Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan
Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian.Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk
mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman
dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang
mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah
ditakluki kuasa asing.
Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk
semangat partiotisme di kalangan rakyatnya. Kita haruslah berbangga menjadi
seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita. Kita perlu mengenali serta
menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha
mengekalka keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk
memajukan negara haruslah senantiasa disokong, bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-
tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting
dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai.
Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.
Hadirin sekalian,
Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan
semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk
membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah
tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya
tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga
haruslah mempertahankan serta memjunjung Perlembagaan Negara untuk
mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan
dipercayai oleh orang lain dan ini kan membawa perpaduan antara rakyat.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan bersifat produktif untuk memajukan
negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan
taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu
tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah
menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan
perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat
Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung
tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk
memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya
perpaduan di kalangan rakyat.
Jelaslah bahawa perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk
menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama
mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.