Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN SAINS SOSIAL Sains sosial adalah satu cabang ilmu yang muncul kesan usaha sesetengah ahli fikir Barat khususnya di Eropah, untuk menjelaskan fenomena dan isu-isu yang berbangkit dari semasa ke semasa di rantau itu berasaskan prinsip-prinsip logik dan rasional seperti yang telah diamakan dalam sains tulen. Pertumbuhan cabang ilmu ini berkait rapat dengan penerimaan secara meluas satu epistemologi (teori tentang pengetahuan) baru di kalangan anggota masyarakat Barat yang mengandaikan bahawa setiap satu benda di alam nyata boleh diselidiki secara sistematik dan objektif. Ini termasuk tingkah laku manusia, hubungan sosial yang terjalin di kalangan anggota masyarakat dan jenis, organisasi serta fungsi kelompok sosial yang terbentuk dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, perkembangan sains sosial ada kaitan rapat dengan tiga perkara berikut iaitu :

Pemantapan falsafah rasional Pengaplikasian kaedah saintifik untuk menyelidiki fenomena sosial

Pendidikan masyarakat tentang bagaimana isu-isu sosial harus ditangani dan diselesaikan demi kepentingan bersama.

Sains sosial umumnya diertikan sebagai kajian mengenai manusia dan masyarakat. Secara khusus, sains sosial merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji cara manusia mengatur kehidupan berkelompok dan membentuk jaringan hubungan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan tersebut. Dalam kata lainnya,sains sosial ialah himpunan pengetahuan mengenai pemahaman dan kajian tentang manusia,budaya dan masyarakat,iaitu semua aspek kehidupan manusia termasuk hubungan atau interaksi sosial dan jalinan sosial sesama mereka.

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL DI BARAT ZAMAN PERTENGAHAN Sains sosial ialah ilmu yang mengkaji manusia dan masyarakat secara saintifik

mahupun sistematik berasal di Eropah. Kewujudannya berkait rapat dengan usaha gigih para pemikir di rantau itu untuk menyakinkan orang ramai bahawa pengetahuan yang diperolehi melalui penakulan( reasoning) lebih baik daripada pengetahuan yang didasarkan kepada tradisi atau autoriti orang yang dianggap berwibawa seperti golongan bangsawan dan agamawan.

Usaha ini bermula sejak abad ke- 17 lagi dan mencerminkan rasa tidak puas hati sesetengah ahli pemikir Eropah terhadap sifat dan fungsi tradisi ilmu yang telah dibangunkan oleh golongan bangsawan dan agamawan pada zaman pertengahan ( 500-1450). Sistem ini bukan sahaja mengiktiraf kedudukan tinggi golongan bangsawan dan kuasa mereka untuk memimpin rakyat jelata yang kebanyakannya terdiri daripada kaum petani, tetapi juga memberi kuasa penuh kepada gereja katolik untuk membagun tradisi ilmu. Yakin dengan falsafah kristian, golongan agamawan telah mengembangkan satu tradisi ilmu yang bersifat teleologikal dan diasaskan kepada kepercayaan kepada tuhan adalah sumber- sumber pengetahuan.

Tradisi ilmu pada zaman pertengahan hanya menggalakkan penelitian tentang isu- isu keagamaan yang abstrak seperti penciptaan, sifat tuhan, sifat malaikat dan sebagainya. Kajian tentang alam nyata, baik alam fizikal mahupun social dianggap tidak mungkin dilakukan. Sekiranya terdapat orang yang melakukannya juga, tindakan itu dianggap menyalahi agama dan undang- undang seta boleh dikenakan hukuman oleh pihak yang berkuasa. Tradisi ilmu yang dibangunkan oleh gologan agamawan pada zaman pertengahan menggalakkan masyarakat bersikap fatalistik, tidak kritis dan menerima secara pasif sebarang penjelasan tentang realiti hidup yang dikemukakan oleh cendiakiawan, yang kebanyakkannya terdiri daripada orang bangsawan dan agamawan.

ZAMAN PENCERAHAN (1450-1650)

Pada zaman ini beberapa ahli pemikir Eropah telah menjumpai semula falsafah rasional yang dipopularkan oleh ahli falsafah Yunani seperti Plato, Aristotle, Archemedes dan Socrates pada abad ke tiga dan keempat sembelum masihi. Ahli-ahli falsafah tersebut menggunakan logik untuk menjelaskan beberapa aspek realiti sosial seperti sifat masyarakat,sifat undang-undang, fungsi pasar dan peranan pemerintah. Falsafah rasional atau rasionalisme yang cuba dihidupkan semula oleh pemikir zaman Renaissance menjadi asas pemikiran yang dominant pada abad ke 17. Penerimaan dan pemantapannya dalam masyarakat Eropah berkait rapat dengan bidang ekonomi, pendidikan dan keagamaan pada abad ke 17 dan abad ke 18. Perubahan ini hasil perluasan ekonomi perdagangan, perkembangan sains fizikal, seperti fizik, matematik, astronomi dan geologi serta penyebaran secara meluas falsafah Protestantisme. Ketiga-tiga peristiwa ini telah melemahkan sistem feudal dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sains dan telah membebaskan mindah masyarakat Eropah daripada dikuasai oleh pihak gereja dan golongan agamawan.

Pemikir zaman pencerahan sebenarnya juga terdapat di beberapa negara Eropah seperti England, Perancis, dan Jerman. Terdapat ahli pemikir yang terlibat dalam politik dan ada yang tidak serta ada juga di kalangan pemikir zaman pencerahan yang mempunyai idea yang radikal tentang cara yang terbaik untuk menjamin kemajuan manusia dan ada yang tidak. Satu golongan pemikir zaman pencerahn yang dianggap paling radikal sekali ialah golongan Philosophe. Ahli philosophe ini aktif di Peracis dan terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Montesquieu, Rousseau, dan sebagainya. Mereka dikatakan radikal kerana menentang habis-habisan Mazhab Katolik dan sistem feudal atas alasan bahawa unsur-unsur ini membantut perkembangan mindah manusia dan kebebasan berfikir. Kedua, mereka mengambil tindakan politik dengan berkempen supaya rakyat diberi kebebasan untuk bersuara, mengemukakan pendapat dan merealisasikan bakat mereka. Seterusnya mereka mendesak ahli falsafah supaya mengemukakan soalan- soalan yang kritikal mengenai sistem sosial yang sedia ada dan bersedia membuat saranan tentang bagaimana sistem sosial yang sedia ada boleh diubah sekiranya ia tidak sesuai dengan sifat semulajadi manusia.

2.0 DISIPLIN-DISIPLIN SAINS SOSIAL Kini istilah sains sosial digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Memandangkan pengetahuan tentang manusia dan masyarakat kini bertambah dengan begitu cepat sekali, dirasakan bahawa kajian saintifik terhadap fenomena sosial merupakan tanggungjawab bukan satu tetapi beberapa sains sosial. Berikut adalah keterangan ringkas tentang beberapa disiplin sains sosial. 2.1 Sejarah Kajian tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku biasanya sehubungan dengan perkembangan politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat, kawasan, negara atau rantau tertentu. Seorang mengkonstruksi semula sejarah sesebuah komuniti, bangsa, negara dan tamadun manusia berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada dokumen-dokumen lama seperti surat, diari, catatan pengembara dan laporan serta penemuan arkeologi.

2.2 Sains Politik Kajian mengenai kuasa dan pengagihan kuasa dalam system politik yang berbeza-beza. Ahli sains politik biasanya meneliti sumber kuasa, bagaimana seseorang menggunakan kuasa, siapa yang menggunakannya, perebutan kuasa dan proses mengawal dan menghadkan penggunaan kuasa. Isu-isu yang lazimnya diminati ahli sains politik termasuklah konflik dan kestabilan dalam sesuatu sistem politik, barisan politik dan organisasi, badan-badan dalam sistem pentadbiran seperti politik, kelompok, kepentingan dan pertubuhan bukan-kerajaan.

2.3 Ekonomi Kajian tentang pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam system ekonomi yang berbeza-beza. Ahli ekonomi menumpukan perhatian kepada bagaimana sebuah masyarakat menentukan apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapakah sumber produktifnya yang terhad digunakan. Di antara perkara yang diminati ahli ekonomi termasuk pola-pola gunatenaga manusia berhubungan dengan perubahan demografi, pertukaran barangan, penentuan harga barangan serta sistem perbankan.

2.4 Psikologi Kajian tentang tingkahlaku dan proses menta manusia. Ahli psikologi lazimnya meneliti individu, interaksi semuka (face-to-face interaction) dan kelompok kecik untuk memahami antara lain mekanisme yang terlibat dalam proses pengamatan dan pembelajaran, pembentukan sahsiah, identity kendiri dan struktur-sttruktur kognitif.

2.5 Undang-undang Kajian yang memfokuskan kepada peraturan yang mengawal tindakan manusia dan statut atau rang undang-undang yang digubal dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Ilmuwan social yang meminati fenomena undang-undang biasanya menganalisis jenis undang-undang, sistem undang-undang, cara-cara menyelesai pertikaian dan konflik, hubungkait institusi undang-undang dengan proses politik dalam sesebuah masyarakat.

2.6 Linguistik Kajian saintifik tentang bahasa dan pertuturan. Ahli linguistik meneliti bermacam-macam aspek tentang bahasa. Misalnya , bagaimana bahasa-bahasa manusia berbeza-beza atau berkaitan antara satu sama lain, bagaimana manusia menyusun perkataan, simbol dan bunyi untuk berkomunikasi antara satu sama lain, sejauhmanakah bahasa mempengaruhi pengamatan dan pemikiran manusia. Hubungkait antara bahasa, sistem makna dan budaya.

2.7 Antropologi Kajian tentang manusia yang merangkumi beberapa sub-disiplin yang meninjau perkembangan biologi manusia, hubungan biologi antara kelompok-kelompok manusia dan prinsip-prinsip yang mendasari tingkahlaku dan hubungan dalam sesebuah terdiri daripada

masyarakat biasanya masyarakat bukan Barat. Sub-disiplin antropologi

fizikal, arkeologi, genetik dan antropologi sosial. Manakala ahli antropologi sosial turut menumpukan perhatian kepada budaya, tingkahlaku manusia, nilai, peraturan dan adat resam

yang dihasilkan oleh manusia dalam masyarakat tertentu.

2.8 Sosiologi Kajian tentang struktur sosial, tindakan sosial, budaya dan gaya hidup dalam sebuah masyarakat. Ahli sosiologi lazimnya mengkaji masyarakat maju, industri dan moden serta meninjau aspek-aspek tertentu kehidupan sosial dalam masyarakat tersebut.

3.0 PEMIKIR-PEMIKIR

3.1 THOMAS HOBBES Pada zaman pencerahan, minat untuk memahami alam semula jadi atau persekitaran fizikal dan manusia secara labih mendalam dan saintifik telah meningkat dengan positif. Seiring dengan itu, gedung ilmu pengetahuan atau store of knowledge juga turut berkembang dalam usaha untuk menambah ilmu pengetahuan saintifik tentang alam fizikal dan dunia sosial. Perkembangan ini sebenarnya didorong oleh kepercayaan yang wujud bahawa tamadun manusia telah maju, maka pemikiran manusia juga harus maju. Perkembangan yang baik ini turut dipelopori oleh pemikir-pemikir zaman pencerahan dan salah seorang daripadanya ialah Thomas Hobbes. Thomas Hobbes hidup diantara tahun 1588 hingga 1679 dan hasil karya beliau yang paling berpengaruh ialah Leviathan.

Tulisan Thomas Hobbes yang dimuatkan dalam Leviathan telah banyak mengupas dan memperkatakan tentang bentuk pemerintahan atau kerajaan yang terbaik. Menurut pandangan beliau, manusia pada asasnya jahat dan hidup dalam keadaan penuh anarki. Oleh sebab itu, beliau menyatakan manusia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk melindungi mereka daripada diri mereka sendiri. Apa yang dimaksudkan oleh Thomas Hobbes ialah dengan memiliki kerajaan yang kuat, manusia dapat dikawal dan melaluinya akan terhasil kedamaian kerana manusia secara tidak langsung rela mengongkong kebebasan peribadi mereka. Hal ini secara jelas telah memperlihatkan sumbangan Hobbes dalam

sains sosial dan menjurus kepada bidang politik dan berkerajaan. Jika diteliti dengan lebih kritikal, tersirat dalan saranan Hobbes ialah sokongannya terhadap kuasa mutlat raja untuk memerintah dan baginya itulah yang terbaik untuk mengawal masyarakat.

Melihat kepada konteks ilmu sains sosial, Thomas Hobbes telah banyak menyumbangkan idea yang menjadi sumber pengetahuan kepada masyarakat hari ini. Beliau mempunyai pandangan tersendiri dan mampu meninggalkan impak yang besar kepada

masyarakat. Oleh sebab itu, wajarlah beliau dianggap sebagai pengasas ilmu sains politik sehingga digelar bapa sains politik.

3.2 JOHN LOCKE (1632-1704)

Locke menjadi sangat terkenal melalui teori pengetahuan empiristis yang beliau tulis di dalam karyanya An essay concerning human understanding (1686) dan berkat pendapatpendapatnya mengenai pemerintahan negara yang dihuraikan dalam bukunya iaitu Two

treatises of government (1960). Locke melihat manusia dilengkapi dengan keinginan untuk berkuasa dan perlu berusaha untuk memperolehi keinginannnya. Beliau dianggap sebagai salah seorang dari pemikir- pemikir liberal yang terpenting pada zamannya.

Locke sangat menghormati milik peribadi manusia. Locke merupakan seorang pemikir yang menyokong demokrasi dan mementingkan hak- hak semulajadi manusia

seperti kebebasan terutama dalam bidang ekonomi. Munurut Locke, manusia perlu berusaha untuk memperoleh keinginannya dan perlu bijak menggunakan sumber pengeluaran yang terhad bagi memenuhi kepuasan manusia. Sekiranya manusia bijak menggembleng sumber pengeluaran yang terhad maka faedah yang lebih besar akan diperolehi dalam jangka masa panjang.

Menurut Locke, anarki adalah sesuatu yang tidak bagus kerana ia hanya mendatangkan kerugian yang lebih besar daripada memperolehi keuntungan. Hal ini kerana sekiranya keadaan huru- hara berlaku akan menyebabkan kerosakan dan kemusnahan harta benda dan alam sekitar. Apabila anarki ini berlaku maka kerugian yang perlu ditanggung adalah besar dan pembangunan sukar untuk dijalankan. Kesannya, negara akan menjadi mundur dan masyarakat hidup menderita.

Locke sangat optimis terhadap demokrasi. Menurut Locke sistem sosial yang tidak seimbang berkait rapat dengan ekonomi. Menurut Locke, individu yang bekerja keras akan menjadi lebih kaya. Namun, Locke kurang memberi perhatian kepata masalah social dari segi kemiskinan.

3.3 MONTESQUIEU 1689-1755

Montesquieu merupakan ahli pemikir barat yang tersohor dalam menyumbangkan kepada perkembangan tradisi ilmu sehingga kini. Beliau merupakan seorang bangsawan yang kaya dan aktif dalam politik dan dianggap sebagai pengasas teori dan kaedah sosiologi. Antara tulisan yang dihasilkan oleh beliau ialah Considerations on the Greatness and Decadence of the Romans, The Spirit of Law, The Persian Letters 1721 dan sebagainya. Di dalam bukunya yang bertajuk The Persian Letters 1721 Montesquieu telah mengkritik gaya hidup dan kebebasan golongan kaya Peracis kerana lebih mementingkan kekayaan dan jurang perbezaan kekayaan begitu tinggi menyebabkan golongan yang kaya terus kaya dan golongan miskin bertambah miskin. Selain itu beliau juga mengkritik pihak gereja kerana mementingkan ilmu teologi berbanding ilmu pengetahuan yang lain. Beliau menekankan bahawa ilmu pengetahuan penting dalam perkembangan masyarakat dan hidup secara berorganisasi.

Didalam bukunya yang seterusnya iaitu Considerations on the Greatness and Decadence of the Romans telah menyatakan bahawa perlu adanya hubungan masyarakat

di dalam sesuatu organisasi supaya manusia dapat berinteraksi antara satu sama lain bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar fikiran. Beliau juga menyatakan bahawa hubungan antara kekuasaan dan kebebasan manusia dengan prinsip yang mendasari organisasi politik seperti republik, sistem beraja, dan depotisme. beliau telah memilih

tiga bentuk pemerintahan iaitu monarki, republik, dan depotisme. kriteria pembahagian bentuk pemerintahan tersebut adalah berdasarkan pembahagian kuasa dan cara pelaksaan kekuasan tersebut, di samping perlu ada prinsip-prinsip tertentu iaitu, perasaan yang harus ada fungsinya dalam bentuk pemerintahan tersebut (Aron 1968, 26). Monstesquieu sangat menyokong pemerintahan inggeris yang berbentuk monarki kerana diberikan kekuasan eksekutif namun pemerintahan jenis ini dikendalikan oleh kuasa legislatif dimana ia dipegang oleh parlimen iaitu dipegang oleh golongan aristokrat ataupun golongan menengah. Dalam bentuk monarki mempunyai integrasi didalam kelompok yang berjuang untuk kekuasaan. Bentuk pemerintahan republik pula adalah mementingkan pemerintah dimana semua kuasa adalah terletak ditangan pemerintah.

Dalam bukunya yang seterusnya iaitu The Spirit of Law beliau telah menyatakan kedudukan dan pekerjaan telah mempengaruhi pandangan hidup seseorang dan beliau juga telah mengiktiraf bahawa amalan dalam bidang ekonomi iaitu politik, kebudayaan dan faktor fizikal boleh mempengaruhi tindakan manusia beliau menyatakan bahawa sejumlah manusia sifatnya adalah tidak boleh diubah iaitu usaha untuk mempertahankan diri, untuk wujudkan perdamaian dan untuk hidup bersama-sama dengan manusia lain. Hal ini menjelaskan bahawa manusia adalah hidup secara bersama-sama. Selain itu Monstequieu menganggap faktor-faktor geografi dan iklim adalah sangat penting dan beliau telah mengeluarkan pernyataan iaitu di negeri-negeri yang beriklim dingin, orang hanya sedikit memiliki selera bagi kesenangan hidup dan di negeri-negeri yang beriklim sedang orang memilikinya lebih banyak dan di negeri-negeri panas selera mereka hebat sekali .(Aron 1968,40).Secara kesimpulannya ialah Monstequieu telah memberikan sumbangan-sumbangan yang penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan tentang masyarakat.

3.4 JEAN JACQUES ROUSSEAU ( 1712-1778 )

Rousseau merupakan orang Swiss yang berasal daripada Geneva serta dibesarkan dalam kebudayaan Protestan dan bukannya Katolik. Rousseau juga bukan merupakan golongan bangsawan dan bukan juga berasal dari golongan warga kota, akan tetapi beliau merupakan anak kepada seorang tukang. Hal ini menyebabkan beliau mempunyai kesukaran dalam meneruskan kehidupannya dan keadaan ini lah menjadi pencetus kepada beliau untuk menyarankan pendapat tentang keadaan sains sosial pada zaman Pencerahan. (Hawthron 1976, 20). Dalam karya beliau yang bertajuk A Discourse on the moral effects of the arts and sciences (1754). ( Suatu pembahasan tentang efek-efek moral seni dan nilai), Rousseau cuba mengemukakan pandangan terhadap perkembangan ilmu pengetahuan telah menyebabkan kerutuhan moral. Malahan itu, keadaan ini telah melemparkan kritikan kepada pencetakan dan mengatakan bahawa peradaban telah mempunyai pengaruh yang kuat dalam merosakkan manusia.

Selain itu, karya Rousseau lain yang bertajuk The Social Contract (1762) (Kontrak Sosial) menyatakan bahawa Manusia dilahirkan bebasdan di mana pun ia dibelenggu. Rousseau menyatakan nasib ini kebanyakannya menimpa orang-orang miskin dan orangorang tidak berdaya yang kewujudannya saja sudah merupakan bantahan yang menentukan terhadap gagasan kemajuan dan kesempurnaan. Dengan semangat yang tinggi, Rousseau melihat ketidaksamaaan sosial dan politik, kekuasaan kaum kaya dan tidak berdayanya kaum miskin. Rousseau juga tidak membatasi pandangan dan kritikannya dalam melihat kemiskinan sebagai sesuatu yang misteri sahaja tetapi ia juga memperhatikan situasi mereka yang kehilangan pegangan, kepastian dan keamanan. Hal ini menyebabkan Rousseau ingin membuat sesuatu terhadap keadaan ini dan bukan sekadar menyibukkan diri dalam perkaraperkara yang tidak mendatangkan faedah malahan itu Rousseau cuba untuk menangani masalah ini dengan cara yang lebih radikal.

Antara sumbangan Rousseau pada zaman Pencerahan ialah beliau prihatin kepada persoalan pendidikan (termasuk wanita). Rousseu telah menyatakan bahawa pendidikan merupakan institusi yang penting kepada masyarakat kerana melalui pendidikan manusia dapat berfikir secara rasional Hal ini telah menunjukkan manusia telah mula berfikir tentang ilmu sains dan dan ilmu agama. Masyarakat pada masa ini mula memikirkan pnakulan ilmu secara rasional dan saintifik. Oleh tu, masyarakat telah merasakan bahawa pendidikan adalah wajar untuk semua kelompok masyarakat terutamanya untuk golongan lelaki an wanita. Rousseau juga berpendapat bahawa pendidikan bukan sahaja untuk golongan lelaki tetapi perlu juga ditekankan kepada golongan wanita. Status golongan wanita dianggap rendah tarafnya kerana wujudnya sistem feudal yang mengelaskan kelompok dan golongan masyarakat kepada nilai dan status yang tersendiri. Penglibatan golongan wanita dalam sistem pendidikan akan meningkatkan status sosial wanita. Pendidikan pada masa ini melalui tiga tahap iaitu tahap teologi, metafizik dan tahap sains atau positif dan kajian manusia adalah secara sistematik dan sainntifik serta penakulan manusia berlaku secara human reasoning.

Rousseau juga menyarankan individu pada dasarnya adalah baik dan stabil. Hal ini kerana individu merupakan kelompok manusia yang mempunyai nilai-nilai dan sifat-sifat lain yang berkembang. Sesebuah masyarakat dapat wujud dengan sempurna jika ahlinya rasa terjamin dari segi emosi dan masyarakat yang bersandar kepada realiti. Masyarakat manusia juga dianggap seakan-akan sebuah mesin yang mempunyai bahagian-bahagian tertentu. Sekiranya satu bahagian mesin itu rosak, ia perlu dibuang dan digantikan dengan yang baru. Oleh itu, mereka penting diberi pendidikan yang sewajarnya supaya dapat memenuhi peranan sistem sosial yang lebih baik.

KESIMPULAN Sains sosial bukan produk tempatan. Ia berkembang di Barat, khususnya di Eropah seiring dengan usaha para cendiakawan yang dipengaruhi oleh falsafah rasional untuk memartabatkan sains selain menggalakkan pemikiran yang kritis di kalangan masyarakat serta menolak peranan ketuhanan dan agama bagi menjana pengetahuan dan menentukan kebenaran. Usaha bagi untuk mengkaji kesan sains sosial dengan mendalam sekali. Hal ini kerana, mereka juga mengemukakan pelbagai kerangka teoritis untuk dijadikan rujukan dan panduan oleh ilmuan sosial semasa membuat penyiasatan dan analisis tentang realiti sosial selain menyatakan bahawa alam manusia juga boleh diselidiki secara objektif, sistematik dan saintifik seperti alam fizikal.

Namun, teori-teori sains sosial ini mempunyai implikasi yang berlainan kepada apa yang perlu dilakukan oleh ilmuan sosial untuk pembangunan manusia dan masyarakat. Falsafah negatif yang turut dikaitkan dengan pemikir Zaman Pencerahan misalnya inginkan ilmuan sosial memusnahkan sistem sosial yang sedia ada sebab ia tidak memberatkan

kebebasan individu untuk berfikir dan bersuara manakala falsafah positif yang diperkenalkan oleh Auguste Comte, berharap kestabilan sistem sosial yang sedia ada dipulihkan sekiranya ia telah tergugat akibat tindakan perubahan.

Sesuai dengan tradisi ilmu yang menggalakkan ilmuan sosial supaya lebih peka terhadap apa yang berlaku dalam masyarakatnya, pemikir-pemikir Barat meneruskan usaha ini dengan memperhalusi dan memodifikasi aspek-aspek tertentu falsafah rasional pada Zaman Pencerahan. Sains sosial turut bertapak dan semakin berkembang di Malaysia, namun pengajaran disiplin-disiplin sains sosial seperti ekonomi, linguistik, sosiologi dan lain-lain adalah atas desakan sebarang gerakan intelektual untuk meraikan rasionalisme dan sains seperti di Barat.

Sains sosial yang terdiri daripada pelbagai cabang ilmu dan cabang ilmu ini saling berkaitan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat dalam sains sosial bagi mengkonstruksi semula masyarakat secara rasional supaya keperluan asasi umat manusia dipenuhi dan hak mereka terjamin melalui sikap aktivistik. Pengenalan dan pemantapan sains sosial di Malaysia ini berkait rapat dengan program pembangunan selepas kemerdekaan yang ingin menghasilkan tenaga kerja yang celik ilmu dan pengetahuan tentang manusia dan masyarakat.

BIBLIOGRAFI Durant, Will (1961) The Story Of Philosophy. New York: Simon & Schuster Hunt, Elgin F. & Colander, David C. (1996). Social Sceince: An Introduction To The Study Of Society. Boston: Allyn&Bacon. Ross, Dorothy (1991). The Origins of American Social Sceince. New York: Cambridge University Press. Bruce and Howard. 1984. Social sceince research methods. New Jersey: Prentice Hall