Anda di halaman 1dari 43

Definisi dan Pengertian Sosiologi

Kata sosiologi diambil dari bahasa latin socius dan logos.

Socius mempunyai erti kawan/teman dan logos mempunyai erti ilmu pengetahuan/fikiran.

Jadi, dilihat dari akar katanya sosiologi dapat didefinisikan sebagai “ilmu pengetahuan yang
mempelajari tentang pergaulan hidup socius dengan socius atau teman dengan teman, iaitu
hubungan antara seorang dengan seorang, perseorangan dengan golongan, atau golongan
dengan golongan” Pergaulan hidup manusia diertikan sebagai masyarakat.

Sosiologi diertikan juga sebagai “ilmu yang mempelajari tentang masyarakat manusia dan
tingkah laku manusia di beberapa kelompok yang membentuk masyarakat” (Kornblum,
1988: 5).

Selain dua definisi di atas masih banyak terdapat definisi lain tentang sosiologi, di mana
definisi-definisi tersebut mempunyai beberapa perbezaan dalam penjelasannya. Secara
umum dapat disimpulkan - Sosiologi merupakan 1) hidup bermasyarakat dalam erti yang
luas, 2) perkembangan masyarakat dalam segala aspeknya, dan 3) hubungan antara
manusia dengan manusia lainnya dalam segala aspeknya.

Dari pengertian ini paling tidak terdapat dua unsur utama daripada sosiologi, iaitu 1)
adanya manusia, dan 2) adanya hubungan di dalam suatu medium hubungan yang disebut
dengan masyarakat.

Sosiologi ialah kajian saintifik tentang masyarakat, pola hubungan sosial, interaksi social dan
budaya kehidupan seharian. Ia adalah sains sosial yang menggunakan pelbagai kaedah
penyiasatan empirikal dan analisis kritikal untuk membangunkan pengetahuan tentang
susunan sosial, penerimaan dan perubahan atau evolusi sosial.

Ramai ahli sosiologi berhasrat untuk menjalankan penyelidikan yang boleh digunakan
secara langsung kepada dasar sosial dan kebajikan, manakala yang lain memberi tumpuan
terutamanya kepada memperhalusi pemahaman teori tentang proses sosial.

Perkara subjek terdiri daripada tahap mikro-sosiologi, agensi individu dan interaksi kepada
tahap sistem makro dan struktur sosial. Tumpuan tradisional sosiologi yang berbeza
termasuk stratifikasi sosial, kelas sosial, mobiliti sosial, agama, sekularisasi, undang-undang,
seksualiti, jantina dan penyelewengan.

Oleh kerana semua bidang aktiviti manusia dipengaruhi oleh interaksi antara struktur sosial
dan agensi individu, sosiologi secara beransur-ansur meluaskan tumpuannya kepada aspek
lain, seperti kesihatan, perubatan, ekonomi, institusi keselamatan, penjara, Internet,
pendidikan, modal sosial, dan peranan aktiviti sosial dalam pembangunan pengetahuan
saintifik. Pelbagai kaedah saintifik sosial juga telah berkembang. Penyelidik sosial
menggunakan pelbagai teknik kualitatif dan kuantitatif. Perubahan linguistik dan budaya
pada pertengahan abad ke-20 membawa kepada pendekatan interpretatif, hermeneutic dan
falsafah yang semakin meningkat terhadap analisis masyarakat. Sebaliknya, penghujung
tahun 1990-an dan awal tahun 2000-an telah menyaksikan kebangkitan teknik baharu yang
ketat secara analitikal, matematik dan pengiraan, seperti pemodelan berasaskan ejen dan
analisis rangkaian sosial. Penyelidikan sosial memaklumkan ahli politik dan pembuat dasar,
pendidik, perancang, penggubal undang-undang, pentadbir, pemaju, pembesar perniagaan,
pengurus, pekerja sosial, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan bukan untung dan orang
yang berminat untuk menyelesaikan isu sosial secara umum. Selalunya terdapat banyak
persilangan antara penyelidikan sosial, penyelidikan pasaran dan bidang statistik lain.

Tokoh-tokoh Awal Sosiologi - 1. Sila Baca Nota 2. Sila


Jawab Kuiz. Klik Di Sini
Latar belakang sosiologi bermula semasa Revolusi Perancis dan pertengahan abad 18,
revolusi industri di Eropah. Kemusnahan cara hidup tradisional memyebabkan para pemikir
cuba menjelaskan mengapa ianya berlaku dan implikasi yang akan terjadi. Oleh itu para
sarjana cuba membentuk pemahaman baru terhadap perubahan sosial yang cuba
menjelaskan mengapa struktur masyarakat sedemikian rupa, bagaimana dan mengapa
masyarakat berubah. Antara tokoh awal Sosiologi ialah :

1. Auguste Comte Lahir di selatan Perancis (1798-1857) mendapat pendidikan di sekolah elit
di Paris – bidang pengajiannya metamatik dan sains natural. Memulakan istilah sociology,
dikenali sebagai The father of Sociology, bukunya Cours de Philosophy Positive. Beliau
berpendapat – sejarah manusia mengikut satu susunan yang mematuhi hukuman tertentu.
Evolusi masyarakat akan disertai dengan kemajuan yang mewujudkan perkembangan
intelek.

Comte terkenal kerana hukum Law of Human Progress. Menekankan 3 peringkat


perkembangan teori, iaitu: 1. Peringkat keagamaan atau teologi ‘theological’.

2. Peringkat metafizik atau abstrak.

3. Peringkat saintifik atau positif.

Peringkat teologi – peristiwa yang berlaku diterangkan melalui supernatural. Peringkat


metafizik – tidak jauh berbeza dengan pertama, kecuali dewa dan semangat yang bersifat
perseorangan yang telah membawa kepada kepercayaan kepada semangat yang abstrak.
Peringkat saintifik – memerhatikan alam secara objektif. Comte menjelaskan seperti dalam
kaedah sains, sosiologi juga boleh menggunakan kaedah sains untuk menerangkan dan
memahami The Law of Progress dan The Social Order.

Menurutnya masyarakat mempunyai satu bentuk struktur yang mengandungi bahagian-


bahagian yang bersangkutan dan berkembang dari bentuk yang mudah ke bentuk yang
kompleks melalui proses evolusi. Begitu juga perkembangan masyarakat bermula peringkat
ketenteraan, ke undang-undang dan ke perindustrian.

2. Emile Durkheim Penulis yang agak radikal dari Perancis (1858-1917), ahli sosiologi yang
meletakkan dasar-dasar sosiologi moden. Banyak menulis tentang cara sosiologi,
pengetahuan dan sosiologi agama, pembahagian kerja dan bunuh diri, pendidikan dan
moral. Hasil Karyanya yang terkenal The Division of Labour in Society, Rules of Sociology
Method, Suicide dan The Elementary Forms of Religions Life. Pelopor kaedah-kaedah
sosiologi menerusi kajian yang sistematik & menggunakan statistik membuktikan hipotesis.
Kaedah penyelidikan yang diciptanya menjadi panduan asas ahli-ahli sosiologi moden
membuat penyelidikan.

Teori fungsional idea beliau dalam bukunya The Division of Labour in Society – berpendapat
dalam semua masyarakat terdapat beberapa aktiviti yang dianggap lebih penting daripada
aktiviti lain, bertujuan mencapai pembangunan.

Organic Solidarity – bermaksud hubungan sosial dalam masyarakat perindustrian


berdasarkaan saling pergantungan antara individu yang menjalankan aktiviti-aktiviti
pengkhususan.

Mechanical Solidarity – bermaksud bentuk hubungan sosial dalam masyarakat praindustri


yang kecil berdasarkan persepsi bahawa individu didalamnya adalah sama dan akan hidup
bersama. Baginya, fenomena sosial adalah fakta sosial yang mempunyai perbezaan dari segi
ciri-ciri sosial. Beliau mendefinisikan fakta sosial sebagai satu cara bertindak sama ada tetap
atau tidak, yang mempunyai satu paksaan luar, atau satu cara bertindak yang umum dalam
sesuatu masyarakat, yg wujud dgn sendirinya iaitu bebas daripada manifestasi individunya.

3. Karl Marx Dilahirkan di Jerman (1818-1883) belajar dikolej berprestij tinggi dan banyak
menyumbang dalam bidang falsafah. Karyanya yg terkenal The Communist Manifesto.
Memberi sumbangan dalam bidang sosiologi dengan mengutarakan pemikiran teori
tentang kelas sosial dan ekonomi. Dikaitkan dengan teori konflik – menyatakan kuasa yang
terdapat pada kerajaan adalah melalui paksaan.

Konflik dalam masyarakat berpunca daripada kegiatan ekonomi yg terdapat 2 golongan yg


sering bertentangan. 1. Golongan kapitalis (borjuis) 2. Golongan pekerja (proletariat).
Dalam masyarakat kapitalis, golongan yang mengawal pengeluaran ekonomi adalah
golongan borjuis dan golongan pekerja – hubungan mereka menurut Marx sebagai
hubungan kelas dominan dengan subdominan. Marx percaya keadaan ekonomi di kalangan
pekerja akan membawa kesedaran ke atas diri pekerja itu sendiri – membawa kesedaran jika
mereka bergabung tenaga menentang kelas sistem kapitalis serta menubuhkan sistem
sosialis.

4. Max Weber Ahli sejarah sosial berbangsa Jerman dilahirkan dalam keluarga Protestant
(1864-1920). Menulis tentang isu-isu dalam bidang sosial dan ekonomi yang dihadapi
masyarakat seperti agama, birokrasi, kelas, status dan kuasa, undang-undang serta kaedah
penyelidikan. Karyanya yang terkenal – The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism, The
Sociology of Hinduism and Buddhism, Theory of Social and Economic Organisation dan
Methodology of the Social Sciences. Sumbangannya dlm sosiologi – membincangkan konsep
kelas sosial, social action dan birokrasi.

Beliau menggariskan ciri-ciri birokrasi bersifat unggul: 1.Pembahagian tugas menurut


undang-undang. 2.Struktur formal susunan organisasi bersifat hierarki formal. 3.Pejabat
awam tempat segala fail disimpan. 4.Pekerja dipilih – kelulusan akademik & profesional.
5.Kakitangan bekerja sepenuh masa & tumpukan kepada perjalanan organisasi. 6.Peraturan
– abstark, agak stabil & perlu dipatuhi. 7.Taat setia pekerja kepada peraturan & organisasi &
bukan kepada mereka yang ada di dalamnya.

5. Ibnu Khaldun Nama sebenar Abdul Rahman bin Muhammad (1332-1406) penulis Islam
yang terkenal, jarang diketengahkan Barat. Beliau bukan sekadar memerhati dan
mengumpul bahan-bahan empirik tentang manusia dan masyarakat, turut menganalisis
data dengan sistematik sehingga beliau diterima sebagai ahli sains sosial & bapa ilmu
sosiologi. Memperkenalkan konsep-konsep umum tentang masyarakat sebelum munculnya
ahli-ahli sosiologi moden pada abad 19 dan 20. Antara konsep-konsepnya: 1.Membuat
perbandingan antara masyarakat desa dan bandar yg kemudian diperkenalkan oleh Redfield
dengan konsep folk-urban continuum. 2.Memperkenalkan konsep assabiyah (solidariti
sosial). 3.Bukunya Muqaddimah – menyentuh sosiologi sejarah yang menghujahkan
perkaitan antara dokumentasi kejadian masa lampau. 4.Memperkatakan ekonomi – aspek
pengeluaran, perdagangan setempat dan antarabangsa, perubahan harga barangan.
5.Menyumbang dalam kaedah penyelidikan dalam sosiologi.

Pengertian Institusi Sosial Perspektif sosiologi – institusi sosial bukanlah merupakan satu
bangunan, bukan juga sekelompok manusia dan juga bukan sebagai satu organisasi. Chinoy
(1962) – institusi sosial merupakan pola-pola tingkah laku kelompok sesebuah masyarakat
yang telah dipersetujui seperti undang-undang. Gouldner (1971) – Institusi sosial adalah
sebagai satu cara yang standard diwujudkan, khususnya untuk mengatasi pelbagai masalah
masyarakat seperti menguruskan kematian, pengagihan makanan, kuasa dan sebagainya.
Umumnya pengertian sosial konsep ini – merujuk kepada pola-pola tingkah laku yang telah
menjadi kebiasaan dan pola-pola tingkah laku ini merupakan hubungan sosial yang
mempunyai satu matlamat sosial yang tertentu. Institusi sosial merupakan suatu sistem
yang menunjukkan peranan sosial dan norma sosial saling berkait dan telah disusun untuk
memuaskan sesuatu kehendak atau fungsi sosial. Merujuk kepada sesuatu yang telah
terasas dalam masyarakat – contohnya institusi agama, institusi perkahwinan dan
kekeluargaan, institusi ekonomi, institusi politik, dll.

Institusi Sosial - Institusi Kekeluargaan dan Perkahwinan Institusi keluarga sebagai satu unit
sosial mempunyai pengaruh yang besar terhadap kehidupan dan pembentukan sifat
seseorang manusia sebagai anggota masyarakat. Keluarga bukan sahaja alat kepada
kesinambungan sesebuah kebudayaan tetapi juga sebagai agen dalam merubah
kebudayaan. Permulaan keluarga dalam tamadun manusia berpunca daripada peraturan
melarang hubungan kelamin antara anggota yang rapat dalam keluarga seperti antara ibu
bapa dan anak dan antara adik dan abang. Larangan ini dinamakan sumbang mahram. Oleh
itu anggota keluarga sendiri perlu mencari pasangan hidup daripada keluarga lain.
Wujudnya hubungan yang terjalin antara satu keluarga dengan keluarga yang lain, maka
bilangan keluarga yang berkerjasama dalam sesebuah masyarakat terus bertambah. Ini
berlaku dalam semua jenis masyarakat yang menyebabkan lahirnya institusi perkahwinan.
Keluarga secara umumnya didefinisikan sebagai ibu dan bapa serta anak-anak sebagai satu
kumpulan yang tinggal sebumbung melalui proses perkahwinan. Oleh itu perkahwinan
merupakan penyatuan antara individu yang disokong secara sosial untuk mendapat
kestabilan, hubungan yang mesra termasuklah interaksi seksual antara elemen yang lahir
daripada perkahwinan.

Daripada perspektif sosiologi – yang diberi keutamaan adalah aspek struktur keluarga,
bentuk perkahwinan, pola autoriti dalam keluarga, bentuk pasangan hidup, pola tempat
tinggal dan pola keturunan serta kepusakaan. Bentuk Keluarga Kekeluargaan merupakan
satu sistem perhubungan yang terdapat hubungan saling bergantung antara anggotanya.
Keluarga Nuklear Bentuk ini terdiri daripada ibu, bapa dan anak sendiri serta anak-anak
angkat yang tiggal bersama dalam sebuah rumah yang sama. Ianya berasingan daripada
saudara mara yang lain. Bentuk ini wujud dalam masyarakat moden dan industri. Bentuk ini
juga dipanggil conjugal family yang bermaksud sepasang suami isteri sama ada mempunyai
anak atau tidak. Keluarga Luas (Extended Family) Bentuk ini terdiri daripada lebih dua
hubungan darah yang tinggal serumah. Cth – bapa saudara, datuk, nenek dan saudara mara
lain. Ketua dalam keluarga jenis ini biasanya adalah lelaki yang paling btua dan golongan
dewasa akan berkerjasama dalam tanggungjawab mencari rezeki dan mengasuh anak-anak.
Bentuk ini biasa terdapat dalam masyarakat tradisional dan praindustri. Ia juga dipanggil
consiguinal family. Disebabkan perkembangan teknologi yang pesat di Barat menyebabkan
keluarga bentuk ini telah bertukar kepada keluarga nuklear kerana jumlah anggota keluarga
yang besar sukar diurus. Keluarga Campuran Jenis keluarga ini terbentuk hasil perceraian
yang berlaku dalam keluarga nuklear. Suami atau isteri akan berkahwin lain dan membawa
anak atau anggota keluarga suami atau isteri baru untuk tinggal bersama-sama. Keluarga
luas yang diubahsua Jenis keluarga ini – terbentuk berdasarkan rangkaian keluarga nuklear
yang tinggal berasingan tetapi masih mengekalkan hubungan dan bantuan yang
diperlukan. Anggota keluarga tidak tinggal berdekatan tetapi kerja bersama atau masih
bergantung kepada bapa. Penyertaan dalam bentuk keluarga luas yang diubahsuai adalah
sukarela. Bentuk Perkahwinan Berbeza mengikut kebudayaan masyarakat. Ada yang
menganggap hidup bersendirian adalah lebig baik, cth – paderi, sami, ibu tunggal dsb.
Institusi perkahwinan dan keluarga merupakan institusi sejagat kerana sebahagian besar
masyarakat di dunia ini berkahwin dan mendapat faedah daripadanya. Monogami Amalan
perkahwinan – berlaku perkahwinan seorang suami dan seorang isteri pada masa yang
sama. Sebahagian besar masyarakat mengamalkan bentuk perkahwinan ini. Poligami
Merujuk kepada amalan perkahwinan seorang suami mempunyai lebih daripada seorang
isteri ataupun seorang isteri mempunyai lebih daripada seorang suami. Bagi ahli sosiologi,
soorang suami berpoligami dengan mempunyai dua atau lebih isteri dalam satu masa
disebut poligami. Cth – masyarakat Islam. Seorang isteri mempunyai dua atau lebih suami
dalam satu masa disebut amalan poliandri. Cth – Masyarakat Todas di India dan Nyinba di
Tibet. Bentuk Pemilihan Pasangan Terdapat peraturan tertentu bagaimana anggota
sesebuah masyarakat memilih pasangan untuk berkahwin. Eksogami Amalan atau peraturan
pemilihan – anggota mesti memilih pasangan hidup daripada kelompok luar daripada
kelompoknya. Iaitu mereka yang tidak mempunyai ikatan persaudaraan. Dapat meluaskan
pengaruh keluarga dan menggalakkan perkembangan kebudayaan. Endogami Cara
pemilihan – apabila anggotanya dikehendaki memilih pasangan hidup daripada anggota
kelompok sendiri seperti sepupu dan sebagainya. Biasanya berlaku antara anggota agama,
bangsa dan kaum dari kelas sosial yang sama. Bertujuan mengekalkan solidariti. Bentuk
Kekuasaan Menerangkan bagaiamana bentuk kuasa antara suami dan isteri. Ia sebenarnya
dipengaruhi oleh bentuk personaliti pasangan dan juga berasaskan nilai dan norma
sesebuah masyarakat. Patriakal Aapabila sesebuah keluarga mengutamakan golongan
suami ataupun si suami mempunyai kuasa lebih dalam rumah tangga dan mengawal
kehidupan sosial keluarga tersebut. Matriakal Keluarga itu mengutamakan golongan isteri
sebagai mempunyai kuasa untuk bersuara, tetapi tidak bermakna berkuasa membuat
keputusan kecuali dengan kematian suami. Bentuk ini berlaku dalam semua kategori
masyaarakat. Dalam keluarga nuklear banyak mengamalkan cara ini terutama masyarakat
yang mewariskan harta kepada kaum perempuan. Egalitaria Bentuk kekuasaan di mana
suami atau isteri mempunyai kuasa yang sama dalam menentukan kehidupan dalam
masyarakat. Ini banyak berlaku dalam dunia moden di mana semakin ramai kaum wanita
yang berpendidikan dan mempunyai pekerjaan dalam membantu ekonomi rumah tangga.
Bentuk Tempat Tinggal Tempat tinggal juga berbeza mengikut kebudayaan sesebuah
masyarakat. Perbezaan tempat tinggal, kadang kala dipengaruhi oleh bentuk atau struktur
keluarga dan bagaimana memilih pasangan hidup. Neolokal Mereka yang berkahwin akan
memilih untuk tinggal di rumah sendiri dan membentuk keluarga asas. Masyarakat moden
dan industri mengamalkan cara hidup ini. Ini bermakna mereka tinggal berjauhan daripada
ibu bapa isteri atau suami masing-masing. Patrilokal Pasangan baru berkahwin akan tinggal
bersama atau berdekatan dengan keluarga sebelah suami dan membentuk keluarga luas.
Bentuk ini lebih banyak diamalkan berbanding matrilokal. Matrilokal Pasangan yang baru
berkahwin atau tinggal bersama atau berdekatan dengan keluarga sebelah isteri. Ada
beberapa faktor yang menyebabkan sesebuah masyarakat memilih pola tempat tinggal
yang sesuai tetapi dalam masyarakat sistem neolokal banyak diamalkan. Bentuk Keturunan
dan Kepusakaan Bentuk keturunan berkait rapat dengan konsep kinship yang menerangkan
hubungan sosial antara seorang individu dengan nenek moyangnya berasaskan faktor
perkahwinan. Bagi sesetengah masyarakat perhubungan kinship ini penting kerana
memperkembangkan zuriat dan keturunan sesuatu bangsa itu. Bentuk keturunan boleh
dilihat melalui nisab bapa, nisab ibu ataupun kedua-duanya dan ianya penting dalam
pewarisan harta. Patrilineal Perhubungan persaudaraan atau individu dihubungkan dengan
kelompok keluarga sebelah bapa. Banyak diamalkan dalam masyarakay hari ini. Matrilineal
Dihubungkan denganb kelompok keluarga melalui keturunan sebelah ibu. Persaudaraan
dikesan melalui keluarga perempuan dan segala harta ibu menjadi pusaka kepada anak-
anak perempuan. Bilateral Keturunan ini menunjukkan hubungan individu yang sama rapat
antara keluarga sebelah ba dan juga ibu. Hubungan persaudaraan dikira daripada kedua
belah pihak.

Fungsi Sosial Institusi Keluarga

Keluarga paling penting berperanan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, penyayang,
toleransi, tolong menolong dsb kerana ianya penting kepada perkembangan masyarakat
seterusnya. Selain itu institusi keluarga mempunyai fungsi tersendiri dalam mendokong
peranan tersebut. Peranan keluarga drp perspektif sosiologi: Perspektif fungsional ini
melihat institusi keluarga sebagai penyumbang kepada kestabilan dan keperluan sosial yang
merupakan sumbangan positif kepada masyarakat. Mewujudkan individu yang berfikiran
dan berkelakuan positif sesuai dengan nilai dan norma yang ditetapkan dalam sesebuah
masyarakat. Fungsi sosial institusi keluarga dalam masyarakat adalah: Menambahkan zuriat.
Tambah zuriat hasil daripada perkahwinan. Sumbangan positif untuk menambahkan
bilangan ahli. Mengekalkan nilai-nilai yang telah diwarisi sebelumnya. Agen kepada proses
sosialisasi Menjamin tahap sosialisasi positif. Menyalurkan kebudayaan untuk diwarisi.
Mempengaruhi pembentukan personaliti individu. Memberi sokongan emosi. Hubungan
keluarga yang rapat menjamin wujudnya kasih sayang, sifat bertanggungjawab, mengambil
berat dsb. Keluarga yang dipenuhi dengan kasih sayang, hormat menghormati dan nilai-
nilai positif lainnya akan membentuk keluarga bahagia terhindar daripada perkara-perkara
negatif. Kawalan sosial. Mekanisme menentukan anggota masyarakat mematuhi peraturan.
Mengajar anak-anak mengikuti peraturan. Ajaran dan didikan yang baik membentuk
peribadi mulia. Tujuan ekonomi Memantapkan ekonomi keluarga. Memastikan fungsi
keluarga dalam ekonomi dapat berterusan bagi menjamin kesejahteraan ekonomi keluarga
dan seterusnya masyarakat. Perspektif konflik menjelaskan bahawa perkahwinan dan
kewujudan institusi keluarga tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada individu atau
masyarakat, melainkan konflik semata-mata. Pandangan ahli teori konflik keluarga:
Mengekalkan ketidaksamaan. Institusi keluarga menyebab berlakunya penindasan dan
mengekalkan ketidaksamaan yang sedia ada dalam masyarakat. Keluarga yang kaya dan
berkuasa akan menindas yang lemah. Mewujudkan ketegangan. Perkongsian hidup suami
isteri sering menimbulkan ketegangan dan perkelahian. Perkahwinan menjadi medan
perjuangan suami isteri. Mengekalkan status kaum lelaki. Mengekalkan lagi kedudukan
tinggi kaum lelaki. Kuasa kaum lelaki akan terus diperkukuhkan yang akhirnya akan
membawa kepada keganasan dsb. Perceraian Akibat daripada kesan negatif daripada
perkahwinan. Perspektif Interaksional menekankan tentang hubungan di kalangan individu-
individu dalam keluarga. Pelbagai bentuk hubungan yang terjalin sama ada daripada segi
ekonomi dan sosial yang akan memberi kesan positif atau sebaliknya. Perspektif Feminisme
menekankan keluarga sebagai mengekalkan peranan gender. Ketua keluarga lebih berpihak
kepada lelaki kecuali ibu tunggal yang memainkan peranan utama dalam menerajui rumah
tangga.

Menurut Edward B.Taylor (1871), kebudayaan merujuk kepada keseluruhan kehidupan


manusia yang kompleks, meliputi pengetahuan, sistem kepercayaan, kesenian, moral,
undang-undang, kebiasaan dan lain-lain kemahiran yaang dimiliki manusia sebagai ahli
masyarakat. Justeru itu, daripada perspektif sosiologi, budaya merujuk kepada keseluruhan
cara hidup ahli dalam sesuatu masyarakat dan bukannya terhad kepada peradaban atau
tamadun yang dicapaai oleh manusia semata-mata. Budaya merangkumi nilai-nilai, simbol,
kepercayaan yang dipegang oleh anggota masyarakat dan norma-norma yang mereka ikuti
(dikenali sebagai budaya bukan kebendaan) serta peralatan dan bahan yang dicipta oleh
manusia (dikenali sebagai budaya berbentuk kebendaan) untuk memenuhi keperluan
kehidupan seharian seperti makanan, tempat tinggal dan tempat kerja.

Ciri-Ciri Budaya

1.Setiap budaya mengalami perubahan. Tidak ada budaya yang statik, kaku mahupun rigid.
Perubahan dan pengubahsuaian ini didorong oleh keperluan untuk memenuhi kehidupan
masyarakat dari masa ke semasa.

2.Budaya adalah elemen hidup yaang dipelajari. Budaya dipelajari menerusi proses
sosialisasi untuk membolehkan individu menjadi anggota dalam masyarakat. Proses
pembelajaraan ini (sosialisasi) menanamkan nilai dan norma yang dipentingkan dalm
masyarakat. Proses pembelajaran ini berterusan dan tidak pernah berhenti sehingga
individu itu meninggal dunia.

3.Amalan budaya dikongsi bersama. Setiap elemen budaya dikongsi bersama oleh sesuaatu
kelompok masyarakat tersebut. Perkongsian simbol, bahasa dan norma misalnya, difahami
oleh ahli-ahli masyarakat itu.

4.Budaya mempunyai nilai-nilai integratif. Maksudnya budaya berperanan mengintegrasi


ataau menyatupadukan ahli-ahli dalam masyarakat tersebut. Contoh bendera Malaysia –
semua ahli masyaraakaat tanpa mengira kumpulan etnik dan parti politik menghormati
bendera Malaysia. Oleh itu, budaya bermaksud bagaimana individu dalam masyarakat
memberi tafsiran terhadap budayanya dan budaya masyarakat lain.

Terdapat tiga tindakbalas/takrifan budaya ini.

1. Etnocentrism Konsep etnosentrisme telah diutarakan oleh William G.Summer.


Etnosentrisme merujuk kepada anggapan individu bahawa setiap aspek amalan budayanya
dianggap lebih baik atau terbaik berbanding dengan budaya orang lain. Selain itu, individu
juga mengukur budaya orang lain berdasarkan kayu ukur budayanya sendiri. Ringkasnya,
konsep ini merujuk kepada kecenderungan individu mengandaikan budaya masyarakatnya
lebih baik berbanding drp budaya masyarakat lain. Cth – makan guna tangan vs chopstick,
masuk rumah pakai kasut vs buka kasut dll.

2. Xenocentrism Konsep ini bertentangan dengan konsep etnocentrism. Individu


mempunyai kepercayaan atau menganggap budayanya (material atau non material) adalah
inferior (lebih rendah) dan kolot berbanding dengan budaya lain. Dalam erti kata lain,
konsep ini memandang rendah budaya sendiri sehingga ada ahlinya yang enggan
mengamalkan budaya tersebut. Contohnya, kecenderungan menggunakan bahasa Inggeris
sebab menganggap bahasa Melayu tidak maju, pakaian jenama dll. 3. Relativisme Budaya
(Cultural Relativism). Konsep relativisme budaya memberi alternatif/pilihan kepada individu
untuk menerima kelebihan atau kekurangan budaya lain. Maksudnya, kita tidak melihat
bahawa budaya kita lebih baik dan lebih maju daripada budaya masyarakat lain. Konsep ini
menganjurkan kita memandang dan mentakrifkan tingkah laku individu daripada perspektif
budaya individu itu sendiri. Penekanan kepada konsep neutrality menjadi asas kepada
pemahaman budaya orang lain dan tidak menolak sesuatu budaya sebagai aneh, kolot atau
exotic jika ia berbeza dengan amalan budaya kita. Contoh, tarian Sewang mesti dilihat
daripada perspektif kepercayaan animisme dan bukannya dilihat daripada perspektif agama
Islam.

Masyarakat didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang tinggal bersama dalam satu
kawasan untuk tempoh tertentu. Kelompok manusia ini juga mempunyai kegiatan
ekonomi,nilai-nilai dan norma-norma serta mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Setiap
masyarakat mempunyai budaya dan identiti tertentu yang terbentuk melalui proses
sosialisasi.

Rumusnya, masyarakat merangkumi individu-individu atau kelompok manusia yang


berinteraksi antara satu sama lain, berkongsi satu kebudayaan yang sama di dalam satu
kawasan tertentu dan bersatu dalam kumpulan dan melihat diri mereka berlainan daripada
kumpulan manusia yang lain.

Ciri-ciri masyarakat:
Wujud jaringan hubungan. Ianya berasaskan interaksi sosial.

Wujud kesedaran untuk bekerjasama di kalangan ahli dalam masyarakat.

Masyarakat hanya wujud jika manusia bertingkah laku.

Masyarakat adalah individu kompleks yang saling bergantung di antara satu individu
dengan yang lain. Tanpa individu, kita tidak boleh bayangkan kewujudan masyarakat begitu
juga sebaliknya tanpa masyarakat kita tidak boleh bayangkan kewujudan individu.

Masyarakat Daripada Perspektif Sosiologi Perspektif Sosiologi, terdapat dua konsep penting
tentang masyarakat yang di perkenalkan oleh Ferdinand Tonnies (1855-1936) iaitu
1.Gemeinschaft 2.Gesellschaft

Konsep ini merujuk kepada jenis-jenis masyarakat, susunan sosialnya (bentuknya) dan juga
hubungan-hubungan sosial yang terdapat dalam masyarakat tersebut. Gemeinschaft Ianya
juga dikenali sebagai the society of tradition yang merujuk kepada sistem sosial di mana
perhubungan ahli-ahlinya berbentuk dan berasaskan ikatan kekeluargaan dan bersifat
personal.

Ciri-ciri utama gemeinschaft adalah: Ahli-ahlinya mempunyai hubungan yang rapat dan
bersemuka. Individu dalam kelompok dikumpulkan melalui perkongsian idea yang sama
dan ingin mencapai matlamat yang sama seperti ikatan keagamaan. Setiap individu dalam
kumpulan akan berkongsi untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang diperlukan
termasuklah dalam kegiatan ekonomi (sifat saling membantu di antara satu sama lain yang
seterusnya menguatkan lagi ikatan di kalangan ahli-ahli). Gesellschaft - Ianya juga dikenali
sebagai the society of contract di mana hubungan di kalangan ahli-ahli dalam masyarakat
ditentukan oleh perhubungan yang jelas berasaskan perjanjian dan lebih berbentuk formal.

Ciri-ciri utama gesellschaft adalah: Hubungan antara ahli tidak ada ciri-ciri kemesraan
seperti dalam masyarakat gemeinschaft (sebab iakatan berasaskan perjanjian). Perhubungan
sosial yang dibentuk bersifat khusus dan impersonal. Bermakna interaksi ahli-ahlinya adalah
individualistik dan saling tidak percaya. Interaksi dan tanggungjawab berasaskan syarat-
syarat yang terdapat dalam perjanjian yang dipersetujui. Wujudnya pembahagian tugas dan
peranan khas yang perlu dipenuhi oleh individu untuk mencapai matlamat orgnisasi. Setiap
tingkah laku dibentuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan sebagai satu unit
kawalan sosial. Individu dalam masyarakat saling bersaing antara satu sama lain dan
persaingan ini untuk kepentingan sendiri. Interaksi dan tanggungjawab berdasarkan
perjanjian. Ini menjadikan mereka lebih bersifat individualistik. Kedua-dua bentuk
masyarakat ini dibezakan berdasarkan kepada hubungan sosial yang terdapat dalam kedua-
dua masyarakat ini. Lazimnya masyarakat berbentuk gemeinschaft akan berubah ke bentuk
gesellschaft apabila berlakunya proses perindustrian di kawasan tersebut sehingga
terbentuknya masyarakat yang bersifat lebih kompleks.

Tiga Peringkat Bentuk Masyarakat Terdapat tiga peringkat bentuk/ jenis masyarakat iaitu:

1.Masyarakat berburu dan meramu (hunter and gatherer)

2. Masyarakat bertani

3.Masyarakat industri.

Masyarakat Berburu Dan Meramu. Aktiviti ekonomi utama, memburu dan mengumpuil
makanan di hutan. Aktiviti ekonomi untuk sara diri/ kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga
sahaja. Tidak ada lebihan makanan (surplus), makanan adalah untuk secukup hidup. Unit
sosial yaang penting adalah isi rumah dan klan yang berasaskan ikatan kekeluargaan dan
persanakan. Saiz klan dalam lingkungan 50 orang dan cenderung untuk berpindah randah.
Penentuan dalam pembahagian tenaga kerja adaalah ringkas; berasaskan umur dan jantina.
Ahli memiliki sedikit harta.

Masyarakat Bertani Kewujudan masyarakat ini berkait rapat dengan revolusi dalam
pertanian dan pengeluaran yang efisien disebabkan adanya teknologi yang lebih baik.
Masyarakat bertani juh lebih maju berbanding masyarakat berburu dan meramu.
Masyarakat bertani pandai menternak binatang, menggunakan peralatan daripada logam,
menggunakan roda dan berpengetahuan tentang sistem pengairan & baja. Kemajuan dalam
penggunaan teknologi menjadikan ahli-ahlinya lebih bebas untuk mengusahakan pertanian.
Masyarakat ini ramai yang tidak terikat secara langsung dengan tanah tetapi bertumpu di
pusat bandar dan akhirnya membawa kepada pembahagian buruh yang kompleks. Ramai
yang berpeluang menikmati teknologi lebih baik, terlibat dalam perdagangan, boleh
membaca dan menulis, mengenali sains dan seni. Aktiviti ekonomi masyarakat lebih khusus
dan wujud pelbagai pekerjaan telah mewujudkan ketidakseimbangaan yang lebih luas
dalam masyarakat. Wujud sistem kelas yang kompleks. Terdiri daripada pedagang, tentera,
sarjana, pegawai, raja dan golongan petani miskin yang bergantung kepada tenaga semata-
mata (tulang empat kerat). Golongan petani ini menurut Sjoberg (1960) adalah 90%
daripada populasi masyarakat jenis ini. Penggunaan kuda dan roda menjadikan bidang
teknologi ketenteraan lebih maju dan efisien. Ketenteraan digunakan untuk mendapatkan
lebihan makanan menerusi penaklukan ke atas orang yaang lebih lemah. Contoh kerajaan
Rome yang berjaya menakluki sebahagian besar Eropah untuk menyokong kehidupan
masyarakat elit di Itali.

Masyarakat Industri Kewujudan masyarakat industri bermula ekoran daripada berlakunya


revolusi industri di Eropah Barat. Penggunaan tenaga elektrik dan gas menggantikan tenaga
manusia dan binatang telah menyebabkan pertumbuhan pesat dalam pengeluaran tidak
sahaja barangan tetapi juga pengetahuan dan teknologi. Masyarakat pertanian telah
berubah dan mula terlibat dalam pengeluaran industri dengan bekerja di kilang-kilang.
Wujud ekonomi pasaran, sistem perbankan, insuran dan perkhidmatan. Karektor politik,
sosial dan ekonomi telah berubah dengan perkembangn perindustrian. Bidang-bidang baru
dalam pendidikan, misalnya kewujudan sains perubatan dan sukan.

KEBUDAYAAN

Pelajaran ini akan membincangkan tentang kebudayaan dengan merujuk kepada beberapa
definisi mengenainya. Hubungan di antara struktur sosial dan kebudayaan, unsur-unsur, pola
dan klasifikasi kebudayaan juga akan dijelaskan. Undang, adat dan segala kebolehan dan tabiat
lain yang diperolehi oleh manusia sebagai seorang ahli masyarakat.

Definisi ini meliputi unsur-unsur kebudayaan bukan material, seperti norma, adat, undang-
undang yang memandu atau mempengaruhi tingkahlaku kita. la juga meliputi unsur-unsur
kebudayaan material (seperti seni lukis, teknologi) serta perhubungan-perhubungan di antara
aspek-aspek kebudayaan yang berlainan dan interpretasi simbolik yang berasaskan kepadanya.

i)E.B. Taylor mentakrifkan kebudayaan sebagai keseluruhan yang meliputi pengetahuan,


kepercayaan, seni lukis, moral, undang-undang, adat dan segala kebolehan dan tabiat lain yang
diperolehi oleh manusia sebagai seorang ahli masyarakat.

Definisi ini meliputi unsur-unsur kebudayaan bukan material seperti norma, adat, undang-
undang yang memandu atau mempengaruhi tingkah laku kita. Ia juga meliputi unsur-unsur
kebudayaan material seperti seni lukis, teknologi serta perhubungan-perhubungan di antara
aspek-aspek kebudayaan yang berlainan dan interpretasi simbolik yang berasaskan kepadanya.

ii) LA. White mentakrifkannya sebagai "suatu organisasi fenomena tindakan-tindakan


(pola-pola tingkahlaku); objek-objek (alat-alat, perkara-perkara yang dibuat dengan alat-alat);
idea-idea (kepercayaan, pengetahuan); dan sentimen-sentimen (sikap-sikap, nilai-nilai) yang
bergantung kepada penggunaan symbol-simbol".

iii) Kroeber, A.L dan Kluckohn pula telah mentakrifkannya sebagai entiti yang
"mengandungi pola-pola implisit dan eksplisit, mengenai dan untuk tingkahlaku yang diperolehi
dan diwariskan melalui simbol-simbol yang merupakan sebagai kejayaan distinktif kelompok-
kelompok manusia dan ini meliputi unsur-unsur yang mengambil bentuk material. Unsur asas
kebudayaan terdiri dari idea-idea tradisional (yang dibentuk dan dipilih mengikut pergolakan
sejarah) dan terutamanya nilai-nilai yang terkandung di dalamnya; sistem-sistem kebudayaan
boleh, dari satu sudut, dianggap sebagai hasil-hasil tindakan dan, dari satu sudut yang lain,
sebagai unsur-unsur yang mempengaruhi tindakan-tindakan seterusnya".
iv) Koentjaraningrat pula sebagai "keseluruhan dari kelakuan dan hasil kelakuan manusia,
yang teratur oleh tata-kelakuan, yang harus didapatinya dengan belajar dan semuanya
tersusun dalam kehidupan masyarakat".

Apakah unsur- utama "kebudayaan" yang dapat anda lihat dari definisi-definisi yang dipetik di
atas?

Kita dapat melihat bahawa "kebudayaan" adalah suatu yang merangkumi segala tingkahlaku
yang manusia pelajari. Sebagaimana yang ditakrifkan oleh Marvin Harris (1975 : 144), "A culture
is the total socially acquired life-way or life-style of a group of people. It consists of the
patterned, repetitive ways of thinking, feeling and acting that are characteristic of the members
of a particular society or segment of a society.

Dalam ertikata lain, setiap satu masyarakat mempunyai cara-cara hidupnya yang tertentu dan
cara-cara hidup yang dimaksudkan meliputi pola-pola pengamatan dan pemikiran perasaan dan
tindakan. Bagaimana manusia memasak lauk dan cara mereka makan berbeza; bagaimana
mereka melangsungkan perkahwinan juga cara-cara sesuatu kelompok itu berfikir dan bentuk-
bentuk perasaannya juga mempunyai pola-pola yang tertentu. Inilah sebabnya mengapa
pengamatan orang Melayu mengenai masalah perhubungan etnik di Malaysia umpamanya
adalah berbeza dari orang-orang China dan India. Bentuk-bentuk perasaan yang khusus kepada
sesuatu masyarakat atau kelompok boleh juga kita contohkan dengan perlunya seseorang itu
mempunyai "semangat Melayu", "semangat China" atau "semangat India" sebelum ia dapat
diterima sebagai seorang pemimpin.

Pola-pola kita berhubung dengan orang lain juga berbeza. Seperti yang telah dicontohkan oleh
R.L. Beals, H. Hoijer dan A.R. Beals (1977), bagaimana seseorang suami itu berhubung dengan
ibu dan bapa mertuanya (dan seterusnya datuk dan nenek mertuanya) di kalangan orang-orang
Navajo barat-selatan Amerika jauh berbeza daripada apa yang pernah kita lihat atau dengar
mengenainya di kalangan masyarakat-masyarakat yang kita ketahui. Seseorang suami di dalam
masyarakat Navajo tidak dibenarkan berbual ataupun melihat ibu dan bapa mertuanya.

Kebudayaan dan Struktur Sosial

Sepertimana yang telah kita lihat sebentar tadi, kebudayaan merangkumi bentuk-bentuk
pemikiran, perasaan dan juga tindakan (struktur perhubungan-perhubungan sosial atau
struktur sosial). Oleh itu adalah jelas bahawa struktur sosial cuma merupakan sebahagian dari
apa yang dimaksudkan sebagai kebudayaan.
Ada di kalangan ahli-ahli antropologi dan sosiologi yang telah menekan bahawa alam ideologi
dan perasaan adalah arena antropologi kebudayaan manakala struktur sosial adalah arena yang
menjadi tumpuan antropologi sosial. Dengan berbuat demikian, mereka telah mencadangkan
bahawa kebudayaan itu ialah suatu "sahsiah mental" atau "mental make-up" sesuatu kelompok
(iaitu, idea-idea, nilai-nilai, sikap, kepercayaan-kepercayaan) manakala perhubungan-
perhubungan sosial ialah tingkahlaku-tingkahlaku sosial. Seterusnya wujudlah suatu perbezaan
di antara apa yang dikatakan sebagai "cultural" dan "social".

Adalah penting ditegaskan di sini bahawa perbezaan diantara arena "kebudayaan'’ dan "sosial"
mengkaburkan bukan sahaja kerana kebudayaan itu sendiri dilakukan (seperti dalam tarian-
tarian, upacara-upacara adat, lukisan dan ukiran) tetapi juga kerana cara-cara kita melakukan
sesuatu dipengaruhi atau ditentukan oleh kebudayaan.

Pola-PoIa Kebudayaan

Sebahagian besar dari apa yang dipelajari itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang
Iain. Proses mewariskan unsur-unsur suatu kebudayaan adalah suatu proses di mana generasi
tua mendidik generasi mudanya melalui proses-proses sosialisasi, iaitu dengan mengguna
ganjaran-ganjaran dan hukuman-hukuman yang tertentu. Proses perwarisan ini dipanggil
enculturation" (Iihat M. Harris: Culture, People, Nature, m.s. 145 - 152).

Bahawa ahli-ahli sesuatu masyarakat itu diasuh dan dididik untuk mematuhi kepada pola-pola
tingkahlaku yang dibenarkan. Kebudayaan mempunyai kuasa moral. Ini bermakna bahawa
bentuk-bentuk pemikiran, perasaan dan tingkahlaku yang dianuti bersama itu bukan sahaja
merupakan sebagai huraian-huraian mengenai apa yang wujud dalam masyarakat atau sebagai
idea-idea bagaimana sesuatu perkara itu boleh dilaksanakan, malah ia juga merupakan sebagai
suatu yang normatif iaitu menentukan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana ia perlu
dilakukan.

Ini bermakna bahawa sesuatu kelompok itu mempunyai suatu kefahaman asas yang sama
tanpa kefahaman ini, hidup bermasyarakat tidak boleh wujud. Ini adalah kerana masing-masing
tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh orang Iain dan mereka juga tidak mengetahui apa
yang perlu dilakukan apabila sesuatu berlaku; pendekatan, ahli-ahli masyarakat itu tidak dapat
menjangka apa yang akan berlaku, sebaliknya. Sekiranyamereka mempunyai suatu kebudayaan
maka mereka berupaya mentafsirkan apa yang sedang berlaku dan seterusnya dapat
rnenjangka kemungkinan- kemungkinan bagaimana orang lain akan bertindak dalam keadaan-
keadaan tertentu dan bagaimana hendak menilai kejadian-kejadian.

Dengan itu, kebudayaan boleh dilihat sebagai suatu kefahaman yang dianuti bersama. Namun
demikian, ini tidak bererti bahawa kita mengetahui semua yang boleh dipelajari dalam
masyarakat. Umpamanya, kita tidak seharusnya tahu bagaimana si bomoh menjampi atau
bagaimana seorang doktor mengendalikan kerjanya, kita cuma boleh menjangka sesuatu
bentuk tingkahlaku dari mereka kerana kita tahu akan taraf dan peranannya dan kitajuga tahu
bahawa mereka tidak boleh melakukan sesuatu yang dilarang oleh masyarakat.Oleh kerana
sesuatu sistem kebudayaan itu mempunyai kuasa moral ke atas ahli-ahlinya, maka cara sesuatu
dilakukan dan perhubungan di antara bahagian-bahagian kebudayaannya (kerajaan, sistem
ekonomi, kepercayaan-kepercayaan dan sebagainya) tersusun dalam bentuk-bentuk tertentu -
iaitu, kebudayan itu berpola seperti yang telah ditakrifkan oleh R.L. Beals, Heijer dan A.R Beals,
istilah “pola" merujuk kepada had-had sosial di sekeliling di mana variasi-variasi individu
berlaku,

Pola-pola kebudayaan tersebut boleh diklasifikasikan kepada lima kategori:

(a) Wajib : di mana kita cuma mempunyai suatu cara sahaja untuk melakukannya

(b) Preferred (yang lebih digemari) : di mana ada beberapa melakukannya tetapi satu
darinya lebih digemari dari yang lain.

(c) Tipikal : di mana wujud beberapa cara melakukannya dan tidak satu darinya adalah
lebih digemari, (iaitu kesemuanya mempunyai nilai yang lebih kurang sama) tetapi satu darinya
adalah lebih kerap dilakukan.

(d) " Alternatif" di mana wujud beberapa cara melakukannya tanpa adanya sesuatu yang
digemari atau tipikal

(e) ”Terhad : di mana cara-cara melakukan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang
tertentu sahaja.

Unsur-Unsur Kebudayaan
Kita telah melihat bahawa "kebudayaan" adalah pola-pola pemikiran, perasaan dan tindakan.
Untuk memahaminya dengan lebih mendalam lagi, kita akan melihat bahagian-bahagiannya.

Kita boleh mengklasifikasikan kebudayaan dałam berbagai cara. Apa yang penting ialah bahawa
klasifikasik-klasifikasi tersebut bertujuan menggambarkannya dengan jelas. Bentuk klasifikasi
yang diajukan oleh Koentjraningrat agak menarik kerana ia membahagikan "kebudayaan"
mengikut peringkat-peringkat yang berlainan, dari peringkat yang umum kepada peringkat yang
lebih berkenaan dengan butir-butir terperinci. Bahagian-bahagian yang dimaksudkan adalah
seperti yang dapat dilihat berikut:

1.kebudayaan

2. unsur-unsur budaya sejagat

3. aktiviti-akńviti kebudayaan

4. kompleks-kompleks ciri

5. ciri-ciri

6. item-item

1.Unsur-Unsur Budaya Sejagat

Unsur-unsur budaya sejagat adalah unsur-unsur kebudayaan yang boleh didapati di kalangan
mana-mana masyarakat. Unsur-unsur sejagat yang dimaksudkan adalah seperti:

(a) peralatan dan kelengkapan (seperti alat-alat pengeluaran, pengangkutan dan


sebagainya)

(b) sistem ekonomi (sistem hakmilik)

(c) sistem kemasyarakatan (seperti kekeluargaan, persatuan-persatuan sukarela dan


sebagainya)

(d) Bahasa

(e) Kesenian

(f) Sistem pengetahuan


(g) Agama

(h) Kerajaaan

2. Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan

Aktiviti-aktiviti kebudayaan adalah bahagian-bahagian komponen unsur-unsur budaya sejagat.


Sistem ekonomi, umpamanya, boleh dibahagikan kepada beberapa jenis aktiviti kebudayaan
seperti pemburuan, pertanian pindah, pertanian menetap atau sistem perusahaan sendiri atau
sistem kilang. Pembahagian ini jelas berasaskan jenis-jenis aktiviti yang dikendalikan. Seperti
yang dicontohkan oleh Koentjaraningrat - seni, umpamanya, boleh dibahagikan lagi kepada
seni tari, seni drama, seni suara dan sebagainya.

3 Kompleks-KompIeks Ciri

Aktiviti-aktiviti kebudayaan seterusnya boleh diperincikan Iagi dengan melihat kepada


komponen-komponen yang lebih kecil yang diistilahkan sebagai kompleks-kompleks ciri.
Kompleks ciri adalah rangkaian-rangkaian ciri yang mencirikan sesuatu aktiviti kebudayaan.
Umpamanya, sistem kilang adalah suatu sistem yang dicirikan oleh suatu rangkaian ciri-ciri
seperti penggunaan jentera, buruh yang lebih ramai dalam sesuatu unit pengeluaran, masa
keda mengikut shift, pengeluaran berterusan 24 jam sehari (bagi jenis-jenis pembuatan yang
tertentu), buruh gaji dan sebagainya. Pertanian menetap pula dicirikan oleh berbagai ciri
seperti sistem pengairan, ciri-ciri demografi. yang tertentu (lebih ramai bilangannya, lebih tinggi
nisbah manusia-tanahnya), cara-cara membajak, sistem pemilikan dan pengusahaan tanah.

4. Ciri-Ciri

Ciri-ciri pula adalah komponen kecil yang terkandung di dalam satu dari berbagai unsur yang
terdapat di dalam kompleks-kompleks ciri- Umpamanya, unsur-unsur yang harus dilihat dalam
pemilikan tanah adalah seperti pewarisan atau pembahagian tanah, cara-cara memilikinya,
bentuk pemilikan (persendirian, kolektif).

5. Item-ltem
Item-item adalah unsur-unsur atau komponen-komponen yang terkecil di mana kita melihat
ciri-ciri di atas dengan lebih terperinci. Umpamanya sekiranya sistem perwarisan adalah
berasaskan kepada "hibah” (di mana si pemilik menukar nama-nama geran tanahnya kepada
anak-anaknya) kita seharusnya melihat semua kes hibah" bentuk pembahagian tanah (siapa
yang mendapat tanah, apa dan luas mana), sistem keluarga (partilineal matrilineal) dan
sebagainya.

Bahan-Bahan Rujukan

R.L. Beals, H. Hoijer, A.R. Beals,: An Introduction to Anthropology, New York, Macmillan
Publishing Co. Inc., 1977 ( 15th. Edition). Bab 2, mos, 23 48.

2. M. Harris: Culture, People, Nature: An Introduction to General Anthropology, New York,


Thomas Y. Crowell Co. Inc., (Harper International Edition; 2nd Edition), 1975, Bab 8. meso 144
169.

3. Koentjaraningrat: Pengantar Antropology, Kuala Lumpur, Pustaka Antara, 1970, Bab


39 m.s. 61 81..

erspektif Dan Teori Utama Sosiologi - 1. Sila baca nota 2.


Sila jawab kuiz yang diberikan yang akan tertera setelah
anda klik di sini
Sosiologi membawa perspektifnya tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial.
Dalam pengkajian disiplin sosiologi terdapat theoritical approaches yang berbeza dalam
meneliti dan menganalisis tingkah laku manusia. Berdasaarkan pendekatan ini ahli-ahli
sosiologi akan membentuk teori-teori untuk menerangkan sesuatu bentuk tingkah laku.

Apa yang dikatakan teori (Teori Sosiologi).

Sosiologi bukan semata-mata hanya pengumpulan data. Sosiologi ingin mengetahui


mengapa sesuatu perkara itu berlaku. Untuk memahaminya kita perlu belajar untuk
membentuk atau membina explainatory theory. Teori diperlukan untuk membantu kita make
sense banyak fakta yang kita temui. Tanpa pendekatan teoritikal, kita tidak tahu apa yang
perlu dilihat apabila kita memulakan penyelidikan ataupun apabila
menterjemahkan/menjelaskan penemuan kajian.

Ahli sosiologi membuat penyelidikan dan memperoleh data dan maklumat berhubung
sesuatu fenomena. Maka wujudlah konsep-konsep yg dapat menerangkan fenomena yang
dikaji. Akhirnya satu teori dapat dirumuskan dan dibentuk dan ini menjadi kenyataan.
Kenyataan yang mempunyai hubung kait antara konsep dan fakta. Oleh itu teori adalah
penerangan yang saintifik tentang sesuatu fenomena.

Merton (1968) mendefinisikan teori sosiologi sebagai himpunan andaian yang saling kait
mengait secara logik dan daripadanya keseragaman empirik dapat dirumuskan.

Pengertian umumnya – teori sosiologi adalah satu set andaian tentang masyarakat,
fenomena sosial dan tingkah laku manusia.

Teori – untuk menerangkan pelbagai fakta dan bukti yang dikumpulkan daripada
penyelidikan. Contohnya: Marx menyelidik untuk menerangkan betapa dinamiknya ekonomi
kapitalis yang memberi kesan kepada masalah kemiskinan dan ketidaksamaan. Durkheim
menyelidik untuk menyiasat sifat masyarakat industri dan proses-proses sekularisasi. Weber
cuba menerangkan kemunculan kapitalisme mengakibatkan terbentuknya birokrasi moden
bagi organisasi.

Ketiga-tiga mereka memberi perhatian untuk memahami keunikan masyarakat moden dan
ke mana hala tujunya. Masyarakat sentiasa berubah mengikut masa.

Teori-teori sosiologi bermatlamatkan untuk memahami perubahan tersebut dan


menerangkannya. Contohnya: Apakah kesan globalisasi terhadap sosial dan politik?
Bagaimana masa hadapan masyarakat multibudaya? Teori-teori dalam sosiologi penting
kerana tanpa teori pemahaman kita terhadap kehidupan sosial akan menjadi lemah.

Perspektif Fungsionalisme - 1.Sila baca nota 2. Sila jawab


kuiz yang diberikan yang akan tertera setelah anda klik di
sini
Menurut perspektif fungsionalis, juga dipanggil fungsionalisme, setiap aspek masyarakat
adalah saling bergantung dan menyumbang kepada fungsi masyarakat secara keseluruhan.

1. Setiap masyarakat merupakan suatu struktur unsur yang relatif gigih dan stabil

2. Mempunyai struktur unsur yang terintegrasi dengan baik


3. Setiap unsur dalam masyarakat mempunyai fungsi – terpeliharanya masyarakat sebagai
suatu sistem

4. Setiap struktur sosial yang berfungsi berdasarkan pada konsensus mengenai nilai dalam
kalangan para ahli (Dahrendorf, 1976:161)

Tokoh Fungsionalisme Klasik

Durkheim Ikatan solidariti mekanik dan ikatan solidariti organik Pembahagian kerja dlm
masyarakat – perbezaan, pengkhususan – akan berkembang dan berubah (solidariti
mekanik menjadi solidariti organik). Pada masyarakat solidariti organik – ahli masyarakat
saling memerlukan untuk menyediakan keperluan masyarakat

Auguste Comte

Bapa sosiologi - paternity - perintis pendekatan positivisme – metode ilmiah untuk


mengumpulkan data empirik Pendekatan organicism – menggunakan analogi organ
individu untuk menjelaskan masyarakat. Comte menyamakan struktur keluarga dengan
struktur unsur atau sel, kelas atau kasta dengan jaringan, kota dengan organ.

Bapa sosiologi - paternity - perintis pendekatan positivisme – metode ilmiah untuk


mengumpulkan data empirik

Pendekatan organicism – menggunakan analogi organ individu untuk menjelaskan


masyarakat. Comte menyamakan struktur keluarga dengan struktur unsur atau sel, kelas
atau kasta dengan jaringan, kota dengan organ.

Herbert Spencer

Perbandingan antara organ individu dengan masyarakat Masyarakat manusia berkembang


seperti organ biologi Masyarakat berkembang secara evolusioner dari bentuk sederhana ke
bentuk kompleks

Emile Durkheim

Fungsi pembahagian kerja dalam masyarakat- meningkatkan solidariti masyarakat –


solidariti organik Fungsi suatu fakta sosial – cara-cara bertindak, berfikir, berperasaan yang
berada di luar individu tetapi mempunyai kekuatan untuk memaksa, mengawal, mengatur
masyarakat Cth: fakta sosial – undang-undang, moral, kepercayaan, adat istiadat Fungsi
agama – integrasi masyarakat - persamaan, upacara – berjemaah - kebersamaan

A.R. Radcliffe Brown


Konsep fungsi berdasarkan pada analogi antara kehidupan sosial dan kehidupan organ.
Hukuman, upacara mempunyai fungsi dalam kehidupan sosial.

Bronislaw Malinowski

Setiap unsur kebudayaan mempunyai fungsi penting Sistem Kula di Kepulauan Trobriand –
hadiah atau ufti babi kepada kerajaan lain – keseimbangan populasi

Tokoh Fungsionalisme Moden

Talcott Parsons Analogi sistem biologi – badan (jasad) dilihat sebagai sebuah sistem –
badan terdiri daripada kumpulan komponen-komponen yang membentuk kerjasama untuk
menghidupkan/menggerakkan jasad Masyarakat - Fungsi pelbagai struktur – sistem mata
pencarian, persanakan/organisasi sosial, bahasa, kepercayaan untuk mempertahankan
sistem sosial

Robert K.Merton

Analisis fungsional dengan memperkenalkan konsep-konsep fungsi, disfungsi, fungsi laten,


fungsi manifest. Fungsi – positif Disfungsi – konflik – Katholik dan Protestant – Ireland
Utara, Sikh dan Hindu – Punjab, Palestine Islam dan Yahudi Israel

Fungsi manifest – jelas, terang, diketahui – fungsi yang diketahui oleh individu – cth agama
– terkandung dalam ajaran/ doktrin

Fungsi latent – tersembunyi , tidak diketahui – cth agama – fanatisme kelompok – perang,
pemberontak, konflik Setiap unsur kebudayaan mempunyai fungsi penting Sistem Kula di
Kepulauan Trobriand – hadiah atau ufti babi kepada kerajaan lain – keseimbangan populasi

Perspektif Konflik - 1. Sila baca nota 2. Sila jawab kuiz yang


diberikan yang akan tertera setelah anda klik di sini
Perspektif konflik, yang berasal daripada tulisan Karl Marx tentang perjuangan kelas,
memaparkan masyarakat dalam pandangan yang berbeza daripada perspektif interaksionis
fungsionalis dan simbolik. Perspektif konflik memfokuskan kepada sifat negatif, berkonflik
dan sentiasa berubah masyarakat. Tidak seperti fungsionalis yang mempertahankan status
quo, mengelakkan perubahan sosial, dan percaya orang ramai bekerjasama untuk
melaksanakan ketertiban sosial. Ahli teori konflik mencabar status quo, menggalakkan
perubahan sosial (walaupun ini bermakna revolusi sosial) dan percaya orang kaya dan
berkuasa memaksa ketertiban sosial pada yang miskin dan lemah. Manakala ahli sosiologi
Amerika pada tahun 1940-an dan 1950-an umumnya mengabaikan perspektif konflik dan
memihak kepada fungsionalis. Tahun 1960-an menyaksikan ahli sosiologi Amerika beralih
minat kepada teori konflik. Mereka juga meluaskan idea Marx bahawa konflik utama dalam
masyarakat adalah ekonomi. Hari ini, ahli teori konflik mendapati konflik sosial terjadi pada
kumpulan2 yang berpotensi mewujudkan ketaksamaan: kaum, jantina, agama, politik,
ekonomi dan sebagainya. Ahli teori konflik menyatakan bahawa kumpulan yang tidak sama
rata biasanya mempunyai nilai dan agenda yang bercanggah, menyebabkan mereka
bersaing antara satu sama lain. Persaingan berterusan antara kumpulan ini menjadi asas
kepada sifat masyarakat yang sentiasa berubah. Pengkritik perspektif konflik menunjukkan
pandangannya yang terlalu negatif terhadap masyarakat. Teori ini akhirnya mengaitkan
usaha kemanusiaan, altruisme, demokrasi, hak sivil, dan aspek positif masyarakat yang lain
kepada reka bentuk kapitalistik untuk mengawal orang ramai bukan untuk kepentingan
yang wujud dalam memelihara masyarakat dan ketenteraman sosial.

Interaksionisme Simbolik - 1.Sila baca nota 2.Sila jawab


kuiz yang diberikan yang akan tertera setelah anda klik di
sini
1.Manusia merupakan makhluk yang mampu mencipta dan menggunakan simbol

2. Manusia memakai simbol untuk berkomunikasi

3. Manusia berkomunikasi berdasarkan peranan (role taking)

4. Masyarakat terbentuk, bertahan, berubah berdasarkan kemampuan manusia untuk


berfikir, mendefinisikan, renungan dan melakukan evaluasi

Georg Simmel

Muncul dan berkembangnya keperibadian seseorang bergantung pada jaringan hubungan


sosial ( web of group affiliations) yang dimiliki – keahlian kelompoknya (Turner, 1978).

Weber memperkenalkan interaksionisme – sosiologi adalah ilmu yang berusaha memahami


tindakan sosial (social action).

Konsep pemahaman (verstehen) dan konsep makna subjektif individu. Pemahaman


terhadap tindakan sosial dilakukan dengan meneliti makna subjektif yang diberikan individu
terhadap tindakannya. Manusia bertindak pada makna yang diberikannya pada tindakan
tersebut.

Interaksionisme Simbolik Moden


William James Konsep diri (self) Berpendapat – perasaan seseorang mengenai dirinya sendiri
seseorang muncul dari interaksinya dengan orang lain A man has as many social selves as
there are individuals who recognize him (Turner, 1978:313) – jumlah diri yang dimiliki
seseorang sama banyaknya dengan jumlah lingkungan sosial individu itu berada.

Charles Horton Cooley

Self concept Seseorang menilai dirinya berdasarkan sikap dan tingkah laku orang lain
terhadap dirinya. Diri seseorang berkembang melalui interaksi dengan orang lain (Turner,
1978: 313-314) Diri – gambaran daripada penilaian orang lain (looking glass self ) – jika
cermin memantulkan objek didepannya maka diri seseorang bertingkah laku seperti
anggapan masyarakat terhadapnya

George Herbert Mead

Diri (self) berkembang melalui tahap – play, the game dan generalized other – belajar
melakukan peranan orang lain ( taking the role of the other) Play stage – meniru peranan
org lain Game stage – mengetahui peranannya dan peranan org lain – berinteraksi
Generalized others – melakukan dan memahami peranannya dan peranan org lain – sekolah
– pelajar, pandu puteri - ketua

W.I.Thomas

Konsep The defination of the situation Manusia tidak terus bertindak balas (response)
terhadap rangsangan (stimulus) seperti makhluk lain Sebelum bertindak balas terhadap
sesuatu, individu akan melakukan penilaian, pertimbangan terlebih dahulu, memberi makna
pada situasi yang dihadapinya Situasi didefinisi secara berbeza – peraturan, norma, undang-
undang Definisi situasi yang spontan dan definisi yang ditentukan oleh masyarakat Cth:
wartawan menulis tentang tentera sesebuah negara, pihak negara tersebut menganggap
sebagai pengintip When men define situations as a real, they are real in their
consequences (Thomas W.I)

Kelompok Sosial - 1. Sila Baca Nota. 2. Sila Jawab kuiz. Klik


Di Sini
Kelompok sosial dan organisasi sosial terdapat dalam hampir setiap aspek kehidupan
moden.

Oleh itu, dalam 50 tahun kebelakangan ini, ahli sosiologi telah mengkaji fenomena dari
sudut pandangan saintifik.
Kumpulan sosial ialah kumpulan orang yang berinteraksi antara satu sama lain dan
berkongsi ciri-ciri yang sama dan rasa perpaduan.

Kategori sosial ialah kumpulan orang yang tidak berinteraksi tetapi berkongsi ciri yang
serupa. Sebagai contoh, wanita, lelaki, warga emas, dan pelajar sekolah menengah
semuanya membentuk kategori sosial.

Kategori sosial boleh menjadi kumpulan sosial apabila ahli dalam kategori berinteraksi
antara satu sama lain dan mengenal pasti diri mereka sebagai ahli kumpulan.

Sebaliknya, agregat sosial ialah kumpulan orang yang berada di tempat yang sama, tetapi
tidak berinteraksi atau berkongsi ciri. Pakar psikologi Muzafer dan Carolyn Sherif, dalam
eksperimen klasik pada tahun 1950-an, membahagikan sekumpulan budak lelaki kelas
menengah kulit putih berumur 12 tahun di kem musim panas kepada "Eagles" dan
"Rattlers." Pada mulanya, apabila kanak-kanak lelaki tidak mengenali satu sama lain, mereka
membentuk kategori sosial yang sama sebagai perkhemahan musim panas. Tetapi apabila
masa berlalu dan mereka mula menganggap diri mereka sama ada Eagles atau Rattlers,
budak lelaki berusia 12 tahun ini membentuk dua kumpulan sosial yang berbeza. Kumpulan
dalam, kumpulan luar dan kumpulan rujukan. Dalam percubaan Sherif, anak-anak muda itu
juga membina sempadan buatan antara mereka. Mereka membentuk kumpulan dalam
(yang menyatakan kesetiaan) dan kumpulan luar (yang menyatakan permusuhan).

Pada tahap tertentu setiap kumpulan sosial mewujudkan sempadan antara dirinya dan
kumpulan.

Kumpulan dalam (In Group) biasanya mempunyai tiga ciri: Ahli menggunakan gelaran,
simbol luaran, dan pakaian untuk membezakan diri mereka daripada kumpulan luar. Ahli
cenderung untuk bertembung atau bersaing dengan ahli kumpulan luar. Persaingan dengan
kumpulan lain ini juga dapat mengeratkan perpaduan dalam setiap kumpulan. Ahli
menggunakan stereotaip positif kepada kumpulan dalam mereka dan stereotaip negatif
kepada kumpulan luar. Pada mulanya, Eagles dan Rattlers bersahabat, tetapi tidak lama
kemudian permainan mereka berkembang menjadi pertandingan yang sengit. Kedua-dua
kumpulan mula memanggil nama satu sama lain, dan mereka menyerbu kabin masing-
masing, berjerebu antara satu sama lain, dan memulakan pergaduhan. Dalam erti kata lain,
kesetiaan kepada kumpulan dalam membawa kepada permusuhan dan pencerobohan
terhadap kumpulan luar, termasuk persaingan sengit untuk sumber yang sama. Kemudian
dalam percubaan yang sama, walaupun, Sherif menyuruh budak lelaki itu bekerja bersama-
sama untuk menyelesaikan masalah bersama. Apabila mereka bekerjasama antara satu sama
lain, Eagles dan Rattlers menjadi kurang berpecah, bermusuhan, dan berdaya saing. Orang
ramai boleh membentuk pendapat atau menilai tingkah laku mereka sendiri terhadap
kumpulan rujukan (kumpulan yang digunakan sebagai standard untuk penilaian diri). Kelas
pelajar cemerlang misalnya, boleh menilai diri mereka sendiri mengikut piawaian
denominasi dan kemudian berasa gembira untuk mematuhi piawaian tersebut. Penilaian
kendiri yang positif sedemikian mencerminkan kesan normatif yang dimiliki oleh kumpulan
rujukan terhadap ahlinya sendiri serta mereka yang membandingkan diri mereka dengan
kumpulan itu.

Kumpulan primer dan kumpulan sekunder memainkan peranan asas dalam pembangunan
sifat sosial dan cita-cita manusia.

Kumpulan primer ialah kumpulan di mana individu berinteraksi dan bekerjasama dalam
jangka masa yang panjang. Contoh kumpulan utama ialah keluarga, kawan, rakan sebaya,
jiran, rakan sekelas, pertubuhan, persaudaraan, dan ahli rumah ibadat. Kumpulan ini
ditandakan oleh hubungan utama di mana komunikasi tidak formal. Ahli kumpulan utama
mempunyai ikatan emosi yang kuat. Mereka juga berhubung antara satu sama lain sebagai
individu yang utuh dan unik.

Kumpulan sekunder ialah kumpulan di mana individu tidak banyak berinteraksi. Ahli
kumpulan sekunder kurang peribadi atau emosi berbanding kumpulan primer. Kumpulan ini
ditandai dengan hubungan sekunder di mana komunikasi adalah formal. Ahli kumpulan
sekunder mungkin tidak mengenali satu sama lain atau mempunyai banyak interaksi
bersemuka. Mereka cenderung untuk berhubung dengan orang lain hanya dalam peranan
tertentu dan atas sebab praktikal. Contoh perhubungan sekunder ialah perhubungan broker
saham dan pelanggannya. Broker saham mungkin berkaitan dengan pelanggannya dari segi
perniagaan sahaja. Dia mungkin tidak akan bersosial dengan pelanggannya atau memeluk
mereka.

Hubungan primer adalah yang paling biasa dalam masyarakat kecil dan tradisional,
manakala hubungan sekunder adalah norma dalam masyarakat besar dan industri. Oleh
kerana hubungan sekunder sering mengakibatkan kesunyian dan pengasingan, sesetengah
ahli masyarakat mungkin cuba mewujudkan hubungan utama melalui kumpulan tertentu.
Selanjutnya, kenalan dan persahabatan dengan mudah boleh muncul dari hubungan
sekunder. Kumpulan saiz kecil juga boleh menentukan cara ahlinya berkelakuan dan
berhubung. Kumpulan kecil adalah cukup kecil untuk membolehkan semua ahlinya
berinteraksi secara langsung. Contoh kumpulan kecil termasuk keluarga, rakan, kumpulan
perbincangan, kelas seminar, majlis makan malam dan pasukan olahraga. Orang ramai lebih
berkemungkinan mengalami perhubungan utama dalam tetapan kumpulan kecil
berbanding dalam tetapan besar.

Kumpulan yang paling kecil ialah dyad yang terdiri daripada dua orang. Dyad mungkin
merupakan kumpulan yang paling padu daripada semua kumpulan kerana potensinya
untuk interaksi yang sangat rapat dan sengit. Ia juga menghadapi risiko, walaupun,
berpecah.
Triad ialah kumpulan yang terdiri daripada tiga orang. Triad tidak cenderung untuk menjadi
sepadu dan peribadi seperti dyad. Semakin ramai orang yang menyertai kumpulan, semakin
kurang peribadi dan intim kumpulan itu. Dalam erti kata lain, apabila kumpulan bertambah
dalam saiz, ahli-ahlinya mengambil bahagian dan kurang bekerjasama, dan lebih cenderung
untuk tidak berpuas hati. Ahli kumpulan yang lebih besar mungkin dihalang, contohnya,
daripada membantu mangsa secara terbuka dalam kecemasan. Dalam kes ini, orang ramai
mungkin merasakan bahawa kerana ramai orang lain bersedia untuk membantu,
tanggungjawab untuk membantu dialihkan kepada orang lain.

Begitu juga, apabila kumpulan bertambah dalam saiz, ahli-ahlinya lebih berkemungkinan
terlibat dalam suka bergaul sosial, di mana orang bekerja kurang kerana mereka
mengharapkan orang lain mengambil alih tugas mereka. Kumpulan sekunder adalah
pelbagai. Ada yang besar dan kekal; kecil dan sementara, ada yang mudah, yang kompleks,
ada yang mempunyai peraturan bertulis. Kolej, perniagaan, parti politik, tentera, universiti
dan hospital adalah semua contoh organisasi formal, yang merupakan kumpulan sekunder
yang mempunyai agenda dan aktiviti bermatlamat.

Organisasi Sosial - 1. Sila Baca Nota 2. Sila Jawab Kuiz. Klik


Di Sini
Organisasi sosial merupakan salah satu konsep asas dalam kajian ilmu-ilmu sosial.
Terminologi ”organisasi” sering digunakan dalam konteks yang bervariasi. Tak jarang kita
mengasosiasikan sebuah komuniti, perkumpulan, kelompok belajar dan himpunan pelajar
atau mahasiswa sebagai bentuk organisasi. Selain itu, negara, parti politik juga sebagai
sebuah organisasi.

Cakupan kata organisasi ditempatkan di berbagai konteks membuatnya sukar untuk


didefinisikan. Jika organisasi sosial terdiri dari individu atau masyarakat sebagai anggotanya
yang terorganisasi maka keluarga juga boleh disebut sebagai organisasi sosial. Perkataan
”sosial” yang terletak di belakang istilah ”organisasi” menyiratkan keterlibatan ramai individu
sebagai anggotanya. Mereka saling berinteraksi antara satu sama lain.

Dalam sosiologi, istilah antara ”organisasi” dengan ”organisasi sosial” sering digunakan
bergantian.

Ogburn dan Nimkoff mendefinisikan organisasi sebagai artikulasi komponen-komponen


yang berbeza untuk menjalankan fungsinya. Organisasi merupakan kumpulan aktif yang
dibuat untuk menyelesaikan persoalan tertentu.

M. Johnson mengertikan organisasi sebagai sebuah aspek dari sistem interaksi sosial.
Elliot dan Merrill mengatakan bahawa organisasi adalah suatu kondisi dimana beberapa
institusi sosial berfungsi menurut tujuan yang ditetapkannya.

Stephen Hunt mendefinisikan organisasi sebagai suatu bentuk pengaturan aktiviti sosial
yang melibatkan kontrol atas relasi sosial demi mencapai tujuan tertentu.

Dalam sosiologi, penggunaan terminologi organisasi ditekankan pada pengaturan


komponen-komponen masyarakat dimana para anggotanya saling berhubung melalui
kerjasama untuk tujuan tertentu. Adanya organisasi membuat masyarakat yang kompleks
dapat berpartisipasi dalam aktiviti sosial yang kompleks.

Pada asasnya, segala bentuk organisasi atau aktiviti yang terorganisasi disebut sebagai
organisasi sosial. Sebagai contoh, negara adalah suatu bentuk organisasi politik. Sekolah
adalah organisasi pendidikan. Bank adalah organisasi kewangan. Semua organisasi tersebut
merupakan organisasi sosial.

Dengan demikian, organisasi sosial memiliki cakupan yang luas. Unsur-unsur organisasi
sosial - Kumpulan individu, iaitu adanya individu sebagai anggota kelompok organisasi
sosial. Interaksi sosial, iaitu adanya interaksi para anggotanya. Interaksi dalam organisasi
pada umumnya berbentuk kerja sama. Konflik wujud namun tidak dimanifestasikan.

Institusi sosial, iaitu aspek-aspek kehidupan sosial yang mengalami institusionalisasi.

Organisasi sosial pasti membentuk aspek tertentu yang dirumuskan dalam tujuannya.
Peranan sosial, iaitu peranan yang dimainkan oleh anggota organisasi sesuai posisi dalam
struktur organisasi atau fungsinya.

Kelas sosial, iaitu klasifikasi individu atau kelompok dalam organisasi secara hierarki. Jumlah
kelompok elit biasanya lebih sedikit berbanding anggotanya.

Tujuan organisasi, iaitu tujuan bersama, bukan tujuan individual, yang hendak dicapai oleh
para anggotanya melalui pembahagian kerja dan kerja sama.

Beberapa unsur yang disebutkan di atas juga boleh difahami sebagai karakteristik
membentuk organisasi sosial.

Interaksi Sosial - Sila Baca Nota 2. Sila Jawab Kuiz. klik Di


Sini
Proses sosial dapat diertikan sebagai pengaruh timbal balik antara pelbagai segi kehidupan
bersama atau di dalam kehidupan sosial saling mempengaruhi contohnya antara sosial
dengan politik, politik dengan ekonomi, ekonomi dengan undang-undang dan seterusnya
(Cooley : 1902)

Sosiologi lebih sering menggunakan istilah interaksi sosial yang jika dirumuskan interaksi
merupakan gambaran aksi seseorang atau sekelompok orang yang mendapat reaksi dari
seseorang atau sekelompok orang lainnya. Aksi dan reaksi tersebut disederhanakan dalam
satu konsep yang disebut interaksi sosial (Giddens, 2006).

Interaksi sosial merupakan hubungan antara manusia yang sifat dari hubungan tersebut
adalah dinamika ertinya hubungan itu tidak statik selalu mengalami dinamika.

Bentuk hubungan dengan manusia lain :

1. Hubungan antara individu dengan individu lain

2. Hubungan Individu dengan kelompok

3. Hubungan Kelompok dengan kelompok

Interaksi sosial tidak cukup hanya dijelaskan sebagai hubungan timbal balik antara manusia
berdasarkan pola pola tertentu. Interaksi sosial tetap berdasarkan kepada ciri-ciri atau
karakter tertentu agar dapat dikategorikan sebagai bentuk interaksi maka hubungan timbal
balik antara manusia tersebut harus memiliki kriteria tertentu iaitu;

1. Harus ada pelaku yang jumlahnya lebih dari satu kriteria ini merupakan prasyarat mutlak
sebab tidak akan mungkin akan terjadi aksi dan reaksi dari tindakan manusia jika tidak ada
teman atau lawan yang terlibat dalam proses tersebut.

2. Ada komunikasi antara pelaku dengan menggunakan simbol-simbol yang dimaksud


dengan simbol-simbol dalam hal ini adalah benda bunyi gerak atau tulisan yang memiliki
arti adapun komunikasi merupakan hubungan timbal balik antara seseorang atau
sekelompok orang dengan pihak lain dengan menggunakan simbol-simbol yang berupa
suara tulisan gerakan sehingga kedua belah pihak terjadi saling menafsir apa yang sedang
dilakukan.

3. Ada dimensi waktu iaitu lampau, kini dan akan datang yang menentukan sifat aksi yang
sedang terjadi. Interaksi sosial akan sentiasa terjadi dalam ruang dan waktu ertinya bila dan
di mana

4. Ada tujuan-tujuan tertentu terlepas dari sama atau tidaknya tujuan tersebut.

Dua bentuk Interaksi Sosial - integrasi dan konflik.


Unsur-unsur dalam interaksi sosial

1. Tindakan sosial - ahli sosiologi memahami tindakan manusia dari sudut pandang tingkah
lakunya. Tindakan manusia difahami sebagai perbuatan tingkah laku atau aksi yang
dilakukan oleh manusia untuk mencapai tujuan tertentu. Dari konsep tersebut dapat dikaji
lebih lanjut mengapa manusia melakukan tindakan tersebut apa yang melatarbelakangi
munculnya tindakan tersebut dan lain-lain.

Tindakan manusia dibezakan berdasarkan;

a. Tindakan yang terorganisasi ertinya tindakan yang dilatarbelakangi oleh sejumlah


kesedaran sehingga apa yang dilakukan tersebut didorong oleh tahap kesedaran yang
berasal dari dalam dirinya.

b. Tindakan yang dilakukan tanpa kesadaran yaitu tindak refleks yang tidak dikategorikan
sebagai tindakan sosial sebab tindakan itu tidak terorganisasi melalui kesadaran diri
seseorang. Cth: ketika merasa sakit mendadak mengatakan aduh dan sebagainya maka
tindakan itu dikelompokkan sebagai tindakan tak terorganisasi.

Beberapa hal yang mempengaruhi proses terbentuknya tindakan untuk generasi manusia
diantaranya iaitu:

1. Imitasi - merupakan tindakan manusia untuk meniru tingkah pekerti orang lain yang
berada di sekelilingnya imitasi banyak dipengaruhi kawan, pancaindera iaitu sebatas yang
dilihat didengar dan dirasakan.

2. Sugesti - difahami sebagai tingkah laku yang mengikuti pola - pola yang berada di dalam
dirinya iaitu ketika seseorang memberikan pandangan atau sikap dari dalam dirinya.
Menerima atau tidak dalam bentuk sikap dan tingkah laku tertentu dari sugesti tersebut
kemudian memunculkan norma-norma dalam kelompok spt prasangka sosial, norma dan
sebagainya akan tetapi kenyataannya tidak semua individu mampu melakukan sugesti ini
sebab ada beberapa individu yang mengalami kelainan jiwa yang dipengaruhi oleh faktor
berikut : 1. hambatan berfikir a. keadaan fikiran yang terpecah-pecah b. Otoriti c. Majoriti 2.
Will of believe 3. Simpati Tidak semua tindakan manusia dikategorikan sebagai tindakan
sosial sebab tindakan sosial dibataskan oleh perasaan apabila tindakan tersebut
menimbulkan respon dari pihak lain atau tidak.

Tindakan sosial merupakan tindakan yang berhubungan dengan orang lain baik antara
individu atau antara kelompok. Perasaan tersebut menentukan apakah tindakan
dikategorikan sebagai tindakan sosial atau bukan, Max Weber memberikan batasan
tindakan sosial sebagai tindakan seorang individu yang dapat mempengaruhi individu -
individu lainnya dalam masyarakat.
Jika dilihat dari tekanannya cara dan tujuan tindakan sosial tersebut dilakukan maka
tindakan sosial dapat dibedakan menjadi 4 iaitu 1. tindakan sosial nasional 2. tindakan sosial
berorentasi nilai 3. tindakan sosial tradisional 4. tindakan sosial afektif

KELOMPOK SOSIAL

1.0 PENGENALAN

Setiap satu dari kita adalah ahli kepada kelompok-kelompok tertentu. Kita adalah ahli kepada keluarga,
institusi pelajaran, "gang", "clique", kelab sukan, kelompok etnik, negara dan sebagainya. Malah kita
tidak boleh memperolehi keperluan-keperluan kita tanpa menjadi ahli kepada kelompokkelompok
tertentu. Apa yang Iebih penting ialah bahawa keahlian kita di dalam kelompok-kelompok tertentu
memerlukarr kita bertingkahlaku dalam bentuk-bentuk yang tertentu. Tetapi sebelurn kita cuba
memahami mengapa dan bagaimana keahlian di dalam suatu kelompok tertentu mempengaruhi
dan/atau menentukan bentuk-bentuk tingkahlaku, kita seharusnya mengenali apa yang dimaksudkan
dengan kelompok sosial.

1.1 MAKSUD KELOMPOK SOSIAL

Kita semua tahu bahawa kelompok itu adalah sekumpulan individu-individu. Apakah semua jenis
kumpulan individu boleh dianggap sebagai kelompok sosial? Bukan semua kumpulan individu adalah
kelompok sosial. Lihat beberapa contoh kumpulan individu di bawah dan pilih yang mana di antaranya
boleh dianggap sebagai kelompok sosial.

1. penumpang bas

2. pelajar-pelajar universiü

3. penonton-penonton wayang

4. orang-orang tua (Iebih dari 55 tahun)

5. perempuan

6. keluarga

7. kelompok etnik

8. pelanggan-pelanggan sebuah restoran

9. orang-orang miskin

10. kelas

Kumpulan-kumpulan 1,3 dan 8 umpamanya cuma merupakan sebagai kumpulan-kumpulan individu di


dalam sesuatu tempat. Itu sahaja yang membenarkan kita menggelarnya sebagai kumpulan. Kumpulan-
kumpulan individu seperti ini dipanggil 'aggregate". Ia adalah kumpulan individu yang melakukan
sesuatu di dalam sesuatu ruang tanpa mempunyai perhubungan yang nyata di antara satu dengan yang
Iain.

Kumpulan 4, 5 dan 9 tidak sama tarafnya dengan kumpulan-kumpulan 1, 3 dan 8 tadi. Dapatkah anda
mengenalpasti ciri-ciri yang membezakannya? Untuk menjawab soalan tersebut, kita perlu
mengenalpasti umum yang boleh didapati dalam kumpulan-kumpulan 4, 5 dan 9.

Sepertirnana yang boleh kita lihat dari kumpulankumpulan tersebut, mereka semua mempunyai ahli-ahli
yang mempunyai ciri-ciri yang sama, seperti rnelebihi sesuatu peringkat umur, terdiri dari jantina yang
sama atau yang memperolehi suatu peringkat pendapatan yang rendah, yang digolongka:n sebagai
miskin. Ahli-ahli kumpulan ini tidak mempunyai sesuatu hubungan yang tertentu di antara satu dengan
yang Iain. Seorang penoreh getah yang miskin di Sik umpamanya tidak mempunyai hubungan yang
nyata dengan seorang nelayan miskin di Kemaman. Begitu juga dengan seorang perempuan dengan
seorang perempuan yang Iain. Kumpulan-kumpulan yang terdiri dari individu-individu yang mempunyai
ciri-ciri yang sama, tetapi tidak mempunyai hubungan-hubungan yang nyata dinamakm kategori social.

Bagaimana pula dengan kumpulan-kumpulan 6 dan 7? Ahli-ahli keluarga dan kelompok etnik bukan
sahaja mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi juga mempunyai hubungan-hubungan tertentu di antara
satu dengan yang Iain , tetapi juga mernpunyai perasaan kekitaan. la selalunya dibentuk atas suatu atau
beberapa kepentingan atau minat yang sama dan ahli-ahlinya juga menyertai dalam berbagai aktiviti
yang sama. Kelas juga boleh juga dianggap sebagai suatu kelompok sosial sekiranya ahli-ahlinya juga
mempunyai suatu perasaan kekitaan. Adakah ”kelas social” adalah kelompok sosial? Kelas cuma
dianggap sebagai suatu kelompok sosial sekiranya ahli-ahli yang mempunyai suatu rangkaian
perhubungan di antara mereka yang mempunyai kepentingan yang sama juga mempunyai suatu
kesedaran kekitaan.

Ahli-ahli sesuatu kelas yang didefinisikan sebagai individu-individu yang mempunyai kedudukan
pengeluaran yang sama (yang seterusnya ditentukan oleh pemilikan alat-alat pengeluaran dan
kedudukan seseorang dalam pasaran buruh) seharusnya bertindak sebagai orang-orang yang sedar
akan kewujudannya dan memperjuangkan kepentingan-kepentingan kelompoknya sebelum ia boleh
dipanggil "kelompok sosial".

Sekiranya ia mempunyai individu-individu yang mempunyai ciri-ciri perhubungan yang tertentu di


antara mereka dan kepentingan-kepentingan bersama tanpa mempunyai suatu perasaan kekitaan,
maka ia adalah di antara "kategori sosial" dan "kelompok sosial".

Kita boleh merujuknya sebagai "quasi group" atau "kelompok quasi". Dalam ertikata Iain, kelompok-
kelompok quasi adalah kumpulan-kumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama (seperti
kategori-kategori sosial), perhubungan-perhubungan yang tertentu, tetapi tidak mempunyai suatu
perasaan kekitaan dan tidak bertindak sebagai suatu kuasa sosial. Kelompok-kelompok quasi boleh
berubah menjadi kelompok-kelompok sosial apabila mereka mempunyai suatu perasaan kekitaan dan
bertindak sebagai suatu kuasa. Dalam contoh ini, "Class in-itself"' itu adalah suatu kelompok quasi dan
"Class for itself" pula adalah kelompok sosial.
Garis perbezaan yang telah dicadangkan mengenai kelompok quasi dan kelompok sosial mungkin terlalu
sempit dan boleh dibahaskan. la boleh dibahaskan dari dua aspek:

(a) bahawa kelompok sosial adalah suatu fenomena yang terpencil kerana perasaan kekitaan yang
efektif cuma timbul di bawah keadaan-keadaan yang tertentu. Sebagai contoh, perasaan kebangsaan'
(patriotism) atau kemegahan negara-bangsa cuma timbul di bawah keadaan-keadaan yang tertentu.
Sebagai contoh, perasaan kebangsaan' (patriotism) atau kemegahan negara-bangsa cuma timbul dengan
jelas apabila adanya penggugatan atau pencerobahan dari luar.

(b) perbezaan itu sempat kerana kefahaman mengenai "bertindak sebagai suatu kuasa" ditafsirkan
cuma sebagai tindakan kolektif. Sekiranya ia ditafsirkan demikian maka sukarlah kita melihat kelompok-
kelompok sosial kerana (a). Ini terutamanya sempit kerana ahli-ahli kumpulan itu setiap hari bertindak
secara kecil-kecilan dan tindakan-tindakan tersebut adalah tindakan-tindakan yang muncul dari
hubungan-hubungan sosial yang dihadapi.

1.2 KLASIFIKASI KELOMPOK-KELOMPOK SOSIAL

Kita menjadi ahli kepada berbagai jenis kelompok. Untuk memudahkan kefahaman kita mengenai
kelompok-kelompok yang berbagai jenis itu kita haruslah mengklasifikasikannya. Klasifikasi kelompok-
kelompok sosial boleh diasaskan kepada beberapa kriteria. Di antara kritera-kritera yang sering
digunakan ialah fungsi, saiz, "duration", bentuk hubungan dan sebagainya.

Tidak semua dari kritera-kriteria yang disebutkan itu sesuai. Menjeniskan kelompok-kelompok sosial
mengikut fungsi umpamanya adalah terhad penggunaannya. Ini adalah kerana kita tidak akan mendapat
gambaran yang Iebih mendalam selain dari mengenali fungsi yang dikendalikan olehnya. Saiz juga tidak
mencadangkan sesuatu yang tertentu mengenai struktur perhubungan sosial dalam kelompok-kelompok
sosial. 'Duration" atau riwayat hidup sesuatu kelompok juga terhad penggunaannya kerana kitacuma
akan mempunyai suatu katalog kelompok-kelompok sosial yang merapunyai riwayat hidup yang
berbeza.

Bentuk perhubungan merupakan satu kriteria yang lebih berguna kerana ia memerlukan kita melihat
dan membezakan kelompok-kelompok sosial dari inti patinya. Bentuk perhubungan di sini merujuk
kepada pola-pola saling tindakan yang wujud di antara ahli-ahlinya.

Dua jenis perbezaan terkenal yang telah dicadangkan adalah melalui konsep gemeinschaft-gesellschaft
(community-society)kelompok asas-sekunder (primary-secondary groups).
Perbezaan gemeinschaft-gesellschaf itu telah dicadangkan oleh Ferdinand Tonnies, seorang ahli
sosiologi kurun ke 19 dari Germany. Perbezaan ini sebenarnya boleh digunakan bukan sahaja untuk
membezakan kelompok-kelompok sosialtetapi juga untuk membezakan jenis-jenis masyarakat.

Perbezaan gemeinschaft-gesellschaft ini adalah konsep-konsep yang cuba menghuraikan perubahan


asas-asas perseikatan yang telah berlaku dalam masyarakat Eropah, di mana perseikatan tidak lagi
berasakan kepada perasaan-perasaan sentimen dan emosi tetapi kepada tujuan-tujuan utiiitarian dan
detached involvement. Perhubungan-perhubungan tidak lagi personal dan rapat tetapi impersonal dan
renggang. Ini adalah kerana pembahagian kerja sosial telah mencapai suatu tahap yang tinggi. Oleh
kerana itu sebahagian besar dari keperluan-keperluan terpaksa diperolehi melalui orang-orang lain.
Dengan demikian, densiti saling-tindakan bertambah dan kita seterusnya berhubung mengikut
keperluan yang boleh dipenuhi.

Apabila digunakan untuk membezakan kelompok-kelompok sosial kita juga dapat melihat perbezaan-
perbezaan yang sama; iaitu ada kelompok-kelompok di mana tali-persaudaraan di dalamnya adalah
rapat dan ketat. Kelompok-kelompok tersebut adalah seperti keluarga, rakan-rakan karib dan
sebagainya. Dalam hubungan-hubungan itu kita saling bertindak sebagai whole persons iaitu kita kenal
individu-individu kelompok itu secara menyeluruh - sahsiah dan tabiatnya dan bertindak dengan
mengambil kira akan keseluruhannya ini. Satu lagi ciri penting kelompok-kelompok tersebut ialah
bahawa kita mempunyai perhubungan yang rapat, yang berasaskan kepada perasaan kasih sayang atau
kemesraan.

Kelompok-kelompok yang berasaskan kepada perseikatan gesellschaft sebaliknya berasaskan kepada


perhubungan yang cetek, di mana kita berhubung dengan individu lain untuk mendapat sesuatu darinya
sahaja. Oleh itu perhubungan kita adalah utilitarian dan fungsional. Oleh itu kita tidak mengenali orang-
orang lain secara menyeluruh, tetapi secara terhad. Dengan demikian, perhubungan kita adalah seperti
mengikut perjanjian kontrek - kita kenal Ahmad sebagai pekedai runcit; kita tidak tahu siapa dia
sebenarnya, iaitu kita tidak tahu asal-usulnya, sahsiahnya dan sebagainya. Perhubungan kita dengannya
terhad kepada pertukaran, seorang membayar dan seorang lain memberi barangan-barangan tertentu.
Dalam ertikata lain, kita saling bertindak dengan orang lain mengikut keperluan/kepentingan kita. Ini
bermakna bahawa kita cuma berhubungan untuk mendapatkan sesuatu. Dan kalaupun kita memberi
sesuatu atau meluangkan masa untuk seseorang kita sering melakukannya untuk mendapat pulangan-
pulangan tertentu. Kita berkira. Kita boleh melihat ciri-ciri lain yang berekoran dari unsur-unsur asas
ini:

Gemeinschaft Gesellschaft
personal/menyeluruh tak personal
tak formal formal ("contractual")
tradisional utilitarian
sentimental realistik
umum khusus
Seperti Perbezaan gemeinschaft-gesellschaft, perbezaan kelompok asas-sekundar juga bertujuan
menggambarkan fenomena yang sama. Perbezaan kelompok asas-sekundar ini telah diutarakan oleh
C.H. Cooley, seorang ahli sosiologi dari Amerika Syarikat.

Menurut Cooley, kelompok adalah kelompok-kelompok dibentuk atas perhubungan yang lama dan
dalam keadaan yang tak formal, seperti keluarga, jiran, gang, clique. Di antara ciri-ciri pentingnya ialah
perseikatan rapat bersemuka (intimate face-Ito-face association) di mana individu-individu yarlg saling
berhubugan mendapat kepuasan dari perhubungan itu vvalaupun ia tidak mempunyai tujuan yang
khusus. Malah perhubungan di dalam kelompok-kelompok asas adalah diffuse atau umum. Oleh kerana
perhubungan-perhubungannya adalah tidak bertujuan untuk mendapat kepuasan-kepuasan tertentu,
maka perhubungan-perhubungannya Iebih dicirikan oleh perasaan tali persaudaraan.

Sepertimana yang dapat kita lihat di atas ciri-ciri kelompok sekunder adalah bertentangan denp,an apa
yang didapati di kalangan kelompok-kelompok

Kelompok Asas Kelompok Sekunder


Rapat / bersemuka renggang
umum khusus
kecil besar
tak formal formal
sentimental contractual

1.3 PERTENTANGAN Dl ANTARA KELOMPOK-KELOMPOK

ASAS DAN SEKUNDER

Seperti yang telah kita nya.tak:an tadi, peningkatan pembahagian kerja sosial dan pemodenan telah
mengakibatkan pertumbuhan organisasi-organisasi formal (seperti syarikat-syarikat besar, sekolah,
birokrasi, hospital dan sebagainya). Bagaimanakah ini berlaku?
Apabila kita melihat masyarakat-masyarakat kuno ('primitif). Kita akan mendapati bahawa mereka.
mernpunyai suatu peringkat pembahagian kerja sosial yang renilah (iaitu, pengkhususan kerja tidak
berleluasa). Dalam keadaan tersebut ahli-ahli sesuatu masyarakat itu mempunyai peranan yang sama;
sernua orang lelaki, umpamanya, adalah pemburu, pengawal keselamatan. Oleh kerana masyarakat-
masyarakat tersebut adalah kecil dan oleh kerana peringkat pengkhususan kerja mereka adalah rendah,
maka perseikatan-perseikatan yang wujud dalam keadaan tersebut adalah berasaskan kepada ciri-ciri
kelornpok-kelompok asas (atau perseikatan gemeinschaft:) di mana perpac:luan di antara ahli-ahli.nya
adalah berasaskan kepada persamaa.n. Perpaduan ini dipanggil "perpaduan mekanikal".

Dengan peningkatan pembahagian kerja sosial, daya pengeluaran manusia bertambah pembangunan
dan perkembangan sains dan teknologi, masyarakat menjadi lebih besar penumpuan penduduk
bertambah (contoh: bandar-bandar) dan organisasi masyarakaf lebih berpusat (centralized). Kesemua
ini mengakibatkan perbezaan sosial di mana ahli-ahli masyarakat lebih khusus peranannya dan dengan
itu menambahkan pergantungan seorang individu kepada individu-individu yang lain. Pergantungan
yang extensif itu mengakibatkan pertambahan perhubungan di antara mereka dalam masyarakat pada
keseluruhannya seperti yang telah dikatakan oleh Emile Durkheim dalam bukunya, The Division Of
Labour In Society:

Social relations - more exactly, intra-social consequently become more numerous, since they extend, on
all sides, beyond their original limits.

Durkheim telah seterusnya menghujah bahawa peningkatan pembahagian kerja sosial telah
mengakibatkan suatu bentuk perpaduan baru perpaduan organik iaitu, perpaduan yang berasaskan
kepada perbezaan, seperti anggota-anggota badan itu.

Apakah implikasi-implikasi pertambahan hubungan-hubungan sosial, atau dalam istilah Durkheim


"pertambahan densiti moral" ini? Pembangunan pembahagian kerja sosial tentunya mengakibatkan
perubahan-perubahan yang radikal ke atas bentuk-bentuk perseikatan kita dan organisasi sosial pada
keseluruhannya. Semakin individu lebih bergantung kepada individu lain iaitu semakin hubungan-
hubungannya dengan orang lain bertambah, maka beliau tidak akan berupaya untuk mengenali mereka
secara menyeluruh tetapi cuma sebagai individu yang memainkan peranan-peranan tertentu. Dalam erti
kata lain, kita berhubungan dengan mereka untuk memenuhi keinginan-keinginan yang khusus, di mana
tindakan kita berasaskan kepada kepentingan-kepentingan tertentu. Hubungan-hubungan kita adalah
rasional, tidak lagi berasaskan kepada perasaan subjektif, emosi. Inilah yang dikatakan perseikatan-
perseikatan gesellschaft.

Dilihat dari sudut yang Iain, perubahan-perubahan dalam pembahagian kerja sosial telah
memperlihatkan perubahan-perubahan organisasi sosial seperti kemunculan negara-bangsa, syarikat-
syarikat perusahaan dan perdagangan, seperti sekolah-sekolah, polis dan tentera, hospital-hospital,
birokrasi dan sebagainya. Pemodenan telah mengakibatkan pertumbuhan organisasi-organisasi formal
dan sekunder.
Pembangunan hubungan-hubungan yang utilitariandan organisasi-organisasi formal/sekunder adalah
dua muka syiling yang sama. Ini adalah kerana peningkatan pembahagian kerja sosial telah
mengakibatkanpengkhususan. Proses ini memisahkan peranan-peranan yang pernah dimainkan oleh
kelompok-kelompok asas. Pemodenan umpamanya, telah memisahkan pengusahaan ekonomi dari unit-
unit keluarga, iaitu keluarga tidak sering lagi merupakan suatu unit ekonomi. Ini bermakna bahawa ahli-
ahlinya bekerja di tempat-tempat yang berlainan. Peranan mengasuh anak juga semakin sering
diambilalih oleh institusi-institusi formal seperti nursery, tadika. Pendidikan kanak-kanak diambilalih
oleh sekolah-sekolah, pengawalan keselamatan oleh polis, tentera, perubatan oleh klinik-klinik dan
hospital.

Perkembangan hubungan-hubungan utilitarian yang berasaskan kepada orientasi yang rasional, di mana
matlamat, cara-cara mencapainya dan kemungkinan-kemungkinan sekunder diambilkira secara teratur,
berkait rapat dengan pembangunan pembahagian kerja sosial dan pembangunan ekonomi wang yang
memperantarakan perhubungan di antara individu-individu yang saling bergantung di antara satu
dengan yang lain. Oleh kerana si petani yang menghasilkan padi (atau beras sekiranya beliau sendiri
memperosesnya) perlu menukar berasnya dengan nelayan untuk lauknya, kilang gula untuk air kopinya,
penanam kopiuntuk kopinya, penerbit untuk suratkhabamya dan sebagainya. Sudah tentu dia tidak
membawa berasnya di merata tempat kerana kesemua pertukaran itu dilakukan dengan wang. Sudah
tentu juga bahawa petani tersebut menukarnya pada harga yang berpatutan (dengan nilai tenaga yang
telah disumbangkan oleh beliau untuk menghasilkan beras tersebut). Dalam erti kata lain mereka perlu
"berkira" dalam hubungan mereka dengan orang lain, kerana semuanya memerlukan wang. Ini adalah
kerana semuanya sudah menjadi kommoditi, barangan yang dijual-beli. Orientasi berkira ini juga telah
meresap ke dalam perhubungan-perhubungan kita yang personal seperti perhubungan kita dengan ibu-
bapa, ibu-bapa mertua serta juga perhubungan kasih sayang dengan isteri kita. Umpamanya, mungkin
telah anda dengar kes-kes di mana ibu-bapa mertuanya tidak begitu mesra dengan seseorang itu kerana
gajinya rendah, ibu-bapanya miskin. Kita juga sering berkelahi kerana wang dengan isteri atau suami
kita, mungkin keranadia terlalu membazir atau kerana dia terlalu banyak memberi sumbangan
kewangannya kepada ibu-bapanya dan sebagainya. Kesemua ini diakibatkan oleh perkembangan
ekonomi kewangan yang seterusnya berlaku kerana pembangunan ekonomi pasaran. Ekonomi pasaran
pula adalah akibat pembangunan pembahagian kerja sosial.

Contoh-contoh di atas memperlihatkan bahawa kesan ekonomi kewangan atau ekonomi pasaran itu
ialah bahawa ia mendesak kita untuk berkira dan kepada sesiapa pun. Kesannya terlalu impersonal.
Komen Max Weber mengenai fenomena ini sungguh tepat dan tajam:

"The market community as such is the most impersonal relationship of practical life into which humans
can enter with one another ... . The reason for the impersonality of the market is its market-of-factness,
its orientation to the commodity and to that. Where the market is allowed to follow its own
autonomous tendencies, its participants do not look toward the persons of each other but only toward
the community; there are no obligations of brotherliness or reverence and none of those spontaneous
human that are sustained by personal unions".
Tekanan-tekanan yang dialami mengakibatkan kita berkira sehinggakan perhubungan-perhubungan di
kalangan ahli-ahli kelompok asas - walaupun masih berasaskan kepada hubungan-hubungan emotif -
juga dilakukan dalam had perakaunan pasaran; tidak seperti keadaan di dalam beberapa masyarakat
bukan-pasaran di mana perakaunannya jauh berbeza.

Selain dari itu pembangunan pembahagian kerja sosial dan pasaran ekonomi telah juga mengakibatkan
perubahan-perubahan organisasi. Oleh kerana pembangunan pembahagian kerja sosial dan pasaran
ekonomi telah membentuk tindakan-tindakan yang rasional, maka cara-cara bagaimana sesuatu
matlamat itu dicapai juga perlu diubah; ia tidak boleh dikendalikan melalui organisasi-organisasi zaman
lampau. Max Weber melihat bahawa birokrasi adalah bentuk organisasi yang telah tumbuh untuk
memenuhi keperluan tersebut dan birokrasi yang dimaksudkan oleh beliau ialah

I . Bierstedt, R: The Social Order, New York, MacGraw-Hi11 Book Co., 1974 (4th edition) Bab IO(m.s. 280
- 309).

2. Bottomore, T. B: Sociology: A Guide To Problems And Literature, London, Unwin University


Books, 1962, Bab 6.

3. Hafalambos, M. and Heald R.M.: Sociology: Themes And Perspectives, Slough, University Tutorial
Press, 1980, Bab 7 (m.s. 278 286 sahaja).

Kelompok Sosial - 1. Sila Baca Nota. 2. Sila Jawab kuiz. Klik


Di Sini
Kelompok sosial dan organisasi sosial terdapat dalam hampir setiap aspek kehidupan
moden.

Oleh itu, dalam 50 tahun kebelakangan ini, ahli sosiologi telah mengkaji fenomena dari
sudut pandangan saintifik.

Kumpulan sosial ialah kumpulan orang yang berinteraksi antara satu sama lain dan
berkongsi ciri-ciri yang sama dan rasa perpaduan.

Kategori sosial ialah kumpulan orang yang tidak berinteraksi tetapi berkongsi ciri yang
serupa. Sebagai contoh, wanita, lelaki, warga emas, dan pelajar sekolah menengah
semuanya membentuk kategori sosial.

Kategori sosial boleh menjadi kumpulan sosial apabila ahli dalam kategori berinteraksi
antara satu sama lain dan mengenal pasti diri mereka sebagai ahli kumpulan.
Sebaliknya, agregat sosial ialah kumpulan orang yang berada di tempat yang sama, tetapi
tidak berinteraksi atau berkongsi ciri. Pakar psikologi Muzafer dan Carolyn Sherif, dalam
eksperimen klasik pada tahun 1950-an, membahagikan sekumpulan budak lelaki kelas
menengah kulit putih berumur 12 tahun di kem musim panas kepada "Eagles" dan
"Rattlers." Pada mulanya, apabila kanak-kanak lelaki tidak mengenali satu sama lain, mereka
membentuk kategori sosial yang sama sebagai perkhemahan musim panas. Tetapi apabila
masa berlalu dan mereka mula menganggap diri mereka sama ada Eagles atau Rattlers,
budak lelaki berusia 12 tahun ini membentuk dua kumpulan sosial yang berbeza. Kumpulan
dalam, kumpulan luar dan kumpulan rujukan. Dalam percubaan Sherif, anak-anak muda itu
juga membina sempadan buatan antara mereka. Mereka membentuk kumpulan dalam
(yang menyatakan kesetiaan) dan kumpulan luar (yang menyatakan permusuhan).

Pada tahap tertentu setiap kumpulan sosial mewujudkan sempadan antara dirinya dan
kumpulan.

Kumpulan dalam (In Group) biasanya mempunyai tiga ciri: Ahli menggunakan gelaran,
simbol luaran, dan pakaian untuk membezakan diri mereka daripada kumpulan luar. Ahli
cenderung untuk bertembung atau bersaing dengan ahli kumpulan luar. Persaingan dengan
kumpulan lain ini juga dapat mengeratkan perpaduan dalam setiap kumpulan. Ahli
menggunakan stereotaip positif kepada kumpulan dalam mereka dan stereotaip negatif
kepada kumpulan luar. Pada mulanya, Eagles dan Rattlers bersahabat, tetapi tidak lama
kemudian permainan mereka berkembang menjadi pertandingan yang sengit. Kedua-dua
kumpulan mula memanggil nama satu sama lain, dan mereka menyerbu kabin masing-
masing, berjerebu antara satu sama lain, dan memulakan pergaduhan. Dalam erti kata lain,
kesetiaan kepada kumpulan dalam membawa kepada permusuhan dan pencerobohan
terhadap kumpulan luar, termasuk persaingan sengit untuk sumber yang sama. Kemudian
dalam percubaan yang sama, walaupun, Sherif menyuruh budak lelaki itu bekerja bersama-
sama untuk menyelesaikan masalah bersama. Apabila mereka bekerjasama antara satu sama
lain, Eagles dan Rattlers menjadi kurang berpecah, bermusuhan, dan berdaya saing. Orang
ramai boleh membentuk pendapat atau menilai tingkah laku mereka sendiri terhadap
kumpulan rujukan (kumpulan yang digunakan sebagai standard untuk penilaian diri). Kelas
pelajar cemerlang misalnya, boleh menilai diri mereka sendiri mengikut piawaian
denominasi dan kemudian berasa gembira untuk mematuhi piawaian tersebut. Penilaian
kendiri yang positif sedemikian mencerminkan kesan normatif yang dimiliki oleh kumpulan
rujukan terhadap ahlinya sendiri serta mereka yang membandingkan diri mereka dengan
kumpulan itu.

Kumpulan primer dan kumpulan sekunder memainkan peranan asas dalam pembangunan
sifat sosial dan cita-cita manusia.

Kumpulan primer ialah kumpulan di mana individu berinteraksi dan bekerjasama dalam
jangka masa yang panjang. Contoh kumpulan utama ialah keluarga, kawan, rakan sebaya,
jiran, rakan sekelas, pertubuhan, persaudaraan, dan ahli rumah ibadat. Kumpulan ini
ditandakan oleh hubungan utama di mana komunikasi tidak formal. Ahli kumpulan utama
mempunyai ikatan emosi yang kuat. Mereka juga berhubung antara satu sama lain sebagai
individu yang utuh dan unik.

Kumpulan sekunder ialah kumpulan di mana individu tidak banyak berinteraksi. Ahli
kumpulan sekunder kurang peribadi atau emosi berbanding kumpulan primer. Kumpulan ini
ditandai dengan hubungan sekunder di mana komunikasi adalah formal. Ahli kumpulan
sekunder mungkin tidak mengenali satu sama lain atau mempunyai banyak interaksi
bersemuka. Mereka cenderung untuk berhubung dengan orang lain hanya dalam peranan
tertentu dan atas sebab praktikal. Contoh perhubungan sekunder ialah perhubungan broker
saham dan pelanggannya. Broker saham mungkin berkaitan dengan pelanggannya dari segi
perniagaan sahaja. Dia mungkin tidak akan bersosial dengan pelanggannya atau memeluk
mereka.

Hubungan primer adalah yang paling biasa dalam masyarakat kecil dan tradisional,
manakala hubungan sekunder adalah norma dalam masyarakat besar dan industri. Oleh
kerana hubungan sekunder sering mengakibatkan kesunyian dan pengasingan, sesetengah
ahli masyarakat mungkin cuba mewujudkan hubungan utama melalui kumpulan tertentu.
Selanjutnya, kenalan dan persahabatan dengan mudah boleh muncul dari hubungan
sekunder. Kumpulan saiz kecil juga boleh menentukan cara ahlinya berkelakuan dan
berhubung. Kumpulan kecil adalah cukup kecil untuk membolehkan semua ahlinya
berinteraksi secara langsung. Contoh kumpulan kecil termasuk keluarga, rakan, kumpulan
perbincangan, kelas seminar, majlis makan malam dan pasukan olahraga. Orang ramai lebih
berkemungkinan mengalami perhubungan utama dalam tetapan kumpulan kecil
berbanding dalam tetapan besar.

Kumpulan yang paling kecil ialah dyad yang terdiri daripada dua orang. Dyad mungkin
merupakan kumpulan yang paling padu daripada semua kumpulan kerana potensinya
untuk interaksi yang sangat rapat dan sengit. Ia juga menghadapi risiko, walaupun,
berpecah.

Triad ialah kumpulan yang terdiri daripada tiga orang. Triad tidak cenderung untuk menjadi
sepadu dan peribadi seperti dyad. Semakin ramai orang yang menyertai kumpulan, semakin
kurang peribadi dan intim kumpulan itu. Dalam erti kata lain, apabila kumpulan bertambah
dalam saiz, ahli-ahlinya mengambil bahagian dan kurang bekerjasama, dan lebih cenderung
untuk tidak berpuas hati. Ahli kumpulan yang lebih besar mungkin dihalang, contohnya,
daripada membantu mangsa secara terbuka dalam kecemasan. Dalam kes ini, orang ramai
mungkin merasakan bahawa kerana ramai orang lain bersedia untuk membantu,
tanggungjawab untuk membantu dialihkan kepada orang lain.
Begitu juga, apabila kumpulan bertambah dalam saiz, ahli-ahlinya lebih berkemungkinan
terlibat dalam suka bergaul sosial, di mana orang bekerja kurang kerana mereka
mengharapkan orang lain mengambil alih tugas mereka. Kumpulan sekunder adalah
pelbagai. Ada yang besar dan kekal; kecil dan sementara, ada yang mudah, yang kompleks,
ada yang mempunyai peraturan bertulis. Kolej, perniagaan, parti politik, tentera, universiti
dan hospital adalah semua contoh organisasi formal, yang merupakan kumpulan sekunder
yang mempunyai agenda dan aktiviti bermatlamat.

Organisasi Sosial - 1. Sila Baca Nota 2. Sila Jawab Kuiz. Klik


Di Sini
Organisasi sosial merupakan salah satu konsep asas dalam kajian ilmu-ilmu sosial.
Terminologi ”organisasi” sering digunakan dalam konteks yang bervariasi. Tak jarang kita
mengasosiasikan sebuah komuniti, perkumpulan, kelompok belajar dan himpunan pelajar
atau mahasiswa sebagai bentuk organisasi. Selain itu, negara, parti politik juga sebagai
sebuah organisasi.

Cakupan kata organisasi ditempatkan di berbagai konteks membuatnya sukar untuk


didefinisikan. Jika organisasi sosial terdiri dari individu atau masyarakat sebagai anggotanya
yang terorganisasi maka keluarga juga boleh disebut sebagai organisasi sosial. Perkataan
”sosial” yang terletak di belakang istilah ”organisasi” menyiratkan keterlibatan ramai individu
sebagai anggotanya. Mereka saling berinteraksi antara satu sama lain.

Dalam sosiologi, istilah antara ”organisasi” dengan ”organisasi sosial” sering digunakan
bergantian.

Ogburn dan Nimkoff mendefinisikan organisasi sebagai artikulasi komponen-komponen


yang berbeza untuk menjalankan fungsinya. Organisasi merupakan kumpulan aktif yang
dibuat untuk menyelesaikan persoalan tertentu.

M. Johnson mengertikan organisasi sebagai sebuah aspek dari sistem interaksi sosial.

Elliot dan Merrill mengatakan bahawa organisasi adalah suatu kondisi dimana beberapa
institusi sosial berfungsi menurut tujuan yang ditetapkannya.

Stephen Hunt mendefinisikan organisasi sebagai suatu bentuk pengaturan aktiviti sosial
yang melibatkan kontrol atas relasi sosial demi mencapai tujuan tertentu.

Dalam sosiologi, penggunaan terminologi organisasi ditekankan pada pengaturan


komponen-komponen masyarakat dimana para anggotanya saling berhubung melalui
kerjasama untuk tujuan tertentu. Adanya organisasi membuat masyarakat yang kompleks
dapat berpartisipasi dalam aktiviti sosial yang kompleks.

Pada asasnya, segala bentuk organisasi atau aktiviti yang terorganisasi disebut sebagai
organisasi sosial. Sebagai contoh, negara adalah suatu bentuk organisasi politik. Sekolah
adalah organisasi pendidikan. Bank adalah organisasi kewangan. Semua organisasi tersebut
merupakan organisasi sosial.

Dengan demikian, organisasi sosial memiliki cakupan yang luas. Unsur-unsur organisasi
sosial - Kumpulan individu, iaitu adanya individu sebagai anggota kelompok organisasi
sosial. Interaksi sosial, iaitu adanya interaksi para anggotanya. Interaksi dalam organisasi
pada umumnya berbentuk kerja sama. Konflik wujud namun tidak dimanifestasikan.

Institusi sosial, iaitu aspek-aspek kehidupan sosial yang mengalami institusionalisasi.

Organisasi sosial pasti membentuk aspek tertentu yang dirumuskan dalam tujuannya.
Peranan sosial, iaitu peranan yang dimainkan oleh anggota organisasi sesuai posisi dalam
struktur organisasi atau fungsinya.

Kelas sosial, iaitu klasifikasi individu atau kelompok dalam organisasi secara hierarki. Jumlah
kelompok elit biasanya lebih sedikit berbanding anggotanya.

Tujuan organisasi, iaitu tujuan bersama, bukan tujuan individual, yang hendak dicapai oleh
para anggotanya melalui pembahagian kerja dan kerja sama.

Beberapa unsur yang disebutkan di atas juga boleh difahami sebagai karakteristik
membentuk organisasi sosial.

Interaksi Sosial - Sila Baca Nota 2. Sila Jawab Kuiz. klik Di


Sini
Proses sosial dapat diertikan sebagai pengaruh timbal balik antara pelbagai segi kehidupan
bersama atau di dalam kehidupan sosial saling mempengaruhi contohnya antara sosial
dengan politik, politik dengan ekonomi, ekonomi dengan undang-undang dan seterusnya
(Cooley : 1902)

Sosiologi lebih sering menggunakan istilah interaksi sosial yang jika dirumuskan interaksi
merupakan gambaran aksi seseorang atau sekelompok orang yang mendapat reaksi dari
seseorang atau sekelompok orang lainnya. Aksi dan reaksi tersebut disederhanakan dalam
satu konsep yang disebut interaksi sosial (Giddens, 2006).
Interaksi sosial merupakan hubungan antara manusia yang sifat dari hubungan tersebut
adalah dinamika ertinya hubungan itu tidak statik selalu mengalami dinamika.

Bentuk hubungan dengan manusia lain :

1. Hubungan antara individu dengan individu lain

2. Hubungan Individu dengan kelompok

3. Hubungan Kelompok dengan kelompok

Interaksi sosial tidak cukup hanya dijelaskan sebagai hubungan timbal balik antara manusia
berdasarkan pola pola tertentu. Interaksi sosial tetap berdasarkan kepada ciri-ciri atau
karakter tertentu agar dapat dikategorikan sebagai bentuk interaksi maka hubungan timbal
balik antara manusia tersebut harus memiliki kriteria tertentu iaitu;

1. Harus ada pelaku yang jumlahnya lebih dari satu kriteria ini merupakan prasyarat mutlak
sebab tidak akan mungkin akan terjadi aksi dan reaksi dari tindakan manusia jika tidak ada
teman atau lawan yang terlibat dalam proses tersebut.

2. Ada komunikasi antara pelaku dengan menggunakan simbol-simbol yang dimaksud


dengan simbol-simbol dalam hal ini adalah benda bunyi gerak atau tulisan yang memiliki
arti adapun komunikasi merupakan hubungan timbal balik antara seseorang atau
sekelompok orang dengan pihak lain dengan menggunakan simbol-simbol yang berupa
suara tulisan gerakan sehingga kedua belah pihak terjadi saling menafsir apa yang sedang
dilakukan.

3. Ada dimensi waktu iaitu lampau, kini dan akan datang yang menentukan sifat aksi yang
sedang terjadi. Interaksi sosial akan sentiasa terjadi dalam ruang dan waktu ertinya bila dan
di mana

4. Ada tujuan-tujuan tertentu terlepas dari sama atau tidaknya tujuan tersebut.

Dua bentuk Interaksi Sosial - integrasi dan konflik.

Unsur-unsur dalam interaksi sosial

1. Tindakan sosial - ahli sosiologi memahami tindakan manusia dari sudut pandang tingkah
lakunya. Tindakan manusia difahami sebagai perbuatan tingkah laku atau aksi yang
dilakukan oleh manusia untuk mencapai tujuan tertentu. Dari konsep tersebut dapat dikaji
lebih lanjut mengapa manusia melakukan tindakan tersebut apa yang melatarbelakangi
munculnya tindakan tersebut dan lain-lain.
Tindakan manusia dibezakan berdasarkan;

a. Tindakan yang terorganisasi ertinya tindakan yang dilatarbelakangi oleh sejumlah


kesedaran sehingga apa yang dilakukan tersebut didorong oleh tahap kesedaran yang
berasal dari dalam dirinya.

b. Tindakan yang dilakukan tanpa kesadaran yaitu tindak refleks yang tidak dikategorikan
sebagai tindakan sosial sebab tindakan itu tidak terorganisasi melalui kesadaran diri
seseorang. Cth: ketika merasa sakit mendadak mengatakan aduh dan sebagainya maka
tindakan itu dikelompokkan sebagai tindakan tak terorganisasi.

Beberapa hal yang mempengaruhi proses terbentuknya tindakan untuk generasi manusia
diantaranya iaitu:

1. Imitasi - merupakan tindakan manusia untuk meniru tingkah pekerti orang lain yang
berada di sekelilingnya imitasi banyak dipengaruhi kawan, pancaindera iaitu sebatas yang
dilihat didengar dan dirasakan.

2. Sugesti - difahami sebagai tingkah laku yang mengikuti pola - pola yang berada di dalam
dirinya iaitu ketika seseorang memberikan pandangan atau sikap dari dalam dirinya.
Menerima atau tidak dalam bentuk sikap dan tingkah laku tertentu dari sugesti tersebut
kemudian memunculkan norma-norma dalam kelompok spt prasangka sosial, norma dan
sebagainya akan tetapi kenyataannya tidak semua individu mampu melakukan sugesti ini
sebab ada beberapa individu yang mengalami kelainan jiwa yang dipengaruhi oleh faktor
berikut : 1. hambatan berfikir a. keadaan fikiran yang terpecah-pecah b. Otoriti c. Majoriti 2.
Will of believe 3. Simpati Tidak semua tindakan manusia dikategorikan sebagai tindakan
sosial sebab tindakan sosial dibataskan oleh perasaan apabila tindakan tersebut
menimbulkan respon dari pihak lain atau tidak.

Tindakan sosial merupakan tindakan yang berhubungan dengan orang lain baik antara
individu atau antara kelompok. Perasaan tersebut menentukan apakah tindakan
dikategorikan sebagai tindakan sosial atau bukan, Max Weber memberikan batasan
tindakan sosial sebagai tindakan seorang individu yang dapat mempengaruhi individu -
individu lainnya dalam masyarakat.

Jika dilihat dari tekanannya cara dan tujuan tindakan sosial tersebut dilakukan maka
tindakan sosial dapat dibedakan menjadi 4 iaitu 1. tindakan sosial nasional 2. tindakan sosial
berorentasi nilai 3. tindakan sosial tradisional 4. tindakan sosial afektif

Anda mungkin juga menyukai