Anda di halaman 1dari 2

Seantero kini, memperlihatkan kebiasaan yang membimbangkan apabila cinta dan cita-cita

tidak dapat difahami dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat. Cinta sentiasa diletakkan
pada tempat yang salah, manakala cita-cita tulen pula hanyalah sampingan yang tidak
diperlukan dalam fikiran masyarakat kini.

Cinta merupakan sebuah perasaan semulajadi yang telah Allah SWT tetapkan didalam setiap
jiwa mahkluk bernyawa dari kalangan manusia, jin, binatang dan tumbuh-tumbuhan ,Cinta
adalah perasaan jiwa seperti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan
kepada sesuatu. Cinta juga bermakna keinginan, tarikan dan keterikatan dengan sesuatu.

Apabila seseorang bercinta maka akan terpancarlah tanda-tanda cinta pada dirinya, segala
pemikiran, tumpuan dan tingkah laku akan cenderung kepada yang dicintai, hati akan
sentiasa mengarah kepadanya, wajah sentiasa tersenyum dek kerana melihat dan
mendengar pertuturannya manakala perlakuan pula akan berubah elok bila berhadapan
dengan yang dicintai.

Allah SWT mengisi hati manusia dengan cinta, maka cinta itu bisa menerima perubahan ke
beberapa jenis dan ketegori kerana ia mengikut sifat hati yang sentiasa berubah.

Cinta Hina :

Cinta yang bahagia itu boleh menjadi hina apabila cinta itu ditujukan kepada
Makhluk bagi melepaskan nafsu yang memendam didalam jiwa tanpa sebarang persetujuan
Allah dan Rasulnya, cinta jenis ini boleh menjerumuskan manusia ke ladang maksiat dan
kebinasaan di akhirat kelak, bahkan kes-kes jenayah juga akan meningkat, ramai juvana akan
mengandung tanpa ikatan yang sah, bahkan anak yang dikandung itu mungkin saja akan
dibunuh mahupun dibuang, kes rompakan akan berleluasa didalam setiap peringkat umur
dan situasi pekerjaan, penyelewengan harta dan pangkat pula amat membimbangkan.

Malangnya, cinta jenis ini sudah tersebar luas dikalangan masyarakat umumnya dan umat
islam khususnya. Sedangkan cinta jenis ini hanyalah cinta tipuan dan bayangan, ianya akan
hilang pada masa dan waktu yang telah ditetapkan Allah SWT.

Cinta Main-main :

Cinta jenis ini pula adalah sebuah jenis cinta yang tidak punya matlamat dan
perancangan, si pecinta hanya bercinta kerana trend semasa yang mendesak. Apabila si
pecinta melihat ramai rakannya mempunyai pasangan, maka dia juga ingin demikian, bila si
pecinta melihat orang memakai pakaian yang mahal dan berjenama, maka dia juga ingin
sedemikian, bercinta kerana orang lain. Ini bukanlah sebuah cinta yang suci dan sejati
malahan cinta jenis ini lansung tiada nilai dalam agama Islam.

Malangnya cinta jenis ini sentiasa digabungkan dengan cinta hina akibat kejahilan dan
pendeknya pemikiran masyarakat dunia kini, cinta ini juga dikenali sebagai cinta monyet,
cinta kontrak dan cinta kolej.
Cinta Mulia :

Allah SWT mencipta cinta adalah untuk ianya menjadi mulia dan disanjungi. Maka
cinta sorang hamba kepada Tuhannya, cinta umat kepada Rasulnya, cinta si anak kepada
ibubapanya, cinta muslim kepada ummahnya, cinta suami kepada isterinya merupakan cinta
yang diiktiraf oleh Allah dan Rasulnya, bahkan cinta jenis ini amat membahgiakan, si pecinta
akan merasa kemanisan percintaan diseluruh kehidupannya, samada di dunia mahupun di
akhirat kelak. Setiap jiwa yang mempunyai cinta jenis ini akan sentiasa bangun membela
agamanya, mempertahankan Kalam tuhannya , membenteng sunnah Rasulnya. Akhirnya
akan membentuk sebuah Generasi Musim Berkualiti.

Malangnya, cinta jenis ini terlalu sedikit pada masa kini, manusia tidak lagi berahi dengan
nikmat syurga yang menanti si pecinta. Inilah cinta yang dilupakan dan dilemparkan jauh dari
kehidupan manusia.

Cita-cita pula bagaimana?

Cita-cita merupakan sebuah matlamat dan impian yang ingin dicapai oleh seseorang bagi
memuaskan kehidupannya. Fitrah cita-cita menagih 1000 kepayahan dan pengorbanan .
cita-cita muslim adalah untuk mendapatkan redha tuhannya, menjadi hamba yang taat dan
Berjaya kembali ke taman asalnya, Firdausi..

Kesimpulannya, cinta dan cita-cita muslim mempunyai kaitan yang amat rapat. Cinta mulia
dan suci murni berlandaskan kehendak Allah dan Rasul-Nya pasti mendapat kerunia dari
Allah SWT, Sang Pencipta Cinta. Bila cinta mulia berjaya dicapai dan digengam kejap maka,
cita-cita kembali ke syurga bersama redha Allah swt akan menjadi kenyataan, bukan lagi
fantasi.

Allah berfirman bermaksud :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah


maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[Ali Imran : 31]

Kuliah Dirasat Islamiah, Syukbah Syariah Islamiah,


Universiti Al-Azhar Asy-Syarif,
New Damieatta city, Damieatta, Mesir
.
25 jun 2010

Anda mungkin juga menyukai