Anda di halaman 1dari 30

KAEDAH & TEKNIK

PENGAJARAN
• 5 kaedah & teknik pengajaran:
– Sumbang saran
– Bercerita
– Demonstrasi
– Perbincangan
– Penyelesaian masalah ( Theory of
Constraints)
SUMBANG SARAN
• Orlich et al. (2007) : merupakan 1 teknik
pembinaan kemahiran yg mudah dan berkesan
jika satu tahap kreativiti tinggi diperoleh dalam
pembelajaran yang diingini.
• Satu teknik perbincangan yg kreatif untuk
mendapatkan idea.
• Merupakan aktiviti perbincangan.
TUJUAN
• Melatih pelajar mengemukakan idea @
pandangan yg bernas.
• Dapat meningkatkan keyakinan pelajar.
• Memupuk semangat berkongsi idea serta
menerima pendapat orang lain.
• Memupuk sifat-sifat sosial.
• Menggalakkan perkembangan mental pelajar.
PRINSIP-PRINSIP
• Topik perbincangan haruslah sesuai dgn
kebolehan & minat pelajar.
• Suasana perbincangan harus kondusif & tidak
formal.
• Pelajar diberikan peluang utk mengemukakan
seberapa banyak idea @ pendapat.
• Pelajar dilarang utk membuat kritikan @menilai
idea semasa sumbang saran.
• Semua pendapat @ idea dicatat & huraian idea
org lain adalah dibenarkan.
• Pelajar digalakkan untk mengembangkan satu-
satu idea agar melahirkan pandangan yg
baharu.
• Masa utk mengemukakan idea adalah terkawal
supaya ahli-ahli boleh berfikir secara pantas.
PELAKSANAAN SUMBANG SARAN
• Semua idea kecuali jenaka harus diterima &
dicatatkan.
• Tiada kritikan terhadap mana-mana idea @
cadangan.
• Ahli kumpulan harus menambah idea rakan-
rakan.
• Ketua kumpulan harus cuba menggalakkan
semua ahli utk mengemukakan idea.
• Kualiti idea tidak dipentingkan.
KELEBIHAN & KELEMAHAN
KELEBIHAN KELEMAHAN
a) Pelajar dapat melibatkan a) Tidak sesuai untuk pelajar
diri dgn aktif. lemah.
b) Menggalakkan pemikiran b) Banyak masa dan tenaga
kreatif dan kritis. digunakan.
c) Semua pelajar melibatkan c) Pelajar akan kecewa jika
diri dalam mengemukakan idea mereka ditolak.
idea. d) Masalah kritik-mengkritik
d) Nilai-nilai murni dpt akan wujud jika tidak
dipupuk. dikawal guru.
e) Wujud interaksi antara e) Kekurangan pengalaman
pelajar. & pengetahuan
menyulitkan rumusan
dibuat.
BERCERITA
• Cerita merupakan 1 susunan kejadian @
peristiwa yg berlaku sama ada benar-benar
berlaku @ diciptakan.
• Merupakan 1 cabang seni, alat pendidikan moral
& nilai.
• Keindahan & kekuatan teknik bercerita terletak
pd penggunaan bahasa.
TUJUAN
• Mencerna daya kreatif dan imaginasi pelajar.
• Melatih pelajar dgn pelbagai kemahiran dan
kecekapan bahasa.
• Menggalakkan pelajar berkomunikasi dgn
berkesan.
• Dapat meluaskan pengalaman & pengetahuan
pelajar.
• Pelajar berfikiran dapat berfikiran matang &
berketrampilan.
• Pelajar dapat menghayati nilai-nilai murni.
PRINSIP-PRINSIP
• Cerita yg dipilih hendaklah sesuai dgn
kebolehan & minat pelajar.
• Suasana bilik darjah harus sesuai dgn cerita.
• BBM boleh digunakan.
• Penggunaan bahasa yg sesuai.
• Soalan turut dikemukan utk wujudkan interaksi.
• Isyarat lisan & bukan lisan hendaklah sesuai
dgn cerita.
• Aktiviti susulan diadakan.
CARA TEKNIK BERCERITA
• Guru bercerita keseluruhan cerita & pelajar
mencatat urutan peristiwa.
• Guru bercerita keseluruhan cerita & pelajar
menceritakn semula.
• Guru menceritakan awal cerita & pelajar
meramalkan keseudahan cerita.
• Guru menceritakan bahagian akhir & pelajar
membina permulaan cerita.
• Pelajar diminta untuk mendengar rakaman cerita
& pelajar menceritakan semula cerita tersebut.
• Guru boleh memberikan peluang kpd peljar
untuk bebas memilih cerita & menceritakannya
secara lisan.
• Guru meminta pelajar membina cerita sendiri.
PELAKSANAAN TEKNIK BERCERITA
• Persediaan awal:
– Cerita yg dipilih merupakan cerita yg menarik.
– Tidak begitu panjang & mempunyai unsur suspens
serta kecindan.
– Ruang bercerita hendaklah menarik dan sesuai.

• Semasa bercerita:
– Kemahiran verbal
– Kemahiran bukan verbal
• Selepas bercerita & aktiviti susulan:
– Sesi perbincangan diadakan.
– Guru mengemukakan soalan konvergen &
divergen.
– Aktiviti susulan dirancang untuk pelajar
memperoleh kesan yg maksimum.
KELEBIHAN
• Pelajar dapat mendengar dgn teliti & bertutur dgn
baik.
• Menggalakkan pelajar berkomunikasi dgn baik.
• Meningkatkan kemahiran membaca & menulis.
• Meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata.
• Daya imaginasi pelajar dapat ditingkatkan.
• Memupuk nilai-nilai murni.
• Memperkembangkan sikap positif terhadap
pembacaan.
PERBINCANGAN
• Gauthier (2001) : satu proses aktif yg melibatkan
guru & pelajar dalam persekitaran P&P.
• Orlich et al. (2007) : teknik yg boleh
meningkatkan kemahiran pemikiran & pertuturan
pelajar.
• Bond (2001) : dalam perbincangan pelajar
merupakan pelajar aktif.
ELEMEN TEKNIK PERBINCANGAN
• Matlamat & objektif :
– Dijalankan utk menghasilkan pembelajaran berbentuk
proses & bukan hasil akhir.

• Saiz kumpulan yg ideal:


– 3 hingga 15 org ( Miller, 1986)
– 5 orang ( Schmunk dan Schmunk ,2001)
– 6 hingga 8 org
• Susun atur bilik:
– Susun atur berbentuk bulatan, separa bulatan @ ‘U’ ,
rantai @ ‘Y’.

• Pemilihan topik & aplikasi:


– Topik boleh terdiri drpd tugasan @ pengajaran secara
berterusan.
– Topik hendaklah relevan & dpt rangsang minat
pelajar.
PELAKSANAAN SESI PERBINCANGAN
• Proses & interaksi:
– Komunikasi amat penting.
– Pelajar dibimbing utk menguasai kemahiran mendengar.
• Peranan & tanggungjawab :
– Guru berperanan sbg fasilitator.
– Guru harus bergerak dr 1 kumpulan ke kumpulan yg
lain.
– Setiap kumpulan mempunyai ketua & seorang pencatat.
• Kepimpinan:
– Ketua mempunyai autoriti & mewakili kumpulan
sebagai jurucakap.
– Ketua perlu menguasai & kompetensi pemimpin.

• Kejeleketan:
– Ahli kumpulan perlu bersatu-padu & saling
menyokong antara 1 sama lain.
DEMONSTRASI
• Satu cara untuk melatih pelajar memerhati &
melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur.
• Melibatkan guru @ seseorang individu
menunjuk cara di hadapan kelas.
• Dalam proses demonstrasi terdapat komuniksai
lisan yg langsung.
• Melibatkan pendekatan visual.
• Teknik adalah interaktif kerana guru dan pelajar
sama2 terlibat.
TUJUAN
• Memberi peluang kepada pelajar agar benar-
benar memahami perkara yg hendak dipelajari.
• Membolehkan pelajar melihat perkara sebenar.
• Dapat meningkatkan ingatan pelajar.
• Dapat meningkatkan keyakinan pelajar.
• Menunjukkan sesuatu isi @ prosedur secara
berkesan.
• Menimbulkan minat dalam sesuatu topik.
PELAKSANAAN DEMONSTRASI
• Guru hendaklah menentukan topik, objektif &
menyediakan alatan.
• Guru menunjukkan langkah-langkah.
• Guru perlu menyoal murid.
• Guru hendaklah meminta beberapa orang
pelajar untuk memberitahu urutan langkah-
langkah yg betul.
• Pelajar mempraktikkan apa yg telah dipelajari.
KELEBIHAN & KELEMAHAN
KELEBIHAN KELEMAHAN
a) Dapat memperkenalkan a) Demonstrasi kurang
bahan pembelajaran berkesan jika pelajar
baharu. tidak diberikan
b) Dapat mengekalkan peluang.
perhatian pelajar. b) Kurang berkesan jika
c) Memberi peluang guru tidak dapat
kepada pelajar menerangkan
mengaplikasikan prosedur dgn
pengetahuan yg diberi. sistematik.
d) Memotivasikan c) Menggalakkan
pembelajaran pelajar. peniruan.
e) Pelajar dapat menguasai
perlakuan yg diingini.
PENYELESAIAN MASALAH
• Suatu proses pembelajaran inkuiri, dimana
pelajar mencari jawapan utk soalan yg relevan
kepada mereka.
• Berasaskan falsafah konstruktivisme.
• Guru berperanan sebagai org yg menerang @
menjelaskan secara terperinci masalah yg perlu
diselesaikan.
LANGKAH-LANGKAH
• Menyedari tentang situasi @ peristiwa.
• Mengenalpasti masalah dalam istilah tepat.
• Mendefinisikan semua istilah.
• Menentukan had masalah.
• Melaksnakan analisis tugasan supaya masalah
holeh dibahagikan kepada elemen-elemen utk
penyiasatan.
• Mengumpulkan data yg relevan utk setiap
tugasan.
• Mensintesis data utk perkaitan2 yg bermakna.
• Membuat generalisasi & mencadangkan
alternatif utk membetulkan masalah.
• Mengemukakan & melaporkan keputusan
penyiasatan.
THEORY OF CONSTRAINT (TOC)
• TOC digunakan secara sistem penyelesaian
masalah & pengurusan perubahan yg sesuai.
• TOC membolehkan pelajar menerangkan masalah
& mencipta penyelesaian kreatif, menganalisis,
berfikir melalui akibat terhadap tindakan & idea-
idea.
• Mengaplikasikan apa-apa yg dipelajari sehingga
mencapai keputusan. (Vishalache Balakrishnan,
2002).
• Teknik ini bukan hanya menghafal maklumat drpd
teks, tetapi merangsangkan pemikiran pelajar.
tamat

Anda mungkin juga menyukai