Anda di halaman 1dari 2

Mitos 1

Hipotesis menjadi teori dimana kemudiannya menjadi hukum

Teori dan hokum adlah dua benda yang berbeza dimana teori hanya akan di terima

pakai apabila ianya disokong dengan hukum. Hukum terjadi daripada prinsip-prinsip,

teori, susun atur sesuatu dan penerangan terhadap pengkelasan. Hipotesis hanyalah

jangkaan awal dan selagi tidak ada penerangan, hipotesis masih lagi menjadi hipotesis

dan tidak boleh dianggap sebagai satu hukum baru.

Mitos 2

Hipotesis adalah andaian dengan pengetahuan.

Hipotesis dibuat melalui pemerhatian, setelah inferens. Namun itu tidak bermakna

hipotesis itu boleh diterima. Hipotesis adalah berbeza dari satu individu ke individu yang

lain. Oleh itu, hipotesis hanyalah andaian. Pengetahuan adalah termasuk dalam

konteks yang berbeza.

Mitos 3

Satu kaedah saintifik secara umum dan universal wujud.

Kaedah saintidik seperti a) mengenal pasti masalah, b) mengumpul maklumat, c)

membuat hipotesis, d) membuat pemerhatian, e) menguji hipotesis, f) membuat

kesimpulan sebenarnya tidak wujud dimana kajian telah dilakukan oleh ahli falsafah

sains mengatakan tiada kaedah universal digunakan oleh para saintis di makmal. Sains

adalah teka teki, dan cara menyelesaikan suatu teka teki adalah terlalu banyak dan

ianya bergantung kepada sejauh mana tahap kreatif seseorang individu.


Mitos 4

Bukti yang dikumpul mencipta satu pengetahuan yang tepat.

Sekiranya kita membuat andaian: semua angsa berwarna putih. Kita memerhati

keseluruh dunia dan mendapati semua angsa berwarna putih. Oleh itu kita membuat

kesimpulan, semua angsa berwarna putih dan menganggap itu adalah tepat dan itu

adalah hukum. Namun, sekiranya kita menemui walaupun seekor angsa berwana hitam

selepas itu, hukum tersebut boleh dipertikaikan dan menjadikannya tidak tepat. Fakta

sains sentiasa berubah.

Mitos 5

Sains dan kaedahnya adalah bukti tepat dan kukuh.

Sains hanya betul apabila faktanya boleh dipertikaikan. Tidak ada fakta yang kukuh dan

tidak boleh dipertikaikan dalam sains. Seperti kes angsa di atas, fakta sains hanya

diiktiraf untuk suatu jangka masa sahaja dan bila-bila masa boleh berubah. Ini

menerangkan mengapa para saintis sentiasa membuat kajian semula, (research)

adalah untuk mempertikaikan, memperbaharui, mengubah fakta yang sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai