Anda di halaman 1dari 2

8 Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah

Posted in March 29th, 2008


by Cikgu Bashid in Hal Ehwal Murid

1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri
pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan
memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.

2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak
ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan
secara berterusan.

3.Pendekatan Cookbook Management


Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang
tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar.
Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai
sumber.

4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara
perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami
tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.

5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)


Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk
memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai
konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran
masing-masing.
6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku
Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai
pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan
peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.

7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan
mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah
laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif
melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

8.Pendekatan Proses Kumpulan


Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru
memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang
efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa
peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai