Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan

Neanderthal adalah manusia purba yang wujud sekitar 100 ribu tahun lalu di Eropah dan
kemudian menghilang atau terasimilasi menlalui proses pembauran ( evolusi ) dengan ras-
ras lain pada 35 ribu tahun yang lalu. Secara umumnya teori evolusi bermaksud “ dari mana
asal usul manusia ” namun apa yang paling mengemparkan para ahli evolusionis telah
mentakrifkan keadaan ini sebagai proses evolusi manusia, “ manusia selalu manusia dan
1
kera selalu kera ”. Evolusionis turut mengelarkan nenek moyang pertama manusia dan
kera sebagai "Australopithecus", yang bererti " Kera Afrika Selatan ”. Australopithecus
hanyalah spesies kera kuno yang telah pun pupus dan memiliki pelbagai jenis, serta
sebahagian berperwatakan mereka ialah tegap, dan sebahagian yang lain bertubuh kecil
2
dan ramping. Evolusionis turu mengolongkan tahap evolusi manusia berikutnya sebagai
"homo" yang bererti "manusia". Menurut pernyataan evolusionis, makhluk yang hidup dalam
kelompok Homo lebih berkembang daripada tahap Australopithecus serta tidak terlalu
berbeza dengan manusia moden. Manusia moden pada zaman kita, lebih dikenali sebagai
Homo sapiens yang dikatakan terbentuk pada tahap terakhir evolusi spesies ini.

2.0 Zaman Manusia Pra–Neanderthal, Manusia Neanderthal dan Post-


Neanderthal

Bagi memudahkan proses kefahaman kita ke atas golongan manusia ini, mereka kepada
dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu manusia Zaman, Pra-Neanderthal (600.000-150.000),
3
manusia Neanderthal (150.000-60.000) dan manusia Post Neanderthal (60.000-15.000).
Pertama, zaman Pra-Neanderthal; Menurut Klaatsh, beliau mengemukakan manusia tidak
berasal dari kera primat ( kera moden ) tapi lebih kepada keturunan spesies kera umum
yang merupakan pendahulu baik dari kera moden sehingga membentuk manusia. Kedua,
zaman manusia Neanderthal; kebudayaan manusia Neanderthal ditunjukkan dengan lebih
jelas, buktinya ialah menlalui penemuan alat-alat perkakasan yang dibuat daripada batu dan
tulang, kawasan perkuburan serta tempat penyimpanan makanan. Justeru itu, kewujudan

1
Harun Yahya, Sejarah Penemuan Fosil Manusia Purba , Manusia Kera Dan Manusia moden; Teori Perkembangan
Evolusi Antara Waktu Arkeologi Biologi. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm 131-150.
2
Ibid, hlm, 151-200.
3
Nur Abdurrahman, Wahyu dan Akal, Iman dan Ilmu ,1993, hlm, 421-425.

1
manusia Neanderthal tidak dapat diragui lagi di samping timbulnya keinginan untuk
beragama yang kuat di dalam diri mereka pada ketika itu. Ketiga, manusia Post-
Neanderthal; manusia pada zaman ini lebih dikenali sebagai

Homo Sapiens. Mereka bukan sahaja amat menghayati dan menghasilkan hasil seni halus
malahan mereka turut menguburkan mayat kaum mereka. Mereka juga turut memiliki
kemampuan di dalam merenung kehidupan mereka sendiri dan berfikir tentang alam
semesta dan kesenian. Contohnya, amalan melukis gambar haiwan di dinding-dinding gua
pada ketika itu. Mereka turut mempunyai kepercayaan bahawa dengan amalan melukis ini
akan membantu mereka ketika memburu, menambah hasil buruan dan mendapat berkat
4
daripada semangat tertentu.

3.0 Pandangan ahli evolusionis klasik terhadap Neanderthal

Ukuran otak manusia Homo sapiens Neanderthal yang ditunjukkan oleh ahli-ahli antropologi
5
moden adalah seluas sekitar 1350-1600cc. Menurut teori Darwin ahli Zoologi Inggeris,
beliau telah menyatakan bahawa manusia Neanderthal adalah kera yang berevolusi menjadi
manusia. Beliau turut menghasilkan sebuah buku yang berjudul ( The Descent Of Man:
1871 ) buku edisi ke-2 yang membincangkan dengan lebih lanjut mengenai topik ini.
Perhujahan ini telah disokong dengan penemuan pertama kali manusia ini di Gua
Neanderthal yang terletak di Gua Feldhofer di Lembah Neander Valley, berhampiran
Dusseldorf Jerman barat. Sekitar tahun 1856, antara lokasi lain ialah di Gua Shanidar dan
Gunung Baradost di Iraq. Menlalui hasil penemuan lokasi itu para ahli arkeologi telah
menjumpai sebanyak tujuh rangka manusia Neanderthal yang terkubur di dalam gua
tersebut. Contoh, sampel tanah telah diambil daripada sekitar tulang-tulang tidak
menunjukan sebarang gambaran hidupan tetapi adanya terdapat pemusatan pola-pola
daripada beberapa spesies bunga. Ini menunjukkan bahawa bunga-bunga tersebut telah
6
diambil dari kawasan lain dan diletakkan kawasan tersebut.

4
Ibid, Allah mengatur kejadian ciptaan manusia dengan Taqdirullah yang dapat dipelajari oleh manusia dalam manusia dalam batas
tertentu. Iaitu proses ilmiah yang dapat dipelajari oleh pancaindera manusia. Ayat yang dikutip itu menunjukkan makhluk itu sesudah
diciptakan Allah dari tidak sempurna kepada sempurna menurut Takdir Allah Taqdirrullah. Misalnya penciptaan Nabi Adam dan Hawa,
Ayat (S.Al A'la 1-3), Wahyu dan Akal, Iman dan Ilmu, 1993, hlm, 426-427.
5
Ibid, hlm, 428.
6
Muhammad Tamim Pardede, Sejarah Peradaban Bangsa Lemuria dan Atlantis, 2004, Retrieved 19 Januari 2010 at 7.21 pm,
From;
http://www.politikana.com/baca/2009/12/18/sejarah-peradaban-bangsa-lemuria-atlantis.html

2
Ahli arkeologi turut menemui pisau yang lebih baru yang digunakan oleh manusia
neanderthal bersama seorang rangka kanak-kanak di perkuburan gua tersebut berlokasi di
7
Tasik Tas, Uzbekistan U.S.S.R. Kepala kanak-kanak lelaki tersebut turut dikelilingi oleh
8
lingkaran tanduk “ Ibex ” yang terbenam di dalam tanah. Namun para penyelidik tidak
dapat mengenalpasti samaada terdapat suatu bentuk upacara ritual yang dijalankan oleh
masyarakat pada ketika itu. Walaubagaimanapun terdapat penjelasan yang mendakwa
bahawa masyarakat tersebut masyarakat pemburu. Ahli sarjana Jerman iaitu (Ernst Heirich
Haeckel: 1834-1919) telah menyokong perhujahan Darwin, beliau mengemukakan hujah
bahawa dunia ini adalah kekal, tidak ada permulaan serta hidup dengan sendirinya secara
mekanisma dan demikian juga manusia. Haeckel di dalam bukunya “ Naturliche
Schopfungsgeshichte ” ( sejarah penciptaan ) mengatakan bahawa manusia sebelum
Neanderthal pernah hidup seperti “ kera-manusia ” yang disebut sebagai “ Pithecanthropus ”
. Ideologi beliau telah menjadi ikutan kefahaman universal oleh para ilmuan sebelum
penemuan fosil pertama di Gua Neanderthal yang terletak di Gua Feldhofer, di Lembah
Neanderthal Valley, berhampiran Dusseldorf, Jerman barat. Selain itu, sifat Atheis yang
dimiliki beliau telah menjadi ikutan oleh Marxisme dan Komunisme bagi penganut evolusi
yang menentang tuhan. Antara ahli evolusionis terkemuka lain ialah Prof. Dr. Ali Demirsoy
“pakar mesir” yang menghasilkan sebuah buku berjudul Kalitim ve Evrim (Warisan dan
Evolusi) dan seorang lagi ialah Stanley Miller penyelidik dari Amerika syarikat pada tahun
1953. Beliau turut terkenal dengan hasil penyelidikan yang termuka iaitu “Eksperimen Miller”
atau “Eksperimen Urey Miller”.

Selain itu perbezaan mereka dengan manusia moden hanyalah dengan memiliki
rangka tubuh yang lebih kekar dan kapasiti tengkorak yang lebih besar sedikit berbanding

7
Ibid, Mereka juga telah di temui di Atlantis dan golongan ini dikenali sebagai “Homo Atlantis” atau nama dikenali sebagai Cro- Magnon,
Engis, Homo Erectus dan Neanderthal. Mereka juga dikatakan berasal dari keturunan raksaksa hasil gabungan genetik antara manusia dan
jin, contohnya, Kisah Sulaiman yang berkahwin dengan Ratu Balqis yang menurut ulamak adalah berasal berasal daripada keturunan jin.
Perjanjian lama juga turut mencatatkan bahawa perkahwinan campur pernah berlaku antara orang langit dan orang bumi. Sejarah
Peradaban Bangsa Lemuria dan Atlantis, 2004.
8
Ibid, "Kemudian Dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila Dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di
hadapan keduanya, suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: 'Hai Dzulqarnain, sesungguhnya ya'juj dan
ma'juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu
pembayaran kepadaMu.

3
manusia zaman moden. Contohnya, penemuan tengkorak manusia Homo sapiens
Neanderthalisis ialah tengkorak Amud 1 yang dijumpai di Israil. Manusia Neanderthal secara
umumnya adalah lebih berperawakan kekar dan pendek tetapi apa yang dijumpai oleh ahli
arkeologi pemilik fosil ini memiliki bentuk badan yang tinggi iaitu sekitar 1.80 m. Dan ini
merupakan tengkorak terbesar yang pernah pertama kali ditemui oleh ahli arkeologi. Oleh
itu, ini merupakan bukti terpenting di dalam merungkai dakwaan bahawa manusia
Neanderthal adalah bersifat perimitif. Neanderthal adalah terdiri daripada golongan ras
9
manusia dan kenyataan ini telah diakui oleh hampir kesemua penyelidik . Golongan
Evolusionis telah berusaha keras dan melakukan kajian yang lebih teliti di dalam
membuktikan Neanderthal sebagai “spesies primitif”. Namun kajian yang dilakukan
membuktikan bahawa perawakan manusia purba ini tidak menunjukkan perbezaan ketara
dengan manusia zaman moden (Homo Sapiens). Ahli-ahli evolusionis sentiasa cuba
berusaha di dalam membongkar rahsia sebenar kewujudan manusia purba ini.

4.0 Pandangan ahli evolusionis moden terhadap Neanderthal

Menurut Erik Trinkaus pula ahli paleoantropologi dari Universitas New Mexico, Perbandingan
anatomi terperinci antara sisa-sisa kerangka Neanderthal dengan rangka manusia moden
tidak menunjukkan dengan jelas bahawa kemampuan lokomotif, manipulatif, intelektual
atau bahasa Neanderthal adalah lebih rendah dari manusia moden. Menurut beliau lagi,
orang-orang Neanderthal memiliki beberapa keunggulan “evolusioner” yang hampir
10
menyamai manusia moden. Kapasiti tengkorak manusia Neanderthal adalah lebih besar
daripada kapasiti tengkorak manusia moden serta memiliki saiz otot yang lebih besar dan
tegap. Trinkaus menambah “ salah satu ciri Neanderthal yang paling khas adalah
keraksasaan tubuh dan tulang lengan serta tungkai mereka. Kesemua fosil yang ditemui itu
cukup mengambarkan kekuatan yang jarang dimiliki oleh manusia moden ( Homo Sapiens ).
Ketegapan ini bukan sahaja dikalangan lelaki dewasa malahan juga di kalangan wanita
dewasa, remaja mahupun golongan kanak-kanak.

Kebanyakan golongan penyelidik moden menggolongkan manusia Neanderthal


sebagai satu sub spesies golongan manusia moden dan mengelarkan mereka sebagai “
Homo Sapiens Neanderthalisis”. Spesies Neanderthal telah mula tahap keberadaban,

9
Abu Saif, Adam-Adam Sebelum Adam, 2007, Retrieved 21 Januari 2010 at 9.00 pm, From;
http://saifulislam.com/?p=776
10
David Pilbeam, Human Lose an Early Anscestor, 1982, hlm, 63-67.

4
11
buktinya ialah menlalui penemuan kubur-kubur masyarakat ini oleh para ahli arkeologi.
Ini membuktikan bahawa Neanderthal mampu untuk menguburkan mayat kerabat mereka.
Selain itu, mereka turut menghasilkan alatan muzik dan memiliki hubungan kebudayaan
12
menyamai dengan golongan Homo Sapiens pada ketika itu. Selain itu, terdapat analisis
oleh para ahli arkeologi yang menunjukkan golongan Neanderthal ini masih wujud sehingga
kini. Contohnya, orang-orang Arborigin yang mempunyai alis mata tebal dan menonjol,
sruktur rahang yang melereng ke dalam dalam memiliki kapasiti otak yang agak kecil.
Dengan lebih tepat lagi kebanyakan manusia ini tinggal atau hidup di Hungaria dan
beberapa desa di itali sebelum ini.

Antara pakar professional lain ialah ahli paleoantropologi Francis Marcellin Boule
yang melukis sebuah ilustrasi mengenai sebuah rangka Neanderthal yang lebih lengkap
berbanding ilustrasi yang dihasilkan oleh ahli paleoantropologi La Chapelle-aux-Saints 1908
13
Francis. Beliau telah mengambarkan bahawa manusia Neanderthal mempunyai ketinggian
sehingga mencecah 166 m dan berotot serta mempunyai berat sekitar 77 kg di samping
bersifat Karnivor. Beliau turut mendakwa bahawa manusia purba ini mempunyai saiz otak
sebesar 12% lebih besar berbanding saiz otak manusia moden. Keadaan ini, telah
menimbulkan andaian bahawa manusia kurang cerdas dan lebih bergantung kepada naluri
14
untuk hidup, contohnya ketika memburu.

Banyak mitos yang salah mengenai manusia purba ini telah dikemukakan oleh ahli-
ahli penyelidik evolusionis klasik. Misalnya manusia Neanderthal berkomunikasi di antara
15
satu sama lain dengan cara menggeram. Namun sekitar tahun 1983, para penyelidik telah
menemui tulang hyoid manusia Neanderthal di sebuah gua di Israel. Hal ini telah mengakhiri
perdebatan dan persoalan bahawa adakah manusia purba ini mampu berkata-kata dalam
proses perhubungan mereka. Hyoid merupakan tulang kecil yang terletak di tengkorak, yang

11
Ibid, hlm, 68-70.
12
Ibid, From;
http://saifulislam.com/?p=776
13
Harun Yahya, Senario Evolusi Manusia, 2005, Retrieved at 21 Januari 2010, From;
http://www.evolutiondeceit.com/indonesian/keruntuhan9.php
14
Ibid, From;
http://www.evolutiondeceit.com/indonesian/keruntuhan9.php
15
Erik Trinkaus, 1978, Hard Times Among the Neandertals, Natural History,Holloway and The Neandertal, hlm, 87-89.

5
menjadi sebahagian daripada mekanisme pengucapan vokal dalam membolehkan manusia
16
moden berhubung sesama mereka pada masa kini. Antara mitos lain mengenai manusia
purba ini ialah anggapan bahawa manusia Neanderthal berjalan membongkok seperti gorila.
Tetapi kajian yang dilakukan ke atas rangka manusia ini menlalui kaedah mikro karbon serta
membuat pembandingan antara dengan tulang-tulang rangka yang lain. Dan hasilnya ialah
tulang punggung yang melengkung itu adalah diakibatkan oleh serangan penyakit arthritis.
Keadaan ini secara langsung telah menyebabkan berlakunya proses pembentukan postur
17
tubuh yang tidak normal di kalangan mereka. Mitos lain ialah rancangan Hiburan yang
ditayangkan di Discovery Channel. Siaran ini menunjukkan golongan manusia Neanderthal
suka berteriak dan tidak berkomunikasi secara normal serta dianggap sebagai binatang buas
yang melolong seperti seekor serigala. Meskipun demikian, penemuan mengenai anatomi
dan budaya Neanderthal menunjukkan bahawa manusia Neanderthal tidak sama sekali
bersifat demikian. Hal ini turut membuktikan bahawa mereka termasuk di dalam golongan
ras manusia, mampu untuk berfikir dan berbicara, serta menyukai kebudayaan serta
18
peradaban sebagaimana yang diamalkan oleh manusia moden. Perhujahan yang dilakukan
adalah berdasarkan tanpa fakta dan bukti yang sahih. Justeru itu kajian teliti dan
menyeluruh harus dilakukan di memahami kewujudan sebenar mereka ini. Contoh mitos lain
ialah Pergembaraan Manusia Neanderthal oleh Geheimnisse der Urzeit Deutsche
Ubersetzung ( 1975 ) dan Pergembaraan Manusia Neanderthal oleh National Geographic,
Juli ( 2000 ). Seterusnya, berhubung dengan kewujudan manusia purba ini telah menjadi isu
hangat diperkatakan serta berfungsi sebagai medan proganda terutamanya terhadap
golongan evolusionis. Malangnya, penemuan sebentuk jarum yang berusia 26.000 tahun
pada 1980-an telah membuktikan bahawa manusia Neanderthal telah mempunyai
peradaban mereka sendiri serta mampu untuk menjahit. Akibatnya golongan evolusionis
terpaksa mengambarkan mereka sebagai manusia beradab di dalam majalah terbitan
mereka, iaitu National Geographic pada ketika itu.

5.0 Kepupusan manusia Neanderthal

16
Ibid, hlm, 90-92.
17
Ibid, hlm, 100-112.
18
Richard Leakey, The Making of Mankind, London; Sphere Books, 1981, hlm, 621.

6
Selain itu, setiap penemuan fosil-fosil baru telah mengakibatkan kesulitan para evolusionis di
dalam membongkar makna sebenar kewujudan manusia ini. Misalnya, penemuan terbaru
tengkorak manusia pada tahun 2001 yang dinamakan sebagai Kenyanthropus platyops.
Keadaan ini, telah menimbulkan persoalan “ apakah sebenarnya spesies mereka ini, kategori
apakah mereka dan bagaimanakah rupa bentuk sebenar mereka, adakah mereka spesies
tergolong sebagai kelompok manusia moden dan sebagainya ”. Walaubagaimanapun jumlah
populasi manusia Neanderthal makin berkurangan pada ketika itu. Mengikut kajian yang
dilakukan oleh para ahli arkeologi kemusnahan atau kepupusan manusia Neanderthal adalah
disebabkan oleh manusia moden ( Homo Sapiens ) itu sendiri yang memusnahkan mereka.
Analisis yang dilakukan ke atas artifak telah membuktikan bahawa manusia moden telah
membunuh orang Neanderthal di daerah Iraq sekitar 50,000 sampai 75,000 tahun yang
19
lalu.

Penemuan ini menguatkan telah teori bahawa manusia moden (Homo Sapiens)
menyumbang kepada kepupusan manusia Neanderthal. Antara senjata yang digunakan ialah
tombak yang digunakan untuk menyerang Neanderthal. Contohnya bukti yang ditemui pada
20
sebuah tengkorak Neanderthal sekitar umur dalam 40 hingga 50 tahun jantina lelaki. Di
beri nama oleh ahli arkeologi sebagai Ilmuan Shanidar 3 dan memiliki tanda arthritis.
Berikut ini adalah perbualan mereka iaitu “Kita menemukan kecederaan di rangka dan
dengan menlalui beberapa kajian akan dapat menjelaskan apa yang berlaku” kata penyelidik
Steven Churchill, profesor asociate antropology evolusi daripada University Duke di Carolina
Utara.

“ Kami tidak menyatakan bahawa terjadi “blitzkrieg”, dimana manusia moden melakukan
penindasan dan menyeksa manusia Neanderthal . Menurutnya lagi ” Kami fikir, bahawa
penjelasan dari keberadaan luka ini adalah disebabkan oleh senjata proyektil, dan
berdasarkan bukti siapa yang mampu melakukannya, dan siapa yang tidak, ini tidak
semestinya mengambarkan kewujudan satu aksi agresif di antara spesies.

6.0 Masa lalu penuh keganasan

19
L. S. B. Leakey, The Origin of Homo Sapiens,Paris; UNESCO. Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1974, Hlm, 62-68.
20
Ibid, hlm, 70-72.

7
Para ahli arkeologi pada masa kini sentiasa memperbaharui kajian mereka bagi memahami
dengan lebih terperinci mengenai manusia Neanderthal dan Homo Sapiens (manusia
moden) awal. Dengan harapan untuk memecahkan misteri, mengapa spesies kebelakangan
itu musnah sementara kita tidak demikian. Kajian yang dilakukan sebelumnya menunjukkan
bahawa terdapat pertembungan terhadap kahwin campur diantara kedua spesies itu, namun
kajian terbaru jelas menunjukkan sebalikannya. Antara contoh, Tengkorak Neanderthal dari
36,000 tahun yang lalu ditemui di Perancis menunjukkan terdapat kesan kecederaan yang
disebabkan oleh benda tajam yang hanya dapat dilakukan oleh manusia moden pada waktu
itu. “Jikalau, kisah Shanidar 3 juga adalah satu siri kekerasan yang serupa, dan jika waktu
hidup Shanidar 3 adalah sama dengan waktu kewujudan manusia moden, kita sudah mula
mendapatkan sedikit bukti yang menarik di sini,” menurut Churchill. Persaingan untuk
mendapatkan sumber alam dengan manusia moden serta beberapa faktor lain, juga telah
memainkan peranan penting dalam berlakunya kemusnahan terhadap manusia Neanderthal
21
ini.

7.0 Simulasi pembunuhan

Churchill dan kolega telah mengkaji Shanidar 3, yang merupakan salah satu rangka daripada
sembilan buah rangka Neandertal yang ditemui antara tahun 1953 dan 1960 di gua timur
laut Pergunungan Zagros di Iraq. Mereka telah melakukan pelbagai eksperimen ke atas
rangka tersebut dalam menjelaskan pembunuhan serta menerangkan bagaimana golongan
22
Neanderthel ini di bunuh. Antara kaedah yang dilakukan ialah menlalui percubaan
serangan dengan penggunaan panah yang telah diubahsuai bersesuaian dengan situasi
pada zaman itu. Mereka juga turut mengunakan sebuah tombak bersenjatakan batu yang
kemudiannya dibaling dengan cara yang berbeza. Eksperimen ini penting dalam memberi
dapat gambaran tikaman sebenar tikaman tombak ke atas Shanidar 3. Bukan itu sahaja,

21
Harun Yahya, Runtuhnya Teori Evolusi, 2005, Retrieved at 24 januari 2010, From;
http://www.harunyahya.com/indo/buku/pertanyaan003.htm

22
Ibid, hlm, From;
http://www.harunyahya.com/indo/buku/pertanyaan003.htm

8
beberapa senjata proyektil seperti dart turut digunakan di dalam eksperimen tersebut.
Selain itu, dalam mendapatkan gambaran sebenar mengenai situasi itu, senjata tersebut
telah digunakan ke atas binatang-binatang seperti khinzir dan sebagainya. Namun khinzir
adalah merupakan contoh model eksperimen terbaik bagi thoraks Neanderthal. Menurut
Chirchill model ini digunakan kerana mereka memiliki kekenyalan tisu dan ukuran yang
hampir sama dengan rangka Neanderthal. Penyelidik telah membandingkan kecederaan
yang dialami manusia ini, menlalui pelbagai situasi. Akhirnya mereka telah menemui bahawa
tikaman tombak tersebut telah menyebabkan kecederaan serius ke atas Neanderthal di
samping merosakkan kawasan tisu dalam jumlah yang banyak. Dengan senjata proyektil,
walaupun jauh lebih cepat dan ringan serta menyebabkan potongan khusus pada tisu tanpa
melukai tulang disekitarnya. Namun tidak mungkin akan menyebabkan kematian terhadap
manusia purba ini. Keadaan inilah yang telah ditemui oleh para penyelidik menlalui kajian
mereka ke atas Neanderthal Shanidar 3.

8.0 Kronologi peristiwa

Menlalui analisis tersebut telah menunjukkan bahawa manusia Neandertal ini mula sembuh
daripada kecederaannya sebelum mereka meninggal. Para penyelidik juga turut percaya
bahawa manusia Neandertal tersebut kemungkinan meninggal dalam tempoh masa
seminggu selepas kecederaan, ditambah lagi dengan kerosakan pada paru-paru akibat
tikaman tersebut. Keadaan ini telah mempercepatkan lagi tempoh masa kematian manusia
Neanderthal tersebut. Sehubungan dengan itu, para penyelidik berpendapat hanya manusia
moden sahaja mampu berbuat demikian manakala manusia Neanderthal tidak terutamanya
dalam menghasilkan senjata sebegitu. Para pengkaji turut mengemukakan teori bahawa
pembunuhan tersebut, dilakukan manusia moden demi untuk mendapatkan sesuatu dan
persaingan antara manusia telah menyumbang terhadap kepupusan manusia Neanderthal
ini.

9
8.0 Lokasi-lokasi awal manusia purba

Kebanyakan manusia pada masa itu tinggal di dalam gua sebagai tempat perlindungan
mereka terutamanya dari panas, hujan, keselamatan dan lain-lain. Antara contoh gua yang
di didiami oleh manusia purba ini ialah di Indonesia gua Braholo Gunung Kidul Diy, Gua
Seplawan Purworejo Jawa Tengah, Gua Leang PattaE Maros Sulawesi Selatan, Gua Cacondo
Uleleba Balisao, Gua Pattakare I Taman Purbakala Maros Sulawesi Selatan, Gua Leang Bua,
Manggarai, Flores Barat, Gua Song Keplek, Pacitan, Jawa Timur, Gua Pasetran Gondomayit
Tulungagung Jawa Timur, Gua di Tuban Jawa Timur, Gua Benteng Tundakan Kalimantan
Selatan dan Gua Tewet Kalimantan Timur. Di Malaysia ialah Bukit Jawa Kota Tampan, Gua
Samag, Gua Niah, Gua Gunung Runtuh dan sebagainya. Di Eropah ialah Gua Feldhofer di
Lembah Neander Valley, Gua Feldhofer, di Lembah Neander Valley, gua timur laut
Pergunungan Zagros di Iraq dan lain-lain.

Gua turut memainkan peranan penting di dalam kehidupan manusia purba ketika itu.
Selain berfungsi sebagai tempat berteduh, keselamatan dan sebagainya. Gua juga turut
berfungsi sebagai tempat dimana haiwan lebih cenderung berkumpul dan berehat.
Sesetengah gua adalah tempat yang berbahaya manakala sebahagiannya tidak. Bangkai
binatang atau tanaman jatuh ke bawah lubang gua telah bercampur dengan tanah serta
batu. Kemudiannya akan membentuk satu gondolan di lantai gua yang dikenali batuan
organik. Selain itu haiwan juga turut menggunakan gua tersebut sebagai tempat membiak,
tempat perlindungan, makan, minum, tidur serta bermungkinan ada yang mati di situ.
Secara tidak langsung akan menyebabkan sisa tulang mereka menjadi fosil, monumen,
artifak-artifak dan apa-apa fosil telah ditemui oleh para ahli arkeologi pada hari ini.

10
Kesimpulan

Neanderthal adalah manusia purba yang wujud sekitar 100 ribu tahun lalu di Eropah dan
kemudian menghilang atau terasimilasi menlalui proses pembauran “ evolusi ” dengan ras-
ras lain pada 35 ribu tahun yang lalu. Ini adalah jelas menunjukkan bahawa keberadaan
manusia Neanderthal dalam zaman purbakala tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun
demikian jumlah populasi manusia purba ini semakin menurun akibat daripada faktor-faktor
tertentu. Contohnya, persaingan dengan Homo Sapiens, perubahan persekitaran dan
sebagainya telah menyumbang terhadap kepupusan manusia Neanderthal ini. Selain itu,
bukti-bukti penemuan fosil manusia Neanderthal telah memecahkan persoalan bahawa
“adakan golongan manusia ini tergolong sebagai subspesies manusia”. Justeru, itu kajian
yang lebih lanjut harus dilakukan, terutamanya oleh para penyelidik di samping dapat

11
mengelakkan perhujahan tanpa bukti dan fakta terhadap hakikat sebenar kewujudan
manusia Neanderthal ini.

Rujukan

Solly Zuckerman. 1970. Beyond The Ivory Tower New York: Toplinger Publications.
Penerbit: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sutton Mark Q & Yohe 2 Robert M. 2003. Archaeology: The Sciene of the Human Past.
Boston: Alvin & Bacon.

Harun Yahya. 2007. Keruntuhan Teori Evolusi. Skema Evolusi manusia . Penerbit:
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.

12
Harun Yahya. 2007. Sejarah Penemuan Fosil Manusia Purba , Manusia Kera Dan Manusia
moden: Teori Perkembangan Evolusi Antara Waktu Arkeologi Biologi. Penerbit:
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Internet

Harun Yahya. 2005. Mengenal Allah Lewat akal. Retrieved 19 Januari 2010 at 9.30 pm. From
Http://www.harunyahya.com/indo/buku/akal006.htm

Harun yahya. 2005. Menyibak Takbir Evolusi Neanderthal Ras Manusia yang hilang .
Retrieved 20 Febuari 2010 at 1.20 a.m. From
http://harunyahya.com/indo/buku/menyibak024.htm

Artikel. 2005. Teori Baru Manusia Neanderthal Punah Dimakan Manusia Modern. Penerbit: Apa
khabar Dunia. Retrieved 21 Febuari 2010 at 4.45 p.m. From
http://apakabardunia.com/post/uncategorized/teori-baru-manusia-neanderthal-
punah-dimakan-manusia-modern

Sunu Widjanarko. 2008. Paleontolgy Dan Arkeologi gua. Retrieved 19 Januari 2010 at 10.00
p.m. From
http://subterra.web.id/content/view/75/19/

Abu Syaif. 1998-2010. Adam Tetap Adam. SaifuiIslam Com. Retrieved 20 Januari 2010 at
8.00 pm. From
http://saifulislam.com/?p=776

Evolusi. 2010. Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas . Retrieved at 20 Febuari
2010 at 1.30 a.m. From
http://id.wikipedia.org/wiki/Evolusi

13

Anda mungkin juga menyukai