Anda di halaman 1dari 4

LAPAN 'RAHSIA TERSIMPAN' PELAJAR

CEMERLANG DALAM PELAJARAN...MEMANG


TAK SANGKA INI YANG MEREKA BUAT
29 Ogos 2019  |  ADMIN

ANTARA penemuan HEBAT saya miliki tentang ‘rahsia tersimpan’ yang dimiliki oleh ramai
pelajar cemerlang adalah;

1) Kerap merasai kurang berdoa


Dengan punyai perasaan ‘saya masih kurang berdoa’, menjadikan mereka pelajar yang
semakin hari semakin kerap berdoa. Walhal, saya selidik dapati mereka sudah kerap berdoa
sebenarnya, namun tetap melatih diri dengan mengatakan bahawa mereka masih kurang
berdoa. Bila kurang rasa takut. Bila takut, rasa mahu buat lebih lagi. Akhirnya mereka jadi pelajar
yang bertali arus berdoa setiap hari setiap masa. Apalagi, confident pun lebih mendongak
naik….!

2) Langsung tidak mengharap ‘gifted’. Ini baru betul-


betul ‘Gentleman’..!
Tiada istilah ‘gifted’ atau ‘cerdik genius asal’ dalam hidup mereka. Mereka tidak pernah
mengharap lebih pada cerdik asal usul. Sama ada kita nampak atau tidak, hakikatnya mereka
kuat berusaha (baca buku, buat latihan dan ulang kaji pelajaran). Langsung tiada usaha yang
dibuat ‘main-main saja’ kemudian berhasil berjaya cemerlang. Mereka sendiri tidak percaya
boleh berjaya hanya dengan ‘pay attention’ di dalam kelas sahaja. Ada yang berani kata pada
saya “tipu semua tu cikgu kalau yang kata dia tak belajar di rumah atau asrama, cemerlang
hanya belajar dalam kelas saja..kami nak dapat tahap ni, kami semua pulun habis siang dan
malam..mana ada belajar main-main boleh cemerlang”.

Saya setuju..!Sebab banyak kisah orang-orang hebat di dunia, mereka berjaya kerana sanggup
tabah lalui ‘keperitan’. Kejayaan mereka ‘cukup umur dan matang’.

3) Suka buat ‘Aduan Khas’


Mereka berterus terang pada Allah SWT. Antara dialog mereka, begini:

“Ya Allah, aku mengaku aku banyak kurang dan kelemahan, tapi bantulah aku Ya Allah”, “Ya
Allah, aku ni tak pandai sangat, aku pelajar biasa saja. Tapi aku ada impian Ya Allah, aku nak
berjaya, aku nak sangat bantu keluarga aku Ya Allah, Kau tolonglah aku Ya Allah, Ya Allah, aku
nak sangat hidup bahagia dengan berjaya, bantu aku Ya Allah. Ya Allah aku ni dari keluarga
miskin, hanya Kau sahaja yang dapat ubah hidup aku, Ya Allah tolonglah mudahkan aku
mengingat nota penting dan faham latihan yang aku buat, Ya Allah, beratkanlah hati aku untuk
belajar lebih yang mana, Ya Alllah bantulah aku di dalam dewan peperiksaan nanti, aku harap
sangat Kau bantu aku ya Allah”.

Begitulah antaranya. Kalau ikutkan banyak lagi dialog mereka ini. Mereka berterus terang..!

4) Tebalkan muka jadi ‘Jurulatih’


Kebanyakan mereka asalnya bukan golongan pelajar terpilih. Mereka hanya pelajar biasa-biasa
sahaja. Tapi, walau tahu sedikit mereka tidak kedekut ilmu. Mereka suka ajar bantu kawan-
kawan yang tidak tahu. Mereka tidak lokek kongsi nota cantik salin cetak dan beri pada kawan
yang tak berkemampuan.

Kata-kata seperti, “emmm, tadi aku tengok kau tak


berapa faham jawab soalan matematik tu, aku tau
sikit-sikit dan kalau kau nak aku boleh tolong
tunjuk..”
Menariknya, saya dapati mereka yang suka membantu kawan ini ditakdirkan Allah beri mereka
‘insight’ lebih semasa dalam dewan peperiksaan sebenar. Akhirnya yang suka bantu kawan ini
cemerlang, mudah dapat tawaran sambung belajar dan lebih menarik mudah dapat kerja..! Lihat,
betapa Adilnya Allah pada orang-orang baik.

5) Tekan suis lampu tengah malam


Mula-mula mereka kata, “saya sedar diri sebelum ini saya kurang berjaga malam untuk belajar.
Saya alpa, saya leka. Tapi tahun akhir ini (SPM) saya mahu pulun dan tebus ‘all out’. Yang dah
lepas saya tak boleh ubah. Yang sekarang dan ke depan saya mahu berjaga malam. Saya mesti
penat dan letih di tahun akhir ini. Tahun ini saya mesti jadi lebih baik, mesti lain dari tahun-tahun
kebelakangan ini. Saya mahu hidupkan malam-malam yang mampu untuk saya belajar..”.

Hebat kan..???

6) Jumpa ibu ayah atau penjaga dan berani 'Say


Something’
Mereka tidak sombong pada ibu bapa atau penjaga. Walau malu, mereka kuatkan semangat
ucap mohon maaf pada ibu bapa dan penjaga terhadap salah dan silap yang lalu. Kemudian,
barulah mereka mohon ibu bapa doakan kejayaan mereka. Tidak hairanlah mereka sukses.
Sebab mereka jelas terang lagi bersuluh minta ibu bapa penjaga doakan mereka. Di sini kita lihat
betapa besarnya aura ibu bapa dan penjaga yang cemerlang untuk hasilkan anak-anak
cemerlang.

7) Mohon restu guru ‘Awal’. Hujung Tahun


‘LAKONAN SEMULA’
Saya sendiri anggap bahawa ‘Majlis Restu Ilmu’ yang biasanya setiap sekolah buat pada
penghujung tahun sebelum peperiksaan besar bermula sebagai ‘LAKONAN SEMULA’.

Kita mesti didik anak-anak murid kita senantiasa


mohon restu guru setiap kali selesai harian belajar
dan menuntut ilmu dengan guru-guru. Inilah yang
kebanyakan pelajar cemerlang buat, mereka baik
dengan cikgu, ringan tulang dan suka buat hal-hal
baik yang cikgu suka.
Ya, saya juga anjurkan Majlis Restu Ilmu di hujung tahun, saya kendali juga namun ia sebagai
pelengkap ceremony sahaja dalam konteks kemuncak. Sebab itu saya klasifikasikan sebagai
‘LAKONAN SEMULA’ kerana jika pelajar sentiasa mohon restu sepanjang masa, penghujung
adalah imbas kembali. MOHON RESTU AWAL banyak sangat manfaatnya. Bila cikgu suka, rasa
dihargai, seronok.., maka doa para cikgu lebih mudah makbul sebab bait dipinta lahir dari nurani
yang bahagia. Insya-Allah.

8)”T-H-D”.
T-Taubat, H-Hajat, D-Dhuha. Setiap satunya dua
rakaat sahaja, totalnya enam rakaat. Pelajar hebat
mereka malu nak mengaku buat yang ini. Saya dapat
tahu pun sebab saya selidik secara halusi dan dari
hati ke hati. Rupa-rupanya, mereka rajin tunaikan
Sunat Taubat, Sunat Hajat dan Sunat Dhuha. Kena
taubat dulu, barulah mohon hajat. Kemudian
mantapkan dengan dhuha. Patutlah cemerlang dan
‘steady’ mereka ini. Ini yang kita mahu dan perlu
sebarkan buat anak-anak didik kita semua.
Begitulah.
Semoga kita semua TIDAK KENAL LANGSUNG erti putus asa dalam menjalankan amanah
mendidik ini.

Kalau kita lelah, kita mengadu pada Allah, dan kita pujuk diri kita. Jangan mengharap orang lain
pujuk semangat kita, kita buat sendiri.

Mudahnya begini, ramai di luar sana ‘teringin tapi


kecundang’ untuk menjadi cikgu, ramai memasang
impian tapi tidak kesampaian. Allah pilih kita, maka
kita dipilih Allah menjalankan tanggungjawab ini.
‘Seksok-seksok’ pasti Allah soal balik kita kan.
PASTI..!
Ropizam San

‘Solatku Dikepung Jepun’.

Sumber: Facebook Klinik Terapeutik Cikgu Ropizam

Anda mungkin juga menyukai