Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Pada
masa kegemilangannya, Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang
kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan
Asia Barat. Melaka juga terkenal dengan cerita mitos kepahlawanan Hang Tuah dan
kawan-kawan. Ini membuatkan Melaka lebih aman pada ketika itu. Keadaan ini
membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi
perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama
yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri
telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah
Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke
tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada
tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan
penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah
Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan
pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit
menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat
perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British.
Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk
Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat
pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya,
muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat
nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk
menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah
membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu
Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan
sendiri. Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan
penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun
1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu.
Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah
kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk
menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan
memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British
mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960). Keganasan PKM tidak
berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British
selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union.
Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada
penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan

lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah


berkerajaan sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan
penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan
mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu
mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina
dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani
pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka
pada 31 Ogos 1957. Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung
dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura.
Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei,
Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah
negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Anda mungkin juga menyukai