Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Dunia Islam dan Dunia Eropah

Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan
tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah di dalam bidang keilmuan.
Sumbangan lain ialah dalam aspek agama kerana agama Islam membawa akidah, iaitu
kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusi akidah, manusia bebas hidup tanpa
ada sesuatu yang ditakutinya kecuali Tuhan.1 Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia
untuk bekerja secara ikhlas dan jujur. Oleh sebab sifatnya sejagat dan tidak terbatas-batas
kepada bangsa, kaum, keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam telah dapat
diterima oleh semua bangsa di dunia. Inilah antara sebab agama dan tamadun Islam
berkembang di seluruh dunia.2 Di samping itu, agama Islam juga menyediakan undang-
undang dan peraturan hidup manusia yang dinamakan Undang-undang Syariat yang
dilaksanakan setiap masa dan tempat. Sekiranya akidah menjadi aspirasi dan motif
penggerak ke arah tamadun, maka peranan syariat itu ialah menunjuk ajar serta memberi
panduan yang jelas kepada asas pembinaan tamadun. Antara asas itu ialah ilmu, iman dan
amal. Ini ditambah pula dengan aspek akhlak, iaitu asas kepada pembinaan peribadi yang
luhur. Kesepaduan ketiga-ketiga aspek itu akan membentuk insan yang sempurna yang
merangkumi roh, akal dan jasad.3 Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak
lagi terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka tidak
menghormati institusi gereja, bahkan mereka menentangnya. Seruan agama secara paksaan
yang selama ini diamalkan oleh pihak gereja telah diubah kepada cara diplomasi dan damai.

Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang Eropah dapat
membebaskan pemikiran mereka yang selama ini dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian
terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Demikian juga sikap mereka terhadap
kehidupan di dunia, bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu
yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan sikap ini akhirnya
melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-
13M.

1
Harun Hashyim, Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Kepada Dunia, penerbit: Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan
Pustaka , 1975, hlm 120.
2
Ibid, hlm, 121-122.
3
Ibid, Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru
telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan
bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671, Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Kepada Dunia , 1975, hlm 201-204.

1
Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn
Tufayl dan Ibn Rushd.4
Al- Farabi adalah seorang tokoh yang wujud pada abad ke sepuluh. Bersama dengan itu
selaras dengan tokoh terkenal iaitu seperti Al Junaid (910 M), Al Hallaj (921 M), Al Thabari
(839-923 M), Abu Bakar al- Razi (856-925 M), Al Battani (858-929 M), Abu Hasan al-Asy’ari
(873-935 M), al-Mas’udi (956 M), Abdurrahman al-Nashir (891-961 M), Al-Mutanabbi (915-
965 M), Abu Al-Faraj al- Isfahani (897-967 M), Abu al-Wafa’ al-Bawzajani (940-998 M),
Muhammad bin Ahmad al-Maqdisi (948-1000 M).

Kesimpulannya, umat Islam telah memberikan sumbangan yang besar terhadap


perkembangan ilmu pengetahuan. Ilmu yang yang dipelajari bukan sahaja merangkumi
aspek Aqidah malahan juga merangkumi bidang-bidang seperti muzik, falsafah, perubatan,
politik dan sebagainya. Kesedaran manusia untuk mendalami ilmu pengetahuan telah
meningkatkan usaha mereka untuk mempelajari. Misalnya, masyarakat Eropah setelah
ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan
Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja, bahkan mereka
menentangnya. Seruan agama secara paksaan yang selama ini diamalkan oleh pihak gereja
telah diubah kepada cara diplomasi dan damai. Selaras dengan itu telah melahirkan tokoh
ilmuan Islam yang terkenal seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd dan
sebagainya.

4
Ibid, begitu juga idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah
Ibn Rushd, menurut Renan, telah diamalkan secara rasmi olehgolongan terpelajar di Itali, hlm 500-505.

2
2.0 Riwayat hidup Al-Farabi

Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi (AL-
FARABI)

Nama asal Al-Farabi ialah Abu nasr Muhammad Bin Muhammad Tarkhan Al-Uzdag. Beliau
dilahirkan di Wasij iaitu di wilayah Transosiana di Negara Turkestan. Beliau dikatakan lahir
pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi pada zaman pemerintahan kerajaan Samaniah. Al-
Farabi dikatakan berketurunan Turki, bapanya berketurunan Persia manakala ibunya pula
berketurunan Turki.5 Pada zaman pemerintahan kerajaan Samaniyah, bapa Al-Farabi bekerja
sebagai seorang pegawai tentera kerajaan manakala perkerjaan ibunya tidak diketahui
dengan jelas. Al-Farabi dikatakan mendapat pendidikan awal dari guru-guru persendirian,
sama ada beliau pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar secara formal
di masjid-masjid yang terdapat di Wasij. Seterusnya beliau dikatakan dibesarkan semasa
pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad. Al-Farabi tidak seperti beberapa tokoh atau sarjana
muslim yang lain, ini kerana beliau tidak menulis mengenai riwayat hidupnya sendiri
berbanding dengan tokoh yang lain yang membuat biografi tentang kehidupan mereka.
Keduanya Al-Farabi dikatakan memiliki atau mempunyai daya akal yang tinggi sejak dari
kecil lagi, ini kerana dalam usia muda lagi beliau telah belajar dan mampu belajar berbagai-
bagai ilmu.

Al-Farabi juga dikatakan mahir menguasai beberapa bahasa asing, antaranya ialah bahasa
Syria, Arab, Greek dan beberapa bahasa lagi.6 Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa
Al-Farabi berasal dari wasij dan keluarga berketurunan Turki, penguasaan ini tidak akan
dicapai tanpa keinginan yang tinggi. Al-Farabi juga menguasai pelbagai bidang dalam ilmu
keagamaan, antaranya ialah ilmu Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya. Selain itu beliau
juga mahir dalam pelbagai cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu militer dan ilmu
muzik.7

5
Ikoko, Riwayat hidup Al-farabi, Penerbit; Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm 56-59.
6
Ibid, dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir, banyak karya bahasa dan sastera dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-
bahasa Eropah. Istilah-istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan banyak lagi telah dipinjam oleh bahasa
Eropah, Riwayat hidup Al-farabi , hlm 100-102.
7
Ibid, dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah
diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne (1190M) telah mengikut
jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji
tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab, hlm 113-114.

3
Walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau lebih tertarik ataupun lebih
memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik. Al-Farabi juga lebih dikenali
sebagai guru kedua, selepas Aristotle sebagai guru pertama. Ini berlaku disebabkan beliau
sentiasa mengkaji buku-buku yang dihasilkan oleh Aristotle di samping kajian mengenai diri
Aristotle. Al-Farabi dikatakan mempunyai ramai guru, namun yang paling utama dan
masyhur ialah Ibn Hailan dan Matta ibn Yunus. Kedua-dua guru beliau ini mahir di dalam
bidang logik dan falsafah.

Pada tahun 287 Hijrah bersamaan 900 Masihi merupakan pengembaraan pertama Al-Farabi
ke negara luar iaitu Baghdad dan bersama gurunya yang tidak asing lagi ialah Ibnu Hailan.
Kedatangan Al-Farabi ke Baghdad bersama gurunya adalah untuk mempelajari dan
menajamkan pemikiran terhadap bidang logik dan falsafah. 8 Seterusnya pada tahun 298
Hijrah bersamaan 908 Masihi, beliau telah meninggalkan Baghdad bersama gurunya untuk
ke Harran seterusnya meneruskan perjalanan ke Constentinople. Tujuan beliau ke sana
adalah untuk mempelajari falsafah dengan lebih mendalam dan gurunya iaitu Ibnu Hailan
bertindak sebagai penyelia beliau dalam proses pembelajaran tersebut. Manakala pada
tahun 297 Hijrah bersaman 910 Masihi, beliau telah kembali ke Baghdad. Sekembalinya
beliau ke Baghdad adalah untuk belajar, mengajar dan mengkaji buku-buku yang di tulis
oleh Aristotle dan menulis karyawan. Pada tahun 330 Hijrah bersama 942 Masihi, Al-Farabi
telah berpindah ke Damsyik iaitu satu daerah di negara Syria. Perpindahan ini berlaku
adalah di akibat kekacauan dan ketidakstabilan politik yang berlaku di Baghdad pada ketika
itu. Manakala pada tahun 332 Hijrah bersamaan 944 Masihi Al-Farabi dikatakan telah pergi
ke Mesir, tetapi tidak diketahui tujuan, mengapa dan sebab kegiatan beliau di sana. Tetapi
menurut Abi Usaibiyah yang mana merupakan seorang ahli sejarah, beliau telah
mengatakan Al-Farabi telah mengarang sebuah karya mengenai politik ketika berada di
Mesir iaitu sekitar tahun 337 Hijrah.

8
Ibid, misalnya dalam bidang falsafah kemasyarakatan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat memberi pendapat, memberi
layanan baik terhadap tawanan perang, etika peperangan seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang
dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad
(saw) dan para sahabatnya termasuk Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali, 115-116.

4
Seterusnya pada tahun 338 Hijrah bersamaan 949 Masihi Al-Farabi telah kembali semula ke
Damsyik. Sekembalinya beliau di sana adalah untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya
sebagai seorang cendiakawan di sebuah istana berlokasi di Aleppo. Al-Farabi terdidik
dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta
dan cintakan dunia. Beliau juga lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada
mendapatkan kekayaan duniawi. Peristiwa ini berlaku semasa pemerintahan Syria baru iaitu
seorang putera Handaniyah bergelar Saf Al-Daulah yang tertarik dengan kebijaksanaan dan
kepandaian beliau pada waktu itu. Terdapat sesetengah pendapat yang menganggap
sebagai seorang ahli sufi, namun anggapan itu adalah tidak benar.

Di dalam bulan Rejab 339 Hijrah bersamaan 950 Masihi, Al-Farabi telah meninggal dunia di
damsyik, semasa beliau berumur 80 tahun. Beliau telah dikebumikan di sana, iaitu di sebuah
perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu sampingan kota tersebut. Saf al-daulah
sendiri telah mengetuai para pembesar negeri bagi menyembahyangkan jenazah Al-Farabi,
seorang cendiakiawan yang terulung dan termasyhur di kalangan para sarjana dan tetamu
di istana Saf Al-Daulah.

Kesimpulannya, Al-Farabi sepanjang kisah perjalanan hidupnya telah berhadapan dengan


pelbagai cabaran. Namun ketekalan dan keazaman yang tinggi yang dimiliki oleh beliau
telah membantu meningkatkan ilmu pengetahuannya di dalam bidang-bidang berkaitan.
Selain itu, Al-Farabi dikatakan pernah mendapat pendidikan awal dari guru-guru
persendirian, sama ada beliau pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar
secara formal di masjid-masjid yang terdapat di Wasij. Kebolehan beliau di dalam
menguasai kepelbagaian bahasa asing seperti Syria, Arab, Greek dan beberapa bahasa lagi
telah memudahkan terhadap proses penguasaan suatu ilmu dan berinteraksi dengan
masyarakat pada ketika itu. Al-Farabi juga terdidik dengan sifat qanaah serta telah
menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia.
Beliau juga lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan
kekayaan duniawi. Namun setelah beberapa tahun kemudian beliau telah meninggal dunia
yang bertempat di Damsyik. Beliau telah dianggap sebagai seorang tokoh ilmuan Islam yang
terkenal dan telah memberikan banyak sumbangan besar terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan manusia. Beliau bukan sahaja disegani oleh masyarakat Islam malahan juga
masyarakat barat serta kebanyakan karyawan beliau telah digunakan oleh mereka sebagai
bahan rujukan dan masih sehingga kini.

5
3.0 Sumbangan Al-Farabi

Muzik

Antara sumbangan farabi pertama ialah dalam bidang muzik. Beliau telah dianggap sebagai
seorang ahli muzik yang handal. Sebagai bukti, kebanyakan muzik yang dihasilkannya dapat
memberikan kesan yang mendalam terhadap pendengarnya. Selain itu, beliau turut
mempunyai kemahiran dalam bermain alat muzik di samping kemahiran beliau di dalam
membuat alat-alat muzik, contohnya penciptaan Gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004)
pula menyatakan bahawa Al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada
alat rabah dan qanun. Malah, beliau turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi
pengajaran serta teori muzik Islam yang berjudul Al- Musiqa” (Haliza, 2006, Mahayudin,
2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995) dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting
dalam bidang tersebut.

Menurut Mahayudin (2004), beliau juga turut dikenali menerusi karyanya yang telah
diterjemahkan iaitu bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification
of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan
menjadi rujukan penting di Eropah. Karangannya tentang muzik, ‘Kitab al-Musiqa’ amat
terkenal.Selain itu,beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not
muzik. Beliau mahir dalam muzik dan menyumbang karyanya seta mencipta beberapa alat
muzik. Al-Farabi adalah seorang tokoh falsafah yang serba boleh dan banyak daripada hasil
pemikirannya adalah masih relevan dengan perkembangan serta kehidupan manusia hari
ini.

Kesimpulannya, kemahiran dan kehandalan Al-farabi di dalam bidang muzik begitu amat
terserlah kerana setiap muzik yang dihasilkan beliau mampu untuk meninggalkan terhadap
pendengar. Selain itu, beliau turut memiliki kemahiran di dalam menghasilkan beberapa
peralatan berkaitan dengan muzik. Misalnya, penciptaan gambus, rabah dan qanun. Beliau
turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran serta teori muzik Islam
yang berjudul Al- Musiqa” (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995)
dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang tersebut. Buku-buku lain
ialah Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm. Buku-buku
telah diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah.
Akibat daripada penghasilan buku-buku ini telah menyebabkan revolusi perkembangan di
dalam bidang muzik secara meluas pada waktu itu.

6
4.0 Falsafah

Kemampuan Al-Farabi bukan sahaja terhad terhadap bidang muzik malahan juga di dalam
bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Walaubagaimanapun keterampilan beliau
sebagai ahli ilmuan lebih menyerlah di dalam bidang falsafah. Kemahiran beliau, di dalam
bidang ini, telah mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Di
dalam bidang politik, beliau mempunyai teori yang tersendiri di dalam menjelaskan sesuatu
fenomena dan kemuskilan. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat
bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Menurut beliau lagi, pemisahan
kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah masyarakat yang pincang dan kacau-
bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar terhadap pembinaan sebuah
Negara yang kuat, stabil dan makmur.

Selain itu, beliau juga banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori yang dikemukakan
Socrates, Plato dan Aristotle bersesuaian dengan kajian beliau mengenai konsep
kebahagian. Maka tidak hairanlah jika Al-Farabi dikatakan orang yang paling memahami
falsafah Aristotle. Beliau juga merupakan ilmuan terawal menulis mengenai ilmu logik
Yunani secara teratur di dalam bahasa Arab. Meskipun pemikiran falsafah beliau banyak
dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau amat menentang pendapat plato yang
menganjurkan konsep pemisahan di dalam kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada
sains dan politik. Sebaliknya seseorang ahli falsafah perlu menguasai kedua-duanya untuk
menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains , seorang ahli falsafah tidak
mempunyai peralatan yang cukup untuk dieksplotasi untuk kepentingan individu lain.
Justeru itu, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasakan terdapat jurang
perbezaan besar antara diri mereka dengan pemerintahan tertinggi.

Keadaan ini berlaku kerana kedua-dua individu ini saling lengkap-melengkapi di antara satu
sama lain. Di dalam hal ini, beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan
yang diketuai oleh falsafah. Oleh itu, pandangan falsafahnya yang bersifat kritikal telah
meletakannya sebaris dengan dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli
falsafah Islam beliau, juga dikenali sebagai Aristotle ke-2. Bagi Al-Farabi, ilmu adalah
segalanya dan para ilmu harus diletakkan di peringkat kedudukan tertinggi Negara.

7
Pandangan Al-Farabi ini hampir mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran
Confucius yang meletakkan golongan ilmuan pada tingkat hierarki tertinggi di dalam sistem
sosial sesebuah negara.

Kesimpulannya pengetahuan Al-farabi bukan sahaja terhad di dalam bidang muzik malahan
juga merangkumi bidang falsafah. Kemahiran beliau, di dalam bidang ini telah mengatasi
ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Dalam membicarakan teori
politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu.
Selain itu, pemisahan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah masyarakat yang
pincang dan kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu adalah perlu sebagai dasar terhadap
pembinaan sebuah Negara yang kuat, stabil dan makmur. Beliau juga turut mengkaji
mengenai falsafah dan teori yang dikemukakan Socrates, Plato dan Aristotle bersesuaian
dengan kajian beliau mengenai konsep kebahagian pada waktu itu. Walaupun pemikiran
falsafah beliau banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani. Namun beliau amatlah menentang
pendapat plato yang menganjurkan konsep pemisahan di dalam kehidupan manusia secara
khususnya. Beliau turut, berpendapat bahawa seseorang ahli falsafah tidak seharusnya
memisahkan diri dari kedua-dua konsep tersebut. Pengetahuan dalam aspek ilmu sains
adalah amat diperlukan di dalam memahami peristiwa atau fenomena yang berlaku. Fakta
dan bukti merupakan elemen utama yang harus dicapai oleh ahli falsafah tulen di samping
mengelakkan unsur-unsur peribadi dalam kajiannya. Keadaan ini penting dalam
mengelakkan penghasilan kajian yang tidak bermutu. Aliran falsafah yang dimiliki beliau
juga hampir memiliki kesamaan yang sebagaimana yang telah diterapkan dalam oleh aliran
Confuciusme. Golongan ini meletakkan bahawa golongan ilmuan seharusnya berada pada
peringkat hierarki tertinggi di dalam sistem pemerintahan sesebuah negara secara
keseluruhannya.

8
6.0 Perubatan

Sebagai seorang ilmuan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungan beliau di
dalam menghasilkan kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini
tidak menjadikan sebagai seorang yang masyhur tetapi pandangannya telah memberikan
sumbangan besar terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya. Salah satu
pandangannya yang menarik ialah mengenai kepentingan jantung berbanding dengan otak
dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung berfungsi sebagai sistem yang
mengalirkan darah ke seluruh tubuh manusia serta menghangatkannya. Manakala otak pula
hanya berfungsi dalam menyelaraskan aliran darah itu mengikut keperluan anggota tubuh
manusia.

Kesimpulannya, bukan itu sahaja segala pengetahuan yang dimilliki oleh Al-Farabi tidak
terhad kepada bidang muzik, falsafah, sains, matematik dan sejarah malahan juga di dalam
aspek perubatan. Walaupun penglibatan beliau di dalam bidang perubatan dilihat sebagai
tidaklah sebegitu menyerlah. Namun beliau, masih mampu memberikan sumbangan yang
besar dalam bidang perubatan Islam. Misalnya, kajian beliau mengenai kepentingan jantung
berbanding dengan otak dalam kehidupan manusia. Beliau menganggap bahawa jantung
memainkan peranan penting berbanding dengan peranan otak sebagai pusat integrasi
sistem saraf manusia. Jantung adalah penting terutamanya dalam mengepam darah
keseluruhan tubuh badan manusia mengikut keperluan kadar kerja atau aktiviti yang
dilakukan manusia. Justeru itu, kebolehan beliau di dalam bidang ini tidak harus di pandang
ringan selaras dengan kebolehan beliau sebagai tokoh keilmuan yang unggul bangun
bersama-sama dengan tokoh Islam dan setanding dengan dunia Eropah.

9
7.0 Politik

Dalam falsafah politik yang diajukan oleh al-Farabi ini, didapati beliau meletakkan tugas
yang berat kepada pemimpin, iaitu mentadbir dan menguruskan hal-ehwal Negara dan hal-
hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Selain itu, nasib negara dan kehidupan rakyat
turut diletakkan di bahu seseorang pemimpin. Di samping itu, ketua negara atau pemimpin
merupakan sebagai pusat kuasa yang bertugas dalam menentukan segala-galanya di dalam
organisasi negara. Ini disebabkan, bagi al-Farabi, beliau kurang memberi perhatian terhadap
kuasa rakyat dalam membentuk perubahan. Ini bermaksud beliau cenderung mengajukan
sistem monarki, iaitu di mana, seorang ketua negara yang memerintah, sama ada bergelar
raja, sultan, khalifah, atau yang seumpama dengannya. 9 Ilham ini diperolehi oleh beliau
dalam satu situasi politik pada zaman beliau, dimana pusat kuasa berada dalam tangan
seorang khalifah.

Melalui sistem ini persefahaman antara pemerintah dan rakyat dapat diwujudkan kerana
masyarakat, politik, dan kuasa yang stabil terletak di tangan seorang pemerintah melalui
sokongan rakyat sendiri. Walau bagaimanapun, menurut sistem ini kadang kala terdapatnya
juga pemerintah yang zalim dan tidak berlaku adil terhadap rakyatnya. 10 Memandangkan al-
Farabi amat memandang seruis terhadap institusi kepimpinan, maka, atas sebab tersebutlah
beliau meletakkan semua kuasa kepada seorang pemimpin. Oleh kerana beliau sangat yakin
terhadap kuasa, pengarah dan keberkesanan pemimpin maka, berlakunya satu perbahasan
yang agak serius dalam kalangan tokoh-tokoh falsafah. Menurut al-Farabi sebagai ketua
negara atau ketua kerajaan, mestilah memiliki kesempurnaan dalam aspek-aspek fizikal,
mental dan spiritual atau akhlak, melebihi rakyat atau orang ramai.

Oleh itu, inilah faktor yang menyebabkan beliau menyusun kriteria kepimpinannya
merangkumi semua aspek. Selain itu, al-Farabi turut menekankan persoalan kesempurnaan
anggota tubuh badan, menyintai ilmu dan para ilmuan, serta memiliki fikiran yang tajam,
berhemah tinggi dan bercita-cita tinggi , bencikan sifat-sifat negatif, pembela keadilan serta
kebenaran dan tentunya seorang yang berani. Sifat-sifat yang beliau sebutkan ini adalah
selaras dengan konteks situasi politik orang Melayu. Dengan itu, konteks tersebut
merupakan satu kebenaran malah turut diterima di mana-mana pun, dan maksud al-Farabi
di sini ialah sebagai seorang ketua atau pemimpin politik bukanlah manusia yang
9
Idris Zakaria, Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 178.
10
K. Ramanathan Kalimutuhu, Asas Politik Sains, Petaling Jaya; Fajar Bakti, 1987, hlm. 239.

10
sembarangan oleh itu, pemilihan tersebut mestilah berdasarkan criteria kelayakan yang
cermerlang.

Walaupun begitu, sekiranya semua sifat kelayakan tersebut tidak dipunyai oleh seorang
insane, maka al-Farabi memberikan alternatif lain, yang juga tertakluk kepada beberapa
criteria kelayakan, antaranya seorang yang alim dalam agama, hingga melayakannya
berijtihad, mempunyai anggota tubuh badan yang sempurna, berakal cerdik dan sihat serta
berani berjihad. Dalam bagaimana situasi sekalipun, al-Farabi masih menekankan soal ilmu
dan kebijaksanaan, prihatin terhadap terhadap penderitaan rakyat dan teguh dalam soal
keselamatan rakyat dan negara, dan semestinya seorang pemimpin yang bertanggungjawab
dalam membentuk kerajaan. Dilihat dari segi mana sekalipun, didapati al-Farabi cuba untuk
memperpadukan tiga kriteria kemanusiaan iaitu ilmu dan kebijaksanaan, sempurna fizikal,
akhlak mulia dan keberanian.11

Teori-teori al-Farabi mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh falsafah seperti Plato,


Aristotle, Ibn Sina, Ibnu Khaldun, al-Ghazali dan sebagainya. Sekiranya diteliti betul-betul
teori al-Farabi dan membandingkan dengan konsep temokrasi, demokrasi dan tiranni semua
ini mengaitkan dengan pemikiran Plato. Walau bagaimanapun, perkara ini tidaklah berlaku
secara sepenuhnya, di mana al-Farabi telah melakukan kelainan dengan menambahkan
idea-idea daripada Plato. Di tempat lain mengakui bahawa teori al-Farabi sama dengan
konsep Plato namun, al-Farabi telah membuat perbezaan dan perbezaan tersebut
merupakan atas pengaruh Islam. Perbezaan tesebut membuktikan bahawa al-Farabi juga
mempunyai idea yang tersendiri dalam perancangan teori politiknya.

Berdasarkan teori-teori al-Farabi tersebut dapatlah kita mengetahui bagaimanakah kaedah


untuk memilih seseorang untuk menjadi seorang pemimpin dalam dunia politik. Oleh itu,
sumbangan beliau dalam bidang politik merupakan satu sumbangan yang agak cermerlang.
Dengan itu, kepada individu terutama sekali kepada mewreka yang melibabtkan diri dalam
politik secara sepenuh masa dalam gelanggang politik, bolelah melihat persoalan kriteria-
kriteria kepimpinan yang menjadi satu isu yang serius dalam kalangan pembicara-pembicara
sosial pada zaman dahulu. Atas sebab inilah, mengapa diadakan pemilihan secara saintifik
bagi sesiapa yang ingin menjadi pemimpin dalam dunia politik oleh pihak-pihak yang
tertentu dalam era moden sekarang ini.

11
Ibid, hlm 180.

11
Kedua, kepada mereka juga boleh belajar daripada pemikiran tersebut. Umpamanya betapa
perlunya seorang pemimpin memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, berfikiran positif, serta
mempunyai akhlak yang terpuji. Pendek kata, aspek kedua yang ditekankan oleh al-Farabi
ini merupakan aspek dalaman individu seseorang pemimpin. Maka, sesuailah al-Farabi
mengabungkan kecenderungan tiga dimensi iaitu mental, fizikal, dan spiritual sebagai aset
yang cukup penting dalam mewujudkan sebuah pentadbiran yang cermerlang dan
sistematik. Dalam hal ini pendukung dan pengerak jentera politik negara serta juga rakyat
perlu menyedari betapa pentingnya ketiga-tiga faktor itu dilihat serentak dalam proses
penyediaan atau perlantikan kepimpinan pemimpin negara.

Walaupun kriteria-kriteria ini amat ideal namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Di
samping itu, dengan pemimpin yang berkriteria seperti ini perjalanan pembangunan negara
akan berlaku dengan cepat oleh idea-idea pemimpin yang cukup cemerlang. Sebaliknya,
perjalanan pembangunan negara akan berlaku dengan lambat jika para pemimpin
ketandusan idea-idea yang bernas terhadap bagaimana hendak membangunkan negara.
Sebenarnya perkara ini sudah pernah berlaku khususnya terhadap negara dan bangsa
manusia. Rakyat khasnya yang kebanyakannya kaya dengan pelbagai kelemahan dalam
pelbagai demensi kehidupan amat mengharapkan kecemerlangan daripada pemimpin untuk
membela nasib dan masa depan mereka. Dengan ini telah berlakunya kesilapan yang
merugikan kemajuan negara sendiri yang sebenarnya rakyat pun boleh menentukan
bagaimana sebuah negara dikendalikan oleh seorang pemimpin yang telah dipilih daripada
sistem demokrasi negara.

Kesimpulannya, pencapaian yang dicapai oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam khususnya Al-
Farabi tidak terhad terhadap ilmu berbentuk keagamaan semata-mata malahan juga
merangkumi dalam aspek sains dan teknologi. Antaranya ialah dalam bidang politik Al-farabi
telah memberikan sumbangan yang besar di dalam bidang ini. Contohnya, pengamalan
sistem monarki dalam sesebuah negara, beliau beranggapan seorang pemimpin yang baik
seharusnya memiliki sifat-sifat seperti sifat kemanusiaan iaitu ilmu dan kebijaksanaan,
sempurna fizikal, akhlak mulia dan keberanian. Teori-teori al-Farabi mendapat sokongan
daripada tokoh-tokoh falsafah seperti Plato, Aristotle, Ibn Sina, Ibnu Khaldun, al-Ghazali dan
sebagainya. Beliau juga beranggapan bahawa rakyat harus memainkan peranan di dalam
menentukan pemimpin mereka menlalui kaedah demokrasi. Ini amat penting di dalam
mengekalkan kestabilan dan keamanan negara yang diperintah.

12
5.0 Sumbangan lain

Selain itu, beliau turut menghasilkan beberapa buah buku yang tidak dapat disiapkan ketika
itu. Buku-buku tersebut ialah “ Kunci Ilmu” yang telah disiapkan oleh anak muridnya iaitu
Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976 masihi dan “ Fihrist Al-Ulum” telah diselesaikan
oleh Ibnu Al-Nadim sekitar tahun 988 Masihi. Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman
Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa al-Ulum" dan
"Kitab al-Jam". Karangannya, Kitab al-Ihsa al-'Ulum mengemukakan prinsip-prinsip dasar
dan klasifikasi sains daripada perspektif yang baru. Al-Farabi juga turut menghasilkan
sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberikan judul “
Al-Musiqa” serta telah dianggap sebagai sebuah buku terpenting dalam bidang berkenaan.

Sumbangan Al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dan sosiologi. Tambahan lagi,
beliau memberi sumbangan yang amat besar dalam bidang ilmu hisab, sains, perubatan dan
muzik. Beliau juga turut mengarang ensiklopedia. Dalam bidang mantik, beliau membuat
pengajian sistematik dengan membahagikan subjek kepada 2 kategori; iaitu Takhayyul
(pendapat/ idea)dan Thubut (bukti /dalil). Beliau menggabungkan teori Platonik dan
Aristotle dengan teologi dan menulis komentar tentang fizik, mantik dan meteorologi. Al-
Farabi mengemukan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau
menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala
pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.
Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam
karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Al-Farabi menulis beberapa buah buku dalam
bidang sosiologi, “Ara Ahl al-Madina al-Fadila’ (Bandar Contoh) adalah yang terkenal.Ia
adalah sumbangan terbesar dalam bidang sosiologi dan sains politik. Beliau juga mengarang
buku untuk bidang metafizik dan psikologi termasuk hasil kerja aslinya. Al-Farabi
menyatakan bahawa seorang individu itu tidak akan meraih kejayaan dan kesempurnaan
tanpa menerima bantuan daripada individu-individu yang lain. Adalah fitrah manusia untuk
bergaul dan berganding bahu bersama manusia lain untuk melakukan sesuatu perkerjaan,
justeru mencapai kesempurnaan. Setiap manusia perlu tinggal bersama-sama dengan
masyarakat di sekelilinginya. Dalam karangannya yang lain pula,beliau menulis;

“arahan dan fatwa dalam teori sains patut diserahkan kepada imam dan perintah negara
atau kepada mereka yang mempelajari teori-teori sains...”merekalah yang kepada mereka
yang mempelajari teori-teori sains…. merekalah yang sepatutnya disuruh memburu ilmu

13
tersebut dan membentuk sifat-sifat mereka daripada zaman kecil hingga mereka besar dan
matang.

Kesimpulannya, kepesatan manusia di dalam mengejar ilmu dan pengetahuan mereka


mengenai idea-idea baru telah mendorong mereka untuk menghasilkan buku. Usaha untuk
menghasilkan buku didorong kepesatan perkembangan ilmu yang di pelajari manusia di
samping mengekalkan kewujudan ilmu bidang yang diterokai serta disebabkan usia manusia
yang begitu singkat. Justeru itu usaha untuk membuku ini telah memberikan kesan yang
besar dalam aspek perkembangan ilmu pengetahuan manusia secara umumnya. Antara
buku yang terkenal ialah Kunci Ilmu , Fihrist Al-Ulum, Ihsa al-Ulum, Kitab al-Jam, Al-Musiqa,
Madinah al-Fadhilah dan sebagainya.

14
Kesimpulan

Tamadun Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan
tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah di dalam bidang keilmuan di samping
merangkumi bidang keagamaan Islam seperti pengajaran ilmu akidah iaitu kepercayaan
terhadap Allah Yang Maha Esa dan sebagainya. Dalam bidang falsafah dan pemikiran
daripada pengaruh Islam, orang Eropah telah dapat membebaskan corak pemikiran mereka
yang selama ini telah dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan
manusia dengan alam. Keadaan ini telah membawa kepada perluasan bidang keilmuan di
dalam kehidupan manusia sejagat merentasi sempadan iaitu tanpa mengira jantina, warna
kulit, bangsa dan sebagainya. Selain itu, bidang keilmuan bukan sahaja terhad terhadap
aspek akidah malahan juga merangkumi bidang-bidang lain seperti muzik, politik, falsafah,
perubatan lain-lain. Tokoh-tokoh keilmuan ini telah memberikan sumbangan besar terhadap
bidang keilmuan manusia sejagat secara keseluruhannya. Kebanyakan idea-idea dan
sumbangan tokoh keilmuan ini turut ditulis di dalam beberapa buah buku. Antara buku yang
terkenal ialah “ Kunci Ilmu ” yang ditulis oleh Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976
masihi dan “ Fihrist Al-Ulum ” telah diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim sekitar tahun 988
Masihi. Al-Farabi juga turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan
teori muzik Islam yang diberikan judul “ Al-Musiqa ” serta telah dianggap sebagai sebuah
buku terpenting dalam bidang berkenaan. Tokoh-tokoh falsafah Islam yang telah dicontohi
oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Al- Farabi adalah
seorang tokoh yang wujud pada abad ke -10. Antara tokoh terkenal lain ialah seperti Al
Junaid (910 M), Al Hallaj (921 M), Al Thabari (839-923 M), Abu Bakar al- Razi (856-925 M),
Al Battani (858-929 M), Abu Hasan al-Asy’ari (873-935 M), al-Mas’udi (956 M), Abdurrahman
al-Nashir (891-961 M), Al-Mutanabbi (915-965 M), Abu Al-Faraj al- Isfahani (897-967 M),
Abu al-Wafa’ al-Bawzajani (940-998 M), Muhammad bin Ahmad al-Maqdisi (948-1000 M).

15
Rujukan

Alha. 1977. Tokoh-tokoh Islam, Penerbit: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Hashyim. 1975. Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Kepada Dunia , penerbit: Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ikoko. 1987. Riwayat hidup Al-farabi, Penerbit: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris Zakaria. 1991. Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Kuala Lumpur; Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Husain ahmad amin. 1997. 100 Tokoh dalam Sejarah Islam, Penerbit: Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

K. Ramanathan Kalimutuhu. 1987. Asas Politik Sains, Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Rahmah Ismail & Mohd.Shukri Haji Noor. 2003. Dimensi Ekonomi Pembangunan Teori &
Realiti. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

16

Anda mungkin juga menyukai