Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku
dalam masyarakat Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian
membangun ini, membuanag bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan oleh
pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes ini, perempuan
yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas pembuatan
penzinaan tersebut.
Tujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih
mendalam tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi
pembuangan bayi ini. Dalam esei ini, matlamat saya bertujuan untuk
menyedarkan bahawa pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan jenayah yang
amat berat dan haram di sisi islam kerana bayi merupakan rezeki yang Allah
s.w.t turunkan kepada kita sebagai cahaya mata dalam kehidupan.Namun
sebaliknya, kita membuang bayi tersebut dan tidak bersyukur atas nikmat Allah
s.w.t yang diberikan kepada kita. Pembuanagn bayi sama maksudnya kita
membunuh manusia yang tidak bersalah atas penzinaan yang telah kita lakui.
Saya berharap agar pihak kerajaan dan masyarakat mengambil peranan
yang amat penting bahawa gejala ini terus berlaku dan memperoleh peningkatan
peratus yang tinggi malah kaum melayu beragama islam.

PENGERTIAN PEMBUANGAN BAYI

[1]Pengertian pembuangan bayi adalah bayi yang telah di buang oleh pasangan
yang melakukan penzinaan dan mengandung anak luar nikah.Oleh kerana tidak
mahu malu atas perbuatan tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat
yang tidak sepatutnya terutama di kawasan tapak pembuangan sampah,
longkang, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan
sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.Apakah kita
ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidal berperikemanusiaan
seperti berlaku pada zaman jahiliah sebelim kedatangan Islam. Kanak-kanak
teruma permpuan akan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu
demi hanya mempertahankan maruah keluarga.

[2]Ajaran Islam dalam pembuangan dan penguguran bayi sangat diharamkan di


kalangan masyarakat islam. Ianya dianggap satu dosa yang besar kerana
membunuh dengan niat. Sebagaimanapun yang telah disebut dalam Al-Quran
surah An-Nisa ayat 93:

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya
neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat
akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".

[1] www.punca pembuangan bayi.com


[2] www.berilah aku peluang untuk hidup.com

PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI

Melalui empat kategori iaitu:

Daripada Ibu Bapa

Daripada rakan sebaya

Daripada laman sesawang

Daripada diri Sendiri

Daripada Ibu Bapa

[1]Kes pembuangan bayi ini ada kaitannya daripada ibu bapa kerana konflik
dalam keluarga telah menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan
yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup. Ibu bapa tidak dapat
mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah
atau IPTA dan lain-lain.Oleh itu,tanpa pengawasan ibu bapa anak-anak telah
menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencanakan kehidupan mengikut
kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam
bersama pasangannya.Selain itu, melalui didikan agama pula ibu bapa tidak
boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana kebenarannya remaja ini sudah dididik
sejak kecil lagi namun apabila mereka kian dewasa didikan serta nasihat ibu
bapa akan mereka lupakan sedikit demi sedikit.

Daripada Rakan Sebaya

Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika menyambung


pembelajarannya di IPTA mahupun IPTS. Mereka secara automatiknya
memperoleh rakan baru malah tingkat umur yang berbeza.Pada waktu ini
mereka hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang rakan tersebut dan
disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan ibu
bapa lagi. Jika remaja tidak ada keteguhan iman mereka akan diselubungi
perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan menyebabkan remaja
mudah terjebak dengan pergaulan bebas sehingga melampaui batasan agama
seperti maksiat,penzinaan dan hamil sehingga berlakunya pembuangan bayi.

Daripada Laman Sesawang dan media cetak serta elektronik

Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembuangan bayi kerana
apa sahaja yang mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan
gambar dan video yang tidak senonoh . Oleh itu,remaja sekarang mudah
melayari laman sesawang apa-apa sahaja termasuk bahan-bahan lucah,
penayangan filem berunsurkan seks oleh media

[1] http://www.bharian.com/

elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah. Bahan- bahan ini telah mendorng
mereka dan membangkitkan nafsu serakah untuk melakukan maksiat dan
penzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah.

Daripada Diri Sendiri

Masyakat kini boleh digelar masyrakat tidak bertamadun dan tidak


berperikemanusiaan sepertinmana terjadi di zaman jahiliah sebelum kedatangan
islam lagi. Kanak-kanak perempuan akan dibunuh dan di hidup-hidup untuk
menutup malu demi hanya nutuk mempertahankan maruah keluarga. Begitulah
terjadi pada zaman sekarang, kanak-kanak turut dilayan sebegitu rupa tanpa
berasa belas kasihan dan dibuang merata-rata hanya untuk menutup malu dan

menjaga maruah keluarga pembuang itu. Perbuatan ini membuat bayi menjadi
mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih
hina tarafnya daripada haiwan. Jika dibandingkan haiwan dengan manusia,
haiwan lebih baik kerana masih mengasihani dan memelihara anak dan sanggup
mati demi keselamatan anak-anaknya.
Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-Araf ayat 179:
Maksudnya:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari
jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami
dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu
seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang
yang lalai .
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN BAYI

Melalui tiga peranan iaitu:

Peranan pihak berkuasa dan badan NGO

Peranan ibu bapa

Peranan pihak media massa

Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO

Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan


pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras
pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama
golongan remaja. Selain itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman
yang setimpal kepada mereka yang bersalah itu di penjara seumur hidup.Oleh
itu, mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang
melampaui batasan agama. Badan-badan NGO pula hendaklah mengadakan
program peringkat awal pendidikan agama dan sosial dengan lebih berkesan dan
menyeluruh. Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan masyarakat
terutama remaja dengan maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak
dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah pembuangan bayi ini.

Peranan Ibu Bapa

Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan
tidak mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan
agama.Didikan agama yang sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin
kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah kebaikan. Remaja yang
mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah terjebak dengan gejala sosial ini
kerana mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Ibu
apa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan
perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas.

Peranan Pihak Media Massa

Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan


pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Programprogram motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh
pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk
grafik dan kisah benar tentang seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini
akan membangkitkan kesedaran para remaja. Program motivasi dan kempen
kesedaran seperti Dosa Besar dan Adab Bergaul mampu memperkuatkan lagi
rasa keinsafan dan ketakutan remaja dalam melakukan dosa. Pihak media
massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampaui
yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegen
18sx.

KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI

Mempunyai tiga kesan:

Kesan terhadap bayi

Kesan terhadap ibu yang melahirkan

Kesan terhadap keluarga perempuan

Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap bayi


Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di
hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat

mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa
sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya
dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang
daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu
bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun
jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.

Kesan terhadap ibu yang melahirkan


Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah
membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti
dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan
dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang
kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak
mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh
keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa
amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan
memaafkan ibunya.

Kesan terhadap keluarga perempuan


Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan
musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat
memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu,
keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga turun temurunnya
walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun
banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu
pula mereka perkatakan sampai bila-bila.

Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak
bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain
itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan
kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan
perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat
tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di
kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang
telah membuang bayi.

PENUTUP

Kesimpulannya,setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh


itu, semua masyarakat haruslah bekerjasama bergabung tenaga bagi
membanteras dan mencegah saupaya gejala pembuangan bayi ini tidak menular
ke tahap yang lebih serius. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat
(RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu
menangani pergaulan bebas dalam kalangan remaja dengan tindakan awal
kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Masyarakat perlu sedar
bahawa bayi ini merupakan Anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada
hambanya untuk bertanggungjawab dan menjaga malah sebaliknya bagi
pasangan kekasih yang telah terlanjur,bayi yang akan dilahirkan itu menjadi satu
beban kerana mereka tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diusia yang
masih muda iaitu usia remaja.

Anda mungkin juga menyukai