Anda di halaman 1dari 3

Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagiaan yang sebenarnya kepada

manusia.

Mungkin pendapat dan maksud nilai kekayaan itu berbeza-beza mengikut fahaman,
kepercayaan atau cara hidup masing-masing..te tapi kenyataannya, kekayaan itu tidak boleh
lari daripada dinilaikan dengan bilangan TUNAI itu sendiri, yang boleh bertahan & membantu
kehidupan 'si kaya' itu untuk sesuatu tempoh... Menurut Adam Khoo penulis buku Master Your
Mind, Design your Destiny mendefinisikan bahawa Kekayaan sebenar seseorang itu
sebenarnya diukur dengan melihat berapa lama seseorang itu dapat menyara kehidupan
sekiranya mereka berhenti bekerja. Lebih lama kita dapat melalui kehidupan tanpa bekerja
bermakna lebih kayalah kita sebenarnya. Kekayaan dan kemewahan belum tentu dapat
menjamin kebahagiaan hidup.Pepatah Melayu ada mengatakan “orang yang bertanam pokok
nyiur tak tentu ia dapat memakan buahnya.” Ini adalah kerana orang yang menghimpunkan
harta benda itu adakalanya tiada berfaedah bagi dirinya, lebih-lebih lagi jika ia tiada beroleh
kesihatan. Kata orang, “jika hati tak senang,madu diminum dirasai cuka”. Harta yang banyak
sekalipun tidak akan dapat meredakan kesakitan yang dialami. Lantaran itu, tidaklah keterlaluan
jika dikatakan bahawa Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagiaan yang sebenarnya
kepada manusia.

Hadirin yg dikasihi sekalian,

Kekayaan harta benda tidak memberi kebahagian yang sebenar kepada manusia di
zaman sekarang malah ianya boleh membawa kepada berbagai masalah kepada kehidupan.
Kerana di zaman sekarang kekayaan harta benda itu tidak ada nilainya jika dibandingkan
dengan seseorang yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Di zaman sekarang hanya orang yang
berilmu tinggi dan dapat menggunakan ilmunya itulah yang dikatakan bahagia. Kerana
kebahagian sebenar ialah satu perasaan yang wujud apabila seseorang itu berpuas hati
dengan pekerjaan yang mendatangkan hasil yang sangat baik dari usahanya sendiri.
Kebahagian juga bermaksud kegembiraan yang boleh membawa orang lain turut merasa
gembira. Harta yang banyak tidak menjanjikan kebahagian sepenuhnya malah boleh membawa
berbagai masalah kepada manusia. Kebanyakan orang-orang berharta ini tidak tahu bagaimana
hendak menggunakan harta mereka itu kepada perkara yang betul dan sebaliknya mereka
sering melakukan pembaziran. Kebanyakan orang pada masa sekarang mengeluarkan wang
untuk mendapatkn barang-barang yang dihajati seolah-olah tidak mengenang apa akan terjadi
di suatu masa kelak. Ada di antaranya lagi tidak sanggup wang atau harta mereka hilang
kerana bersedekah dan beramal kepada masyarakat yang memerlukan pertolongan tanpa
menyederai bahawa harta mereka itu boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu jelas
bahawa ilmu pengetahuan yang tinggi adalah penting untuk mendapatkan kebahagian bukan
hanya kekayaan dari harta benda.
Kekayaan kebendaan tidak menjamin kebahagian masa depan malah ia boleh
menyebabkan kita lupa daratan. Kebahagian adalah salah satu pekara yang penting dan telah
menjadi satu impian kepada orang ramai. Kebahagian juga mendorong kita untuk bersatu
dalam menempuh berbagai dugaan dan juga halangan yang ada di dunia ini. Tampa
kebahagian, sifat membenci sesama sendiri akan timbul dan di sana juga timbulnya berbagai-
bagai masalah yang tidak terlintas difikiran manusia yang penuh dengan kesilapan. Contohnya,
kita telah menyaksikan sendiri ataupun pernah dengar tentang berlakunya peperangan di
mana-mana jua. Ini disebabkan sikap pentingkan diri sendiri dan tidak mahu bersatu dengan
pihak yang lain. Sehubungan dengan itu, kekayaan telah mengakibatkan kita lupa diri,
meninggalkan tanggungjawap dan tugas-tugas yang belum kita laksanakan. Hal yang
sedemikain adalah disebabkan hasutan syaitan yang telah mempengaruhi kita untuk menjauhi
persatuan dan mendekati perbelahan. Tambahan pula sikap tamak dan pentingkan diri sendiri
yang kita mesih simpan di dalam hati kita boleh membuatkan kita lupa akan diri kita sendiri.
Oleh itu, kita harus membuat pilihan yand bijak dan memikirkan keburukan tentang kekayaan.
Dengan itu, kekayaan yang sebenarnya hanya boleh membawa kebahagian yang sementara
sahaja jikalau kita tidak dapat mengunakannya dengan sebaik-baiknya.

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar ramai yang mengejar konsep 5K iaitu(kad kredit, kereta,
kondominium, kelab dan kerjaya). Kekayaan dari segi wang dan harta benda pada manusia tidak
berguna kerana mereka yang mempunyai harta benda dan wang tidak akan rasa berbahagia
hingga ke hujung nyawa mereka. Ini disebabkan kekayaan mereka tidak akan kekal selamanya.

Ramai orang setuju dengan kenyataan mengenai kekayaan tidak dapat membeli kebahagian
manusia kerana mereka tahu dengan melihat keadaan sekeliling mereka yang sedang berlaku
pada setiap orang. Misalnya, mereka yang memiliki kekayaan, rumah besar dan sebagainya,
akan mengalami banyak masalah dalam keluarga mereka seperti perebutan harta benda, kuasa
dan sering tidak mempercayai sesama sendiri. Kadang-kadang, orang yang sentiasa hidup
sedarhana yang akan mengalami kebahagian dalam hidup mereka bersama keluarga mereka .
Ini kerana, mereka mempunyai ikatan yang kuat dan kukuh dalam keluarga mereka seperti
mereka sering bantu-membantu semasa dalam kesusahan. Mereka yang hidup dalam
kekayaan akan menyebabkan mereka berasa kesedihan kerana mereka melihat keadaan hidup
mereka dengan ahli keluarga yang tidak ingin berbincang sesama mereka.

Dalam hidup seseorang, kesihatan adalah salah satu asas kebahagian hidup. Tanpa
adanya kesihatan maka seseorang itu tidak akan hidup dengan sempurna. Ianya di ibaratkan
sebagai emas. Kesihatan merupakan anugerah tuhan. Tanpanya, seseorang itu sukar untuk
mendapat sesuatu yang di ingininya. Dengan adanya kesihatn kita boleh melakukan apa
sahaja. Contohnya, jika seseorang itu sakit dan tidak berdaya, dia tidak akan dapat bekerja
untuk menampung hidup keluarganya. Lebih-lebih lagi orang yang berpendapatan rendah dan
orang miskin. Ini boleh mengakibatkan keluarganya dalam keadaan yang serba kekurangan.
Malah jika kita sakit dan terlantar di hospital siapakah yang yang akan menguruskan harta
kekayaan kita? Siapakah yang akan menaiki kereta kita yang mewah itu? Siapakah yang akan
tinggal di rumah kondominium yang tinggi itu? Walhal, jika seseorang itu dalam keadaan yang
sihat, maka dia boleh bekerja untuk menampung keluarganya dan juga untuk menambah
pendapatannya dan mencari kekayaan. Di samping itu, dia akan merasa bahagia kerana tidak
ada perkara yang menghalangnya untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, kesihatan
adalah perkara yang paling utama dalam hidup. Seseorang itu haruslah mnghargai kesihatan
yang telah diberilkan kepadnya. Kesihatan boleh membuatkan seseorag itu merasa bahagia.
Kita sebagai generasi muda berilah contoh yang terbaik kepada mereka yang cuai terhadap
kesihatan dengan memberikan mereka didikan agar mengambil perhatian yang sewajarnya
terhadap kesihatan mereka sama ada dari segi permakanan dan sebagainya sebelum terlewat
kerana perjalanan hidup mereka masih panjang dan jika mereka hidup dalam keadaan yang
sihat setentunya kebahagiaan itu akan menjadi milik kita.

Di dunia ini kekayaan kebendaan bukanlah segala-galanya. Setengah orang


menganggap bahawa kekayaan kebendaan itu adalah penting dalam hidup. Pada masa ini
kekayaan kebendaan itu penting untuk mencapai sesuatu yang kita hajati di dunia ini. Tanpanya
hidup kita akan susah. Namun manusia haruslah menyedari bahawa ianya bukanlah
kebahagiaan yang sebenar-benarnya.Kebahagiaan yang sebenar bagi orang yang
menyedarinya adalah sebuah kasih sayang. Jika kita hanya kaya dengan kebendaan hidup kita
tidak akan sempurna. Tetapi hidup kita juga tidak akan sempurna jika kita hidup dalam keadaan
yang daif. Kita haruslah tahu mengimbangi sesuatu dalam hidup. Contohnya yang paling ketara
sekali bahawa kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagiaan yang sebenar adalah
seperti seorang remaja yang mana sejak kecil dia dimanjai dengan kemewahan. Namun pada
akhirnya akibat terlalu kebiasaan dengan kemewahan dan kurang dengan kasih sayang,remaja
itu akhirnya telah 'rosak' dan berani melawan ibu bapanya.Oleh itu janganlah terlalu
mementingkan kekayaan dan sedarilah kekayaan itu tidak akan bersama kita di akhirat.

Kesimpulannya, Daripada apa yang telah diperkatakan, jelaslah bahawa kekayaan harta kebendaan
bukanlah kekayaan yang hakiki kerana banyak lagi kekayaan yang lebih penting daripada
kekayaan harta benda. Kekayaan ilmu, kesihatan, kebahagian itulah kekayaan yang hakiki.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai