Anda di halaman 1dari 7

KISAH BENAR KECEMASAN WANG UNTUK PERUBATAN

Penulis : Mohd Zaidi Junus, Pengedar Emas Fizikal Public Gold


Website : www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com

Kisah benar dari pengalaman sendiri detik kecemasan mendapatkan wang segera dan
banyak dalam tempoh 24 jam untuk menanggung kos perubatan.
Cerita benar tentang pengalaman cemas yang benar-benar terjadi ke atas diriku minggu
lepas. Kejadian ini terjadi di saat perlukan wang segera dalam tempoh 24 jam untuk
pembelian alatan bagi pembedahan ibuku.
Kisah benar yang berlaku ke atas diriku sebagai iktibar dan pedoman dalam
hidup. Kisah ini bermula pada bulan disember 2015 apabila ibuku mengalami sedikit
kemalangan sahaja dimana motosikal yang dinaiki terjatuh lubang menyebabkan ia sakit
pinggang dan tak dapat duduk atau berjalan. Sejak dari hari itu ibuku hanya boleh
terbaring sahaja walaupun telah dilakukan pelbagai usaha rawatan moden, rawatan
tradisional, fisioterafi, tukang urut atau bomoh-bomoh. Semakin lama kaki ibuku
semakin mengecil dan kesakitan pada belakangnya tidak berkurangan. Doktor-doktor
Hospital Universiti Sains Malaysia (husm) kubang kerian juga tidak menemui punca
penyakit ibuku walaupun setelah dibuat pelbagai pemeriksaan, x-ray, ct scan dan
sebagainya. Banyak kos perubatan moden dan tradisional yang telah dikeluarkan untuk
mengubati penyakit ibuku selama 6 bulan ia terlantar sakit.
Pada bulan jun 2016, Aku dan adik-adikku terpaksa membuat inisiatif sendiri dengan
membawa ibuku ke Klinik Swasta Pakar Perdana, Kota Bharu untuk membuat
pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging). Pemeriksaan penyakit MRI ini
dikenakan bayaran RM1200 dan bayaran doktor pakar RM100. Alhamdulillah
pemeriksaan MRI dan doktor pakar tulang pakar perdana telah berjaya menemukan
punca penyakit ibuku iaitu disebabkab tulang belakang yang patah/reput. Doktor pakar

tulang Klinik Pakar Perdana telah menjelaskan dengan terperinci dan menegaskan
pembedahan segera perlu dilakukan kerana tulang belakang yang reput atau patah telah
menyebabkan saraf tulang belakang terkepit dan memberi kesan kepada kaki. Doktor
telah memberi surat susulan kepada doktor husm kubang kerian untuk pembedahan
segera.
Pada 14 jun 2016, aku membawa ibuku masuk wad HUSM kubang kerian untuk
pembedahan segera dan doktor memaklumkan bahawa kos rawatan pembedahan adalah
sebanyak lebih kurang RM65 ribu. Namun kerana menggunakan surat GDL kerajaan
kos pembedahan dikecualikan, namun perlu membayar segera dalam tempoh 24 jam
sebanyak RM16,739 untuk pembelian besi yang akan di letakkan di tulang belakang.
Besi tulang belakang ini mesti di bayar sebelum pembedahan di lakukan bagi melakukan
pembedahan tersebut.

Mana nak dapatkan wang yang banyak RM16,739 ni dalam tempoh 24


jam?.

Pada 15 jun 2016 aku menyuruh adikku pergi mengadai jongkong emas Public Gold
sebanyak 2 keping iaitu gold bar 100g dan gold bar 50 gram di arrahnu Bank Islam di
kota Bharu kerana aku bekerja. Sebelah petangnya, selepas pulang dari kerja aku terus
memasukkan wang sebanyak RM16,739 tersebut ke akaun bank pembekal besi tulang
belakang tersebut. Alhamdulillah, tugas selesai dan pembedahan boleh dilakukan
keesokkannya setelah menjelaskan bayaran. Nasib baik ada simpanan emas,
emas memang penyelamat waktu kecemasan selain penyelamat dari
inflasi dan kejatuhan nilai wang fikirku.

Pada 16 jun 2016, ibuku telah selamat menjalani pembedahan tulang belakang setelah
berada di bilik bedah selama 4 jam. Kini keadaan ibuku nampak semakin pulih dan
harapan serta doa semoga ibuku akan sembuh dan dapat berjalan seperti sediakala.

Daripada pengalaman hidup ini, penyimpanan terbaik adalah menyimpan


emas fizikal kerana ianya mudah dicairkan atau di tukar kepada wang selain bertindak
sebagai pelaburan dan menjana keuntungan. Penyimpan emas fizikal takkan rugi kerana
harganya akan sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang dan emas mudah di
manipulasikan dengan pelbagai cara. Sememangnya emas adalah penyelamat waktu
kecemasan, pelindung dari inflasi dan penyelamat kejatuhan nilai wang. Jadi sepatutnya
setiap orang perlu menyimpan emas sebagai bekalan kecemasan masa depan. Walaupun
penyimpan emas tiada wang di tangan, namun penyimpan emas sebenarnya mempunyai
wang dalam bentuk nilaian emas yang mudah dicairkan seluruh dunia.
Apakah simpanan terbaik masa kini?
Simpanan terbaik masa kini terutama di waktu kejatuhan nilai wang adalah menyimpan
emas pelaburan fizikal. Penyimpanan wang di bank sebenarnya merugikan kerana nilai
wang yang semakin berkurang, namun penyimpanan emas akan menguntungkan kerana
nilai emas akan bertambah kerana penurunan nilai ringgit akan menyebabkan
kenaikkan harga emas dalam ringgit Malaysia.

KEPENTINGAN MENYIMPAN EMAS


1. Emas Fizikal Mudah Di Cairkan
Emas fizikal amat mudah di cairkan atau ditukar kepada wang seluruh dunia kerana
emas laku seluruh dunia. Penyimpanan emas terbaik dan bijak adalah emas pelaburan
kerana mempunyai susut nilai atau spread yang rendah. Memiliki barang kemas bukan
satu tindakan yang bijak kerana susut nilai barang kemas tinggi iaitu lebih kurang 25%
dari harga emas semasa. Emas fizikal juga mudah di tukar kepada duit dengan mengadai
atau memajak di mana-mana pusat pajak emas atau arrahnu.
Pelaburan saham, hartanah dan bon susah di cairkan iaitu mengambil masa untuk
mendapat wang. Contohnya, penjualan saham dana amanah mengambil masa lebih
kurang 5 hari bekerja untuk mendapat hasil jualan saham.
2. Emas Adalah Pelindung Dan Penyelamat Kejatuhan Nilai Wang
Simpanan emas adalah pelindung harta terbaik kerana emas kalis inflasi dan
penyelamat kejatuhan nilai wang. Simpanan emas akan bertambah nilainya terutama
pada masa inflasi dan kejatuhan ringgit malaysia. Ini adalah kerana harga emas dalam
ringgit malaysia akan meningkat apabila nilai ringgit malaysia jatuh kerana tukaran
wang dolar kepada wang ringgit Malaysia akan bertambah.
Simpanan dalam bentuk wang tunai atau di bank akan sentiasa berkurang nilainya
walaupun jumlah wang di dalam bank adalah sama. Kejatuhan nilai wang ringgit pada
tahun 2015 adalah lebih kurang 15% iaitu penyimpanan dalam ASB yang mendapat
dividen 8% setahun sebenarnya adalah satu kerugian kerana nilai wang yang jatuh.
3. Emas Adalah Hak Mutlak Penyimpan

Emas yang disimpan oleh penyimpan adalah hak mutlak penyimpan dan diuruskan
sendiri oleh penyimpan. Pastikan apabila membeli emas anda mendapat emas yang di
beli. Syarikat pelaburan emas terbesar Malaysia yang di akui sah dan SATU-SATUNYA
pengeluar jongkong emas termurah tanpa cukai gst di Malaysia adalah Public Gold.
Public Gold memberi jaminan mendapat emas yang dibeli mengikut harga emas dunia
yang telus dan membeli balik emas yang hendak di jual pelanggannya. Beli emas
pelaburan Public Gold terus dapat emas dan pembeli bebas menyimpan sendiri emas
yang di beli. Produk emas Public Gold juga di akui antarabangsa dan mudah di pajak
atau digadai di arrahnu. Klik SENARAI PRODUK EMAS DAN PERAK PUBLIC
GOLD untuk melihat gambar dan penerangan produk emas dan perak Public Gold.
Penyimpanan aset dalam bentuk lain seperti insurans, saham atau kwsp melibatkan
pihak ketiga dan melibatkan prosedur penjualan atau pengeluaran wang yang ketat
walaupun sebenarnya wang kita sendiri. Tambahan lagi tanpa kita sedari, kita
dikenakan kos setiap penyimpanan aset, insurans atau saham. Contoh, jika kita membeli
saham dana amanah, kita terus ditolak kos pengurusan sebanyak 5% iaitu jika anda
membeli saham RM100, anda sebenarnya membeli saham RM95 sahaja.
4. Penyimpanan Emas Terjamin Selamat.
Emas yang di simpan sendiri terjamin selamat walau dimana ia di simpan. Ini adalah
kerana emas adalah logam lengai yang tidak bertindakbalas dengan unsur lain dan
hanya melebur pada suhu 1083 darjah celcius. Penyimpanan emas adalah selamat walau
dimana berada kerana ia kalis bencana alam, air, api atau binatang.
Penyimpanan wang atau aset lain seperti rumah, kedai, kereta, dokumen akan
termusnah atau rosak jika berlaku bencana alam atau kebakaran yang menyebabkan
nilainya akan hilang.
5. Simpanan Emas Adalah Pelaburan Terbaik.
Penyimpanan emas adalah suatu pelaburan terbaik untuk masa depan kerana nilainya
yang sentiasa meningkat. Bagi melabur emas hendaklah menyimpan emas dalam bentuk
jongkong emas atau emas pelaburan kerana peratus spreadnya rendah, harga murah
dan bebas gst.
Simpanan wang bukan satu pelaburan terbaik kerana nilainya berkurang walaupun
jumlah wang simpanan tidak berubah atau bertambah sedikit kerana dapat dividen.
Contoh mudah pengiraan penurunan nilai wang, harga teh ais tahun 2014 adalah
RM1.00 dan kini harga teh ais adalah RM1.80. Penurunan nilai wang dalam tempoh 3
tahun adalah 80% iaitu penurunan nilai wang dari harga teh tarik adalah lebih kurang
25% setahun.
Kisah benar dari pengalaman hidup serta kepentingan menyimpan emas
diharap memberi idea untuk mula menukar sebahagian wang ringgit
kepada emas. Simpan sedikit emas fizikal sebagai tabungan di waktu kecemasan,
kesempitan wang, kemalangan atau perubatan. Penyimpanan emas pelaburan adalah

penting sebagai perlindungan insuran dan pelaburan terbaik kerana emas mudah
dicairkan, harganya sentiasa meningkat, kalis inflasi dan penyelamat kejatuhan nilai
wang. Emas pelaburan terbaik, termurah, diiktiraf dunia LBMA dan bebas cukai gst
hanya SATU-SATUNYA emas dan perak pelaburan Public Gold di Malaysia. Bertindak
bijak dengan mula membeli emas pelaburan public gold bermula RM100 sahaja atau
membeli jongkong emas 1g lbma bebas gst untuk menyimpan emas dengan klik CARA
MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD. Panduan dan bimbingan percuma dalam
pelaburan emas Public Gold sila whatsapp 019-9185593 (Mohd Zaidi junus) Master
Dealer Public Gold berpengalaman dalam pelaburan emas fizikal semenjak 2010.

Kisah cemas, kisah benar, pengalaman sebenar, kisah detik cemas, cerita benar,
pengalaman cemas, penyelesaian masalah, dapatkan wang segera, perlukan wang
segera, kecemasan, kecemasan wang segera, simpanan terbaik, emas, simpanan emas,
kepentingan menyimpan emas, jongkong emas, jongkong perak, public gold, emas
pelaburan, emas termurah, pelaburan emas, pelaburan terbaik

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/sitemap-xml/senarai-produkemas-dan-perak-public-gold/

Anda mungkin juga menyukai