Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU PELATIH

KELAHIRAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

(BIL. 2/2010)

Tarikh : 7 Julai 2010 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Bilik Gerakan

Hadir :

1. Abdul Qohar b Mohamad Radzi ( Pengerusi )


2. Mohamad Izzad Fadzly b Abdul Halim
3. Muhamad Siddik b Juraimi
4. Mohamad Zuhdi b Sabri
5. Mohamad Amin Afifi b Othman
6. Mohamad Khairuladli b Abu Bakar
7. Mohamad Syazwan b Muhamed
8. Muhammad Riduan b Ghazali
9. Ezzah bt Ahmad Tarmizi
10. Farhanis bt Omran
11. Nor Aishah bt Azmi
12. Nor Hayani bt Maliki Haris
13. Nor Shariza bt Abd Rahman
14. Norlyana bt Sakarudi
15. Nur Fadhila bt Saugi
16. Nurul Eezzah bt Awang
17. Nurul Nazierah bt Omar
18. Raihanah Athirah bt Mat Razali
19. Sim Yie May
20. Siti Nur Amalina bt Mohamed Nor
21. Siti Zulaikha Izlin bt Rusman
22. Muhammad Hafizie b Zulkefle (Setiausaha)

Hadir Bersama :

Puan Juairiah bt Marjonet

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Abdul
Qohar b. Mohamad Radzi.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua Jabatan, IPG
Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur yang hadir dalam mesyuarat
dan berharap dapat memberi bekerjasama serta melancarkan lagi
perjalanan mesyuarat.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Pemantapan Profesionalisme Guru Pelatih Kelahiran IPG


Kampus Pendidikan Teknik disahkan tanpa sebarang pindaan.

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Pembetulan nama Ketua Jabatan Unit Hal Ehwal Pelajar

4.0 Laporan Taklimat Pemantapan Profesionalisme Guru Pelatih Kelahiran IPG


Kampus Pendidikan Teknik

4.1 Antara perkara penting yang dibincangkan ialah pemantapan dari segi
sahsiah dalam memantapkan profesionalisme guru pelatih.
4.1.1 Encik Muhamad Siddik b Juraimi menyatakan bahawa penggunaan
kad matrik diwajibkan kepada semua guru pelatih dan para
pensyarah. Ini adalah untuk menimbulkan rasa kesedaran dalam
diri guru pelatih yang bakal menjadi seorang guru.
4.1.2 Encik Muhamad Siddik b Juraimi – beliau mencadangkan semasa
berurusan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), pemakaian kad
matrik diwajibkan sama ada dalam urusan rasmi atau tidak rasmi
semasa waktu pejabat.
4.1.3 Guru pelatih yang melanggar peraturan penggunaan kad matrik
hendaklah didenda. Bagi guru pelatih yang membuat kesalahan ini
berulang-ulang, pihak pentadbir hendaklah menggantungkan
keputusan peperiksaan.

Tindakan : Unit Perkembangan Sahsiah

4.2 Pemantapan dari segi personaliti


4.2.1 Tuan Haji Mohd Khairuladli – Guru pelatih mestilah berpakaian
kemas sepanjang masa formal untuk menunjukkan perwatakan
sebagai seorang guru. Pihak pentadbir juga perlu mengenakan
tindakan yang keras terhadap guru pelatih yang berambut panjang,
warnakan rambut dan rambut yang berfesyen.
Tindakan : Ketua Jabatan Disiplin
4.2.2 Mohd Syazwan – meminta Tuan Haji menjelaskan maklumat
dengan terperinci berkaitan dengan tindakan yang keras.
4.2.3 Memberi keterangan tentang etika berpakaian menurut buku
peraturan Kampus Pendidikan Teknik terutamanya tentang pakaian
formal lelaki dan wanita serta menekankan pemakaian kasut yang
bertutup terhadap pelatih guru wanita.
Tindakan : Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
4.3 Cara menangani
4.3.1 En Mohd Amin Afifi memberi cadangan dengan mengadakan
ceramah mengenai etika berpakaian sebagai seorang guru.
4.3.2 Beliau juga bercadang membuat kelas yang khusus tentang cara
berpakaian dengan betul.
4.3.3 Beliau juga bercadang sesiapa yang melanggar peraturan tidak
dibenarkan masuk ke dalam kelas.
4.3.4 Cik Nurul Eezzah dari Jabatan Kajian Sosial tidak bersetuju dengan
cadangan En Mohd Amin Afifi. Beliau memberi kelongggaran
kepada guru pelatih untuk tidak menghadiri kuliah dan
menyebabkan mengganggu pembelajaran orang lain.
4.3.5 Mohd Syazwan dari Ketua Jabatan Bahasa Melayu tidak bersetuju
dengan cadangan ketua HEP dan menyokong pendapat Cik Nurul
Eezzah. Mohd Syazwan berpendapat bahawa jika tidak dibenarkan
masuk kelas, kedatangan mereka dikira kosong (tidak hadir) dan
akan memberi kesan terhadap peperiksaan. Jam kredit yang tidak
mencukupi, tidak layak untuk memasuki peperiksaan pada akhir
semester.
4.3.6 Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam meningkatkan
profesionalisme guru pelatih kelahiran Kampus Pendidikan Teknik.

4.4 Hal-hal Lain


4.4.1 Cik Ezzah bt Ahmad Tarmizi – melengkapkan penyelenggaraan
bilik gerakan supaya tidak mengganggu mesyuarat yang dijalankan
seperti membaiki lampu yang rosak dan sebagainya.
4.4.2 Encik Zuhdi b. Sabri - Semua guru pelatih dan para pensyarah
diwajibkan hadir pada perhimpunan pagi.
4.4.3 Encik Izzad Fadzly b. Abdul Halim - Pemakaian baju batik pada
setiap hari Khamis diwajibkan.

5.0 Penangguhan Mesyuarat


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ketua jabatan yang terlibat,
serta memberikan cadangan dan pendapat dalam mesyuarat ini. Beliau
mengharapkan agar para jabatan dapat memberikan kerjasama dalam
memantapkan profesionalisme guru pelatih kelahiran Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 10.00 pagi.


Disediakan oleh,
………………………………..
(MUHAMMAD HAFIZIE B. ZULKEFLE)
Setiausaha,
IPG Kampus Pendidikan Teknik,
Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai