Anda di halaman 1dari 1

mmm, yesss!! Now it is my free time.. yahoo!!

fuh, kita sentiasa menyangka masa free tu adalah masa best untuk kita berehat
dengan melayari youtube, game, televisyen. Padahal kita rasa itu sebagai
release tension. Padahal kita tanpa sedari masa berlalu sehingga begitu cepat
tanpa kita sedari. Begitulah keasyikan dan keseronokan dunia yang tentu kita tak
mampu tinggalkan tanpa ada kekuatan ilmu, iman, amalan dan sebagainya.

Agak-agak pandangan kita syaitan ni suka ganggu manusia ini pada waktu kita
banyak free atau waktu kita sibuk? Senang beginilah, Abu baru sahaja balik dari
persekolahan asrama penuh. Sampai sahaja di rumah, lalu dilayari dengan
internet? Kita boleh tanya pada diri kita sekiranya diberi layari internet sebaik
tension belajar, adakah kita memilih sumber internet ilmiah atau sumber lawak,
cerita dan sebagainya.

Kita senitasa salahkan syaitan padahal kita yang pilih. Syaitan akan mencari
seribu jalan untuk menghasut kita. Dan kita pastinya memilih mana yang terbaik
untuk kita kan. Walhal memang semaklumnya kita tahu syaitan sentiasa
berusaha 24 jam tanpa henti untuk menjayakan visi dan misi mereka yang
merka telah bersumpah menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat.

Maka itu, saya nasihatkan diri saya bahawa mengerjakan amalan-amalan yang
bermanfaat dan ayuhlah kita bunuh setiap masa free itu dengan pisau
kesibukan. Dengan cara ni, doktor-doktor dunia mengatakan pastinya anda
mencapai 50% dari kebahagiaan hidup.

Anda mungkin juga menyukai