Anda di halaman 1dari 23

Pembelajaran

Secara
Konstruktisme
Oleh :
Ainuddin Hanif Bin Khirel Azman
Khairiah Binti Amir
Mohamad Azrin Bin Rusdan
Nur Nadia Binti Abdul Ghaffor
Siti Humairah Binti Baharullah
Sepintas Lalu…
O Murid tidak hanya menerima pengetahuan
secara pasif daripada guru tetapi membina
pengetahuan melalui interaksi dengan
persekitarannya…. Pandangan mengenai
Konstruktivisme…
Pandangan Beberapa Tokoh
O Satu pendekatan pengajaran berdasarkan
kepada penyelidikan tentang bagaimana
manusia belajar. Kebanyakan penyelidik
berpendapat setiap individu membina
pengetahuan dan bukannya hanya menerima
pengetahuan daripada orang lain. (McBrien &
Brandt, 1997)
O Murid membina pengetahuan mereka dengan
menguji idea dan pendekatan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikan kepada situasi baharu dan
mengintegrasikan pengetahuan baru yang
diperoleh dengan binaan intelektual yang
sedia wujud. (Briner, M., 1999)
Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid
membina makna tentang dunia dengan mensintesis
pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami
sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui
refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan
idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau
perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka
mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang
mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang
mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan
peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat
baru ini dengan lebih baik. (Brooks & Brooks, 1993)
Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan
kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana
muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan
peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang
bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina
sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada
masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah
diterima dan digalakkan. ( Sushkin, N. 1999)
konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen
terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan
sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang
dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada
aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan
sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara
pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan
daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran
individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk
pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya
secara terpilih. (Nik Azis Nik Pa, 1999)
Secara kolektifnya, pendekatan konstruktivisme
dapat didefiniskan sebagai
Satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam
proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan
yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru.
Dua Tunjang Pendekatan
Konstruktivisme
O Sarjana Pendidikan berpendapat pendekatan
ini lahir daripada dua teori pembelajaran.
O Pertamanya, ia ditunjangi oleh pendekatan
BEHAVIORISME yang dipelopori oleh B.F
Skinner yang menekankan tentang aspek
tingkah laku yang membawa kepada konsep
peneguhan yakni dendaan dan ganjaran.
O Selain itu, pendekatan ini juga bertitik tolak
daripada teori KOGNITIVISME yakni dipelopori
oleh Jean Piaget.
O Idea utamanya adalah skema di mana, skema ini
mewakili semua idea dan imej dalam minda
seseorang.
O Jika maklumat baharu adalah selari dengan skema
sedia ada, ianya akan diterima. Jika sebaliknya, ia
akan diubah suai yakni skema atau maklumat dan
akan ditolak.
O Perkaitannya dengan pendekatan
KONSTRUKTIVISME ini, di mana pendekatan
konstruktivisme ini merupakan pengetahuan yang
dibina sendiri oleh murid secara aktif
berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada.
O Individu tidak menyerap masuk maklumat yang
diberikan secara pasif, sebaliknya mereka akan
cuba menyesuaikan maklumat yang sedia ada
dengan maklumat yang baharu mereka terima
untuk membentuk satu pengetahuan baharu.
Ciri-Ciri Pembelajaran Konstruktif
O Menggalakan murid bertanya dan berdialog dengan
murid lain dan guru,
O Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang
sama penting dengan hasil pembelajaran.
O Menyokong pembelajatan koperatif.
O Menggalakkan dan menerima daya usaha autonomi
murid.
O Memberi peluang kepada murid untuk membina
pengetahuan baharu dengan memahaminya melalui
penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar.
O Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian
dan eksprimen.
O Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana
murid belajar sesuatu idea.
O Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang
dibawa murid.
O Menggalakkan idea yang dimulakan oleh murid dan
menggunakannya sebagai panduan merancang
pengajaran.
Antara Kelebihannya…
Murid-Murid Akan…
O Lebih berfikir
O Lebih faham
O Lebih ingat
O Lebih yakin
O Lebih berkemahiran sosial
O Lebih seronok
Aplikasi Pembelajaran
Konstruktivisme Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Melayu
OTajuk : Kampungku
OObjektif : Murid dapat
membina ayat tunggal
dengan betul.
OTahun : Murid tahun 2
OPengetahuan sedia ada :
Perihal kampung masing-
masing dan membina ayat
tunggal.
SET INDUKSI
OMurid-murid
menceritakan
perihal kampung
idaman masing-
masing.
LANGKAH 1
O Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan
kecil.
O Wakil kumpulan akan diberikan satu
teka-teki berkenaan dengan kampung.
O Wakil tersebut akan melakonkan
mengikut teka-teki yang telah diberikan
dan murid-murid harus meneka teka-
teki tersebut berdasarkan lakonan.
LANGKAH 2
O Berdasarkan hasil teka-teki tadi,
setiap kumpulan perlu membina 4
ayat tunggal berdasarkan jawapan
teka-teki tersebut.
O Wakil kumpulan akan menulis
ayat-ayat tersebut di papan tulis.
LANGKAH 3
O Setiap kumpulan diberikan ledaran
kertas yang mengandungi 5 soalan yang
berupa ayat tunggal.
O Mereka diminta mengenalpasti samada
ayat tersebut menceritakan tentang
kampung atau tidak.
PENUTUP
OMurid-murid menyanyikan
lagu BALIK KAMPUNG
beramai-ramai.

Anda mungkin juga menyukai