Anda di halaman 1dari 34

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

TAJUK;
PENGGUNAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME MEMBANTU DALAM
MENGHASILKAN LUKISAN TEKNIK TITIK BAGI PELAJAR-PELAJAR TAHUN 5
CEMERLANG DI SEKOLAH KEBANGSAAN BAKO, KUCHING.
Oleh;

SAJIDIN BIN JAIS


ID: 781218135077001
dinct1978@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK,


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA, BATU 9, TAMAN PRINCESS, JALAN KUCHING
SERIAN,
KUCHING, SARAWAK.

MEI 2015

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pendidikan Seni Visual diajar di sekolah bertujuan memberi peluang kepada

pelajar memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan


kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain. Penggunaan strategi yang sesuai dengan isi kandungan pengajaran
adalah digalakkan untuk memupuk minat pelajar. Pengenalan pelbagai strategi
pengajaran seperti Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan, Pembelajaran
Kontekstual, Konstruktivisme, Pembelajaran Akses Kendiri, Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK),
Belajar Cara Belajar, dan Pembelajaran Masteri adalah selaras dengan visi dan misi
Pendidikan

yang

berhasrat

untuk

menyempurnakan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.
Sepanjang tempoh pengkaji mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
bagi darjah 5 Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Bako, Kuching, banyak perkara
yang yang melibatkan masalah pelajar telah dapat pengkaji kenal pasti. Antara
masalah yang timbul dan menarik perhatian pengkaji sepanjang tempoh pengajaran
adalah berkaitan dengan bidang menggambar dengan menggunakan lukisan teknik
titik.
Di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), lukisan dengan
teknik titik ini merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh
pelajar-pelajar di tahun 5 untuk penghasilan karya yang menarik. Ianya merupakan
salah satu kemahiran aplikasi seni yang terdapat dalam bab pertama di dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 sekarang.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pengaplikasian teknik
titik dalam lukisan amat jarang ditekankan sebelum ini. Ini secara tidak langsung
menyebabkan pelajar-pelajar tidak mengetahui dengan mendalam tentang teknik titik
untuk menghasilkan sebuah karya yang baik dan kreatif.
Pelajar sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan
aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini
melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan yang melibatkan

hands-on atau praktikal amat menyeronokkan bagi pelajar. Ini dapat meningkatkan
keyakinan mereka untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif.
Dalam menghasilkan lukisan teknik titik ini kebanyakan pelajar tidak dapat
menggambarkan ton gelap, sederhana, dan cerah serta tidak mampu memikirkan
kehadiran cahaya dari arah atau sudut tertentu. Bukan itu sahaja, malah pelajarpelajar juga tidak mahir menghasilkan bayang-bayang objek yang telah dihasilkan,
apatah lagi menghasilkan lukisan titik berwarna. Ini menunjukkan bahawa, pelajarpelajar Tahun 5 Cemerlang di SK Bako tidak mempunyai pengetahuan sedia ada,
daya kreativiti, minat dan kecenderungan terhadap teknik yang dipelajari. Daripada
pemerhatian pengkaji dengan hasil karya pelajar, daya imaginasi dan kreativiti
pelajar sangat lemah dan tidak mampu mengaplikasikan teknik titik bagi
menghasilkan sebuah karya sendiri yang menarik seperti yang diharapkan.
Penggunaan Model Konstruktivisme dilihat menjurus kepada Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah yang disediakan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyatakan
tumpuan utama Pendidikan Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang
penting iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat
dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah, dan menghargai nilai baik dalam
semua aspek kehidupan.
Dalam kajian ini, pengkaji akan mempraktikkan strategi dan pendekatan
konstruktivisme di dalam Pendidikan Seni Visual bagi bidang lukisan teknik titik.
Kajian ini akan melihat sejauhmana keberhasilan strategi yang digunakan mampu
memberi kesan positif kepada para pelajar tahun 5 Cemerlang di SK Bako dan
melahirkan pelajar yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta kreatif dalam
penghasilan karya seni. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan.

2.0

SOROTAN LITERATUR
Dalam

kajian

ini,

pembincangan

tertumpu

kepada

teori-teori

dan

hubungkaitnya dengan kajian-kajian yang telah dilakukan menggunakan strategi


konstruktivisme. Perbincangan ini meninjau penulisan berkaitan teori-teori yang
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme, faedah-faedah
pembelajaran konstruktivisme, minat dan motivasi pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran konstruktivisme.
Pembelajaran secara konstruktivisme adalah berasaskan teori yang telah
dikemukakan oleh penulis-penulis teori konstruktivisme dengan bantuan penulispenulis lain. Teori-teori ini saling berhubung kait antara satu sama lain untuk
menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam membantu
pelajar mencapai satu tahap keberkesanan melalui pembelajaran konstruktivisme.
Menurut Sharifah Maimunah(2001), pembelajaran konstruktivisme ini
bertitik tolak daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F
Skinner yang mementingkan perubahan tingkah laku ke atas pelajar. Suatu
pembelajaran dianggap berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada
pelajar. Misalannya, daripada tidak tahu kepada tahu. Hal ini, kemudiannya beralih
kepada teori pembelajaran Kognitivisme yang diperkenalkan oleh Jean Piaget di
mana idea utama pandangan ini adalah mental. Semua idea dan imej dalam minda
individu diwakili melalui struktur mental dikenali sebagai skema yang akan
menentukan bagaimana data maklumat yang diterima difahami oleh manusia. Jika
idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima atau sebaliknya. Seterusnya
lahirlah teori pembelajaran Konstruktivisme yang merupakan pandangan terbaru di
mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuan sedia
ada mereka.
Antara pelopor teori konstruktivisme ialah Piaget(1970), Brunner dan Brand
(1966), Dewey (1938) dan Ausubel (1963). Menurut Caprio (1994), McBrien dan
Brandt (1997), dan Nik Aziz (1999) kelebihan teori konstruktivisme ialah pelajar
berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara
pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Pembelajaran terdahulu
dikaitkan dengan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina oleh pelajar sendiri
dengan kemampuan sendiri.
4

Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur


kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan
atau pengalaman baru. Rumelhart dan Norman (1978) menjelaskan seseorang akan
dapat membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan menghubungkan
pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya dan proses ini
dikenali sebagai accretion. Selain itu, konsep-konsep yang ada pada seseorang boleh
berubah selaras dengan pengalaman baru yang dialaminya dan ini dikenali sebagai
tuning. Seseorang juga boleh membina konsep-konsep dalam struktur kognitifnya
dengan menggunakan analogi iaitu berdasarkan pengetahuan yang ada padanya.
Menurut Gagne, Yekovich dan Yekovich (1993) konsep baru juga boleh dibina
dengan menggabungkan konsep-konsep yang sedia ada pada seseorang dan ini
dikenali sebagai parcing.
Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran
kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkan perkara
yang dipelajari dan pengetahuan sedia ada pada mereka. Dalam proses ini, pelajar
dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.
Kajian Sharan dan Sachar (1992), disebut dalam Sushkin (1999)
membuktikan

kumpulan

pelajar

yang

diajar

menggunakan

pendekatan

konstruktivisme telah mendapat pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan


berbanding kumpulan pelajar yang diajar menggunakan pendekatan tradisional.
Kajian Caprio (1994) dan Lieu (1997) turut membuktikan bahawa pendekatan
konstruktivisme dapat membantu pelajar untuk mendapatkan pemahaman dan
pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan.
Menurut

Susan

(1994),

konstruktivisme

bukan

satu

konsep

baru.

Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan
antropologi, psikologi dan pendidikan . Beliau menambah, teori konstruktivisme
ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan
terutamanya dalam mata pelajaran sains dan matematik mulai tahun 1980-an.
Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu
perubahan paradigm daripada pendekatan yang berasaskan teori kognitif .
Model Konstruktivisme yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada lima
fasa seperti berikut :
5

a. Orientasi
Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar
terhadap pelajaran. Cara yang boleh digunakan ialah dengan menunjukkan tayangan
video, gambar, melayari internet, soal jawab dan sebagainya.
b. Pencetusan Idea
Guru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil,
menggunakan kemahiran menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan baru yang akan mereka belajar. Pelajar akan berbincang dalam
kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara
satu sama lain. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau pembimbing dengan
membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk membuat pembelajaran inkuiri.
Pembelajaran secara kolaboratif akan membolehkan pelajar saling bertukar-tukar
idea dan pendapat masing-masing tentang karya yang ingin dihasilkan. Pelajar yang
mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi juga boleh membantu
memudahkan tugas guru sebagai bembimbing rakan sebaya.
c. Penstrukturan semula idea
Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk
membolehkan pelajar mencabar idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan
membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam
fasa ini, daya kreativiti pelajar itu sendiri akan membantu pelajar membuat
pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara urutan. Peranan guru ialah
mengukuhkan konsep atau idea yang tepat.

d. Aplikasi idea
Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan
masalah dalam situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan
menggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar.
e. Refleksi
6

Pelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan


merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea
mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal
mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri,
perbincangan kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap
pemahaman pelajar.
Menurut Ng(1999), konstruktivisme menegaskan proses dalam mana pelajar
mencipta dan mengembangkan idea. Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar
sememangnya digalakkan sentiasa mengembangkan idea utama kepada percambahan
idea-idea baru agar dapat menghasilkan karya yang lebih kreatif, estetik dan
berkualiti. Sebagai contoh, dalam pelajaran teori seni bagi bidang menggambar,
lukisan teknik titik boleh diaplikasikan dalam pelbagai rupa dan bentuk karya lukisan
yang menarik. Teknik menggabungkan titik-titik pada sesuatu lakaran bagi sebuah
lukisan yang ingin dihasilkan akan mempelbagaikan idea pelajar untuk menjadikan
sebuah lukisan 3 dimensi dengan ton gelap kepada cerah berpandukan arah cahaya
yang pelajar sendiri kehendaki. Melalui pembelajaran konstruktif, pelajar akan
memperoleh maklumat, membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan
membezakan ton gelap, sederhana dan cerah serta arah cahaya dan bayang-bayang
objek. Percambahan idea dengan gabungan pelbagai warna menarik menggunakan
magic pen akan memberikan kesan yang sangat menarik dalam karya yang
dihasilkan.
Dalam abad ke-21 ini teori konstruktivisme dikatakan semakin popular. Teori
ini berlatarbelakangkan psikologi dan falsafah dengan mengambil kira bagaimana
seseorang individu membina atau membentuk apa yang dipelajari dan difahami oleh
mereka, (Bruning, Schraw, & Ronning, 1995). Konsep utama konstruktivisme ialah
pengetahuan dibina oleh pelajar dan bukan hanya disebarkan oleh perseorangan
(Driver, Squires, Ruswork & Wood, 1994). Konstruktivis percaya bahawa seseorang
itu adalah aktif dan membina pengetahuan di dalam bilik darjah dengan tujuan dan
keinginan hendak tahu berdasarkan pengalamannya (Brooks & Brooks, 1993;
Fosnot,

1989; Piaget, 1954). Dalam persekitaran ini guru memainkan peranan

sebagai pemudahcara. Pelajar digalakkan untuk menyoal antara satu sama lain dan
membuat hujahan berdasarkan perspektif masing-masing dalam menyelesaikan
7

masalah yang diberi. Pandangan konstruktivisme ini sesuai dengan pengajaran


Pendidikan Seni Visual.
Antara pendekatan konstruktivis dalam pembelajaran ialah teori pengajaran
inkuiri oleh Collins dan Stevens (1993) dan pembelajaran secara penerokaan
(discovery) seperti model kitar pembelajaran (learning cycle) oleh Lawson (1995).
Pendekatan yang dicadangkan oleh kelompok konstruktivis ini adalah berpusatkan
kepada pelajar di mana pembelajaran berlaku hasil usaha atau melalui pengalaman
pelajar sendiri. Konstruktivis percaya bahawa pendekatan pembelajaran secara aktif,
spontan dan arahan kendiri adalah perlu (Lawson, 1995). Oleh kerana nilai seni
sentiasa hidup dan perlu dijiwai, maka pengajaran Pendidikan Seni Visual
sewajarnya adalah sentiasa aktif, kreatif, dinamik, berpusatkan pelajar dan
konstruktif. Maka kedua-dua pendekatan yang dicadangkan oleh Collins dan Stevens
(1993) dan Lawson (1995) adalah sesuai digunakan dalam Pengajaran Pendidikan
Seni Visual.

3.0

ISU / FOKUS KAJIAN


Sebilangan besar pelajar-pelajar Tahun 5 Cemerlang di SK Bako dilihat

belum mampu untuk menghasilkan sesuatu karya lukisan dengan teknik titik yang
betul. Pelajar-pelajar tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini kerana sebelumnya
mereka tidak didedahkan dengan teknik dan cara yang betul dalam penghasilkan
karya lukisan teknik titik. Terdapat sebilangan kecil pelajar di Tahun 5 Cemerlang
yang mampu menghasilkan lukisan titik yang baik sesuai dengan peringkat umur
kanak-kanak 10 hingga 12 tahun. Walaupun demikian, ianya masih perlu diperbaiki
untuk meghasilkan karya yang bermutu.
Lazimnya, pelajar yang boleh menghasilkan lukisan titik yang baik
mempunyai minat dan keinginan yang tinggi terhadap proses perkembangan seni
visual. Mereka dilihat begitu memberi perhatian kepada penerangan guru atau
gambar atau tayangan video yang menunjukkan hasil lukisan teknik titik. Adalah
diharapkan agar melalui kajian ini, pengkaji dapat mengetahui kekuatan dan
kelemahan yang terdapat dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan strategi
pendekatan konstruktivisme.
Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang penting untuk menarik minat
pelajar kepada bidang menggambar, khususnya melukis dengan teknik titik supaya
pelajar dapat mengembangkan bakat yang ada dan seterusnya menjadi seorang yang
berkebolehan dalam bidang tersebut. Memang tidak dinafikan , bukan semua pelajar
akan menjadi pelukis atau artis yang hebat. Itu bukanlah fokus utama dalam kajian
ini malah bukan merupakan objektif utama dalam Pendidikan Seni Visual. Apa yang
lebih penting adalah, pelajar akan dapat menerapkan nilai-nilai apresiasi terhadap
sesuatu karya seni dan menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan melalui aktivitiaktiviti seni visual.
Kajian ini akan menjadi petunjuk yang berguna dalam mengenalpasti
keupayaan serta kesediaan pelajar menerima pengajaran yang lebih sistematik
melalui Model Konstruktivisme. Pelajar-pelajar Tahun Lima Cemerlang yang
dijadikan sampel kajian diharapkan akan mendapat maklum balas positif demi
kebaikan bersama.

Pengkaji juga berhasrat ingin melihat 80% pelajarnya mampu menghasilkan


karya lukisan teknik titik yang lebih baik setelah dibimbing dengan menggunakan
strategi konstruktivisme.

10

4.0

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini sangat penting untuk mengenalpasti adakah strategi pendekatan

konstruktivisme dapat digunakan dengan berkesan dalam pengajaran dan


pembelajaran Pendidikan Seni Visual untuk bidang lukisan teknik titik. Terdapat
banyak kajian yang melibatkan strategi konstruktivisme untuk mata pelajaran sains,
matematik, sejarah, dan reka cipta tetapi kajian melibatkan Pendidikan Seni Visual
adalah amat jarang digunakan. Oleh yang demikian, adalah diharapkan kajian ini
akan dapat menyumbang dalam mempertingkatkan kaedah dan pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual untuk masa akan datang.

11

5.0

OBJEKTIF KAJIAN
5.1

OBJEKTIF UMUM
Diakhir kajian ini pelajar dapat mengembangkan daya kreativitivi

serta mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginasi, kritis, inovatif


dan inventif dalam menghasilkan sesebuah karya seni.

5.2

OBJEKTIF KHUSUS
Kajian

ini

dijalankan

untuk

menentukan

sama

ada

Model

Konstruktivisme diaplikasikan secara sistematik untuk mencapai objektif


berikut:
i.

Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan berkaitan unsur seni dan


prinsip rekaan dalam bidang lukisan teknik titik.

ii.

Pelajar boleh menerima penggunaan teori konstruktivisme dalam


pembelajaran bidang lukisan teknik titik.

iii.

Pelajar menunjukkan minat terhadap Pendidikan Seni Visual khususnya


bidang lukisan teknik titik.

12

6.0

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian

adalah

mengenai

pendekatan

konstruktivisme

dalam

proses

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini amat penting untuk
meningkatkan mutu pengajaran bagi mata pelajaran tersebut dan demi merealisasikan
matlamat dan objektif yang telah ditetapkan dalam Kurikulum Pendidikan Seni
Visual Sekolah Rendah. Keberkesanan pendekatan konstruktivisme juga akan
menjadikan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seiring dengan mata pelajaran
lain dalam pembentukan keperibadian dan sahsiah pelajar secara menyeluruh.
Guru-guru juga mendapat manfaat dari hasil kajian yang mana akan memberi
impak terhadap cara penyampaian guru terhadap isi dan kemahiran kepada pelajar.
Secara tidak langsung, hasil kajian ini akan memartabatkan lagi mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual ke tahap yang lebih tinggi.

13

7.0

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar Tahun 5 Cemerlang di SK Bako,

Kuching yang mempunyai pencapaian berbeza dari segi tahap penerimaan


pembelajaran. Ianya hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja dan tidak menunjukkan
prestasi keseluruhan sekolah dalam Daerah Kuching. Hasil kajian ini boleh
digunakan oleh sekolah-sekolah berdekatan untuk mengajar subjek berkenaan pada
masa akan datang jika terbukti berkesan.

14

8.0

PERSOALAN KAJIAN
i.

Adakah pelajar dapat mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan


dalam karya lukisan teknik titik?

ii.

Adakah teori konstruktivisme memberi kesan terhadap penerimaan


pelajar dalam bidang lukisan teknik titik?

iii.

Mampukah penggunaan teori konstruktivisme menjelaskan tahap


penerimaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bidang lukisan
teknik titik?

15

9.0

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi tujuan meninjau keberkesanan terhadap

penggunaan kaedah pengajaran konstruktivisme di kalangan pelajar Tahun 5


Cemerlang di SK Bako dalam bidang menggambar di bawah tajuk lukisan teknik
titik. Bidang kajian ini merangkumi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian,
instrument kajian serta pengumpulan data untuk penganalisaan data.
9.1

REKABENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan untuk meninjau

penggunaan teori konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran


lukisan titik dengan menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan data
kajian. Menurut McNiff (1988), kajian tindakan merupakan satu pendekatan
untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan
yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,
menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah
amalan-amalan.
Pengkaji

telah

menggunakan

model

penyelidikan

tindakan

berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini menggariskan


empat fasa perkembangan iaitu Fasa 1 menyediakan pelan tindakan untuk
memperbaiki keadaan yang sedang berlaku, Fasa 2 bertindak mengikut pelan
tersebut, Fasa 3 mengumpul dan menganalisa data dan Fasa 4 memerhati
kesan daripada tindakan yang dibuat dalam konteks di mana ia berlaku dan
membuat refleksi. Tempoh penyelidikan tindakan ini dilaksanakan adalah
selama 5 minggu.
9.2

SAMPEL KAJIAN
Seramai 25 orang pelajar di kelas Tahun Lima Cemerlang, SK Bako

telah diambil sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel adalah berdasarkan


Model Krejcie & Morgan (1970). Pelajar-pelajar ini dipilih secara rawak
dengan tahap pencapaian akademik yang berbeza. Sebagai responden,
pelajar-pelajar ini akan diajar bersama-sama dalam satu kelas sahaja. Pelajarpelajar akan dipantau melalui pemerhatian guru dan diminta melengkapkan
borang soal-selidik. Memandangkan kajian ini menggunakan reka bentuk
16

penyelidikan tindakan yang menggunakan kaedah kualitatif, pengkaji akan


menggunakan dua bentuk instrumen yang boleh menyokong kajian ini.
Instrumen kajian ini terdiri daripada Borang Soal Selidik dan Borang
Pemerhatian.
9.3

ALAT KAJIAN

Borang Soal Selidik


Sampel kajian akan diberikan satu Borang Soal Selidik untuk
mendapat maklum balas dan maklumat sekaligus mendapat data kajian.
Soalan soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian di mana setiap bahagian
mengandungi 5 soalan. Responden dikehendaki mengisi borang dengan
pernyataan Ya atau Tidak sahaja. Borang Soal Selidik dan Pemerhatian
akan diberikan kepada responden selepas 5 minggu sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Borang Pemerhatian
Sampel kajian akan dipantau melalui pemerhatian berstruktur.
Responden akan dinilai dari segi pemerolehan ilmu pengetahuan, kaedah
pengajaran guru dan minat serta sikap pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Setiap perubahan akan dicatat sebagai data yang akan
digunakan dalam kajian. Keadaan kesihatan dan emosi pelajar tidak akan
diambil kira sebagai data kajian. Pemerhatian dilakukan sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam tempoh kajian.
9.4

PROSEDUR KAJIAN
Kajian

pembelajaran

dijalankan
(rawatan)

dengan
selama

menjalankan
5

minggu

sesi

dengan

pengajaran

dan

mengaplikasikan

pengajaran menggunakan teori konstruktivisme kepada 25 orang pelajar


Tahun 5 Cemerlang yang dipilih sebagai responden kajian. Pengkaji akan
membuat pemerhatian dari segi pemerolehan ilmu, penerimaan pelajar
terhadap pengajaran guru serta minat dan kecenderungan pelajar terhadap
tajuk lukisan teknik titik sepanjang tempoh kajian ini berjalan. Di akhir
kajian, responden akan diberikan Borang Soal Selidik dan Pemerhatian untuk
17

mendapatkan maklumat yang diperlukan sebagai data mentah. Hasil dapatan


kajian akan dianalisis menggunakan perisian MS Excel untuk mendapatkan
keputusan kajian.

18

10.0

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil

Aktiviti

Tarikh
pelaksanaan

1.

Perjumpaan dengan penyelia dan Mengenal pasti

27.06.2015

masalah / isu yang hendak dikaji.


2.

Menulis proposal kajian

01.07.2015

3.

Menghantar proposal kajian kepada penyelia.

01.08.2015

4.

Merancang tindakan (individu / panitia PSV)

15.09.2015

5.

Pelaksanaan minggu pertama 60 minit

22.09.2015

6.

Membincangkan masalah yang timbul dalam

23.09.2015

pelaksanaan kajian minggu pertama.


7.

Pelaksanaan minggu kedua 60 minit

06.10.2015

8.

Membincangkan masalah yang timbul dalam

07.10.2015

pelaksanaan kajian minggu kedua.


9.

Pelaksanaan minggu ketiga 60 minit

13.10.2015

10.

Membincangkan masalah yang timbul dalam

14.10.2015

pelaksanaan kajian minggu ketiga.


11.

Pelaksanaan minggu keempat 60 minit

20.10.2015

12.

Membincangkan masalah yang timbul dalam

21.10.2015

pelaksanaan kajian minggu keempat.


13.

Mengisi Borang Soal Selidik dan Pemerhatian pada


minggu kelima
19

27.10.2015

14.

Membuat rumusan berdasarkan data diperolehi.

06.11.2015

15.

Refleksi kajian dan menulis laporan kajian

11.11.2015

16.

Tarikh penghantaran tesis kepada penyelia

15.03.2016

20

11.0

KESIMPULAN
Kajian ini adalah tentang penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam

menghasilkan lukisan teknik titik bagi pelajar-pelajar Tahun 5 Cemerlang, SK Bako,


Kuching. Kajian ini menekankan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk
memperolehi data kajian yang tepat bagi memperbaiki mutu dan kualiti melalui
perubahan yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan
kesemua 25 orang pelajar sebagai sampel kajian dari Tahun 5 Cemerlang bagi
mendapatkan data mentah. Instrumen kajian akan menggunakan borang soal selidik
dan borang pemerhatian yang akan diisi sendiri oleh responden. Namun demikian,
data yang akan diperolehi daripada setiap responden adalah berupa pernyataan YA
atau TIDAK dan tidak menggunakan skala likert. Kesemua data mentah yang
diperoleh, akan dirumus dengan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan laporan
keseluruhan yang lebih jelas sebagai dapatan kajian.

21

12.0

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) Modul Pembelajaran Secara


Konstruktivisme. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mohd. Majid Kontig (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa
Dan Pustaka Kuala Lumpur.
Nik Azis Nik Pa (1999). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam
Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya Dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Modul Pembelajaran Secara
Konstruktivisme . Pusat Perkembangan Kurikulum.
Noraini Mohamed (2004) . Sejauh Manakah Model Konstruktivisme 5-Fasa
Needham Dipraktikkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Di
Sekolah. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Chang H.W. (1997). Teori Seni Tampak: Asas Seni Reka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diane S. Samsudin, Hanafi Atan, Guan S.K , Mohd Zubir M Jafri, Ong L.K.
dan Rozhan M. Idrus, Kesan Pembelajaran Konstruktivisme Berasaskan
Laman Web Di Kalangan Pelajar Fizik Universiti Sains Malaysia.

22

www.sajadstudio.info/artikal/teoripemb_psv10.0

DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini pengkaji akan menunjukkan bagaimana data mentah yang
diperolehi daripada hasil kajian diproses dan dianalisa. Pengkaji menggunakan soal
selidik dan pemerhatian untuk mengumpul data dan seterusnya diproses
menggunakan aplikasi MS Excell untuk mendapatkan keputusan kajian.
10.1

Perbandingan peratusan terhadap pengetahuan tentang unsur seni dan


prinsip rekaan bagi bidang lukisan titik.

YA / TIDAK

BILANGAN

PERATUS (%)

RESPONDEN
YA

23

92%

TIDAK

8%

JUMLAH

25
Jadual 10.1.1 Adakah anda tahu melukis ?

100%

Berdasarkan data yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan 92 peratus


responden menjawab YA untuk soalan pengetahuan responden tentang kemahiran
melukis. Ini disebabkan kebanyakkan responden telah didedahkan dengan lukisan
dalam bidang menggambar sejak dari Tahun 1 lagi. 8 peratus responden lagi
menjawab TIDAK untuk soalan pengetahuan tentang pengetahuan melukis. Ini
kerana 2 responden tersebut sebenarnya mempunyai masalah pembelajaran yang
melibatkan psikomotor dan mengalami masalah lambat dalam proses pembelajaran.
Pengetahuan tentang kemahiran melukis atau melakar merupakan salah satu
pengetahuan paling penting dalam Pendidikan Seni Visual terutama sekali dalam
aktiviti menggambar. Perbandingan Ini menunjukkan seramai 23 responden
menggunakan pengetahuan sedia ada yang mereka pelajari dan digabungjalinkan
dengan pengetahuan baru manakala 2 responden lagi masih kabur dengan
pengetahuan melukis dalam bidang menggambar.

YA / TIDAK

BILANGAN

PERATUS (%)

RESPONDEN
YA

10
23

40%

TIDAK

15

60%

JUMLAH
25
100%
Jadual 10.1.2 Adakah anda faham tentang ton gelap kepada cerah ?
Terdapat 40% responden memberikan jawapan YA untuk soalan tentang
ton gelap kepada cerah, sementara 60% responden lagi menjawab TIDAK.
Terdapat sedikit perbezaan yang tidak begitu ketara dari segi jumlah dan peratus
responden yang menjawab YA atau TIDAK untuk soalan ini. Responden terdiri
dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Oleh yang demikian diandaikan responden
mempunyai tahap penerimaan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Menurut
Henich, Molenda, Russel dan Samaldino.(1999) seperti yang dipetik dari
www.sajadstudio.info , menyatakan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme
menekankan bahawa manusia memperoleh pengetahuan hasil dari usaha-usaha
mentalnya. Konstruktivisme melibatkan pelajar ke dalam pengalaman yang
bermakna di mana pelajar menginterpretasikan sendiri maklumat tanpa mengikut apa
yang dipetakan oleh orang lain.

YA/TIDAK

BILANGAN

PERATUS(%)

RESPONDEN
YA

10

40%

TIDAK

15

60%

JUMLAH
25
100%
Jadual 10.1.3 Adakah anda tahu teknik lukisan titik ?
Hasil soal selidik juga menunjukkan bahawa terdapat sedikit perbezaan di
kalangan responden tentang teknik lukisan titik. 10 responden menjawab YA
sementara 15 responden menjawab TIDAK. Melalui pemerhatian yang dilakukan
mendapati sebahagian daripada responden dapat menghasilkan lukisan titik mengikut
teknik yang telah ditunjukkan oleh guru atau tayangan video dari Youtube dan
melalui gambar. Terdapat juga responden yang masih berusaha menghasilkan lukisan
titik dengan teknik-teknik yang ditunjukkan. Menurut Ng.(1999), konstruktivisme
menegaskan proses di mana pelajar mencipta dan mengembangkan idea. Melalui
pengalaman dan proses cuba jaya, pelajar akan meningkatkan kemahiran dan mampu
24

mencipta sesuatu yang baru. Menguasai sesuatu kemahiran memerlukan masa dan
tempoh yang tertentu mengikut tahap pencapaian pelajar.

YA/TIDAK

BILANGAN

PERATUS (%)

RESPONDEN
YA

20%

TIDAK

20

80%

JUMLAH
25
100%
Jadual 10.1.4 Adakah anda tahu unsur seni dan prinsip rekaan ?
Jadual 10.1.4 menunjukkan hanya 5 responden atau 20% sahaja tahu tentang
unsur seni dan prinsip rekaan. 80% atau 20 responden mengatakan tidak tahu.
Terdapat perbezaan yang begitu ketara dari segi jumlah responden yang menjawab
YA dan TIDAK untuk soalan ini. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kurang
kefahaman pelajar tentang unsur seni dan juga prinsip rekaan. Ini kerana tajuk unsur
seni dan prinsip rekaan merupakan tajuk yang luas dan memerlukan penelitian dan
pemahaman yang mendalam. Melalui pemerhatian pengkaji mendapati pelajar boleh
menghasilkan lukisan titik yang menunjukkan adanya unsur seni dan prinsip rekaan
yang tanpa mereka sedari. Responden akan memahami tentang unsur seni dan prinsip
rekaan melalui penerokaan dan pembacaan yang lebih meluas samada melalui media
massa, internet, rancangan televisyen dan sebagainya.

YA/TIDAK

BILANGAN

PERATUS (%)

RESPONDEN
YA
TIDAK
JUMLAH
25
100%
Jadual 10.1.5 Adakah anda boleh menghasilkan karya lukisan titik sendiri ?
Dapatan kajian melalui soal selidik mendapati, seramai 20 orang responden
boleh menghasilkan karya lukisan titik sendiri atau sebanyak 80% manakala 4 orang
responden menyatakan tidak. Jika dilihat secara kuanlitatif, perbezaan di antara
25

kedua-dua responden yang memberikan jawapan ya dan tidak adalah besar. Ini boleh
dijelaskan dengan mengambil kira tahap pencapaian responden terhadap kemahiran
dan pengetahuan yang diajar. Kebanyakan responden yang menjawab YA,
menunjukkan minat terhadap aktiviti lukisan titik dan mereka berusaha menghasilkan
karya yang terbaik manakala responden yang menyatakan tidak boleh bukan
bermakna mereka memang tidak boleh menghasilkan karya sendiri. Kumpulan
responden ini, jika diperhatikan masih belum menguasai kemahiran yang diperlukan
dalam penghasilan karya lukisan titik. Melalui tempoh dan masa yang tertentu,
mungkin mereka akan dapat melakukan yang lebih baik. Pembelajaran secara
konstruktivisme menumpukan pemusatan kepada pelajar di mana pembelajaran
berlaku hasil usaha atau melalui pengalaman pelajar sendiri. Oleh yang demikian,
tempoh kajian yang dijalankan tidak boleh menjadi kayu pengukur sebenar
keupayaan responden yang dikaji. Ianya mengikut tahap dan kesediaan mereka
masing-masing.
9.2

Perbandingan

peratusan

terhadap

responden

tentang

kaedah

pengajaran guru.
Dalam kajian yang dijalankan, kaedah pengajaran dan pembelajaran
konstruktivisme telah ditekankan. Seseorang guru telah mempraktikkan pendekatan
konstruktivisme sekiranya

melakukan perkara seperti memberi peluang kepada

pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep, semua pandangan pelajar


dihormati dan tidak dipandang rendah, pelajaran berpusatkan pelajar, aktiviti
berasaskan hands-on dan minds-on. Guru juga tidak menyampaikan maklumat
secara terus kepada pelajar dan pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan
guru.

YA/TIDAK

BILANGAN

PERATUS (%)

RESPONDEN
YA

15

75%

TIDAK

25%

JUMLAH
20
100%
Jadual 9.2.1 Guru membuat demonstrasi semasa mengajar?
26

Berdasarkan Jadual 9.2.1 di atas, terdapat seramai 15 orang

atau 75%

responden menyatakan guru membuat demonstrasi semasa pengajaran . Dalam hal


ini, guru hanya membuat demonstrasi dan pelajar akan melakukan sendiri aktiviti
lukisan titik dengan berpandukan apa yang telah ditunjukkan dengan cara dan teknik
mereka sendiri. Guru bertindak sebagai fasilitator sahaja. Melalui hands-on,
pelajar akan berasa lebih dekat dengan apa yang mereka lakukan dan secara tidak
langsung akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Demonstrasi

adalah salah satu kaedah di mana guru sebagai fasilitator akan memberikan tips dan
cara melakukan aktiviti. Ianya juga merupakan kaedah yang boleh memberikan
motivasi kepada pelajar untuk melakukan yang terbaik.

YA/TIDAK

BILANGAN

PERATUS(%)

RESPONDEN
YA

14

70%

TIDAK

30%

JUMLAH
20
100%
Jadual 9.2.2 Adakah guru menjadi pembimbing dalam proses pengajaran ?
Semasa

proses

pengajaran

teknik

lukisan

titik

dengan

kaedah

konstruktivisme, pelajar dibiarkan membina pengetahuan dan kemahiran yang


hendak diterapkan dengan sendiri melalui proses cuba jaya, inkuiri penemuan dan
juga kerja kumpulan. Guru pada peringkat ini hanyalah sebagai pembimbing sahaja.
14 orang responden bersetuju dengan penyataan guru hanya menjadi pembimbing
semasa proses pengajaran iaitu 70% berbanding 30% yang tidak bersetuju. Oleh
itu ,bolehlah dijelaskan bahawa jumlah responden yang menjawab YA melebihi
jumlah responden yang menjawab TIDAK. Oleh kerana nilai seni sentiasa hidup dan
perlu dijiwai, maka pengajaran Pendidikan Seni Visual khasnya bidang lukisan titik
sewajarnya adalah sentiasa aktif, kreatif, dinamik, berpusatkan pelajar dan
konstruktif.

YA/TIDAK

BILANGAN

PERATUS(%)

RESPONDEN
YA

16
27

80%

TIDAK

20%

JUMLAH
20
100%
Jadual 9.2.3 Adakah guru membenarkan pelajar menghasilkan karya sendiri ?
Merujuk kepada Jadual 9.2.3, mendapati sebanyak 80% responden iaitu 16/20
menyatakan guru membenarkan pelajar menghasilkan karya lukisan titik sendiri
sementara 20% responden yang mewakili 2/20 orang menyatakan tidak. Jelas di sini
menampakkan kaedah pengajaran guru memberikan ruang dan peluang kepada
pelajar untuk meneroka teknik lukisan titik selain dari teknik yang telah ditunjukkan.
Pelajar akan mencuba pelbagai teknik dan cara yang berlainan dalam menghasilkan
karya lukisan titik yang berbeza-beza. Selain itu, kaedah pengajaran guru
menunjukkan bahawa guru mengamalkan teori konstruktivisme dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari kaedah pengajaran ini tidak dapat diukur
secara kuantitatif tetapi dinilai melalui hasil kerja pelajar dari segi penerapan nilai
dan estetika seni, sahsiah dan sikap pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan.
Konstruktivisme adalah berasaskan kepada premis bahawa kita semua membina
perspektif tentang dunia melalui pengalaman individu dan skema. Oleh itu, melalui
proses pengulangan dan pemantapan, skema akan membentuk konsep.

YA/TIDAK

BILANGAN

PERATUS(%)

RESPONDEN
YA

40%

TIDAK

12

60%

JUMLAH
20
100%
Jadual 9.2.4 Adakah guru tidak memberi jawapan kepada soalan yang ditanya
?
Dalam kaedah konstruktivisme, guru bertindak sebagai pembimbing dan
bukan pemberi maklumat. Pelajar dikehendaki meneroka sendiri untuk mendapatkan
jawapan bagi sesuatu soalan. Oleh kerana responden yang menjadi sampel kajian
terdiri dari pelbagai aras kecerdasan maka timbullah keadaan di mana mereka perlu
diberikan sedikit bantuan supaya dapat memahami apa yang diajar. Hasil soal selidik
mendapati bilangan responden yang menjawab TIDAK (60%) mengatasi bilangan
28

yang menjawab YA (40%). Dalam hal ini, hasil kajian mendapati jumlah responden
yang menjawab YA dan TIDAK menampakkan perbezaan yang ketara. Brooks &
Brooks, 1993: Fosnot, 1989, Piaget ,1954, menjelaskan , seseorang pelajar itu adalah
aktif dan membina pengetahuan di dalam bilik darjah dengan tujuan dan keinginan
hendak tahu berdasarkan pengalaman. Guru memainkan peranan sebagai
pemudahcara sahaja.
9.3

Perbandingan peratusan responden mengenai minat terhadap lukisan


titik.

Bil
1.

Soalan
Pengkaji

suka

belajar

dengan

mencuba sendiri ?
2.

Pengkaji suka cara guru mengajar


teknik lukisan titik ?

3.

Cara guru mengajar menjadikan


pengkaji lebih meminati PSV?

4.

Pengkaji lebih banyak belajar


dengan cara yang digunakan oleh
guru?

5.

PSV adalah mata pelajaran yang


menyeronokkan?

6.

Pengkaji

lebih

menghasilkan

yakin

untuk

lukisan

titik

YA

TIDAK

BEZA

15

10

75%

25%

50%

16

12

80%

20%

60%

18

16

90%

10%

80%

17

14

85%

15%

70%

18

16

90%

10%

80%

15

10

75%
25%
50%
sekarang?
Jadual 9.3.1 Kecenderungan dan minat pelajar terhadap Pendidikan Seni
Visual.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari soal selidik tentang minat dan
kecendungan pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual amnya dan bidang lukisan titik
khasnya, dapat diperhatikan yang bilangan responden yang menjawab YA bagi lapan
29

soalan yang berkaitan adalah sangat ketara. Untuk soalan 1, Pengkaji suka belajar
dengan cara sendiri, 15 orang responden atau 75% menjawab YA dan 5 responden
atau 25% menjawab TIDAK. Dari pemerhatian, responden menunjukkan minat
untuk menghasilkan lukisan titik setelah ditunjukkan hasil karya oleh orang lain dari
internet dan juga gambar. Responden lebih gemar melakukan sendiri karya kerana
mereka berasa lebih bebas dan tidak terkongkong. Pengajaran konstruktivisme
menekankan kepada pengajaran berpusatkan pelajar dan dapatan kajian menjelaskan
mengenai teori tersebut.
Bagi soalan 2, seramai 16 orang atau 80% responden menyatakan YA.
Responden yang bersetuju dengn penyataan tersebut mengatasi bilangan yang tidak
bersetuju. Ini jelas menunjukkan responden suka dengan teknik dan cara yang
digunakan oleh guru untuk mengajar lukisan titik. Kaedah yang digunakan oleh guru
banyak memberikan ruang kepada pelajar untuk meneroka teknik-teknik lukisan titik
melalui demonstrasi dan juga tayangan video. Melalui pemerhatian yang dijalankan
ke atas responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, didapati mereka sangat
berminat dengan cara sesuatu karya lukisan titik dihasilkan secara berperingkat.
Pengkaji sendiri telah menggunakan tayangan video untuk belajar teknik lukisan titik
terutamanya cat air. Dengan cara ini, pengkaji berasa ianya lebih seronok dan mudah
untuk diikuti Andaian ini boleh dibuat terhadap responden . Responden juga berasa
lebih seronok dan lebih faham apa yang hendak disampaikan.
Bagi soalan 3, peratusan responden yang menjawab ya adalah sangat tinggi iaitu
90%. Ini dapat ditafsirkan bahawa kebanyakan responden sangat berminat dengan
kaedah guru mengajar Pendidikan Seni Visual terutama sekali dengan teknik lukisan
titik air. Responden juga melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran .
Kecenderungan pelajar terhadap satu-satu mata pelajaran sangat dipengaruhi oleh
cara dan kaedah yang digunakan oleh guru dalam penyampaian isi pelajaran. Selain
itu guru juga perlu menguasai kemahiran yang perlu dalam sesuatu bidang dan
menyampaikan ilmu tersebut dengan cara yang paling mudah untuk diterima oleh
pelajar.
Bagi soalan 4, terdapat 17 orang responden atau 85% bersetuju dengan
pendapat bahawa mereka lebih banyak belajar dengan cara yang digunakan guru
untuk mengajar Pendidikan Seni Visual ,teknik lukisan titik 8 orang atau 15% pula
30

diandaikan tidak bersetuju kerana mereka belum lagi menguasai sesuatu kemahiran
yang diperlukan dalam penghasilan lukisan titik. Dari pemerhatian pengkaji,
kebanyakan responden yang menjawab tidak mempunyai latar belakang akademik
yang lemah.
Soalan 5 pula adalah berkaitan dengan minat responden terhadap Pendidikan
Seni Visual khasnya teknik lukisan titik. Hasil kajian mendapati 18 orang atau 90%
responden menjawab ya dan hanya 2 orang atau 10% responden menjawab
tidak. Bilangan responden yang menyatakan Pendidikan Seni Visual adalah mata
pelajaran yang menyeronokkan mengatasi bilangan responden yang tidak setuju.
Pada hakikatnya, mata pelajaran PSV di sekolah rendah sememangnya sangat
diminati oleh pelajar. Ini kerana melalui mata pelajaran ini, pelajar dilihat bebas
berkarya dan berinteraksi dengan guru dan rakan sekelas. Namun tidak semua pelajar
berasa seronok disebabkan oleh pendekatan yang digunakan oleh guru yang lebih
banyak menggunakan cara mewarna gambar sahaja setiap kali mengajar mata
pelajaran PSV. Pendekatan yang pelbagai perlu untuk mengajar Pendidikan Seni
Visual supaya pelajar dapat mengekalkan minat dan keseronokan belajar dan
seterusnya akan menjadi lebih kreatif.
Bagi soalan 6 yang menyoal tahap keyakinan responden dalam menghasilkan
karya lukisan titik, hasil soal selidik mendapati 15 responden atau 75% menjawab
YA berbanding 5 atau 25% responden memberikan jawapan TIDAK. Melalui
dapatan ini, bolehlah diandaikan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran
berasaskan teori konstruktivisme telah meningkatkan keyakinan responden untuk
menghasilkan karya lukisan titik sendiri. Pembelajaran dengan teori konstruktivisme
merupakan satu kaedah pembelajaran yang memerlukan pelajar membuat refleksi
dan mengaplikasikan pengetahuan yang mereka telah pelajari. Oleh yang demikian,
pelajar perlu diberikan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu kemahiran
dengan cara cuba jaya.

31

11.0

Rumusan Kajian
Kajian

ini

dijalankan

untuk

mengenalpasti

sejauh

manakah

teori

konstruktivisme mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar terhadap


teknik lukisan titik, menentukan keberkesanan pengajaran guru menggunakan kaedah
konstruktivisme dan menilai tahap penerimaan serta minat pelajar terhadap
Pendidikan Seni Visual khususnya dalam bidang lukisan titik.
Hasil kajian menunjukkan terdapat perubahan yang ketara dalam kalangan
pelajar setelah rawatan iaitu diajar dengan kaedah konstruktivisme selama lapan
minggu. Dapatan kajian diperolehi dari hasil soal selidik dan juga pemerhatian secara
konsisten sepanjang tempoh kajian. Responden yang terdiri dari pelajar Tahun 5
seramai 20 orang telah dipilih secara rawak berdasarkan latar belakang pengetahuan
sedia ada yang pelbagai.
Kajian menunjukkan peratusan responden yang menjawab YA bagi objektif
kajian untuk menentukan peningkatan kemahiran dan pengetahuan pelajar adalah
melebihi peratusan yang memberikan jawapan TIDAK. Ini dapatlah dirumuskan
bahawa tahap peningkatan kemahiran dan pengetahuan pelajar menampakkan
perubahan yang ketara setelah didedahkan dengan teori konstruktivisme dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Bagi objektif kajian untuk menentukan keberkesanan pengajaran guru
menggunakan kaedah konstruktivisme pula, responden telah menjawab YA
melebihi responden yang menjawab TIDAK bagi tiga dari empat soalan yang
berkaitan. Ini menunjukkan kaedah pengajaran guru diterima baik oleh pelajar dan
merupakan satu petanda positif ke arah kebaikan dalam pedagogi bagi mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual itu sendiri.
Bagi menjawab objektif kajian yang ketiga iaitu, mengenalpasti tahap
penerimaan dan minat pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual , khususnya bidang
lukisan titik, peratusan responden yang menjawab YA juga melebihi peratusan yang
menjawab TIDAK untuk enam daripada enam soalan yang diberikan. Hasil soal
selidik menjelaskan pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme mampu
meningkatkan minat dan penerimaan pelajar pada mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual. Ini kerana, konstruktivisme memberikan kebebasan kepada pelajar untuk
32

meluahkan idea dan bakat masing-masing di dalam kelas. Kaedah ini mungkin
nampak seperti pelajar tidak belajar dan kelas tidak terkawal, tetapi secara realitinya,
pelajar lebih cenderung untuk belajar dengan cara ini, terutama sekali untuk mata
pelajaran PSV. Secara umumnya, penggunaan teori konstruktivisme boleh digunakan
dalam pengajaran bidang lukisan titik dan boleh juga digunakan untuk mengajar
bidang lain.

12.0

Cadangan kajian seterusnya


Dengan adanya kajian yang dijalankan oleh pengkaji untuk menentukan

keberkesanan teori konstruktivisme dalam bidang lukisan titik maka adalah


diharapkan agar menyusul lebih banyak lagi kajian penyelidikan yang berkaitan
dengan bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual khususnya di peringkat sekolah
rendah.
Kajian penyelidikan yang dijalankan merupakan asas untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan penyelidikan pada masa akan datang
khasnya bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Antara cadangan kajian
seterusnya adalah penyelidikan tentang keberkesanan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dalam meningkatkan kemahiran dan minat pelajar terhadap apresiasi
seni dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah. Kajian ini dilihat amat penting
untuk mengukur sejauh mana kurikulum Dunia Seni Visual yang digubal mampu
meningkatkan minat pelajar dalam Pendidikan Seni Visual.

33

Senarai Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) Modul Pembelajaran Secara
Konstruktivisme. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mohd. Majid Kontig (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa
Dan Pustaka Kuala Lumpur.
Nik Azis Nik Pa (1999). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam
Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya Dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Modul Pembelajaran Secara
Konstruktivisme . Pusat Perkembangan Kurikulum.
Noraini Mohamed (2004) . Sejauh Manakah Model Konstruktivisme 5-Fasa
Needham Dipraktikkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Di
Sekolah. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Chang H.W. (1997). Teori Seni Tampak: Asas Seni Reka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diane S. Samsudin, Hanafi Atan, Guan S.K , Mohd Zubir M Jafri, Ong L.K.
dan Rozhan M. Idrus, Kesan Pembelajaran Konstruktivisme Berasaskan
Laman Web Di Kalangan Pelajar Fizik Universiti Sains Malaysia.
www.sajadstudio.info/artikal/teoripemb_psv
34

Anda mungkin juga menyukai