Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD 2

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


KLUANG, JOHOR

MINIT MESYUARAT KELAB GASABIRU


BIL. 1 / TAHUN 2018

Tarikh : 29 Januari 2018

Masa : 1.45 tengah hari

Tempat : Bilik LINUS, SK Tunku Mahmood 2

Pengerusi : En. Mohd Adil bin Jalil

Kehadiran(Bilangan) : 9 orang

Turut Hadir (Jika ada) : En. Kamarul Zaman bin Ahmad

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih di atas kehadiran AJK GASABIRU
ke mesyuarat kali pertama untuk tahun 2018.

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Al-Fatihah.

2 UCAPAN PENASIHAT

2.1 En. Kamarul Zaman bin Ahmad mengucapkan tahniah dengan pelantikan AJK Kelab
GASABIRU sesi 2018/2019.

2.2 Penasihat mengharapkan agar semua perancangan aktivti sepanjang tahun 2018
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Penggubalan Perlambagaan Kelab GASABIRU Tahun 2018 dibincangkan dan akan
diberi kepada semua ahli kelab.

Tindakan : Makluman semua guru


4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1 Majlis Persaraan En. Mohtadi bin Amat Supan dan Pn. Minah binti Talib
 Majlis persaraan bersama murid akan diadakan pada 28 Februari 2018. Ahli
jawatankuasa akan dibentuk pada mesyuarat yang akan datang.

4.2 Hari Guru 2018


 Majlis akan diadakan pada 16 Mei 2018 bersama murid pada waktu
persekolahan.
 Jamuan minum petang pada jam 3 hingga 5 petang.
 AJK Pelaksana dan tempat akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan
datang.

4.3 Majlis Persaraan Guru Besar dan GPK Pentadbiran


 Majlis bersama murid akan dilaksanakan pada 31 Mei 2018.
 Majlis bersama MGB adalah pada 10 Mei atau 13 Mei 2018.

4.4 Hari Keluarga 2018


 Cadangan Hari Keluarga STM2 adalah pada 27 April 2018 di Pengkalan
Balak, Melaka.

Tindakan : Makluman semua guru

5 PENUTUP

5.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat
yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh,

PN. SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH


Setiausaha
Mesyuarat Kelab GASABIRU Kali 1/2018

Tarikh : 29 JANUARI 2018

Anda mungkin juga menyukai