Anda di halaman 1dari 13

TAKLIMAT MENGENAI URUSAN KENAIKAN PANGKAT

GURU CEMERLANG GRED DG48


KE DG54 DAN KE GRED KHAS C
(KHAS UNTUK PENYANDANG)
1. Keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat
Perkhidmatan Pelajaran Pada 5 Ogos 2004

a. Mengekalkan konsep Guru Cemerlang secara KUP sehingga ke Gred


Khas C dengan diselaraskan mengikut gred dan syarat-syarat asas
kenaikan pangkat dibawah SSM dan syarat-syarat lain yang ditetapkan
seperti di LAMPIRAN ‘B’, ‘B1’, ‘B2’, ‘B3’, ‘B4’ dan ‘B5’.

b. Sebanyak 12 jawatan KUP dipersetujui pada peringkat permulaan


berdasarkan kepada 12 subjek utama di LAMPIRAN ‘C’.

c. Pelaksanaan pada peringkat awal hanya di sekolah sahaja (tidak


termasuk SM Teknik)

d. Instrumen dan kriteria pemilihan ditetapkan bagi kenaikan pangkat :-


1. LNPT - 40%
2. Markah Penilaian Calon - 20%
3. Markah Panel Pemantauan - 20%
4. Markah Panel Temuduga - 20%

JUMLAH 100%
e. Pelaksanaan mulai 2004 dengan kenaikan pangkat terus dari DG48 ke
DG54 pada 31.12.2003 dengan menggunakan kaedah kenaikan
pangkat dalam tempoh peralihan dan seterusnya ke Gred Khas C pada
tahun 2004.

f. Perbincangan antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan


Perkhidmatan Awam pada 20.09.2004 telah memutuskan bahawa
kenaikan pangkat ini adalah secara one off dengan pemilihan dan
kelulusan kenaikan pangkat dari Gred DG48 ke DG54 dan
pemangkuan ke Gred Khas C dibuat secara back to back.

2. Pengumuman Konsep Kenaikan Pangkat


‘Guru Super’ Oleh YAB Perdana Menteri

Konsep kenaikan pangkat yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri :-

 Sebagai usaha mengekalkan guru-guru di sekolah disamping


berpeluang dinaikkan pangkat ke tahap yang lebih tinggi.
 Meningkatkan mutu pendidikan dengan menggunakan
kepakaran ‘Guru Super’.

 Pemilihan berdasarkan kepada ketokohan, kepakaran dan


komitmen.

 Kesediaan berkhidmat di kawasan pendalaman.

g) Perbincangan antara KPPA dan Kementerian Pelajaran Malaysia pada


29.07.2004 telah membincangkan bahawa pemilihan kenaikan
pangkat Guru Cemerlang perlu dibuat secara first time right.
3. Instrumen Dan Proses Pemilihan

3.1. Pengenalpastian Calon :-

a. Seramai 308 orang calon yang dikenalpasti memenuhi kriteria


tapisan seperti berikut :

i. Lahir pada atau selepas 1.1.1950;

ii. Dinaikkan pangkat sebagai Guru Cemerlang Gred DG48


pada atau sebelum 31 Oktober 2003; dan

iii. Bagi yang tidak lagi menjadi Guru Cemerlang, tempoh


tersebut hendaklah tidak lebih satu tahun.
3.2. Penilaian Calon (20%)

- Daripada 308 calon yang dikenalpasti, 280 calon mengisi borang


permohonan untuk tujuan penilaian.
- Markah penilaian calon dikira berdasarkan kepada : -

i) Sumbangan profesional dalam disiplin pengkhususan;

iI) Khidmat kepakaran;

iiI) Anugerah yang diterima berkaitan profesion / bukan


profesion;

iv) Pencapaian subjek matapelajaran; dan

v) Penulisan.
3.3. Pemantauan Oleh Panel Pemantauan :-

- Seramai 280 calon juga telah dipantau oleh Panel Pemantauan


yang terdiri daripada Ketua Nazir Negeri dan wakil ibu pejabat.

- Pemantauan dibuat terhadap aspek-aspek berikut : -

 Amalan mengajar;

 Perhatian kepada keperluan dan sumbangan semua murid;

 Memupuk dan menjaga perhubungan baik yang mendorong sikap


kerjasama di bilik darjah dan sekolah;

 Menilai, merekod dan melapor pencapaian dan prestasi murid untuk


merancang dan membantu pembelajaran;

 Sentiasa berusaha menyedia perancangan keperluan pembelajaran


yang seimbang dengan sistem persekolahan;
 Keberkesanan mewujudkan struktur dan proses ke arah suasana
pembelajaran yang produktif;

 Sentiasa menggunakan strategi pengurusan tingkah laku yang


berkesan;

 Sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab / bahan


mengajar; dan

 Penglibatan dalam gerak kerja kokurikulum sekolah.


3.4. Penilaian Oleh Pakar

a. Seramai 58 orang yang mendapat jumlah markah komposit 80.00% ke


atas iaitu LNPT (40%), Markah Penilaian Calon (30%) dan Markah
Pemantauan (30%) telah dipanggil menjalani ujian penilaian pakar dari
UKM dan UPSI.

b. Penilaian pakar dibuat secara bertulis dan temubual. Penilaian secara


temubual (lisan) perlu dibuat bagi menilai atau mengukur performance
yang tidak dapat dinilai / diukur melalui ujian bertulis. Calon dinilai dari
sudut :-

i) Pengetahuan Am
- Perintah Am;
- Dasar-dasar Kerajaan; dan
- Isu-isu semasa.
ii) Kandungan Ilmu

- Penguasaan kandungan matapelajaran;

- Kaedah pengajaran (Pedagogi); dan

- Penggunaan matapelajaran dikaitkan dengan

isu-isu semasa.

c. Berdasarkan kepada keputusan penilaian 33 orang telah dipanggil


untuk menghadiri temuduga pada 19 dan 25 Oktober 2004. Mereka
yang ditemuduga ini adalah yang mendapat markah tidak kurang
daripada 74%. Walau bagaimanapun bilangan calon untuk setiap
subjek bergantung kepada pencapaian markah calon bagi setiap
subjek.
3.5. Temuduga oleh Panel Temuduga

Temuduga dibuat secara individu dan merangkumi aspek-aspek berikut :-

i) Ketrampilan – pengetahuan dalam bidang tugas;

ii) Ketrampilan sebagai pengurus dan pemimpin pendidikan;

iii) Kematangan idea;

iv) Kualiti peribadi; dan

v) Sumbangan-sumbangan.
4. Perakuan Calon dan Analisa

4.1 9 calon diperakukan sehingga ke Gred Khas C yang mendapat jumlah


markah tertinggi 82.50% ke atas bagi setiap subjek kecuali subjek
Biologi, Kimia dan Ekonomi.

4.2 10 calon lagi diperakukan setakat Gred DG54 sahaja.

4.3 Analisa mengikut :-

i) Lokasi Bandar/ Luar Bandar;

ii) Kaum;

iii) Jantina;

iv) Umur;

v) Jenis Sekolah; dan

vi) Subjek
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai