Anda di halaman 1dari 6

Ebook ini di sediakan bagi membantu bakal pembeli hartanah memahami

PROSES membeli hartanah secara asasnya.

Turut di sertakan GAMBARAJAH FLOW pembelian hartanah bagi


memudahkan pembeli melihat gambaran proses pembelian sesuatu
hartanah. Dari mula hingga akhir proses.

Perhatian: Ebook PERCUMA ini hanya mempunyai 6 muka surat. Dan


memerlukan masa kurang 7 minit 50 saat untuk di habiskan. Harap anda dapat
baca sampai habis dan mendapat manfaat serta ilmu baru.

Anda dipersilakan SHARE kan LINK download ebook ini.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi download.

Hakcipta Terpelihara –Zhafir Razak ©2015


1. SEMAKAN
Sebagai pembeli, pertama sekali anda harus semak status

i) CCRIS & CTOS anda. Laporan CCRIS ini boleh di dapati dari Bank
Negara Malaysia.

ii) Loan anda – berapa max loan yang anda boleh mohon. Boleh
semak dgn banker, agent (pengiraan DSR @ Debt Service Ratio)

iii) Kewangan dan simpanan anda. Untuk memiliki hartanah subsale,


anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya 15% tunai.

Pecahan nya seperti table di bawah.

10% adalah untuk deposit (jika loan bank 90%) dan +5% untuk legal
fee, loan,duty setem dan etc.

Contoh property berharga RM300,000.00:

1. 10% deposit RM30,000.00


2. SPA legal fees + loan legal fees RM10,500.00
3. Lain-lain kos RM 4,500.00
Jumlah RM45,000.00

Nota penting: Untuk pembelian hartanah pertama anda di benarkan


keluar KWSP secara lumpsum. Namun wang KWSP hanya boleh di
keluarkan selepas menandatangani perjanjian S&P. Jadi anda perlu
sediakan terlebih dahulu 15% tersebut.

Bagi pembelian hartanah ke-2 KWSP hanya di benarkan keluar untuk


installment bulanan (kecuali rumah pertama telah di jual).

Hakcipta Terpelihara –Zhafir Razak ©2015


2. PROCEDURE
Baik berikut adalah procedure pembelian hartanah dari awal hingga
akhir: -

1. Lantik agent (Perunding Hartanah berdaftar)

2. Pilih rumah yang anda idamkan (mengikut bajet, loan &

matlamat)

3. Buat temujanji untuk viewing rumah tersebut.

4. Pembeli membayar deposit 3.18% dari harga jual

(earnest deposit)

5. Pembeli menandatangani borang Letter Of Offer To Purchase(LOF)

sebagai tanda setuju membeli.

6. Agen akan membawa LOF tersebut kepada penjual untuk di

tandatangani. Selepas itu agen akan menghantar borang LOF ke

agensi dan mendapatkan resit rasmi bagi bayaran deposit.

7. Agen akan memberi:

 1 salinan LOF
 1 salinan IC penjual
 Salinan Sale & Purchase Agreement (S&P) asal penjual
 Resit bayaran deposit

kepada pembeli sebagai persediaan S&P baru.

8. Lantik lawyer S&P dan buat permohonan loan.

Hakcipta Terpelihara –Zhafir Razak ©2015


9. S&P perlulah siap di stamping dalam masa 14 hari bekerja

(3 minggu). Sebelum tandatangani S&P, pembeli perlu membayar

baki 6.82% deposit (daripada harga jual).

10. Pembeli juga perlu sediakan 5% legal fee dan membayar kepada

peguam yang telah di lantik (SPA legal fees & loan legal fees).

11. Sekiranya pembeli membeli di atas Nilai pasaran (over market

value), baki beza bayaran hendaklah di buat sebelum bank

pembeli membayar baki pinjaman kepada penjual

(kebiasaannya 1 – 2 bulan selepas menandatangani S&P).

12. Selepas menandatangani S&P, segala urusan jual beli akan di

uruskan oleh pihak peguam. Pembeli boleh rujuk pada peguam

S&P yang di lantik.

13. Setelah urusan pertukaran hakmilik selesai, anda akan menerima

kunci dan hartanah tersebut sudah boleh di duduki. Selesai.

Nota: Jangka masa pertukaran hakmilik bergantung kepada title

hartanah tersebut. Kebiasaannya mengambil masa 5-6 bulan bagi

title leasehold. Freehold lebih cepat (3-4 bulan) berbanding

leasehold kebiasaannya. Bagaimanapun, jika terdapat halangan

seperti Consent & Kaveat jangka masa proses pertukaran hakmilik

mungkin menjadi lebih panjang.

Hakcipta Terpelihara –Zhafir Razak ©2015


3. Gambarajah Proses
Tak suka (Pilih yang lain)

Lantik agen Pilih rumah


(Ikut kemampuan & Set temujanji viewing
(Perunding Hartanah) Suka /
matlamat) (Bersama agen)
-semak loan,CCRIS & Tak suka
CTOS Semak DSR & pastikan
Tunai 15% ada.
Suka
Tandatangan S & P Loan
(Buat bayaran baki approve Terima dokuman dari Tandatangan LOF Proceed booking
6.82% deposit + ready agen dan lantik peguam (Pada masa sama submit 3.18% earnest deposit
legal fee 5% S & P. loan ke banker) (atas nama agency)

Nota 1: Jangka waktu pertukaran hakmilik Nota 2: Legal 5% termasuk lawyer S&P, loan,
Bank pembeli membayar hartanah bergantung kepada title hartanah stamp duty etc. Adalah di nasihatkan peguam
baki pinjaman kepada dan juga sekatan (sekiranya ada). di lantik secara berasingan bagi pembeli dan
penjual . (1-2 bln slps S&P) Leasehold: Anggaran 5-6 bulan penjual bagi mengelakkan urusan menjadi
Freehold : Anggaran 3-4 bulan berat sebelah.

Urusan jual beli di urus Urusan jual beli dan Terima kunci.
oleh peguam di lantik pindahmilik selesai. Tamat.
Moga info-info ini dapat membantu melancarkan proses pemilikan hartanah
idaman anda.

Sekiranya anda rasa ebook ini BERMANFAAT, harap anda dapat SHARE kan link
ebook ini pada rakan-rakan anda.

Zhafir Razak

Perunding Hartanah

Tel/whatsapp/Telegram : +6019-574 6649

FB: Muhammad Zhafir

Dah Like Page saya?: Cari Rumah Pertama 


https://www.facebook.com/pages/Cari-Rumah-Pertama/844166922345977

Anda Mencari Rumah Idaman? Biar saya bantu anda.


Picit link -- > http://goo.gl/forms/S2j4qsJhrb

Hakcipta Terpelihara –Zhafir Razak ©2015

Anda mungkin juga menyukai