Anda di halaman 1dari 3

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1. Nama dan Alamat Sekolah/Organisasi


SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG TEREH,
PETI SURAT 102,
86009 KLUANG, JOHOR.

2. Nama Pengkaji
SITI NORLINA BT MOHAMD SALEH

3. Tajuk Kajian
CIKGU, BANTULAH SAYA

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan
yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan negara. Penguasaan
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal
bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru,
Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal
mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat
persekolahan menengah rendah.
Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan
segolongan mereka lebih lambat atau ’terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran
berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan,
mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan
terbenam. Justeru, melalui program pemulihan khas, keperluan-keperluan murid
berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Beberapa ujian perlu dijalankan
bagi mengklasifikasikan murid-murid pemulihan khas. Ujian-ujian dalam pemulihan khas
membolehkan seseorang guru:
1. Menapis sejumlah murid untuk memastikan kemasukan dalam kelas pemulihan khas.
1. Menentukan punca-punca kelemahan murid.
2. Menilai pencapaian murid setelah dijalankan P&P pemulihan khas.
3. Mengesan masalah khusus yang dihadapi oleh murid.
5. Fokus Kajian

Kajian ini berfokuskan kepada masalah murid-murid yang mempunyai masalah


pembelajaran perkataan kvkv. Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–
murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu
kemahiran membaca dan menulis.

6. Objektif Kajian

i. Umum

 Membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran dalam


menguasai kemahiran asas - membaca dan menulis.
 Membantu murid-murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku
yang menjejaskan proses pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan sikap
keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

ii. Khusus

 Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai


kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan
maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat
daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah
mengikut kadar kemampuan murid menguasai kemahiran kvkv.

   
7. Kumpulan Sasaran

Murid-murid pemulihan khas yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga
kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.

8. Tindakan Yang Dicadangkan


Guru Pemulihan Khas merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu
bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran penguasaan kemahiran
perkataan kvkv. Selain itu, bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan boleh
dianjurkan sekiranya keadaan memerlukan.
Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching” / “guru
pendamping” sekiranya perlu. Langkah yang terakhir adalah dengan berbincang dengan
ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.
Guru juga akan mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka
membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

9. Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1. Mengenalpasti masalah yang dihadapi 8 Februari 2010


2. Merangka dan menulis proposal kajian tindakan 15 Februari 2010
3. Merancang tindakan yang akan diambil 18 Februari 2010
4. Melaksanakan tindakan awal 22 Februari 2010
5. Membincangkan masalah dan langkah penyelesaian 25 Februari 2010
6. Ujian pengesanan pencapaian kumpulan sasaran 27 Februari 2010
7. Refleksi kajian 27 Februari 2010
8. Menulis Laporan Kajian 28 Februari 2010
9. Pembentangan Laporan Kajian 5 Mac 2010

10. Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit Jumlah Kos

1. Kertas A4 2 x RM 8.00 RM 16.00

2. Printer Cartridge 1 x RM 65.00 RM 65.00

3. Kamus Dewan 1 x RM 45.00 RM 45.00

4. Fotostat Bahan dan Laporan Kajian RM 30.00

5. Buku catatan guru 1 x RM 2.00 RM 2.00

JUMLAH RM 158.00

Anda mungkin juga menyukai