Anda di halaman 1dari 2

LANGKAH-LANGKAH PENEROKAAN SUMBER SECARA TERANCANG

Sumber Tanih

 Kawasan pertanian diperluas dengan menebus guna kawasan bekas lombong bijih timah.
 Kawasan tanih pasir dibaja dengan baja kimia dan najis haiwan.
 Contoh: - Lembah Kinta ditanami sayur-sayuran
-Sekitar Ipoh ditanami buah-buahan
 Menebus guna kawasan bekas lombong bijih timah untuk dijadikan kawasan perumahan
dan taman tema.
 Contoh: -Bandar Sunway
-Sunway lagoon
 Menebus guna kawasan paya untuk penanaman padi dengan sistem pengairan yang baik.
 Contoh: -Tanjung Karang
-Paya Besar
 Penambakan pinggir laut untuk pembinaan hotel, kedai, dan sebagainya.
 Contoh -Bandar Hilir Melaka
-Seberang Perai
 Penanaman sayur-sayuran secara berteres.
 Contoh: -Tanah Tinggi Cameron
-Kundasang
 Tanaman secara hidroponik.
 Penggunaan teknik pertanian moden.

Sumber Hutan
 Penubuhan lading hutan yang ditanam dengan spesies pokok yang cepat tumbuh seperti
akasia, batai, dan sesenduk.
 Penghutanan semula di kawasan hutan yang ditebang.
 Contoh: -Ladang Hutan di Hutan Simpan Kemasul
-Bukit Tinggi
 Kawasan bekas lombong ditebus guna dan ditanami spesies pokok akasia,gelam, batai
dan sebagainya.
 Membekalkan kayu balak pada masa depan.
 Contoh: -Batang Berjuntai
 Rawatan silvikultur menambahkan pengeluaran kayu balak
 Pokok-pokok berharga dibiarkan tumbuh,pokok tidak bernilai ditebang.
 Pewartaan hutan simpan dan tanam Negara untuk melindungi tumbuh-tumbuhan semula
jadi dan hidupan liar.
 Penebangan hutan dan pemburuan haiwan adalah tidak dibenarkan.
 Contoh: -Taman Negara -Hutan Simpan Kabili-Sepilok
 Penguatkuasaan undang-undang Perhutanan Negara(Pindaan 1993) oleh Jabatan
Perhutanan Negara.
 Majlis Perhutanan Negara menentukan luas kawasan yang boleh dibalak.
 Mewujudkan kesedaran masyarakat melalui kempen-kempen.
 Menggalakkan usaha kitar semula kertas.

Sumber Air

 Kawasan tadahan hujan diawasi dan dilindungi.


 Kawasan hutan di kawasan tadahan hujan tidak dibenarkan ditebang bagi menjamin
bekalan air yang mencukupi.
 Mengawal kualiti air sungai.
 Membersihkan dan mendalamkan sungai.
 Mendenda kilang-kilang yang mencemarkan sungai.
 Penerokaan air bawah tanah secara meluas untuk menambah bekalan air bersih bagi
menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.
 Kempen kesedaran seperti “Cintailah sungai Kita” menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan menjaga kebersihan sungai.
 Memastikan system saluran air bersih ke kawasan perumahan dan kilang adalah teratur.
 Mengawal kebocoran saluran paip air bawah tanah.

Anda mungkin juga menyukai