Anda di halaman 1dari 20

DENGGI

• Penyakit yang berjangkit yg merbahaya dan boleh membawa maut.


• Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan
kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya.
• Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang
dipanggil virus denggi.
• Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi.
• Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di
kaki.
• Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:

1. Aedes aegypti
2. Aedes albopictus
Cara jangkitan:

• Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk.

• Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk.

• Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk


berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk.

• Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang
hidupnya.

• Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan


memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke
dalam sistem aliran darah manusia.

• Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi


virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan
menyebarkan kepada orang lain.
• Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.


- Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan
sakit otot.
- Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian.
- Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau
´breakbone fever´.

ii) Demam denggi berdarah.


- Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur
2-13 tahun.
- Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti
demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala
seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan,
perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan
sawan dan tidak sedar diri.
- Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan
segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.
Tanda-tanda atau gejala:

Demam denggi klasikal

- Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut.


- Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam
panas.
- Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan
tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang
mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari
ketiga hingga keempat.
- Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.
- Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet
dalam darah menurun.
Demam denggi berdarah

- Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam


yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem
peredaran darah.
- Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit,
perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing
berdarah.
- Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini
boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan.
- Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda
seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi.
- Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat
mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai
´Dengue Shock Syndrome´ (DSS).
Rawatan demam denggi klasikal:

• Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada


keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan
mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

• Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.


• Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh
itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
• Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat
dikesan awal.
• Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh.
• Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit
meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.
•Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit akibat
daripada jangkitan virus (kuman), vibrio cholera.

•Tanda-tanda penyakit cholera adalah keadaan cirit birit


(kadangkala muntah-muntah) yang teruk yang boleh
menyebabkan seseorang itu kehilangan air yang banyak
dan mengakibatkan dehirasi (dehydration).

•Tanda-tanda dihidrasi adalah lemah dan tidak bermaya,


keadaan mulut yang kering. dan juga tidak aktif bagi
kanak-kanak. Jika seseorang itu lambat mendapat
bantuan., ianya boleh menyebabkan maut.
Bagaimana Cholera Merebak

• Cholera boleh merebak melalui:


• Kuman Cholera (Vibrio Cholera) boleh merebak melalui
medium air, samada air sungai, air minuman, air perigi
dan sebagainya. Seseorang yang mengidap cholera
boleh menjangkiti orang lain dari najisnya (seperti
membuang air di sungai), tanganya, dan juga makanan
yang disediakan atau dijual.
• Penyakit ini boleh merebak melalui:
1. Air yang tidak bersih contohnya ialah air perigi yang
telah dicemari. termasuk air batu yang dibuat dari air
yang tidak bersih. Cuba elakkan dari menggunakan
perigi atau sungai yang tercemar dengan Cholera.

2. Makanan yang tercemar.

3. Tangan yang tercemar dari orang lain. Elakkan dari


makan di gerai makanan yang kotor dan dimana orang
yang menyediakan makanan tidak menjaga kebersihan
diri.
• Tiga langkah yang asas untuk mengelakkan Cholera:

1. MASAK MAKANAN
2. REBUS AIR MINUMAN (Merebus air membunuh
kuman itu)
3. BASUH TANGAN .

• memasak makanan dengan betul


1. Masak makanan dengan sempurna samada daging,
ikan atau sayuran
2. Makan makanan ketika panas
• Membasuh Tangan Menjauhi dari Cholera

1. Basuh tangan sebelum memasak atau menyaji


makanan.
2. Basuh pinggan mangkuk dengan sabun dan air
3. Basuh Alas pemotong makanan dengan air dan
sabun.

• Mengupas buah-buahan boleh menjauhi dari Cholera


bagi buah-buahan yang boleh dikupas kulitnya.
• Basuh tangan Anda:

1. Selepas menggunakan tandas atau membersihkan


anak-anak anda.
2. Sebelum menyediakan makanan.
3. Sebelum makan dan sebelum meberi makan pada
anak-anak.

• Bagaimana membasuh tangan dengan betul:


• Gunakan sabun dan air
Gunakan air bersih yang banyak.
Basuh kesemua bahagian tangan, tapak tangan,
belakan tangan, di celah jari dan di bawah kuku.
Bolehkan Cholera Dirawat:

• Cholera boleh dirawat


• Jika mengalami cirit birit dan terdapat kes Cholera di
kawasan, cuba minum banyak air dan Garam Rehydrasi
(Oral Rehydration Salt).
DEFINASI

• Malaria adalah satu istilah yang diperkenalkan oleh Dr.


Francisco Torti pada abad ke 17. Ianya berasal dari
perkataan Itali iaiti Mal = kotor manakala Aria = udara
ataupun ‘udara kotor’.

FAKTOR PENYEBAB

• Penyakit ini berkaitan dengan kawasan paya di kawasan


Tropika kerana keadaan cuaca yang baik akan
memberikan habitat yang sesuai untuk pembiakan
nyamuk yang menjadi vektor tularan kepada penyakit ini.
Selain daripad itu, peningkatan suhu dunia juga menjadi
salah satu faktor penyebab berlakunya penyakit Malaria.
SEJARAH MALARIA
• Pada zaman purba, Malaria telah mula menjangkiti
manusia pada zaman tersebut. Pernyataan ini
terkandung dalam buku pada zaman Greek iaitu
Hippocrates. Dalam buku tersebut menyatakan penyakit
ini disebabkan oleh ketidakseimbangan empat perkara
yang berada dalam tubuh manusia iaitu kahak, cecair
kuning, cecair hitam dan darah. Ketidakseimbangan ini
berlaku apabila pada waktu malam cacing yang tidak
kelihatan akan masuk dalam badan pesakit dan akan
mengganggu keseimbangan tersebut. Maka rawatan
untuk pesakit ini adalah dengan cara mengeluarkan
darah yang telah tercemar dengan cacing yang tidak
kelihatan ini, menyelubungkan pesakit dengan kain
lembab dan pesakit hendaklah berehat dengan
secukupnya.
JENIS PARASIT

• Terdapat empat spesies utama parasit ini iaitu


Plasmodium falciparum, Plasmodium vivax, Plasmodium
ovale dan Plasmodium malarie. Diantara keempat-empat
jenis parasit ini, hanya Plasmodium malarie yang
menunjukkan gejala yang berulang setiap 72 jam
manakala tiga spesies yang lain menunjukkan gejala
berulang setiap 48 jam.
SIMPTON MALARIA

• Apabila seseorang manusia itu mendapat Malaria, simpton-simpton


yang di tunjukkan ialah demam Malaria. Demam Malaria ini
merujukkan kepada demam sejuk panas yang berlanjutan antara 4
hingga 10 jam.
• Selain itu pesakit juga akan mengalami anemia ataupun
kekurangan eritrosit. Ini terjadi kerana banyak eritrosit yang pecah
akibat daripada serangan merozoit. Selain itu juga pesakit ini
menunjukkan simpton-simpton seperti hati dan limfa besar.
• Malaria otak juga adalah salah satu gejala yang akan diperolehi
oleh pesakit Malaria. Seperti yang kita sedia maklum otak adalah
satu organ yang sentiasa memerlukan bekalan oksigen bagi
mengawal aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh tubuh manusia. Darah
juga sentiasa dibekalkan ke otak melalui salur darah yang sempit.
Apabila eritrosit diserang jangkitan parasit ini terutama sekali
Plasmodium falciparum, jangkitan ini menyebabkan eritrosit menjadi
melekit dan akan bergumpal antara satu sama lain. Keadaan
eritrosit yang tergumpal ini akan menyebabkan salur darah yang
berada di otak tersumbat mengakibatkan salur darah ini pecah.
Maka pendarahan berlaku di otak yang akan menyebabkan pesakit
ini koma seterusnya membawa maut.
DIAGNOSIS

• Malaria boleh dikesan dengan mengambil sampel darah


pesakit dan dilihat di bawah mikroskop elektron untuk
mengenal pasti kehadiran parasit tersebut. Selain
daripada itu antibodi pesakit juga diuji untuk mengenal
pasti pembentukan antibodi yang spesifik terhadap
parasit tersebut. Ini adalah untuk mengesan jenis parasit
Malaria yang telah menular di dalam tubuh seseorang
pesakit.
RAWATAN
• Rawatan yang paling berkesan untuk mengubat penyakit
Malaria dengan menjadikan kulit kayu pokok kuinin
sebagai ubat. Pokok kuinin atau nama sainsnya
Cinchona officinalis, pada mulanya di Pergunungan
Andes. Hakikat itu disedari apabila penduduk kawasan
tersebut tidak dijangkiti Malaria. Pada ketika itu mereka
menjadikan kulit kayu pokok kuinin dalam bentuk serbuk.
Serbuk itu kemudiannya ditambah air dan diminum.
KAWALAN

• Terdapat tiga jenis kawalan yang boleh diambil oleh


seseorang itu untuk mengelakkan diri dari dijangkiti
Malaria. Pertama, kawalan profilaksis iaitu individu boleh
mengambil dahulu vaksin tertentu untuk
mempertahankan diri sebelum dijangkiti Malaria. Kedua,
kawalan vektor iaitu dangan menggunakan racun
serangga dalam rumah seperti B. Thuringiensis untuk
menghapuskan larva nyamuk ataupun dengan
memelihara ikan yang boleh memakan larva tersebut.
Ketiga, kawalan peribadi iaitu dengan menggunakan
bahan semburan anti-nyamuk, lingkaran ubat nyamuk
atau kelambu berubat yang mengandungi pyrethroid.

Anda mungkin juga menyukai