Anda di halaman 1dari 12

INTERNATIONAL

EDUCATION COLLEGE
(INTEC)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CTIS 07

PENGGUNAAN GELATIN BABI DALAM PERUBATAN:


HUKUM, HUJAH & PENYELESAIAN

Disediakan oleh:
Muhammad Ikraam bin Abdul Latif (2011415244)
Mohd Nasyraf bin Mazlan(2011)

Disediakan untuk:
Ust. Afwan bin Che Mansor

Isi Kandungan

12

1.0 - Pendahuluan

2.0 - Definisi

3.0 - Penggunaan

4.0 Status Hukumnya & Hujah Ulama

5.0 Kesimpulan

6.0 - Rujukan

1.0 - Pendahuluan

12

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah
kurnianya dapat kami berdua menyiapkan kertas projek untuk subjek ini. Ribuan penghargaan
dan terima kasih diucapkan kepada Ust. Afwan bin Che Mansor atas peluang, bantuan dan
dorongan yang beliau berikan kepada kami untuk menyempurnakan hasil kertas projek ini.
Sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan kami dari MEG07 atas kerjasama mereka dalam
membantu kami untuk menyudahkan hasil kerja kami.
Dewasa ini, isu-isu yang berkaitan dengan halal haram sesuatu perkara itu sering timbul.
Tetapi, dalam merentasi arus globalisasi ini, beberapa keadaan perlu dikaji semula, sama ada
kekal haram, atau diharuskan oleh sebab-sebab tertentu. Tetapi ini tidak bermakna sebarang
perselisihan antara umat Islam itu perlu diperbesar-besarkan sehingga menggugat kesepaduan
umat. Jadi secara umunya, kita mengambil sikap terbuka, dan mendengar kepada pendapat orang
lain, kemudian barulah kita menilai baik buruknya.
Secara ringkasnya, dalam kertas projek ini ada dibincangkan beberapa perkara berkaitan
dengan penggunaan gelatin khinzir dalam perubatan, dan kami turut menyentuh tentang
hukumnya menurut pandangan para ulama, pelaksanaan iaitu bagaimana gelatin itu digunakan,
dan penyelesaian iaitu cara terbaik menggunakannya atau alternatif-alternatif lain.

2.0 - Definisi

12

Gelatin adalah suatu bahan yang lut cahaya, tidak berwarna dan tidak berperisa
yang berasal dari kolagen, suatu bahan yang didapati dari kulit-kulit, organ-organ dan
tulang-tulang haiwan.

3.0 - Pengunaan
Secara umumnya, pengunaan gelatin binatang di dalam perubatan telah lama
dipraktikkan, sejak dari zaman Revolusi Perancis pada 1800-an lagi. Gelatin komersial selalunya
digunakan oleh pengilang-pengilang bahan makanan seperti yang didapati dalam gula-gula
getah, marshmallows, yogurt rendah lemak, ataupun agar-agar kerana strukturnya yang
elastik, kesesuaiannya untuk dimakan dan kemudahan untuk memperolehi bahan ini. Selain itu,
ia turut digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan barangan kosmetik.
Tetapi, pada masa yang sama, gelatin
juga

turut

digunakan

dalam

bidang

perubatan, terutamanya bidang farmasi.


Ini kerana ia banyak digunakan sebagai
bahan untuk membuat kapsul-kapsul
ubat-ubatan kita seharian. Kebanyakan
ubat-ubatan

masa

kini

tidak

lagi

dihasilkan dalam bentuk cecair (yang


selalunya dibuat untuk golongan kanakkanak), tetapi dibuat dalam bentuk kapsul,
yang mana boleh menjamin bahan ubat di
dalamnya tidak tercemar, berterabur atau
tumpah, dan lebih mudah dimakan.

Contoh penggunaan gelatin haiwan adalah


pada kapsul ubat-ubatan.

Dalam laman web Berita Harian Online bertarikh 8 Mac 2011, disiarkan artikel yang
ditulis oleh Penolong Pengarah Kanan, Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),

12

yang menyebutkan bahawa statistik pengunaan gelatin dunia pada 2005 menunjukkan 44
peratus dari kulit khinzir, 28 peratus dari bahagian tulang lembu, 27 peratus dari tulang
haiwan lain dan 1 peratus lain-lain. 1 peratus yang lain-lain itu mewakili gelatin yang
diperolehi dari tumbuh-tumbuhan, dan bahan lain.1
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Abdul Karim Alias dalam kertas kerja
yang dibentangkan di World Halal Research 2009, berkata 90 peratus pengeluaran gelatin dunia
adalah tidak halal walaupun diambil daripada lembu (bovine) kerana diragui status
sembelihannya.2

4.0 - Status Hukumnya & Hujah Ulama


Secara asasnya, kami tidak menetapkan hukum berkenaan penggunaan gelatin khinzir
dalam perubatan. Tetapi kami ingin berkongsi beberapa pendapat dari beberapa pihak yang
berbeza, berserta dengan hujah-hujah mereka, agar kami dapat buat kesimpulan dengan penuh
hikmah.
Beberapa dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah ada menunjukkan tentang status hukum
penggunaan bahan yang berasaskan khinzir ini. Antaran dalil yang jelas adalah dari Surah AlMaidah, ayat 3, firman Allah S.W.T:

Saintis Muslim bertanggungjawab bangunkan sumber halal kapsul gelatin, Mohd


Amri Abdullah, Berita Harian Online, 9 Mac 2011.

Saintis Muslim bertanggungjawab bangunkan sumber halal kapsul gelatin, Mohd Amri
Abdullah, Berita Harian Online, 9 Mac 2011.

12



Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah
(yang keluar mengalir), dan daging khinzir (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang
disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan
Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan
binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang
disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi
batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orangorang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka
melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada
mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah
sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku
telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana
kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak
melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Melalui ayat ini, jelas mutlak bahawa bahan berunsur khinzir itu haram untuk
diambil (makanan atau ubatan) sekiranya tidak ada apa-apa dharurat. Dan ada beberapa
keadaan yang menurut para ulama, boleh mengharuskannya. Berikut adalah beberapa bahan
sokongan yang kami temui.

4.1 Majlis Fatwa Kebangsaan (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)


Pada awalnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-8 pada 24
September 1984 berpandangan bahawa penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang

12

(1984) adalah diharuskan kerana darurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat
menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 25 Jun 2009 pula
bersidang bagi membincangkan hukum penggunaan ubat berasaskan gelatin khinzir, iaitu
Clexane dan Fraxiparine bagi mencegah berlakunya pembekuan darah secara serta merta untuk
pesakit kronik. Mereka memutuskan penggunaan ubat itu ditegah kerana mengandungi unsur
khinzir atas alasan ada alternatif ubat lain iaitu Aristra yang mempunyai fungsi dan kesan
sama.
Menurut fatwa sama, ubat bersumberkan unsur ditegah, hanya diharuskan jika tiada
ubat daripada sumber halal lain dan ia digunakan dalam keadaan darurat, selain
penggunaannya diperakui doktor pakar Islam.
Muzakarah juga memutuskan penggunaan vaksin yang mengandungi gelatin khinzir
seperti BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan. Antara hujah yang digunakan adalah
belum sampai darurat dan ada pilihan lain.3

Kelulusan Ubat Ikut Fatwa JAKIM, Berita Harian Online, 7 Mac 2011.

12

Keratan akhbar Utusan Malaysia yang


menyatakan pendirian JAKIM terhadap
kapsul gelatin khinzir.

4.2 - 'Seminar Bahan Haram di dalam Ubat dan Makanan' : Pertubuhan Sains Perubatan
Islam Kuwait.
Seminar yang diadakan pada 22 hingga 24 Mei 1995 ini telah dihadiri oleh 112 ulama
dan pakar dari beberapa negara di antaranya Sheikh Dr. Mohammad Sayed Tantawi (Mufti
Mesir), Sheikh Mohammad Al Mokhtar Al Salami (Mufti Tunisia), Sheikh Mohammad Ben
Hammad Al Khalily (Mufti Oman) dan Dr. Youssef Al Qaradhawi, Pengarah Pusat Kajian
Sunnah dan Cara Hidup Nabi di Qatar pada masa itu.

12

Mereka berpandangan bahawa gelatin yang terhasil daripada transformasi tulang, kulit
dan tendon (otot) haiwan yang diharamkan adalah suci dan diharuskan memakannya.
Transformasi ini ataupun disebut sebagai istihalah di dalam bahasa arab bermaksud perubahan
sesuatu bahan kepada bahan yang lain dan mempunyai ciri ciri yang berbeza, perubahan bahanbahan yang asalnya tidak suci menjadi suci, dan perubahan sesuatu bahan yang diharamkan
kepada halal.
Turut disebutkan dalam seminar tersebut: "Bahan sapu, krim dan kosmetik yang
mengandungi unsur khinzir tidak dibenarkan (haram) untuk digunakan melainkan lemak
atau proteinnya telah mengalami proses perubahan (istihaalah) dan berubah kepada lain.
Akan tetapi jika tidak ada kepastian, maka ia adalah najis".4

4.3 - Dr Su'aad Salih, Professor Fekah Buku karangan Abdul Rahman


di Universiti Al-Azhar.
Baco, Ubat Daripada Sumber
Babi & Pilihan Alternatif.

Beliau mengeluarkan fatwa bahawa : "Gelatin adalah bahan kasar yang dihasilkan dengan
mendidihkan tulang, kulit dan tisu haiwan. Oleh itu, ia bergantung kepada jenis haiwan tersebut.
Jika haiwan tersebut dagingnya halal dimakan seperti lembu, unta, kambing dan lain-lain,
maka gelatinnya adalah halal, dan begitu juga dengan makanan yang mengandunginya.
Bagaimanapun, jika haiwan tersebut dagingnya haram dimakan seperti khinzir, maka gelatin
yang dihasilkan daripadanya adalah haram".5

4.4 - Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karya Dr. Wahbah Zuhaili.


Dalam karya beliau, jilid VII halaman 5265, ada menyatakan bahawa: Zat-zat makanan
yang menggunakan lemak khinzir dalam pembuatannya tanpa ada perubahan zatnya

4
5

Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif, Abdul Rahman Baco, 2011.
Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif, Abdul Rahman Baco, 2010.

12

(istihalatul `ain) seperti di dalam keju, mentega, minyak, biskut, coklat dan ais krim adalah
haram dan tidak halal memakannya secara mutlak.
Hal tersebut didasarkan kerana adanya ijma` (kesepakatan) para ulama atas
kenajisan lemak khinzir dan ketidak-halalan memakannya. Dan disebabkan tidak adanya
kedaruratan untuk mengambil bahan makanan tersebut.
Al-istihalah (perubahan wujud/penyulingan) bermaksud perubahan suatu zat menjadi
zat yang lain yang berbeza sifat-sifatnya, mengubah zat-zat yang najis dan yang
mengandungi najis menjadi zat-zat yang suci dan mengubah zat-zat yang haram menjadi
zat-zat yang dihalalkan secara syarak.6

5.0
Kesimpulan
Pertama,

Dr Ahmad Al Qubaisi, salah seorang ulama Emiriah Arab Bersatu yang


berpendapat
dengan menggunakan
konsep istihalah.
sebahagian
dari mereka
mengharamkan
penggunaan ubat-ubatan

yang

mengandungi gelatin khinzir jika tiada darurat atas sebab pengharaman khinzir tersebut secara
mutlak melalui dalil Al-Quran dan hadith. Pengharaman tersebut akan menjadi keharusan
6

Gelatin Babi, Kampus Syariah.com, 2011.

12

sekiranya tiada alternatif lain (sudah berada dalam keadaan yang betul-betul darurat). Ini
menepati kaedah fiqah dalam perubatan Islam, di bawah kaedah-kaedah utama, iaitu
keterpaksaan mengharuskan yang dilarang (al-dharuraat tubihul mahzuraat).
Kedua, sebahagian daripada mereka pula berpendapat halal mengambil ubat-ubatan yang
mengandungi gelatin khinzir sekiranya ia telah menjalani proses istihalah, yakni proses
perubahan suatu zat menjadi zat yang lain yang berbeza sifat-sifatnya, yang najis kepada suci
dan yang haram kepada halal secara syarak. Tetapi sekiranya tidak menjalani proses istihalah, ia
tetap dikategorikan haram, kerana masih mengandungi zat khinzir yang asal.
Sekiranya ada di antara kita masih ragu-ragu, hayatilah hadis Rasulullah S.A.W ini:
Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan
yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram
itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya)
yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari
perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan
kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka
sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala
yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang
gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini. (Diriwayatkan oleh AIBukhari dan Muslim)
Akhirnya, melalui penerangan-penerangan yang telah dijelaskan, diharapkan agar
permasalahan ini tidak menjadi sebab mengapa umat Islam perlu berpecah. Sedangkan
sepatutnya kita bersikap terbuka antara satu sama lain, sering mengadakan perbincangan ilmiah
sekiranya berselisih dan bersatu-padu demi kesejahteraan umat. Wallahu alam.
Rujukan
Baco, A. R. (2010). Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif. Kuala Lumpur: H Science
Solutions.

12

Abdullah, M. A. (2011, Mac 09). Saintis Muslim bertanggungjawab bangunkan sumber halal
kapsul gelatin. Berita Harian Online. Retrieved from
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SaintisMuslimbertanggungjawabbangunkans
umberhalalkapsulgelatin/Article/
Berita Harian Online, (2011, Mac 07). Kelulusan Ubat Ikut Fatwa JAKIM. Berita Harian
Online. Retrieved from
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011030623210320110306232103/Article/
Gelatin Babi (n.d.). In KampusSyariah Retrieved from
http://www.kampussyariah.com/webx/e2.php?id=22

12

Anda mungkin juga menyukai