Anda di halaman 1dari 3

Idea for esei paris

Perjanjian Versailles (1919) adalah suatu perjanjian damai yang secara resmi mengakhiri Perang Dunia I antara Sekutu dan Kekaisaran Jerman. Setelah enam bulan negosiasi melalui Konferensi Perdamaian Paris, perjanjian ini akhirnya ditandatangani sebagai tindak lanjut dari perlucutan senjata yang ditandatangani pada bulan November 1918 di Compigne Forest, yang mengakhiri perseturuan sesungguhnya. Salah satu hal paling penting yang dihasilkan oleh perjanjian ini adalah bahwa Jerman menerima tanggung jawab penuh sebagai penyebab peperangan dan, melalui aturan dari pasal 231-247, harus melakukan perbaikanperbaikan pada negara-negara tertentu yang tergabung dalam Sekutu. Negosiasi di antara negara-negara sekutu dimulai pada 7 Mei 1919, pada peringatan tenggelamnya RMS Lusitania. Aturan yang diterapkan terhadap Jerman pada perjanjian tersebut antara lain adalah penyerahan sebagian wilayah Jerman kepada beberapa negara tetangganya, pelepasan koloni seberang lautan dan Afrika milik Jerman, serta pembatasan pasukan militer Jerman yang diharapkan dapat menghambat Jerman untuk kembali memulai perang. Karena Jerman tidak diizinkan untuk mengambil bagian dalam negosiasi, pemerintah Jerman mengirimkan protes terhadap hal yang dianggap mereka sebagai sesuatu yang tidak adil, dan selanjutnya menarik diri dari perundingan. Belakangan, menteri luar negeri baru Jerman, Hermann Mller, setuju untuk menandatangani perjanjian pada 28 Juni 1919. Perjanjian ini sendiri diratifikasi oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tanggal 10 Januari 1920. Di Jerman, perjanjian ini menimbulkan keterkejutan dan rasa malu yang berperan terhadap runtuhnya Republik Weimar pada 1933, terutama karena banyak orang Jerman tidak percaya bahwa mereka harus menerima tanggung jawab penuh sebagai pemicu perang. "Empat Besar" (Big Four) yang melakukan negosiasi perjanjian ini adalah Perdana Menteri David Lloyd George dari Britania Raya, Perdana Menteri Georges Clemenceau dari Perancis, Vittorio Orlando dari Italia, dan Presiden Woodrow Wilson dari Amerika Serikat. Jerman tidak diundang ke Perancis untuk mendiskusikan perjanjian. Di Versailles saat itu, sulit untuk mencapai kesepakatan bersama karena tujuan mereka saling konflik satu sama lain. Hasil perundingan disebut-sebut sebagai suatu kompromi yang tidak disukai oleh pihak manapun.
PALESTIN

Perang Dunia pertama tercetus pada tahun yang sama minyak dijumpai di Timur Tengah iaitu pada 28 Julai 1914. Di sini, campur tangan Rockefeller dalam permainan politik dunia bermula apabila beliau telah menaja kedua-dua belah pihak yang berperang, Tentera Bersekutu(Serbia, Rusia, Perancis,Belgium, British dan negara komanwel,Amerika Syarikat, Itali,Jepun,Greece, Romania) dan juga Kuasa-kuasa Pusat (Austria-Hunggary, Jerman,Empayar Uthmaniyyah, Bulgaria). Perang Dunia Pertama berakhir pada tahun 1918 menyaksikan kekalahan pihak Kuasa-kuasa Pusat. Negara yang

kalah terpaksa menyerahkan beberapa kawasan taklukan dan beberapa jajahan kepada pihak bersekutu, termasuk nasib yang tertimpa wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah khususnya Palestin.

Setahun sebelum Perang Dunia Pertama berakhir iaitu pada tahun 1917, Arthur James Balfour telah menghantar surat kepada Lord Rothschild yang merupakan pemimpin Zionis British, dengan mengisytiharkan bahawa Palestin adalah Tanah Air Yahudi yang dikenali selepasnya sebagai Deklarasi Balfour. Tahun yang sama juga 1917, Presiden Amerika Woodrow Wilson yang sebelumnya neutral dalam Perang Dunia Pertama telah dipujuk oleh para pemimpin Yahudi Amerika telah bertindak mengisytiharkan penyertaan Amerika dalam Perang Dunia Pertama dan menyatakan pendirian beliau sebagai "tidak membantah" Deklarasi Balfour. Tahun berikut selepas Perang Dunia Pertama berakhir 1919, dalam satu konferensi di Istana Versailles yang dikenali sebagai Konferensi Perdamaian Paris 1919 yang cuba mendamaikan blok sekutu yang menang dan blok kuasa pusat yang kalah. Hasil dari perjanjian ini antaranya tertubuhnya Liga Bangsa-bangsa yang merupakan idea Woodrow Wilson. WILAYAH ARAB Kembali kita kepada penubuhan Liga Bangsa-bangsa yang diumum di Paris pada tahun 1919. Antara tokoh yang berada dalam konferensi perdamaian 1919 itu adalah Emir Faisal yang mengetuai delegasi Arab ke Versailles, Paris. Baik, siapa Emir Faisal ini? Beliau adalah anak kepada Hussein bin Ali , Sharif Mekah. Ayahnya menjadi Sharif Mekah sejak zaman Turki Uthmaniyyah dan menjadi Raja Hijjaz setelah Pemberontakan Arab 1917-1918 menentang khilafah atas niat beliau ingin menjadi khalifah islam, bersekutu dengan British demi cita-citanya membina empayar Dinasti Bani Hashim di semenanjung Arab . Turki Uthmaniyyah yang bersekutu dengan Jerman dalam Kuasa Pusat telah cuba menghalang pemberontakan Sharif Hussein ini, walaubagaimanapun Sharif Hussein berjaya menguasai kawasan Hijjaz termasuk mengekalkan pemerintahan Mekah-Madinah dari tahun 1916 hingga tahun 1924 dengan bantuan British dan Perancis serta menggelar dirinya Khalifah bagi umat Islam. Ketika pemberontakan 1916-1917 itu Emir Faisal membantu ayahnya untuk menentang Turki Uthmaniyyah bekerjasama dengan agan British di Mesir, T.E Lawrence.Sesuai dengan Perang Dunia Pertama yang berlangsung ketika itu, pihak Sharif Hussein bersama pihak bersekutu, dan Turki Uthmaniyyah bersama kuasa pusat. Setelah kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama, Emir Faisal tidak kurang mendapat untung bersama ayahnya. Banyak wilayah-wilayah takluk Turki Uthmaniyyah diserah kepada mandat-mandat British. Beliau menjadi wakil Arab membuat perjanjian dengan Presiden Israel pertama dan juga ketua organisasi Zionis sedunia Chaim Weizmann yang dikenali sebagai Perjanjian Faisal-Weizmann 1919 yang dijalankan di Paris bersekali dengan Perjanjian Perdamaian Paris 1919. Ketumbukan tentera Ibn Saud dianggap kuat setelah kerjasama dengan Sheikh Muhammad Ibn Abd Wahab sehingga dapat memerintah wilayah Diriyyah di Riyadh dari tahun 1744-1818 yang juga dikenali Arab Saudi pertama. Empayar Turki Uthmaniyyah walaubagaimanapun cuba mengambil kembali wilayah itu untuk bernaung di bawah Turki Uthmaniyyah dengan menghantar Muhammad Ali Pasha. Pada 1818, Ibn Saud telah kalah kepada Muhammad Ali Pasha. Walaubagaimanapun Ibn

Saud cuba membina kekuatan kembali dan cuba mendapatkan wilayah Riyadh tersebut pada 1824 apabila berperang dengan Bani Ar Rashid yang merupakan sekutu Empayar Turki Uthmaniyyah.

Dari tahun 1824 itu iaitu zaman Arab Saudi kedua, Ibn Saud terus merangka perancangan untuk berkuasa di wilayah arab dengan tema tajdid ke arah pemurnian Islam bersama kelompok wahabi. Kemuncaknya adalah peperangan dengan Bani Hashim pimpinan Sharif Hussein yang dikisahkan tadi pada tahun 1924. Walaupun banyak kelompok kabilah yang ingin menguasai wilayah Arab, ternyata setelah kejayaan Bani Hashim dengan bersama pihak bersekutu pada era Perang Dunia Pertama mengalahkan Khilafah Turki Uthmaniyyah, keturunan Saudi dianggap lebih berjaya pasca Perang Dunia Pertama itu.

Pada 1917, Philby dihantar kepada Ibn Saud sebagai wakil British untuk perundingan.Dalam masa yang sama, Philby lebih cenderung pada Ibn Saud untuk memerintah semenanjung Tanah Arab setelah wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah dilepaskan selepas Perang Dunia Pertama itu.Pada 1918, apabila berlakunya Perjanjian British-Perancis yang membahagi-bahagikan tanah Arab untuk dijadikan wilayah mereka dan pembentukan Deklarasi Balfour mewujudkan negara Israel, Philby merasakan misi membentuk semenanjung arab bersatu telah dicurangi.1920, Philby menjadi menteri keselamatan dalam negeri di Iraq pasca revolusi Iraq sewaktu itu. Setahun setelah itu 1921, Philby dilantik menjadi Ketua unit rahsia British di Mandat Palestin.1922, Philby ke London dan bertemu semua pemimpin penting barat yang sedang mengoperasi wilayah Arab termasuk Winston Churchill, King George, Prince of Wales, Baron Rothschild, Wickham Steed, dan Chaim Weizmann, ketua pergerakan Zionis sedunia. Pada 1931, Philby menjemput Charles R Crane warga Amerika untuk meneroka simpanan minyak di Arab Saudi yang bakal ditubuhkan setahun selepas itu 1932 secara rasmi. Pada 1933, setahun setelah Arab Saudi ditubuhkan, syarikat Rockefeller berurusan dengan Philby untuk menguasai minyak di sana melalui SOCAL dan Texaco lalu terbentuklah ARAMCO 1936.Sehingga tahun 1973, kerajaan Arab Saudi hanya memegang 25% saham ARAMCO membuatkan syarikat itu menjadi aset Amerika paling bernilai dan penjana keuntungan Rockefeller yang terbesar.Hanya pada tahun 1980, barulah ARAMCO dikuasai sepenuhnya oleh Arab Saudi dan menukar namanya menjadi Saudi Aramco.
Kembali kita kepada penubuhan Liga Bangsa-bangsa yang diumum di Paris pada tahun 1919. Antara tokoh yang berada dalam konferensi perdamaian 1919 itu adalah Emir Faisal yang mengetuai delegasi Arab ke Versailles, Paris.

Anda mungkin juga menyukai