sepermainan yang dibayangkannya Kelihatan seperti benar- benar ujud. Dia
menunjukkan kelebihan yang sama seperti yang Dilalui oleh pengamal Kaedah silva.
Dengan menggunakan kaedah ini kita belajar untuk berfungsi sama seperti ketika kita
kecil dahulu dengan kembali mempelajari bagaimana untuk berfungsi dan mengawal
minda ketika di dalam frekuensi alfa.
Selepas atau ketika usia 14 tahun , kanak- kanak mula melalui zaman akil baligh. Dia
mula memberikan fokus kepada keadaan sekelilingnya dan dengan itu lebih banyak
menggunakan frekuensi Beta. Dia menjadi lebih logik, dan banyak menggunakan
taakulan dan analatikal. Dia telah membenamkan pengalamannya berfungsi di dalam
frekuensi Alfa, Delta dan Thetanya ke dalam dimensi luarsedar. Akhirnya beliau
melupakan kekuatan dan kepakaran menggunakan kebolehannya yang asli. Kanak- kanak
perlu diajar agar mengekalkan keupayaan mentalnya melalui visualisasi dan imaginasi
pada frekuensi Alfa.
Ilham adalah hasil daripada tindakan berfungsi pada frekuensi Alfa. Ia amat diperlukan
di dalam segenap lapisan kehidupan. Jika kebolehan ini diperkemaskan/dimurnikan ini
akan dapat membantunya menjadi seorang penyelesai masalah yang berjaya. Apabila
minda berfungsi pada frekuensi Beta ia akan menyelinap masuk ke frekuensi Alfa 30 kali
seminit untuk ukuran masa dalam mikrosaat. Ketika inilah ilham akan muncul.

Orang yang mempunyai tahap ilham yang tinggi mencapai ketepatan 4 daripada 5
ataupun 80 %. Dia akan menjadi lebih sihat kerana ilham muncul dalam frekuensi Alfa
dan ketika itulah badan akan mengubati dirinya sendiri secara automatik. Dia akan
kurang terlibat dengan kemalangan kerana berada di satu tempat pada satu ketika yang
tepat, Ini juga bererti bahawa dia akan bernasib lebih baik daripada yang lain. Orang yang
mempunyai tahap ilham yang tinggi akan menyelesaikan lebih banyak Masalah kerana
dia mendapat jawaban ketika keadaan kelihatannya seolah- olah mustahil Untuk
mendapatkan sebarang jawaban. Jawaban datang melalui tekaan atau pun Mengikuti
rasahati yang kesemuanya digolongkan sebagai ilham.
LIMA LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN TEKNIK KAWALAN MINDA
BERKESAN
1. Kenalpasti masalah yang dihadapi
2. Tetapkan matlamat yang ingin dicapai
3. Tentukan kaedah yang akan digunakan untuk mengatasi masalah tersebut
4. Lakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan matlamat anda itu tercapai
5. Sentiasa mengakui seolah- olah matlamat anda itu sudah tercapai
TEKNIK KAWALAN TIDUR
Bagi mereka yang mengalami masalah susah melelapkan mata (Insomnia), berikut adalah
teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut:
1. Rehatkan diri dengan Kaedah 3-1
2. Bayangkan papan hitam / papan putih
3. Bayangkan sebelah tangan anda memegang pen/ kapur dan sebelah lagi memegang
pemadam
4. Bayangkan anda melukiskan satu bulatan besar di atas papan hitam itu
5. Bayangkan anda melukiskan huruf X yang besar didalam bulatan itu
6. Bayangkan anda memadam huruf X itu dengan perlahan-lahan dan berhati- hati tanpa
memadamkan bulatan itu
7. Apabila anda telah memadam huruf X itu tuliskan disebelah kanan bulatan itu RELAX

8. Tuliskan angka 100 dan kemudian padamkannya perlahan- lahan dan kemudian
perhatikan perkataan RELAX dan cuba rasakan anda semakin relax setiap kali anda
memadam angka dan melihat perkataan RELAX
9. Ulangi dengan angka 99 dan seterusnya 98 ........ sehinggalah anda tertidur
10.Jangan lupa ingatkan diri anda : sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau keadaan
memerlukan anda akan membuka mata dan bangun dengan rasa sihat dan segar.
TEKNIK BANGUN TIDUR
1. Rehatkan diri anda dengan Kaedah 3 - 1
2. Bayangkan jam loceng. Bayangkan anda menetapkan jam anda ingin tersedar daripada
tidur.
3. Katakan kepada diri anda : Inilah waktunya saya mahu tersedar, inilah waktunya saya
akan tersedar
4. Teruskanlah tidur dan InsyAllah anda akan tersedar pada waktu yang anda ingini itu.
TEKNIK MENGELAKKAN DARIPADA MENGANTUK
Jika anda merasa mengantuk tetapi anda ingin terus berjaga kerana sesuatu perkara, anda
boleh gunakan teknik ini:
1. Rehatkan diri anda dengan Kaedah 3 - 1
2. Katakan kepada diri anda : Saya merasa mengantuk, saya tidak mahu merasa
mengantuk, saya mahu terus berjaga, merasa sihat dan segar
3. Katakan kepada diri anda : Saya akan membilang daripada 1 - 5. Pada kiraan 5 saya
akan membuka mata, tidak mengantuk, merasa sihat dan segar. Saya tidak akan merasa
mengantuk, saya akan terus berjaga.
4. Kira perlahan -lahan 1, 2, 3 ingatkan diri anda : pada kiraan 5 saya akan membuka
mata , terus berjaga dan merasa sihat dan segar.
5. Kira 4 dan 5 dan pada kiraan 5 dengan mata terbuka ingatkan diri anda: Saya terus
berjaga, berasa sihat dan segar lebih daripada biasa:
KAWALAN SAKIT KEPALA
Doktor mendapati bahawa 90% daripada sakit kepala adalah disebabkan oleh ketekanan/
stress. Selebihnya adalah disebabkan oleh punca- punca lain di dalam badan manusia.
Sekiranya anda mengalami masalah sakit kepala kerana berpunca daripada stress maka

kaedah yang akan dibincangkan nanti boleh digunakan untuk menghilangkannya. Tetapi
sekiranya sakit kepala anda timbul pada masa yang tertentu maka sakit kepala itu
mungkin disebabkan oleh masalah organ di dalam badan dan anda perlu mendapatkan
rawatan daripada doktor perubatan.
Anda digalakkan menggunakan kaedah ini pada peringkat awal sakit kepala itu mula
menyerang atau mendatang. Jika anda mengalami masalah untuk ke tahap Alfa di tengah
tengah kesibukan tugas dan kedaan maka anda boleh pergi ke tandas untuk enggunakan
teknik ini atau ke tempat lain seperti surau dan bilik rehat yang membolehkan anda
menggunakan kaedah ini tanpa sebarang gangguan.
Anda perlu melalui lima tahap seperti yang telah dibincangkan di dalam teknik- teknik
sebelumnya iaitu pertama menyatakan masalah, kedua menyatakan matlamat, ketiga
menyediakan rancangan untuk mencapai matkamat yang telah anda tetapkan , keempat
melaksanakan rancangan anda itu dan akhir sekali mengaanggap bahawa matlamat anda
itu sudahpun tercapai atau terlaksana. Ingatlah bahawa semua ini hanya berlaku dan
berkesan ketika anda berada pada tahap Alfa dan anda boleh juga menggunakan taknik
ini untuk penyakit yang lebih serius seperti gila babi, sawan atau ketika anda berhadapan
dengan keadaan yang tidak menyenangkan.
KAEDAH KAWALAN SAKIT KEPALA
SAKIT KEPALA BERPUNCA DARIPADA STRESS
Turun ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 - 1. Apabila berada pada Tahap 1 katakan kepada
diri anda : Saya mengalami sakit kepala.; saya merasa sakit kepala; saya tidak mahu
sakit kepala.; saya tidak mahu merasa sakit kepala. Saya akan mengira 1 - 5 dan pada
kiraan 5, saya akan membuka mata, sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan
yang sempurna. Saya tidak akan sakit kepala. Saya tidak akan merasa sakit kepala lagi .
Kemudian kira perlahan- lahan dari 1, 2 dan 3; pada pada kiraan 3 ingatkan diri anda
pada kiraan 5 saya akan membuka mata, sedar semula, merasa segar dan di dalam
kesihatan yang sempurna; tidak ada lagi rasa tidak selesa di dalam kepala. saya; saya
tidak lagi merasa tidak selesa di dalam kepala saya.
Perhatikan bahawa kita telah membuat perubahan pada tahap 3 daripada sakit kepada
tidak selesa. Kita tinggalkan sakit itu di belakang. Sambung kembali kiraan perlahanlahan kepada 4, kemudian 5, dan pada kiraan 5 dengan mata terbuka katakan kepada diri
anda. Saya telah sedar, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna. Tidak ada
lagi rasa tidak selesa di dalam kepala saya. Saya tidak lagi merasa tidak selesa di dalam
kepala saya .
SAKIT KEPALA BERPUNCA DARIPADA MIGRAIN
Untuk sakit kepala yang berpunca daripada migrain , gunakan kaedah seperti di atas
tetapi lakukan tiga kali dengan jarak masa 5 minit setiap satu. Pada kali yang pertama

anda akan dapat rasakan kesakitan itu menurun sedikit dan kali yang berikutnya akan
mengurangkan kesakitan sedikit demi sedikit. Pada kali yang ketiga sepatutnya sakit
kepala anda akan hilang semuanya.
Apabila kesakitan anda datang lagi sepatutnya sekali sahaja akan dapat menghilangkan
semua kesakitan di dalam kepala anda. Ini akan mengurangkan pergantungan anda
kepada dadah yang tertentu dan sakit anda akan terubat dengan sendirinya apabila badan
anda melupakan punca kepada kesakitan di dalam kepala anda. Walaubagaimanapun
jangan merasa segan untuk mengulanginya beberapa kali sehingga anda mendapatkan
kesan yang anda harapkan. Tidak rugi mencuba teknik yang tidak memerlukan bayaran
daripada menghabiskan wang membeli ubat. Untuk sakit kepala yang berpunca daripada
keadaan di dalam anggota badan yang lain sila berjumpa dengan doktor yang pakar.
KAWALAN MIMPI
Tahap Alfa adalah tahap kita bermimpi sama ada bermimpi pada malam ataupun pada
siang hari. Adalah sesuatu yang amat menguntungkan sekiranya kita dapat mempelajari
dengan lebih lanjut tentang tahap Alfa dan mempunyai kawalan yang lebih di dalam
dimensi tersebut. Ahli sains mendapati bahawa semua orang bermimpi walaupun tidak
semua orang mengingati mimpi- mimpi mereka.
Ada beberapa sebab mengapa mimpi tidak dapat diingati. Mungkin mimpi yang buruk
amat menakutkan untuk diingati kembali atau mungkin ada seseorang memanggilmanggil di dalam mimpi dan panggilan tersebut tidak mahu didengari dan diingati maka
hasilnya mimpi tidak dapat diingati. Kaedah yang akan diterangkan nanti akan
membolehkan anda mengingati mimpi- mimpi anda dan ingatlah bahawa lebih baik
bermula dengan perlahan- lahan dengan mengingati satu mimpi setiap malam sebelum
mengingati beberapa mimpi yang dialami pada satu malam.
Setiap daripada kita mempunyai pengalaman yang unik dan mempunyai satu pola
simbolik yang unik untuk menggambarkan peristiwa - peristiwa di dalam kehidupan kita.
Ini dapat dilihat sekiranya anda mempunyai diari mimpi yang mencatatkan peristiwa
yang berlaku di dalam mimpi anda. Sekiranya anda tersedar dengan satu mimpi, tuliskan
secara ringkas tentangnya. Pada sebelah paginya cuba untuk mendapatkan gambaran
yang lebih jelas dengan masuk ke dalam tahap Alfa anda.
Pastikan anda mencatatkannya sebaik sahaja anda mengingatinya, jika tidak ia akan
hilang begitu sahaja. Selepas menuliskan kembali mimpi- mimpi anda masuk kembali ke
dalam tahap Alfa dan tanyakan kepada diri anda : Apakah kaitan mimpi ini dengan apa
yang berlakau di dalam hidup saya ? Ini akan dapat membantu anda memahami
simbolik- simbolik di dalam impi dari masa ke masa dan menterjemahkannya dengan
cepat dan tepat. Mendapatkan tdur dan pusingan mimpi yang yang sepatutnya amat baik
kerama ia memberikan kita maklumat yang banyak dan peluang untuk menilai sesuatu
perkara daripada dimensi yang lain selain daripada dimensi fizikal kita. Diantara faedah
yang diperolehi daripada penggunaan teknik ini ialah kita akan hanya bermimpi dengan

mimpi- mimpi yang kita ingini sahaja disamping mengimbas kembali mimpi-mimpi kita
dan mendapatkan jawaban bagi menyelesaikan masalah yang kita adapi.
Sekiranya anda mengalami mimpi- mimpi ngeri anda boleh memadamkannya dengan
memberikan arahan seperti berikut sewaktu anda berada di Tahap alfa.: Saya
mengalami mimpi ngeri ini, saya tidak ukakannya, saya tidak mahu ia berulang lagi..
dan yang seumpamanya . Kajian menunjukkan setiap daripada kita mengalami sekurangurangnya 4 pusingan tidur dan mimpi di dalam semalaman. Setiap pusingan mengambil
masa sekitar 90 minit.
Mimpi pada peringkat awal tidur lebih mendalam dan singkat. Mimpi peringkat
berikutnya lebih ringan dan mempunyai kitaran yang lama. Sekiranya anda terbangun
terlalu awal maka tidak ada mimpi. Tetapi sekiranya anda terbangun di tengah- tengah
mimpi anda akan merasa keliru. Sekiranya anda terbangun i akhir mimpi maka anda akan
mengingati dan memahaminya
KAEDAH KAWALAN MIMPI
1. Sebelum tidur masuk ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 - 1 . Apabila berada pada tahap
tersebut ingatkan diri anda. saya ingin mengingati mimpi saya, saya akan mengingingati
mimpi saya. Kemudian terus tidur. Anda mungkin akan terbangun pada sebelah malam
atau paginya dengan koleksi mimpi anda pada malam itu. Sediakan kertas dan pen untuk
menuliskannya. Setalah anda berpusa hati dengan pencapaian anda dengan kaedah ini
barulah anda teruskan dengan kaedah berikutnya.
2. Sebelum masuk tidur masuk ke tahap Alfa dengan Kaedah 3- 1. Ketika pada Tahap alfa
ingatkan diri anda: saya ingin mengingati mimpi- mimpi saya, saya akan mengingati
mimpi- mimpi saya. Teruskan tidur. Anda akan terbangun beberapa kali pada sebelah
malam dan pada sebelah pagi dengan koleksi mimpi anda. Tuliskan semua mimpi- mimpi
itu dan beralih kepada kaedah berikutnya setalah anda berpuas hati.
3. Bagaimana mengunakan mimpi untuk diingati, difahami dan membantu di dalam
penyelesaian masalah. Masuk ke Tahap Alfa dengan Kaedah 3- 1 dan sewaktu pada tahap
Alfa ingatkan diri anda : Saya inginkan mimpi yang mengandungi maklumat untuk
menyelesaikan masalah yang ada di dalam minda saya. Nyatakan masalah anda dan
tambahkan lagi : Saya akan mendapat mimpi itu, mengingatinya dan memahaminya.
Teruskan tidur. Anda akan terbangun pada tengah malam atau pada paginya dengan
koleksi mimpi yang akan anda ingati dan fahami dan dapat membantu anda
menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
MELENYAPKAN RAKSAKSA / HANTU
Kanak- kanak begitu kreatif dan imaginatif. Sering kita dengar bagaimana kanak- kanak
bermain dengan kawan- kawannya yang tidak dapat kita lihat. Peranan media cetak dan
elektronik menambahkan lagi kesukaran kita memahami kanak- kanak dengan daya
imaginasi mereka yang kadang- kadang keterlaluan. Bagi setengah kanak- kanak

raksaksa/ hantu ada di mana sahaja; di sebalik tabir, belakang pintu, di bawah katil dan
yang hairannya mereka dapat menerangkan dengan terperinci tentang hantu atau raksaksa
itu.
Apabila kanak- kanak melaporkan mereka bertemu dengan hantu ibubapa akan
memasang lampu atau pergi ke tempat yang dikatakan berhantu itu dan menerangkan
kepada kanak- kanak itu bahawa tidak ada hantu di situ. kepada ibubapa dengan tindakan
mereka akan melegakan kanak- kanak itu , tetapi sebenarnya tidak. Mereka tetap dapat
melihatnya di dalam minda mereka.
Walaupun ibubap begitu berhati- hati untuk tidak mengujudkan suasana yang enakutkan
terhadap anak- anak mereka tetapi ia masih terus berlaku. Antara puncanya ialah
pembantu rumah dan penjaga kanka- kanak tersebut yang sering menakut- nakutkan
mereka aabila kanak- kank itu enggan menurut perintah mereka. Mereka akan menggarugaru dinding dan lantai sehingga mengeluarkan bunyi yang menakutkan kanak- kanak
tersebut atau menceritakan cerita yang menakutkan agar kanak- kanak itu mendengar
perintah dan duduk diam. Jika kanak- kanak itu dapat diyakinkan bahawa tidak ada hantu
maka program berikutnya akan gagal kerana mereka telah meyakinkan minda mereka
bahwa tidak ada hantu.
Untuk memusnahkan hantu atau raksaksa ini kanak- kanak atau kita sendiri perlu turun
ke tahap asas dan lakukan pemprograman pada tahap itu dengan menyatakan bahawa jika
kita bertemu atau melihat hantu kita akan menunjuknya dengan jari telunjuk kita dan
hantu atau raksaksa itu akan menjadi semakin kecil sehingga boleh dipegang dan dibuat
ainan. Ia juga boleh diletakkan di atas tapak tangan dan apabila ditepuk ia akan hilang
KONSEP LAYAR MENTAL
Untuk menentukan letak Layar Mental anda perlu turun ke tahap asas dengan Kaedah 3 1. Apabila berada di sana jeling sedikit mata anda ke atas kadar 20 darjah. Bayangkan
sebuah layar seperti layar di panggung wayang. Letakkannya di luar dan jauh daripada
badan anda. Imej yang anda gambarkan di dalam visualisasi hendaklah dipancarkan ke
layar mental tersebut sama seperti halnya gambar dipancarkan daripada projektor ke layar
perak. Jangan jadikan kelopak mata anda sebagai layar sebaliknya bayangkan seolaholah gambar terpancar daripada dahi anda ke luar dan jauh daripada badan anda.
Kes- kes yang biasa diselesaikan dengan teknik ini ialah masalah Matematik dan
mengingatkan kembali apa yang telah dibaca. Apa yang perlu dilakukan ialah
menggambarkan formula atau sifir sehingga seakan- akan ternampak sifir atau formula
itu seperti menonton filem. Begitu juga halnya untuk dengan pembacaan. jadikan apa
yang telah anda baca sebagai sebuah cerita filem dan tayangkannya di layar mental anda
ketika anda memerlukannya.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik jadikan imej yang dibayangkan itu bergerak dan
berwarna - warni dan mempunyai bentuk yang pelik dan melucukan . Ini akan banyak
membantu anda menguatkan keupayaan dan kebolehan menyelesaikan masalah,

visualisasi dan imaginasi dan lebih baik, ingatan yang lebih banyak dan jelas, kreativiti
yang bertambah dan perkembangan hemisfera otak kanan yang menjadikan anda semakin
genius dari hari kehari.
KAWALAN MEMORI
Untuk memperbaiki memori diketengahkan Sistem yang dipopularkan oleh Bruno Furst
yang amat menekankan tentang pembentukan imajan di atas Layar Mental.Sistem ini
menggunakan angka Arab dan konsonan. Bunyi vowel ( a,e,i,o,u) tidak mempunyai nilai
dan konsonan/ abjad yang mempunyai bunyi yang seakan- akan sama akan mempunyai
nilai yang sama . Contohnya B dan P.
1T

8F

2N

9B

3M

10 S

4R
5L
6J
7K
1 2 3 4 5 6789 0
TeN MoRe LoJiK FiBS
Untuk mengingati senarai yang panjang bayangkan perkara yang pelik dan ganjil dengan
menggunakan gambar di dalam minda anda dan kaitkannya dengan peg di atas. Jika
perkara pertama yang ingin anda ingati ialah susu maka bayangkan TEH SUSU yang
membuak- buak seperti gunung berapai yang meletus apabila ditarik.
Jika perkara kedua yang anda ingati ialah basikal, bayangkan binatang yang di dalam
bahtera Nabi Nuh semuanya menunggang basikal seperti di dalam pertunjukan sarkas dan
seumpamanya.
MENGAWAL KEMARAHAN
Kemarahan adalah sifat semulajadi manusia yang ada baiknya jika digunakan pada
tempat dan keadaan yang sesuai, kita orang dewasa akan berhadapan dengan banyak
masalahsekiranya menunjukkan kemarahan kepada keadaan, orang dan tempat yang
salah. Tidak seperti kanak- kanak, mereka boleh bermain dengan orang yang mereka

marahi atau yang menimbulkan kemarahan mereka dalam masa yang singkat seolah- olah
perkara itu tidak pernah berlaku antara mereka.
Apabila marah ujud walau apapun puncanya, jantung akan berdegup dengan lebih
pantas, tekanan darah akan semakin tinggi dan kimia di dalam badanpun berubah. Ini
boleh membawa kesan kepada badan contohnya sakit kepala. Ia juga boleh menyebabkan
ketidakseimbangan di dalam cecair gastrik di dalam perut dan boleh menyebabkan
berlakunya barah di dalam perut. Semakin tinggi kefahaman kita tentang punca stres
semakin baik taraf kesihatan kita.
Apabila kita berada di dalam keadaan marah pergi ke tahap anda dengan Teknik 3 - 1 dan
apabila berada di sana bayangkan punca kemarahan anda sama ada ia orang, keadaan atau
benda dan bayangkan bahawa anda dapat menanganinya dengan baik. Bayangkan anda
kelihatan gembira kerana berjaya menanganinya dan kemudian keluar dengan Teknik 1 5.
TEKNIK TIGA JARI
Teknik ini dapat digunakan dengan mempertemukan hujung tiga jari pertama kedua- dua
belah tangan ( jari- jari ibu, telunjuk dan hantu ). Teknik ini berkesan untuk pergi ke tahap
minda yang lebih dalam untuk pemprograman semula tanpa menggunakan Teknik 3 -1 .
Ia akan memudahkan untuk mengingat semula maklumat dan menajamkan memori.
Untuk menggunakan teknik ini anda perlu ke tahap anda dengan menggunakan Kaedah 3
1. Apabila selesai ingatkan diri anda bahawa anda akan mengira satu hingga tiga dan
pada kiraan tiga anda akan membuka mata dan membaca buku. tambahkan: Kebisingan
tidak akan mengganggu saya . Saya akan mempunyai kefahaman dan kensentrasi yang
tinggi. Kemudian kira satu, dua dan tiga dan buka mata sertakan mulakan pembacaan.
Setelah selesai membaca, turun ke tahap anda dengan Kaedah 3 - 1 . apabila berada di
sana katakan kepada diri anda : Pelajaran yang baru sahaja saya baca sebentar tadi
( nyatakan nyatakan tajuk dan perkara ) akan mudah saya ingat kembali bila- bila masa
pada masa hadapan dengan Teknik Tiga Jari saya.
Sekiranya anda mendengar ceramah atau syarahan , pergi ke tahap anda dengan Kaedah
3 - 1. Apabila berada di sana ingatkan diri anda bahawa anda akan mendengar syarahan,
ceramah ataupun kuliah. Nyatakan Tajuk perkara dan nama pensyarah. Katakan kepada
diri anda :Saya akan menggunakan Teknik Tiga Jari dan dengan mata terbuka sepanjang
syarahan ini. Kebisingan tidak akan mengganggu saya. Saya akan mempunyai konsetrasi
dan kefahaman yang tinggi. Saya akan mengingati syarahan ini ( sebutkan tajuk, perkara
dan nama pensyarah) pada bila- bila masa pada masa hadapan dengan menggunakan
Teknik Tiga Jari.
Dengan menggunakan teknik ini anda akan mudah mengingati semula sebarang perkara.
Dengan teknik ini maklumat dilabelkan, diindekskan dan difailkan ke atas sel otak
dengan teratur dan tersusun. Teknik ini akan memudahkan minda mencapai tahap
berfungsi yang lebih dalam, fizikal dan minda anda akan berasa lebih rehat. Apabila

minda berada dalam keadaan rehat pemikiran akan bergerak dengan lebih bebas dan
lancar. Tentu anda pernah berhadapan dengan soalan yang anda tahu jawabannya tetapi
terlupa walaupun anda mencuba dengan sepenuh upaya untuk mengingatinya. Tetapi
apabila anda pulang ke rumah sambil berehat dan menonton tv, ketika itulah jawaban itu
muncul dengan tiba- tiba. Mengapa ? Kerana minda anda berada dalam keadaan yang
tenang adi pemikiran anda lebih lancar dan anda dapat mengingat dengan lebih mudah.
TEKNIK TIGA JARI DAN PEPERIKSAAN
Sebelum memulakan jawaban cubalah untuk merehatkan diri anda dengan menarik nafas
dengan mendalam beberapa kali. Ini akan membantu anda mengawal keadaan dan
pemikiran anda. Anda juga boleh mengingatkan sesuatu perkara yang melucukan untuk
merehatkan pemikiran anda. Berikut adalah tiga langkah yang boleh anda ambil untuk
memastikan anda menjawab dengan baik dan berkesan.
Langkah Pertama Baca soalan seperti biasa dan jangan terlalu lama bagi setiap soalan.
Sekiranya anda mempunyai jawaban, tuliskan dengan ringkas. Sekiranya tidak ada
jawaban yang anda ingati, teruskan dengan soalan berikutnya Langkah Kedua Gunakan
langkah yang pertama tetapi pada kali ini dengan menggunakan Teknik Tiga Jari dan
tunggu lama sedikit bagi soalan yang tidak diketahui jawabannya. Sekiranya jawaban
tiba-tiba muncul, tuliskannya. Sekiranya masih tidak ada jawaban pergi ke soalan
berikutnya
Langkah Ketiga Gunakan Teknik Tiga Jari dan baca soalan yang masih belum berjawab,
pejamkan mata dan jeling ke atas sedikit dan bayangkan pensyarah anda di atas Layar
Mental. Tanyakan jawaban daripada beliau dan kemudian tenangkan fikiran dan kembali
berfikir untuk mendapatkan jawaban. Jawaban yang akan muncul adalah jawaban
daripada pensyarah itu secara mentalnya. Jika ini berlaku tuliskannya dan jangan sekalikali menghantarkan kertas kosong.
Sentiasa ingat tentang konsep Pembersihan Mental. Mengatakan : Saya lupa tidak
akan membantu untuk mengingati semula maklumat. Ingatkan kembali tentang keadaan
apabila anda ditanyakan soalan dan anda menjawab ,: Saya terlupa!, adakah dapat anda
mengingati semula jawabannya.? Sudah tentu tidak !. Sebaliknya ingatkan kembali
keadaan apabila anda ditanya dan anda menjawab: Baru sebentar tadi saya ingat ! Tidak
mengapa , sekejap lagi saya akan mengingatinya kembali . Tidak lama kemudian anda
akan mengingatinya kembali . Mengapa ? Ini adalah kerana minda anda terus mencari
maklumat tersebut. Apabila anda mengatakan Saya terlupa, minda anda tidak akan
berbuat apa- apa untuk mengingatinya kembali.
Konsep Layar Mental juga boleh digunakan di dalam menjawab peperiksaan. Jadikan
gambaran mental apa sahaja yang anda baca sama seperti klip video atau wayang gambar
dan mainkannya semula untuk mengingati kembali apa yang telah anda baca untuk
menjawab soalan. Kegunaan lain Teknik Tiga Jari ialah untuk mengawal emosi yang
negatif. Apabila berhadapan dengan emosi yang negatif apa yang perlu anda lakukan
ialah temukan tiga jari anda di kedua- dua belah tangan dan menarik tiga kali nafas

dalam- dalam dan anda akan dapat mengawal atau mengubahnya menjadi yang lebih
positif.
Dalam Teknik Tiga Jari kita menggunakan jari -jari ibu, telunjuk dan tengah/hantu kerana
di hujungnya apabila ditemukan akan menutup kitaran tenga daripada terlepas keluar dan
kekal di dalam badan untuk apa jua pemprograman diri yang lebih baik. sebab yang lain
ialah tiga itu mengingatkan kita kepada keinginan, keyakinan dan harapan yang
merupakan kunci terpenting untuk memastikan proses pemprograman semula dapat
berjalan dengan berjaya dan berkesan. Ibu jari mewakili keinginan, telunjuk mewakili
keyakinan dan jari tengah/hantu mewakili harapan. Teknik ini telah terbukti berkesan
untuk tujuan mengingati semula maklumat, relax , kawalan dan pemprograman semula.
Anda akan merasai faedahnya jika mengunakannya berulang- ulang.
TEKNIK TANGAN TERAPUNG
Teknik ini berasal daripada teknik Dr . Milton Erikson, seorang pakar hipno-analis yang
menggunakan teknik ini untuk membantu pesakitnya berada pada tahap relax yang
mendalam. Dalam teknik ini pesakit diarahkan supaya menumpukan sepenuh erhatiannya
kepada salah satu daripada tangannya dan merasakan tangannya itu begitu ringan dan
terangkat sehingga belakang tangannya menyentuh pipinya dan kembali ke tempat salnya
di atas peha.
Ketika itulah Dr. Erikson menggunakan sepenuh masa yang singkat itu untuk mengubati
pesakitnya. Kadangkala ia mengambil masa sehinga satu setengah jam. Dalam Kaedah
kawalan Minda Silva, versi ini telah dimurnikan sehingga proses itu mengambil masa
yang singkat sahaja. Apabila tangan menyentuh muka dan kembali ke tempat asalnya kita
akan merasa relax yang mendalam. Ini adalah satu cara lain untuk sampai ke tahap asas.
Telah dibincangkan sebelum ini Kaedah 3 - 1 , Teknik Tiga Jari dan sekarang ini Tekik
Tangan Terapung. Teknik ini mudah dan berkesan.
Untuk menggunakan teknik ini, duduk dengan selesa dan tumpukan sepenuh perhatian
kepada tangan yang paling biasa digunakan. Jangan mengalihkan pandangan
daripadanya. Tangan kita mungkin akan kelihatan ganjil atau berlainan. memang egitulah
halnya kepada apa jua benda yang diperhatikan dengan lama akan menjadi ganjil dan
berlainan. Bilang 10 hingga satu perlahan - lahan dan rasakan tangan anda menjadi begitu
ringan dan sensitif sehingga salah satu daripada jari anda digerakkan . Bayangkan jari itu
bergerak dan membawa kepada tangan anda pula terangkat daripada peha ada. Apabila
menghampiri satu rasakan tangan anda terangkat dan belakang tangan anda menyentuh
pipi anda. Apabila tangan menyentuh sahaja pipi anda maka anda akan menutup mata,
menarik nafas dalam-dalam dan sewaktu menghembuskannya tangan anda akan kembali
ke tempat asalanya. Katakan kepada diri anda bahawa anda akan berada di dalam tahap
minda yang lebih dalam dan menyegarkan. Sewaktu membilang itu anda boleh
meyakinkan diri anda bahawa belon sedang mengapungkan tangan anda ataupun tangan
anda akan merasa ringan seringan bulu.

Saranan ini akan membantu tangan anda merasa ringan dan terangkat dengan epat. Ini
adalah salah satu cara untuk mencapai tahap asas dan gunakanlah agar dapat anda
rasakan perbezaannya dengan teknik- teknik yang lain.
TEKNIK SARUNG TANGAN KEBAS ( STK)
Teknik STK ini ialah perasaan yang dibentuk ke atas tangan yang kurang biasa
digunakan untuk mengawal kesakitan fizikal dan dalam kebanyakan kes ialah
pendarahan. Perasaan yang terbentuk ialah perasaan selain daripada perasaan yang biasa
dialami seperti sejuk , panas . Untuk mengunakan teknik ini duduk dengan tegak dan
turun ke tahap Asas dengan Kaedah 3 - 1.
Sebaik sahaja berada di sana bayangkan anda mencelupkan tangan anda yang biasa
digunakan ke dalam timba yang berisi air panas yang berada di sebelah anda. Air itu
panas tetapi tidaklah sampai ke tahap kepanasan yang tidak dapat ditanggung. Ingatkan
kembali pengalaman masa lalu ketika tangan anda terendam atau tersimbah dengan air
panas sehingga dapat anda rasakan pengalaman itu seperti sedang berlaku. Rasakan
bagaimana panasnya di celah- celah jari anda. Angkat tangan anda dan rehatkannya di
atas peha anda.
Bayangkan pula anda mencelupkan tangan anda yang kurang biasa digunakan ke dalam
bekas berisi pecahan air batu. Bayangkan pengalaman lalu ketika tangan anda terendam
atau memegang air batu sehingga dapat anda rasakan sejuknya air batu itu sekarang ini.
Cuba rasakan bagaimanan sejuknya air batu itu di celah - celah jari anda. Angkat tangan
anda daripada bekas berisi airbatu itu sehingga berada di belakang kepala anda tetapi
tidak menyentuhnya. Keringkan ia dalam kedudukan ini selama yang anda mahu.
Kemudian rehatkan tangan anda di atas riba anda dan cuba uji dengan cara mencubit atau
menepuknya.
Untuk menghilangkan rasa selain daripada yang biasa anda boleh menghilangkannya
dengan menggosokkannya daripada pergelangan hingga ke jari - jemari tiga kali dan
tangan anda akan kembali normal. Untuk keluar gunakan Kaedah 1- 5. Apabila anda telah
pernah mengalami teknik ini anda boleh memindahkannya ke tangan yang lain. Anda
juga boleh memindahkannya ke mana- mana bahagian badan yang anda ingini. Untuk
menggunakannya anda hanya perlu meletakkan salah satu tangan anda ke bahagian badan
yang sakit dan katakan :HILANG!, ketidakselesaan itu akan hilang.
Sehubungan dengan ini juga ada satu lagi latihan yang ringkas untuk menguji
sejauhmanakah kuasa kita dipancarkan melalui telapak tangan. Caranya ialah gosokkkan
kedua- dua belah tapak tangan dengan kuat dan pantas sehingga anda merasa epanasan.
Selepas itu berdiri saling berhadapan dengan pasanagan anda yang telah melakukan
latihan yang sama dalam jarak tiga kaki. Pejamkan mata dan cuba bergerak perlahanlahan dengan mengangkat kedua belah tapak tangan ke hadapan agar saling erhadapan
dengan kedua belah tapak tangan pasangan anda. Apabila anda dapat rasakan kuasa tapak
tangan pasangan anda berhenti , buka mata dan perhatikan jarak di antara anda berdua.

Latihan ini cuba membuktikan bahawa tengan boleh diarahkan kepada orang lain dengan
keinginan untuk mengubati atau menyembuhkan orang lain.
Untuk menggunakan kedua - dua teknik STK dan menggosokkan tangan anda tidak perlu
turun ke tahap asas. Memadai meletakkan tangan anda ke tempat yang sakit atau tidak
selesa dan perhatikan kesannya. Latihan yang lalu telah meneguhkan perasaan sama
seperti ketika berada di tahap asas. Menggunakan teknik- teknik ini membuktikan kepada
kita bahawa kita boleh mengawal ketidak selesaan yang ujud di dalam badan kita dan
boleh memberhentikan pendarahan. Jika terluka letakkan tangan and di tempat yang luka
an tumpukan konsentrasi untuk menghentikan pendarahan. Jika ia begitu serius lakukan
tindakan yang sama sementara anda dikejarkan ke hospital.
Cubaan yang berjaya walaupun sekali akan meneguhkan keyakinan untuk
menggunakannya lagi pada masa hadapan. ni juga boleh dilakukan keatas
ketidakselesaan di dalam badan yang lain seumpama sakit gigi. Teknik Kawalan Sakit
Kepala juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan di dalam badan.
Walaubagaimanapun ada kemungkinannya ketidak selesaan itu akan berulang dan teknik
ini bukanlah bertujuan untuk mengambil alih tugas doktor. Ia membantu mengurangkan
kesakitan disamping menambahkan lagi keberkesanan kerja para doktor. Dapatkan
nasihat dan rawatan yang yang sebaik mungkin daripada pakar untuk memastikan
ketidakselesaan itu tidak berulang ataupun jika ia bertambah serius.
TEKNIK KAWALAN BERAT BADAN DAN TABIAT BURUK
Masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti merupakan satu fenomena biasa
kebelakangan ini. Ia bukan lagi merupakan masalah kesihatan semata- mata tetapi telah
menjangkau lebih jauh kerana menimbulkan pelbagai masalah sosial dan komunikasi.
Orang yang gemuk sering menjadi bahan ketawa orang lain dan sering merasa tersisih an
dan disisihkan oleh rakan- rakan. Obesiti atau kegemukan mungkin berpunca daripada
tabiat makan yang keterlaluan. Tabiat pula merupakan satu perasaan yang begitu lama
dan mendalam tertanam di dalam inda. Ketika bayi menangis, perasaan yang pertama
terlintas di dalam hati kita ialah dia merasa lapar dan kita berikannya susu. Ini berlaku
berulang kali dan bayi itu berhenti menangis apabila disuapkan susu. Apabila bayi itu
menangis yang kita tahu ialah berikannya susu dan dia akan diam.
Apa yang berlaku ketika kanak- kanak dahulu kita terluka dan dilukakan fizikal dan
perasaan kita ? Bagaimana ibubapa kita menenangkan kita ? Adakah dengan emberikan
kita makanan yang kita gemari ? Apakah yang diberikan oleh ibubapa kita apabila kita
melakukan sesuatu yang membanggakan atau menggembirakan mereka ? Adakah kita
akan diberikan makanan yang kita gemari juga ? Mungkin inilah punca masalah obesiti
yang kita alami sekarang ini. Sesuatu yang dilakukan berulang- ulang sehingga makanan
menjadi punca atau jalan penyelesaian kepada masalah dan stres yang kita hadapi.
Untuk mengatasi masalah ini ialah dengan pergi ke tahap asas dengan Kaedah 3 - 1. ada
tahap asas cuba bayangkan makanan yang menjadi punca kepada masalah obesiti kita itu.

Bayangkan kita menanda pangkah berwarna merah ke atas setiap item yang menjadi unca
kepada masalah obesiti kita. Programkan diri kita bahawa sebiji buah- buahan boleh
menghilangkan keinginan kita kepada makanan yang bukan pada masanya. Bayangkan
anda menolak atau meninggalkan makanan yang boleh membawa kepada kegemukan di
dalam pinggan .
Boleh juga menggunakan Teknik Cermin Minda dengan meletakkan tanda berat badan ng
diinginI di penjuru cermin berbingkai putih itu dan saiz pakaian yang ingin dipakai di
penjuru yang lain. Programkan diri dengan ukuran dan berat badan yang dingini di dalam
tahap asas setiap malam sebelum tidur. Pada setiap kali hendak makan bayangkan
keinginan anda di sebelah kiri Layar Mental. Teknik yang sebaliknya boleh digunakan
untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan berat badan dan inign menambah
selera makan dan berat badan.
Disamping itu jangan lupa untuk melihat rekod kesihatan keluarga anda. Mungkin ia
adalah masalah keturunan. Jangan paksa diri anda untuk menurunkan berat badan dengan
banyak dalam masa yang singkat. Lakukan perlahan - lahan dan selalulah berhubung
dengan pakar kesihatan jika perlu.
ESP
Jose Silva mendapati melalui kajiannya bahawa manusia boleh mendapatkan maklumat
dengan memanipulasi keupayaan naluri subjektif mereka. Ia mempunyai kaitan yang
rapat dengan deria -deria manusia secara fizikal tetapi tidak mempunyai had dari segi
masa dan tempat. Dengan menggunakan keupayaan ini ketika berada pada tahap alfa
akan dapat membantu manusia untuk menyelesaikan masalah mereka.
Ahli Psikik mendapatkan malumat dengan menggunakan cara ini sama seperti yang
digunakan di dalam Kaedah Silva. Apa yang membezakan diantara psikik yang biasa
dengan psikik yang terlatih ialah psikik biasa boleh berfungsi dengan baik ketika di
dalam dimensi Alfa . Psikik yang terlatih pula boleh menggunakan keupayaannya pada
bila- bila masa yang diperlukannya. Apa yang penting ialah bukan mendapatkan
maklumat tetapi mendapatkan maklumat yang kita ingini. Disinilah timbulnya istilah
Keefisienan berbanding dengan istilah tambahan yang biasa digunakan .
DUNIA KEBENDAAN
Di dalam sesi latihan biasa apa yang cuba diujudkan ialah rujukan secara subjektif
tentang benda pada tahap kesedaran yang berbeza. Barangan logam digunakan dalam
latihan adalah daripada jenis yang biasa seperti besi, tembaga. Ia samalah seperti halnya
seorang bayi yang baru cuba mengenali persekitarannya. Pengalaman- pengalaman baru
bayi itu akan dapat membantunya untuk menjalani kehidupannya dengan lebih baik pada
masa hadapan. Rujukan secara subjektif akan memeprkembagkan lagi penggunakan otak
kanan kita dan menjadikan kita lebih genius kerana menggunakan keupayaan minda kita
dengan cara yang unik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Di dalam kehidupan seharian kita sentiasa dikelilingi oleh benda. Mereka tidak
mempunyai sel dan kebijaksanaan. Untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan enda
maka terlebih dahulu kita mesti mempunyai maklumat yang mencukupi tentang benda itu
sendiri. Sebagai latihan dapatkan beberapa benda yang diperbuat daripada logam yang
berbeza. Cuba perhatikannya daripada jarak sehasta kemudian bawakannya hampir ke
mata anda. Cuba rasakan beratnya, baunya dan kemudian sentuhkannya ke dahi anda.
Lakukan terhadap empat item. Kemudian turun ketahap asas anda dengan Kaedah 3 - 1.
Ketika berada di sana cuba ingatkan semula setiap satu item. Pilih satu item kemudian
bayangkan anda memandangnya daripada jarak sehasta dan kemudian jarak yang lebih
hampir lagi sehingga menyentuh dahi anda. Jalankan empat ujian bagi setiap benda satu
persatu iaitu ujian cahaya, isipadu dan warna. Kemudian uji suhunya, Ketiga uji baunya
dan akhir sekali uji bunyinya apabila diketuk. Lakukan empat ujian ini terhadap keempatempat enis logam itu dan kemudian anda boleh keluar dengan Teknik 1 - 5.
Latihan ini penting untuk membekalkan maklumat asas kepada minda anda untuk
membantu anda menyelesaikan masalah yang melibatkan logam- logam tersebut. Ia akan
membantu anda mengesan kerosakan, menjimatkan masa dan kos untuk memperbaiki
peralatan yang rosak. Tetapi ini tidak sampai mengambil alih tugas orang yang pakar di
dalam bidang tersebut. Ia sekadar menyediakan akar sebagai ganti kepada rotan.
DUNIA BENDA BERNYAWA
Latihan lain untuk mengujudkan rujukan secara subjektif perlu diteruskan kepada benda
yang bernyawa iaitu tumbuh - tumbuhan. Sebagai latihan dapatkan dua helai daun
daripada jenis yang berbeza. Lakukan pemerhatian secara fizikal terlebih dahulu ebelum
pergi membuat pemerhatian secara subjektif dengan Kaedah 3 - 1 . Lakukan empat ujian
sama seperti di atas dan keluar dengan Teknik 1- 5. Ini dapat membantu kita
menyelesaikan masalah yang timbul diantara kita dengan tumbuh- tumbuhan pada masa
akan datang.
DUNIA HAIWAN
Pilih binatang yang biasa menjadi peliharaan kita dan perhatikan setiap bahagian
binatang itu secarz fizikal. Setelah itu turun ke tahap alfa dengan Kaedah 3 - 1 dan
bayangkan anda memegang binatang itu dan memerhatikannya daripada jarak sehasta an
kemudian bayangkan anda membawanya semakin hampir.
Perhatikan fizikal binatang tu satu persatu secara subjektif. Setelah itu dengan kiraan tiga
cuba bayangkan anda masuk kedalam tengkorak binatang itu dan bayangkan anda
memerhatikannya daripada segenap udut pandangan. Dalam kiraan tiga berikutnya masuk
kedalam tisu otak pula. Cuba gunakan maklumat yang lalu seolah- olah anda melihat
keadaan yang sebenar lengkap dengan bentuk, bau dan warnanya. Kemudian masuk
kedalam rangka badan dan erhatikan segala tulang dengan kiraan tiga. Selepas itu dengan
kiraan tiga perhatikan organ- organ dalam satu persatu.

Selepas selesai anda boleh keluar semula dengan Teknik 1- 5. Pengalaman- pengalaman
ini akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang berhubung dengan binatang
pada masa hadapan.
MAKMAL DAN KAUNSELOR
Kita memerlukan tempat yang khas untuk sesuatu benda sama ada sebagai tempat
simpanan ataupun tempat melakukan sesuatu kerja yang khusus. Begitulah juga halnya
dengan dunia roh atau subjektif, kita juga memerlukan tempat khas untuk melakukan
kerja- kerja kita secara subjektif. Untuk mengadakan makmal secara subjektif turun ke
tahap Alfa dengan Kaedah 3 - 1 .
Apabila sampai di sana kira mengundur dari 10 -1 untuk ke dimensi kreatif. Ketika
berada di sana katakan kepada diri anda pada kiraan 3 anda akan membentuk sebuah bilik
. Kira perlahan- lahan satu dua dan tiga. Apabila sebut sahaja tiga anda sudah
membentuksebuah bilik yang mempunyai saiz warna dan bentuk yang anda ingini. Di
dalam makmal tersebut adakan apa sahaja benda yang anda fikirkan perlu dan
letakkannya di mana- mana sahaja yang anda suka di dalam bilik itu. kecuali di dindiong
sebelah selatan ( ia adalah untuk Layar Mental).
Dalam kiraan tiga perlahan- lahan bentuk sebuah kerusi malas, meja, jam, kalendar,
kabinet dengan maklumat tentang mengatasi masalah lelaki dan wanita, bahan- bahan dan
peralatan, ubat dan cecair kimia untuk menyelesaikan masalah ddengan lebih berkesan.
Setelah selesi membentuk makmal dan peralatan yang berkaitan anda boleh keluar
dengan kiran 1 - 10 kemudian keluar dengan Teknik 1 - 5.
Kita sering berhdapan dengan rakan dan teman yang bermasalah secara fizikal dan mosi.
Dalam kebanyakan kes kita sering terpanggil untuk membantu mereka. Maka dengan
sebab itu kita perlukan pembantu yang pakar. Kita boleh memilih dua orang dari jabtina
yang berbeza untuk menjadi kaunselor kita apabila mengendalikan kes- kes subjektif kita.
Bayangkan kedua- dua mereka muncul daripada dinding sebelah selatan yang bertindak
sebagai Layar mental kita. Bayangkan ada lif di sana dan pintunya akan terbuka ke awah
perlahan- lahan mendedahkan kaunselor kita. Punat untuk mengawal pinti lif itu ada di
lengan kerusi malas kita.
Tentukan siapakah yang akan menjadi kaunselor kita dari kalangan yang orang yang kita
kenali sebagai pakar di dalam bidang pengubatan rohani. Setelah itu masuk ke tahap Asas
anda dengan Kaedah 3 -1 . Apabila berada di sana turun ke dimensi makmal anda dengan
kiraan 10 - 1. Pada kiraaan perlahan sebanyak tiga anda akan membentu layar Mental di
dinding sebelah selatan makmal anda. Pada kiraan perlahan tiga anda akan membentuk lif
yang akan membawa kaunselor anda masuk ke dalam makmal. Bayangkan pintu lif
tertutup dan anda mengawalnya dengan punat di engan kerusi malas anda. Bayangkan
pintu itu terbuka dengan tenggelam ke lantai perlahan-lahan beberapa inci setiap saat.
Gunakan daya imaginasi anda untuk menggambarkan keadaan ini seperti benar- benar
berlaku.

Pada kiraan perlahan tiga keseluruhan pintu akan tenggelam ke dalam lantai dan
mendedahkan kauselor lelaki anda. Bayangkan kaunselor anda itu hidup dan bergerak
masuk ke dalam makmal anda . Bayangkan anda mengenalkan diri dan cuba berkenalan
dengan kaunselor anda. Tutup kembali pintu lif tadi dan ulang kembali proses yang sama
untuk membawa masuk kaunselor wanita anda. Yakinkan diri anda bahaw kedua- dua
mereka adalah pakar dan boleh membantu anda menyelesaikan sebarang masalah .
Mulai sekarang apabila anda masuk sahaja ke dalam makmal anda , kedua- dua kaunselor
anda akan sedia menanti untuk membantu anda menyelesaikan apa jua masalah. Apabila
anda menyelesaikan masalah lelaki, kaunselor lelaki akan berada di belakan tangan yang
biasa anda gunakan dan akan membantu anda menggunakan tangan anda itu. Apabila
anda cuba menyelesaikan masalah wanita, kaunselor wanita pula yang akan berada di
belakan tangan yang biasa anda gunakan dan membantu anda untuk mengerakkannya.
Rutin yang perlu dilakukan untuk tiba ke tahap ini ialah dengan menutup mata
menggunakan Kaedah 3 -1 dan bilangan menurun 10 - 1 untuk ke tahap makmal anda.
Apabila berada di sana anda akan berjumpa dengnkaunselor- kaunselor anda dan eriucap
selamat atau menyebutkan kalimat yang positif bersama- sama dan ini adalah masa yang
sesuai untuk bertindak sebagai Psikik. Jika anda telah menyelesaikan sesuatu kes dan
berjaya seratus peratus, jangan lupa untuk meningatinya kembali sebagai titik rujukan
dan ini akan membantu anda mendapatkan ketepatan yang sama dan mengendalikan keskes berikutnya. Setelah menyelesaikan sesuaut kes jangan lupa mengucapkan terima
kasih dan ucap selamat kepada mereka dan keluar dengan mengira 1 - 10 dan 1 - 3 . Pada
keika itu petik jari anda perlahan- lahan dan katakan di dalam hati : Betul- betul sedar,
berasa segar dan sihat sempurna .
JASAD DAN PERASAAN MANUSIA
Mengujudkan titik rujukan adalah penting sama pentingnya dengan mengujudkan titik
rujukan terhadap benda dan haiwan. Ini dapat membantu kita menyelesaikan masalah ang
ujud di dalam badan dan perasaan manusia. Bagi mendapatkan keadaan ini anda perlu ke
tahap asas denga Kaedah 3 - 1. Kemudian kira menurun 10 - 1 untuk ke tahap makmal
anda. Ucapkan selamat atau ungkapan positif kepada kaunselor anda.
Selepas kiraan perlahan tiga anda akan membayangkan seseorang yang amat anda kenali
dan bayangkannya di atas Layar Mental anda yang terletak di dinding sebelah selatan
makmal anda. Dalam kiraan tiga- tiga bayangkan anda membawa orang itu semakin
hampir kepada anda sehingga dapat anda menyentuh dan meneliti mukanya. selepas
mengkaji mukanya secara mental masuk kedalam tengkorak dan otak, rangka, organ
bahagian dalam badan, kulit ,untuk mengesan penyakit atau jangkitan otak secara mental
belah tengkorak orang itu dan cuba perbaiki masalah yang timbul disana.
Apabila anda dapat mengesan sebarang masalah sedarlah bahawa anda dapat
memperbaikinya. Walau bagaimana serius sekalipun penyakit orang itu anda tidak akan
terkena jangkitannya. Untuk membesarkan saiz atau emndapatkan bantuan
menyelesaikan masalah anda hanya perlu memetik jari disebalah kanan dan ia akan

terjadi seperti yang anda ingini. Begitu juga halnya untuk mengecilkan saiz. Mengesan
penyakit fizikal dan emosi secara subjektif sama seperti anda menonton proses
pembedahan yang dilakukan oleh para doktor.
Jika anda bekerja berpasangan berikut adalah Arahan kepada Orientologis ( Pemandu )
1. Masuk ke makmal anda dengan Kaedah - kaedah 3 - 1 dan 10 - 1
2. Jika anda pernah menjalani latihan sebelum ini ulang kembali kes yang berjaya anda
kendalikam dengan tepat sebelum mengendalikan kes yang baru.
3. Beritahu saya apabila anda sudah beredia ( Jika sudah bersedia boleh mulakan )
4. Sekarang saya akan membilang dari 10 ke 1 untuk membenarkan minda anda
mendapatkan tahap yang spesifik untuk membolehkan anda mengendalikan kes ini
dengan tepat untuk menyelesaikan masalah yang akan saya bentangkan kepada anda
nanti. 10-9-8-7-6-5-4-3-2--1. Minda anda sekarangh telah berada di tahap yang tertentu
dimana anda akan menyelesaikan dengan betul dan tepat masalah yang akan saya
kemukakan kepada anda nanti.
5. Pada kiraan 3 , imej badan ( nama, umur, alamat dan jantina) akan berada di layar anda
.
6. 1-2-3 (petik jari ). Imej badan (nama,umur,alamat dan jantina) sekarang berada di layar
anda
7. Rasakan kehadirannya, (diam), bayangkannya (diam), ujudkannya (diam) ketahui
bahawa dia disitu (diam) anggap sahaja dia berada disitu.
8. Lakukan imbasan dengan kebijaksanaan anda dari kepala ke kaki beberapa kali
dengan cepat.
9. Sewaktu mengimbas itu izinkan kebijaksanaan anda secara tidak langsung memilih
tiga kawsan yang mempunyai tarikan yang kuat ( diam)
10.Kekalkan kadar imbasan dari kepala ke kaki sekali sesaat dan beritahu saya kawasan
tarikan apabila ia muncul
11.Ini adalah sesi latihan, sekarang biarkan pengalaman anda yang bekerja. Ketepatan
ankan datang melalui latihan.
12.Anda akan merasakan seolah- olah anda mengadakan cerita, beritahu saya apa sahaja
yang terlintas di dalam minda anda.

13. Sekarang pergi ke tiga kawasan yang mempunyai tarikan yang lebih dan pada kadar
satu imbasan sesaaat pilih kawasan yang memberikan tarikan yang lebih kepada anda
Apabila telah terpilih, teruskan )
14. Besarkan kawasan yang anda pilih itu dengan memetik jari kanan anda perlahan lahan dan izinkan kemungkinan berlakunya kesakitan atau kerosakan di kawasan ini
dikesan oleh minda anda. Ingat! Apabila dapat sahaja dikesan anda akan dapat
memulihkannya.
15. Teruskan bercakap sewaku mememriksa, terangkan kepada saya apa sahaja yang
ingin anda ucapkan, anda akan merasakan seolah-olah membuat- buat cerita, inilah
perasaan yang sebenar, terangkan kepada saya sama ada anda memikirnya betul ataupun
salah.
(Orientologis : Pastikan maklumat dituliskan padaawal sesi. Pada mulanya galakkan
supaya pasangan anda bercerita semuanya. Jangan beritahu betul atau salah sehingga
akhir sesi. kemudian nilaikan maklumat yang diberikan dan terngakkan maklumat yang
telah diberikannya dengan betul sebelum keluar ke tahap asas untuk menjadikannya
sebagai titik rujukan. Bagi maklumat yang salah katakan: Saya tidak mempunyai
maklumat tentang itu, mungkin ia betul! Jika semuanya salah, mungkin pasngan anda
mengkaji orang yang lain. Suruh pasangan anda mengingati kembali kes lalu yang telah
berjaya diselesaikannya dengan tepat.. Pastikan pasangan anda membetulkan kesilapan
yang berlaku sebelume keluar dengan berkata :Pastikan orang di dalam minda anda
seorang yang sihat dan gembira dan sampaikan pemikiran itu kepadanya. Katakan ini
denga keras ketika hampir selesai.)
16. Setiap kali anda memamsuki dimensi ni dengan keinginan yang ikhlas untuk
membantu kemanusiaan, seperti yang anda lakukan sekarng, anda menolong diri anda
sendiri; bakat anda akan terserlah dan anda akan bertambah tepat setiap kali. inilah yang
berlaku.
17. Terima kasih. Anda boleh keluar 1- 10, 1- 3 , dengan sihat sempurna.
18. Bincangkan dengan ringkas kes ini bersama- sama.
PERHATIAN
1. Kita tidak melakukan diagnosa. Hanya orang yang pakar dalam bidang perubatan
sahaj yang layang m emelakukannya untuk tujuan mengubat. Kita melakukan penyiastan
secara psikik untuk mengesan dan membetulkan masalah pada tahap psikik dari jarak
jauh.
2. Kes tidak dilakukan ke atas orang yang hadir dalam majlis itu.
3. Kita tidak menjadikan diri kita sebagai kes sewaktu kita hadir di sana

4. Kita mengelakkan ikatan atau hubungan yang boleh menghalang keupayaan kita untuk
berfungsi
5.. Kita tidak mengujudkan masalah tetapi menyelesaikannya.
6. Jangan bercakap tentang perkara yang negatif ketika seseorang itu berada pada tahap
yang lebih dalam.
7. Lakukan terhadap manusia dahulu sebelum melakukannya trhdap benda dan binatang
kerana manusia lebih penting. dalah disyorkan anda melakukannya terhadp ahli keluarga
anda pada sebeah malam sebelum melelapkan mata.
TEKNIK IBUJARI DI DAHI
Teknik ini biasanya digunakan kepada kanak- kanak selepas menjalani latihan mental
sekurang- kurangnya lima jam keseluruhan. Ia diprogramkan sebelum kanak- kanak itu
keluar daripada tahap asas. Apa yang perlu dilakukan ialah apabila kanak- kanak itu
mengalami kecederaan atau bantuan katakan kepadanya: Bila anda perlukan bantuan
saya untuk ke tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan, apa yang perlu saya
lakukan ialah letakkan ibujari ke atas dahi anda seperti yang akan saya lakukan nanti.
Sekarang saya akan meletakkan ibujari saya ke atas dahi anda. ( Letakkan ibujari anda ke
atas dahinya dan ulangi arahan).
Bila sahaja anda mahukan saya membantu anda memasuki tahap minda yang lebih dalam
dan menyihatkan, apa yang perlu saya lakukan ialah meletakkan ibujari saya ke atas dahi
anda seperti yang saya lakukan sekarang ini. Pada ketika itu anda akan memejam mata
dan menarik nafas dalam - dalam dan sementara menghembuskannya perlahan-lahan
anda akan memasuki tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan daripada tahap
sekarang ini. Selepas pemprograman ini kanak- kanak itu boleh keluar dengan Teknik 15.
Pada masa hadapan sekiranya anak anda perlukan bantuan untuk memasuki tahap
asasnya apa yang perlu anda lakukan ialah arahkannya supaya duduk dengan selesa dan
letakkan ibujari anda di dahinya untuk mengunakan teknik ini. Apabila berada di tahap
asas anda bolehlah memnggunakannya untuk program yang tertentu seperti
menghilangkan kesakitan , menghentikan pendarahan , mengawal kemarahan dan lainlain yang dirasakan perlu. Teknik ini telah diamalkan di seluruh dunia dengan keputusan
yang memberangsangkan. Keluarga anda tidak terkecuali di dalam hal ini. Amalkanlah!.

Anda mungkin juga menyukai