Anda di halaman 1dari 40

Penghargaan

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapatlah saya
menyiapkan kerja kursus ini. Alhamdulillah. Seperti pepatah melayu ada mengatakan
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berasaskan pepatah inilah terhasilnya
kerja kursus Bahasa Melayu ini.

Pertama sekali, ingin saya tujukan lafaz penghargaan dan ribuan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing saya dalam subjek Bahasa Melayu ini iaitu Cik Kirar
Sare yang banyak memberi dorongan, bimbingan dan komen-komen yang membina
sepanjang penghasilan kerja kursus ini bukan sahaja dari aspek penyampaian
maklumat bahkan dari segi motivasi. Hasil daripada usaha beliau yang sangat murni ini
telah memberi saya dan juga rakan sekelas yang lain semangat untuk menyiapkan
kerja kursus ini dengan lebih baik.

Sekalung penghargaan juga buat semua pihak yang terlibat tidak kira secara
langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus ini terutama sekali
kepada rakan seasrama yang banyak membantu meminjamkan buku rujukan
walaupun kami bukan dari kumpulan kelas yang sama dan terima kasih juga kepada
rakan-rakan sekelas yang bijak menjalankan peranan masing-masing dalam memberi
tunjuk ajar.

Akhir sekali, saya tujukan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
yang tidak ternilai kepada orang yang paling penting dan amat saya kasihi dalam hidup
saya iaitu kedua orang ibu bapa saya yang tercinta, kerana merekalah saya dapat
dapat menaip dan mencetak tugasan ini. Terima kasih ibu, ayah.

Saya berharap agar kerja kursus ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya
bukan sahaja untuk generasi guru pelatih hari ini bahkan generasi akan datang dan
dapat membuka minda masyarakat tentang kesedaran mewujudkan generasi yang
sentiasa menghargai dan mendalami bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa melayu.

1
Pendahuluan

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira pada abad ke-7. Pada
waktu itu, bahasa Melayu dianggap sebagai salah satu daripada 200 bahasa yang
dituturkan di kepulauan tersebut.

Penggunaan bahasa Melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah


dituturkan berbanding dengan bahasa-bahasa lain pada waktu itu. Ciri-ciri keterbukaan
yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa
lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang pesat dan diterima umum.

Sebagai generasi muda pada masa ini,kita haruslah mengetahui dan menghayati
sepenuhnya berkaitan bahasa Melayu agar bahasa kita tidak pupus ditelan zaman.
Bahasa Melayu boleh dikatakan seperti tidak lapuk di hujan,tidak lekang di panas.
Dalam mempelajari lebih tentang Bahasa Melayu ini, kami telah diberi satu tugasan
oleh Pensyarah Bahasa Melayu untuk mengkaji pola keselarasan huruf vokal dan
penulisan minit mesyuarat. Sebagai seorang bakal guru, tugasan ini amat penting
kerana bukan sahaja dapat mendidik kami untuk berdikari dan belajar menulis minit
mesyuarat malah, seorang guru Bahasa Melayu perlulah mengetahui bagaimana
terhasilnya keseragaman dalam keselarasan huruf vokal sesuatu perkataan atau frasa.

Apakah yang dimaksudkan dengan pola keselarasan huruf vokal? Bagaimana


ianya terbentuk? Apakah pula yang dimaksudkan dengan minit mesyuarat? Untuk
mengetahuinya, dalam tugasan ini selanjutnya akan menerangkan lebih dalam lagi.

2
Soalan 1.

Berdasarkan satu petikan ilmiah (lebih kurang 150 patah perkataan), analisis pola
keselarasan vocal yang terdapat dalam petikan tersebut.

Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Definisi

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vocal yang membentuk dua suku
kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir
dengan huruf vocal pada suku kata akhir tertutup.

Prinsip keselarasan

Keselarasan huruf vocal hanya akan berlaku dengan syarat-syarat yang berikut :

a) Keselarasan adalah antara dua huruf vocal pada kata dasar.


b) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
c) Bagi kata dasar yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat
dengan system keselarasan huruf vocal hanyalah dua suku kata yang terakhir
sahaja.

3
Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal
seperti yang tersedia dalam jadual di bawah.

Bil. Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup Contoh Perkataan
1 a -a banyak, kawasan
2 a -i alih, kasih
3 a -u datuk, makhluk
4 e pepet -a emas, selam
5 e pepet -i betik, pelik
6 e pepet -u tempuh, penuh
7 e taling -a elak, dewan
8 e taling -e taling leceh, selekeh
9 e taling -o selekoh, esok
10 i -a ingat, habitat
11 i -i pilih, sisip
12 i -u riuh, tidur
13 o -a kotak, kilogram
14 o -e taling celoteh, boleh
15 o -o obor, pokok
16 u -a kurang, kuat
17 u -i usik, upih
18 u -u untuk, suntuk

Daripada 18 pola tersebut, ada 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan lama. Dasar
mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u pada suku
kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a, e pepet, i
atau u seperti dalam jadual yang berikut :

4
Bil Ejaan Lama Ejaan Baru
Pola Contoh Pola Contoh
1 a- e taling aleh a-i alih
2 a- o batok a-u batuk
3 e pepet- e taling lebeh e-i lebih
4 e pepet- o tempoh e-u tempuh
5 i-e taling pileh i-i pilih
6 i-o tidor i-u tidur
7 u- e taling usek u-i usik
8 u- o untong u-u untung

Pola Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal

Kekecualian peraturan keselarasan huruf vokal berlaku pada beberapa perkataan


pinjaman daripada bahasa-bahasa Nusantara dan bahasa Inggeris. Pola kekecualian
yang menyimpang daripada keselarasan tersebut, iaitu sebanyak 16 pola diperlihatkan
seperti yang berikut:

Bi Pola Contoh Perkataan


Bahasa Nusantara Bahasa Inggeris
l
1 a-e taling aneh, awet, kaget cabaret, panel
2 a-o calon, lancing atom, kontraktor
3 e pepet-e taling gembleng
4 e pepet-o jempol, bendok gabenor, intercom

5
5 i-e taling imlek parlimen, simen
6 i-o ijon, pilon diftong, transistor
7 u-etaling tulen, ulet subjek, dokumen
8 u-o lelucon, buron kupon, konduktor
9 a-e pepet pakem teater
1 e taling-i hipotesis, objektif
0
1 e taling-u petroleum, spectrum
1
1 e pepet-e pepet demdem, pepet
2
1 i-e pepet iseng artikel, filem, partikel
3
1 o-i fosil, hipokrit
4
1 o-u bonus, forum
5
1 u-e pepet lumer skuter
6

Kajian teks Pola Keselarasan Huruf Vokal

Teks : Dunia Raksasa

Hidupan bumi yang bersaiz gergasi disebut mega fauna, biasanya bersaiz raksasa
dengan keberatan sehingga beratus-ratus kilogram. Selain kawasan beriklim sejuk yang

6
membuatkan haiwan membesar menjadi gergasi, habitat di kawasan kepulauan juga
didapati mewujudkan spesies haiwan raksasa. Haiwan pulau gergasi yang paling
terkenal ialah biawak raksasa yang tinggal di Pulau Komodo di Indonesia dan kura-kura
gergasi di Kepulauan Galapagos. Kajian saintis mengatakan bahawa oleh sebab
makhluk tersebut tinggal di kawasan pulau yang terpencil, haiwan pemangsa yang
mengancam kehidupannya turut berkurangan dan membolehkannya hidup lebih lama
dan membesar menjadi gergasi. Di seluruh dunia, banyak kawasan pulau yang
dipenuhi oleh makhluk gergasi, termasuklah tikus gergasi, serangga raksasa dan
burung yang berkali-kali ganda lebih besar daripada saiz manusia. Kini kebanyakan
haiwan tersebut pupus akibat penerokaan dan pemburuan manusia. Di samping haiwan
bersaiz gergasi, bumi juga mempunyai tumbuh-tumbuhan raksasa. Tumbuhan terbesar
di dunia yang direkodkan ialah pokok Sequoia yang dapat mencapai ketinggian 280
kaki dan berdiameter 23 kaki. Paku-pakis turut mempunyai spesies raksasa.

Kajian Pola Keselarasan Huruf Vokal berdasarkan teks.

Bil Suku Kata Suku Kata Akhir Perkataan Penerangan


Praakhir Tertutup
01 a -a kawasan Merupakan kata dasar dan
. berakhir dengan suku kata
tertutup.
ialah Merupakan kata dasar dan

7
berakhir dengan suku kata
tertutup.
mengancam Kata dasar dari perkataan
ancam. Menerima imbuhan
meng-.
biawak Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
banyak Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
kebanyakan Kata dasar dari perkataan
banyak. Menrima imbuhan
ke-an.
dapat Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
02 a -i paling Merupakan kata dasar dan
. berakhir dengan suku kata
tertutup.
03 a -u beratus-ratus Kata dasar dari perkataan
. ratus. Menerima imbuhan
ber- dan merupakan kata
ganda penuh.
makhluk Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
termasuklah Kata dasar dari perkataan
masuk. Menerima imbuhan
ter- dan penambahan
partikel –lah.
04 e pepet -a keberatan Kata dasar dari perkataan
. berat. Menerima imbuhan
ke- an.

8
membesar Kata dasar dari perkataan
besar. Menerima imbuhan
mem-.
terkenal Kata dasar dari perkataan
kenal. Menerima imbuhan
ter-.
sebab Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
terbesar Kata dasar dari perkataan
besar. Menerima imbuhan
ter-.
05 e pepet -i terpencil Kata dasar dari perkataan
. pencil. Menerima imbuhan
ter-.
lebih Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
06 e pepet -u disebut Kata dasar dari perkataan
. sebut. Menerima imbuhan
di-.
sejuk Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
tersebut Kata dasar dari perkataan
sebut. Menerima imbuhan
ter-.
dipenuhi Kata dasar dari perkataan
penuh. Menerima imbuhan
di-i.
07 e taling -a dengan Merupakan kata dasar dan
. berakhir dengan suku kata
tertutup.
08 e taling -e taling berdiameter Kata dasar dari perkataan

9
. diameter. Menerima
imbuhan ber-.
09 e taling -o direkodkan Kata dasar dari perkataan
. rekod. Menerima imbuhan
di-kan.
10 i -a habitat Merupakan kata dasar dan
. berakhir dengan suku kata
tertutup.
tinggal Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
akibat Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
11 i -i beriklim Kata dasar dari perkataan
. iklim. Menerima imbuhan
ber-.
12 i -u Hidupan Kata dasar dari perkataan
. hidup. Menerima imbuhan
–an.
kehidupannya ? Kata dasar dari perkataan
hidup. Menerima imbuhan
ke- an dan penambahan
kata ganti nama –nya.
tikus Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
13 o -a kilogram Merupakan kata dasar dan
. berakhir dengan suku kata
tertutup.
14 o -e taling oleh Merupakan kata dasar dan
. berakhir dengan suku kata
tertutup.
membolehkannya Kata dasar dari perkataan

10
boleh. Menerima imbuhan
mem-kan dan penambahan
kata ganti diri –nya.
15 o -o pokok Merupakan kata dasar dan
. berakhir dengan suku kata
tertutup.
16 u -a membuatkan Kata dasar dari perkataan
. buat. Menerima imbuhan
mem- kan.
berkurangan Kata dasar dari perkataan
kurang. Menerima imbuhan
ber-an.
17 u -i
.
18 u -u mewujudkan Kata dasar dari perkataan
. wujud. Menerima imbuhan
me-kan.
turut Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
seluruh Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
burung Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
pupus Merupakan kata dasar dan
berakhir dengan suku kata
tertutup.
tumbuh-tumbuhan Kata dasar dari perkataan
tumbuh. Menerima
imbuhan –an. Merupakan
kata ganda penuh.

11
Jadual diatas menunjukkan pola keselarasan huruf vokal berdasarkan teks
sebelumnya. Dalam teks tersebut terdapat beberapa perkataan yang pada kata
dasarnya berakhir dengan suku kata tertutup tetapi tidak dimasukkan dalam jadual
kerana Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal. Ini akan dijelaskan seperti berikut::

1. Haiwan, Saiz, Lain

- Merupakan kata dasar dan berakhir dengan suku kata tertutup.

- Termasuk dalam Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal kerana menggunakan


diftong ai dalam perkataan haiwan, saiz, lain.

- Diftong ialah gabungan dua huruf vokal yang disebut berterusan secara gelinciran
dalam satu hembusan nafas. Dalam Bahasa Melayu, ada tiga fonem diftong yang
dilambangkan oleh tiga pasang huruf vokal. Fonem diftong tersebut adalah seperti
berikut:

Fonem Huruf Depan Tengah Belakang


/ai/ ai aising ghaib pantai
/au/ au audit saudara harimau
/oi/ oi oidium boikot kaloi

2. Spesies , Saintis

- Merupakan kata dasar dan berakhir dengan suku kata tertutup.

- Termasuk dalam Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal kerana merupakan Kata


Pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Ini dapat dijelaskan lagi dalam jadual Ejaan
Kata Pinjaman di bawah :

a) Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu.

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


c s contoh : cent, cylinder sen, silinder
species spesies

12
b) Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal.

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


ie ai contoh : pie pai
scientist saintis

Sebagai tambahan, dalam Ejaan Kata Pinjaman, terdapat beberapa jenis penyesuaian
lagi, antaranya :

a) Pengekalan atau pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang


sama.
b) Pengekalan huruf bagi gabungan dua huruf vokal.

3. Galapagos

- Merupakan kata dasar dan berakhir dengan suku kata tertutup.

- Dikecualikan dalam Keselarasan Huruf Vokal kerana merupakan nama khas iaitu
nama sebuah tempat di Kepulauan.

- Kata Nama Khas digunakan khusus bagi merujuk manusia, benda, tempat, negara,
bangsa, institusi dan seumpamanya. Kata nama khas dieja dengan huruf besar
pada awal perkataan. Terdapat tiga jenis Kata Nama Khas.

Jenis Kata Nama Khas Contoh Perkataan


Kata Nama Khas hidup manusia Puteri Balqis, Qistina Amira, Nabilah
Kata Nama Khas hidup bukan manusia Si Manja, Pak Belang, Sang Kancil
Kata Nama Khas tidak hidup Negeri Sembilan, Indonesia, Acer, Olympus

- Oleh itu, dengan lebih jelas lagi Galapagos ialah Kata Nama Khas tidak hidup
kerana ia merupakan nama tempat dan ia tidak termasuk dalam keselarasan huruf
vokal.

13
Kesimpulannya, sesuatu perkataan hanya akan wujud dalam pola keselarasan huruf
vokal jika menepati tiga syarat iaitu, keselarasan adalah antara dua huruf vocal pada
kata dasar, kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup dan bagi kata
dasar yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem
keselarasan huruf vocal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja. Syarat-syarat ini
melengkapi definisi keselarasan huruf vokal yang bermaksud kesesuaian dua huruf
vocal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf
vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vocal pada suku kata akhir tertutup.

Soalan 2.

(i) Secara individu anda dikehendaki menjelaskan definisi, jenis, format, ciri minit
mesyuarat.

Definisi

Minit mesyuarat, apakah yang dimaksudakan dengan minit mesyuarat? Bagaimana


minit mesyuarat dilakukan? Siapa yang mencatat minit mesyuarat? Berapa jeniskah
minit mesyuarat?

“Minit dikenali sebagai protokol, iaitu rekod bertulis mesyuarat atau sidang. Ia sering
memberi gambaran struktur pertemuan, bermula dengan senarai yang hadir, kenyataan
dari berbagai isu, dan setiap tambahan respons ahli sidang. Minit dibuat pada waktu
mesyuarat oleh juru taip pada pertemuan tersebut. Minit entiti tertentu, seperti lembaga
pengarah syarikat, mesti disimpan dalam dokumen penting.” - Henry Campbell Black,
1991.

“Nota bertulis daripada tatacara rasmi. Nota yang menceritakan transaksi yang terjadi
pada pertemuan atau tatacara rasmi; rakaman yang disimpan oleh mahkamah dan
syarikat untuk rujukan di masa mendatang”. - West's Encyclopedia of American Law,
2008.

14
“The record that summarizes the proceedings of a meeting and its important points.” -
McGraw-Hill, 2002.

“ The written record of meetings, particularly of Boards of Directors and/or Shareholders


of corporations, kept by the secretary of the corporation or organization. Also the record
of courtroom proceedings, such as the start and recess of hearings and trials, names of
attorneys, witnesses, and rulings of the court, kept by the clerk of the court or the judge.
Such court minutes are not a transcript of everything that is said, which is taken down
by the court reporter if recorded at all.” - Gerald N. Hill and Kathleen T. Hill, 2005.

“ The careful recording of a meeting, the writing of minutes, is an essential part of a


meeting though it involves time and expense even after the meeting has ended. There
are no strict rules in writing minutes. Minutes may be written in detail or in brief
depending on the anticipated readership.” - Black's Law Dictionary, 6th Edition.

Petikan-petikan diatas adalah definisi tentang minit mesyuarat dari pelbagai sumber.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya Bahasa Melayu 1:

 Minit mesyuarat ialah rekod bertulis tentang perkara-perkara yang dibincangkan


dalam sesuatu mesyuarat.

Ia merupakan dokumen yang melaporkan perkara yang berlaku dalam mesyuarat, iaitu
agenda, catatan keputusan perbincangan dan tindakan susulan yang
dipertanggungjawabkan kepada bahagian, unit atau individu berdasarkan persetujuan
ahli-ahli yang menyertai mesyuarat. Minit mesyuarat penting untuk dijadikan sumber

15
rujukan pada masa hadapan. Setiausaha adalah individu yang bertanggungjawab
mencatat segala keputusan dan perbincangan. Catatan tersebut ditulis semula dalam
bentuk yang lebih teratur dan kemas yang dinamakan minit mesyuarat. Mesyuarat
hanya dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan sahaja.

Mesyuarat dijalankan atas tujuannya yang tertentu seperti berikut :

¤ Bertukar-tukar fikiran antara ahli mesyuarat


¤ Mendapatkan idea baharu
¤ Memberi dan mendapatkan maklumat
¤ Mencari penyelesaian kepada masalah
¤ Mendapatkan persetujuan untuk bertindak atau melaksanakan sesuatu projek.

Jenis Mesyuarat

Terdapat pelbagai mesyuarat. Berapa jeniskah meyuarat tersebut? Berdasarkan


penulisan Siti Hajar dalam bukunya Bahasa Melayu 1, jenis-jenis mesyuarat adalah
seperti berikut :

a) Mesyuarat jawatankuasa
Mesyuarat yang diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat,
mendapatkan idea dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara bagi
sebuah institusi atau organisasi. Ia dihadiri oleh individu yang menjadi ahli
kepada jawatankuasa tersebut.

b) Mesyuarat agung

16
Diadakan setahun sekali bagi pelantikan ahli baru menggantikan ahli yang lama.
Mesyuarat ini juga disebut Mesyuarat Agung Tahunan. Semua aktiviti dan
perbelanjaan sepanjang tahun akan dibentangkan semasa mesyuarat tersebut,
dan di kira sah jika kehadiran dua per tiga dari keseluruhan ahli yang berdaftar.

c) Mesyuarat khas
Mesyuarat yang diadakan khas untuk sesuatu isu bagi mendapatkan kata putus
daripada ahli dalam sesuatu perkara tertentu sahaja.
d) Mesyuarat tergempar
Mesyuarat yang diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu
perkara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan yang
diperoleh segera dalam masa yang terhad agar masalah dapat diselesaikan
segera. Mereka yang menghadiri mesyuarat ini tidak semestinya ahli tetap,
malah individu yang mempunyai kepakaran dalam hal tersebut turut dipanggil
untuk mendapatkan pandangan mereka.

e) Mesyuarat agung luar biasa


Diadakan untuk satu tujuan yang khusus sahaja dan diadakan di luar tempoh
yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung. Biasanya diadakan atas
desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara dan bertujuan
untuk mendapatkan keputusan majority. Jika pelantikan seorang ahli tersebut
sah dan mendapat mandat daripda mesyuarat agung, maka pemecatannya juga
haruslah melalui mesyuarat iaitu mesyuarat agung luar biasa ini.

Ciri-ciri Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat merakamkan perkara-perkara penting yang dibincangkan, keputusan


yang dibuat dan tindakan yang perlu diambil sahaja. Antara ciri yang perlu ada dalam
minit mesyuarat adalah seperti berikut :

17
a) Tulen
Bukan rekaan setiausaha atau idea atau pendapat peribadi pencatat.
Sebaliknya, benar-benar merupakan rekod hasil perbincangan dan keputusan
bersama ahli mesyuarat.

b) Lengkap
Semua maklumat penting dan berkaitan seperti tarikh, kehadiran, butiran
perbincangan dan sebagainya mengikut agenda. Ini bagi memudahkan ahli yang
tidak hadir mengetahui agenda mesyuarat tersebut.

c) Tepat
Fakta yang dicatatkan menepati hal-hal yang dibincangkan sama seperti dalam
mesyuarat.

d) Sahih
Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat yang berkaitan.
Tandatangan pencatat merupakan satu bukti menandakan kesahihan minit
mesyuarat tersebut.

e) Berstruktur
Disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur.
Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang bernombor mengikut
urutan.

18
Unsur Minit Mesyuarat

Bagi membezakan minit mesyuarat dengan teks jenis formal yang lain, terdapat tiga
unsur penting yang mesti ada dalam minit mesyuarat seperti berikut:

a) Tindakan
Dicatatkan pada bahagian bawah sesuatu perkara atau agenda yang
dibincangkan. Tindakan ditulis di sebelah kanan perenggan yang berkaitan dan
kesemua frasa itu dihitamkan. Tindakan ini merujuk kepada nama ahli atau
jawatan individu yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap perkara yang
diperkatan itu. Contohnya :

Tindakan : Biro Kebersihan


Tindakan : Ketua Projek
Tindakan : Makluman semua

b) Perbincangan
Merujuk kepada inti sari dalam mesyuarat yang melahirkan keputusan tentang
sesuatu perkara. Pencatat tidak perlu memperincikan satu per satu kata-kata
yang dilafazkan dalam perbincangan. Disebabkan minit mesyuarat bukanlah
bersifat peribadi, maka nama individu atau kata ganti nama diri tidak sesuai

19
digunakan kecuali dalam hal tertentu jika melibatkan pemilihan jawatankuasa
baharu dan isu yang memerlukan nama pencaadang atau penyokong.
Contoh :

2.2 Mesyuarat membincangkan masalah ketidakhadiran


pelajar dengan panjang lebar dan membuat keputusan……

c) Ketetapan
Ketetapan bermaksud persetujuan yang telah diterima dan dicapai oleh ahli
mesyuarat hasil daripada perbincangan yang akan membawa kepada tindakan
yang bakal dilakukan oleh orang yang telah dipertanggungjawabkan hasil
daripada keputusan dalam mesyuarat itu. Contoh perkataan dan frasa yang
sesuai digunakan adalah seperti berikut:

Pinda: pindaan, dipinda


Cadang : mencadangkan, dicadangkan
Lulus : diluluskan, meluluskan
Tangguh : ditangguhkan, menangguhkan

Format Minit Mesyuarat

Penulisan minit mesyuarat berbeza-beza mengikut kehendak organisasi, pertubuhan


atau persatuan. Tidak ada format yang seragam. Walau bagaimanapun, penyediaan
minit mesyuarat lazimnya megikut format berikut :

20
a) Butiran mesyuarat
Mengandungi nama mesyuarat, bilangan mesyuarat dan tahun, tarikh, masa dan
tempat mesyuarat yang ditulis ke bahagian tengah sedikit dengan huruf besar
semuanya dan tidak perlu noktah. Contoh :

MINIT MESYUARAT PROJEK RUMAH HIJAU (BIL.1/2010)


SEKOLAH KEBANGSAAN PONDOK 2

Tarikh : 21 Ogos 2010 (Sabtu)


Masa : 12.21 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

b) Senarai kehadiran
Bahagian ini menyenaraikan kehadiran serta individu yang turut lahir sebagai
pemerhati atau atas undangan khas jika ada. Senarai kehadiran nama ditulis
mengikut susunan jawatan dari jawatan tertinggi seterusnya ahli biasa beserta
jawatan mereka, begitu juga dengan ahli yang tidak hadir. Contoh :

Hadir :
1. Puan Rahmah bin Salleh – Pengerusi / Ketua Projek
2. En. Abdullah bin Samad – Penolong Pengerusi
3. Cik. Anis Sharen binti Razak – Setiausaha
4. En. Mothy Mojitol – AJK

Tidak Hadir :
1. En. Stephen Steve – Urusan luar ( Penyelaras)
2. Cik. Rosalinda Hairon – Mesyuarat ( AJK)

21
3. En. Ejam bin Ajik – Praktikum (AJK)

c) Kandungan minit mesyuarat


Kandungannya mestilah selaras dengan agenda mesyuarat. Umumnya, agenda
mesyuarat terdiri dari perkara-perkara yang berikut :

1.0 Perutusan pengerusi


 Catatan tentang perkara penting yang dibangkitkan oleh pengerusi.
 Tidak semestinya pada awal mesyuarat, hal ini mungkin berbangkit semasa
perbincangan mesyuarat.

2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu


 Dilakukan oleh setiausaha atas arahan pengerusi. Tetapi biasanya kini
pengerusi meminta ahli membaca sendiri agar masa mesyuarat dapat
dijimatkan.
 Sebarang pindaan pada minit mesyuarat perlu dimaklumkan kepada ahli.

3.0 Perkara-perkara berbangkit


 Catatan tentang perkara yang dibangkitakan dalam mesyuarat yang lepas dan
tindakan yang dilakukan.
 Tajuk utama perkara berbangkit hendaklah dinyatakan dan bagi memudahkan
rujukan, perenggan minit mesyuarat lepas disertakan.

4.0 Agenda baharu yang ditetapkan


 Perbincangan baharu ahli-ahli mesyuarat.

5.0 Hal-hal lain


 Perbincangan, isu atau perkara yang selain daripada yang tersenarai dalam
agenda.

22
6.0 Ucapan penutup dan penangguhan
 Ucapan oleh pengerusi ditulis dari tepi dan tidak perlu dibubuh nombor.
 Waktu mesyuarat ditangguhkan perlu dicatatkan dan menggunakan
ungkapan ‘ditanguhkan’.
 Jika mesyuarat itu adalah untuk kali terakhir, maka ungkapan ‘ditamatkan’
digunakan.

d) Penamat minit mesyuarat


Mengandungi maklumat ‘Disediakan oleh’ atau ‘Dicatatkan oleh’ selepas
melangkaui dua atau tiga baris terakhir penangguhan atau akhir mesyuarat.
Tandatangan dan nama pencatat ditulis dalam kurungan dengan menggunakan
huruf besar sepenuhnya. Jawatan yang diwakili oleh pencatat juga dituliskan di
bawahnya dan diikuti oleh tarikh minit mesyuarat itu disiapkan. Contoh :

Disediakan oleh,
_________________
(ANNA BELLA ANN)
Setiausaha,
Projek Rumah Hijau

Tarikh : 22 Ogos 2010

Terdapat juga teks minit mesyuarat yang tidak menyertakan tandatangan dan
jawatan atas alasan bahawa pencatat tersebut dapat diketahui dengan merujuk
senarai yang hadir. Ada juga teks yang meletakkan frasa ‘Disahkan oleh’
berserta nama penuh dan jawatan individu yang mengesahkan minit mesyuarat
di sebelah kanan maklumat pencatat. Hal ini tidak perlu kerana semua perkara
dan keputusan yang dicatatkan telah pun disahkan dan dipersetujui oleh ahli
mesyuarat.

23
Memo Minit Mesyuarat

Mesyuarat dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan. Jemputan tersebut biasanya
dibuat secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat iaitu memo dan diberi seminggu
sebelum mesyuarat .Berikut ialah contoh memo minit mesyuarat :

24
Gambar 1 : Memo Panggilan Mesyuarat

Contoh Minit Mesyuarat

Setelah diberi penerangan tentang minit mesyuarat, berikut adalah contoh minit
mesyuarat dengan lebih jelas lagi. Seperti yang telah dijelaskan dalam format minit
mesyuarat sebelum ini, tidak ada format yang seragam bagi penulisan minit mesyuarat,
ianya bergantung kepada institusi dan jabatan masing-masing. Di bawah ini merupakan
dua contoh format minit mesyuarat yang biasa digunakan :

25
Gambar 2: Contoh Format Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT PERTANDINGAN PIDATO TAHUNAN KE-23 BIL. 1/2010

SK CERIA, KUCHING

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Mini

26
Tarikh : 21 Ogos 2010

Kehadiran :

1. En. Aziz bin Abdullah (Pengerusi)


2. Puan Methalyn John ( Penolong Pengerusi)
3. Puan Anna Ariyani binti Amin (Setiausaha)
4. En. Erry Haiden ( AJK)
5. Cik. Mary Ann Cassie (AJK)
6. Cik. Farah Nadia Aziz (AJK)

Tidak Hadir :

1. Puan Evalita Goh – Tugas luar (Penasihat)


2. Puan Evelyn Mothy – Seminar (AJK)
3. En. Adam bin Hafiz – Kursus (AJK)

BIL. PERKARA YANG DIBINCANGKAN TINDAKAN


1. Kata Alu-aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat dan mengucapkan Makluman
terima kasih kerana sudi meluangkan masa.
2. Agenda Mesyuarat

2.1 Ahli mesyuarat memutuskan bahawa tarikh Pertandingan Pidato adalah pada 3 Makluman
September 2010 iaitu selepas Cuti sekolah.

2.2 Ahli juga memutuskan bahawa tetamu khas yang dijemput ialah YB. Encik Steve AJK Protokol dan Sambutan
Nelson (Ahli Parlimen P.44 Nanga Assam).

2.3 Penolong Pengerusi menyatakan senarai nama guru yang terlibat dengan Makluman
Pertandingan Pidato akan diedarkan selepas mesyuarat ini.
3. Hal-hal lain

3.1 AJK mencadangkan ibu bapa pelajar dijemput untuk menyaksikan pertandingan Makluman
pidato tersebut.

Pengerusi menyatakan bahawa cadangan ini akan dibincangkan pada mesyuarat yang
akan dating.
4. Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

Disediakan oleh :

___________________

(ANNA ARIYANI AMIN)

Setiausaha,

Pertandingan Pidato Tahunan kali ke-23

Jadual 1 : Contoh Format Minit Mesyuarat dalam bentuk jadual

Soalan 2

(ii) Selepas mengikuti satu sesi mesyuarat, anda dikendaki menulis minit
mesyuarat dengan betul berdasarkan agenda yang ditetapkan.

27
Sebelum mesyuarat diadakan, surat panggilan mesyuarat yang disebut memo
mesyuarat akan diberi kepada ahli-ahli mesyuarat untuk makluman. Berikut ialah memo
panggilan mesyuarat :

MINIT MESYUARAT SUKAN TAHUNAN KE-29 BIL.2/2010

SK BAHAGIA, KUCHING.

28
Tarikh : 29 Mac 2010

Masa : 0800-1200

Tempat : Bilik Komputer

Kehadiran :

1. En. Ahmad bin Hj. Abdul Kadir ( Pengerusi)


2. En. Amir bin Salleh (Penolong Pengerusi)
3. Cik. Nur El Nabilah Sakinah binti Sariffudin (Penolong Setiausaha)
4. Cik. Qistina Amira binti Idris (Bendahari)
5. Cik Methalyn Ogosie (AJK)
6. Cik. Sheeda Fareeda binti Mailan (AJK)
7. En. Mohd Sufizan bin Astain (AJK)
8. En. Tardmidzi bin Rabatin (AJK)
9. Puan Nurul Atiqah binti Jasneh (AJK)
10. Cik Nurulain Hazlyn binti Ibrahim (AJK)
11. Puan Rachel Daniel (AJK)
12. Cik Florince Singkun (AJK)
13. En. Fhilip Wilbert (AJK)
14. En. Alvin Henry (AJK)

Tidak Hadir Bersebab :

1. En. Izzat bin Norsidi –Kursus (Penasihat)


2. En. Mohamad Samad Bin Abdullah – Kursus (Setiausaha)
3. En. Malanzin Rumanggon – Seminar Pendidikan (AJK)

BIL. PERKARA YANG DIBINCANGKAN TINDAKAN


1. Kata Alu-aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli Makluman


mesyuarat dan mengucapkan terima kasih kerana
29
sudi meluangkan masa untuk hadir dalam
mesyuarat kali kedua ini.

1.2 Mesyuarat terpaksa diadakan juga untuk Makluman


memaklumkan beberapa perkara penting
walaupun tiga orang guru tidak dapat hadir atas
urusan rasmi.

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Tetamu Khas Makluman


yang dijemput YB. Encik Unting ak Nelsan, Ahli
Parlimen P.44 Nanga Assam tidak dapat hadir
pada tarikh hari penutupan Sukan Tahunan iaitu
pada 15 Mac 2010 atas tugas rasmi luar yang
lebih penting.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.1/2010

2.1 Minit mesyuarat Bil. 1/2010 disahkan oleh En. Makluman


Amir bin Salleh dan dissokong oleh Cik Qistina
Amira binti Idris.
3. Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat
Bil.1/2010

3.1 Merujuk kepada perkara 2.2, ahli mesyuarat AJK Protokol dan
memutuskan untuk menjemput tetamu khas yang Sambutan
menggantikan YB.Encik Unting ak Nelsan ialah
timbalan beliau, Encik Willi Ben.

3.2 Cadangan Cik Nurulain supaya diadakan satu Makluman


acara ibu bapa murid dengan guru tidak diterima
disebabkan kekangan kewangan dan waktu.
4. Jenis-jenis Acara yang Dipertandingkan

30
4.1 AJK Pertandingan membentangkan jenis-jenis Makluman
acara yang dipertandingkan. Sila lihat Lampiran
1.

5. Jadual Latihan

5.1 AJK Latihan mengedarkan jadual latihan kepada Makluman


semua ahli. Sila lihat Lampiran 2.

6. Laporan Setiap Pengurus Rumah

6.1 Pengurus rumah sukan Paduka Mat Salleh AJK Peralatan


meminta izin untuk meminjam peralatan sukan
pada waktu latihan tambahan.

6.2 Pengurus rumah sukan Rentap memohon agar AJK Latihan


mengadakan masa tambahan latihan pada hari
Sabtu.

6.3 Pengurus rumah sukan Naning meminta AJK Makanan


penyediaan bekalan air sekurang-kurangnya air
mineral setiap kali waktu latihan bagi
membasahkan tekak pelajar yang berlatih.

6.4 Pengurus rumah sukan yang lain tidak ada Makluman


sebarang laporan.
7. Hal-hal Lain

7.1 AJK mencadangkan agar nama setiap rumah Makluman


sukan di ubah dari nama pahlawan ke nama-
nama warna.

31
Pengerusi meletakkan pada keputusan majoriti
ahli-ahli mesyuarat. Semua ahli mesyuarat
majoriti bersetuju untuk mengubah nama rumah
sukan.
Bendahari
7.2 AJK hadiah meminta agar diberi peruntukan
kewangan lebih lagi sekiranya ada.

Pengerusi menyatakan bahawa cadangan ini


akan dibincangkan dengan bendahari dan
keputusan akan dimaklumkan pada mesyuarat
akan datang.

7.3 AJK mencadangkan agar disediakan sedikit Makluman


minum pagi kepada ibu bapa dan orang yang
hadir serta pelajar sewaktu acara penutupan nanti
sementara menunggu jamuan makan tengah hari
yang mungkin lewat lagi.

Pengerusi meletakkan pada keputusan majoriti.


ahli mesyuarat. Semua ahli mesyuarat bersetuju.
Pengerusi menyatakan bahawa keputusan akan
dimaklumkan pada mesyuarat akan datang
setelah berbincang dengan bendahari kelak.
8. Penangguhan Mesyuarat

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Makluman


semua ahli mesyuarat yang hadir dan mensyuarat
kali ketiga akan dimaklumkan kelak.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00

32
tengah hari.

Disediakan oleh :

_____________________________________

( NUR EL NABILAH SAKINAH BINTI SARIFFUDIN)

Penolong Setiausaha,

Kejohanan Sukan Tahunan kali Ke-29

Lampiran 1

Jenis-jenis Acara yang dipertandingkan.

1. Lari Pecut
Kategori:
1. 100 m Perempuan dan Lelaki

33
2. 400 m Perempuan dan Lelaki

2. Lari Berpagar
Kategori:
1. 100 m Perempuan
2. 110 m Lelaki
3. 400 m Perempuan dan Lelaki

3. Lari Berganti-ganti
Kategori : 4 x 200 m kategori Perempuan dan Lelaki

4. Lompat Tinggi
Kategori: Perempuan dan Lelaki

5. Lompat Jauh
Kategori: Perempuan dan Lelaki

6. Lontar Peluru
Kategori: Perempuan dan Lelaki

7. Lempar Cakera
Kategori : Lelaki

8. Merejam Lembing
Kategori : Lelaki

Lampiran 2

Jadual Latihan Rumah Sukan.

Minggu Pertama

Bil. Hari / Masa Rumah Sukan

34
1. Isnin 1. Rumah Sukan Mat Salleh
2.00- 5.30 pm 2. Rumah Sukan Dato’ Bahaman
2. Selasa 1. Rumah Sukan Naning
2.00-5.30 pm 2. Rumah Sukan Antanom
3. Rabu (Hari Kokum) 1. Rumah Sukan Rentap
2.30- 5.30 pm 2. Rumah Sukan Mat Kilau
4. Khamis 1. Rumah Sukan Dol Said
2.00-5.30 pm 2. Rumah Sukan Dato’ Bahaman
5. Jumaat 1. Rumah Sukan Naning
2.00-5.30 pm 2. Rumah Sukan Mat Salleh

Minggu Kedua

Bil. Hari / Masa Rumah Sukan


1. Isnin 1. Rumah Sukan Antanom
2.00- 5.30 pm 2. Rumah Sukan Mat Kilau
2. Selasa 1. Rumah Sukan Rentap
2.00-5.30 pm 2. Rumah Sukan Dol Said
3. Rabu (Hari Kokum) 1. Rumah Sukan Mat Salleh
2.30- 6.00 pm 2. Rumah Sukan Dato’ Bahaman
4. Khamis 1. Rumah Sukan Naning
2.00-5.30 pm 2. Rumah Sukan Antanom
5. Jumaat 1. Rumah Sukan Mat Kilau
2.00-5.30 pm 2. Rumah Sukan Dol Said
3. Rumah Sukan Rentap
Kesimpulan

Bahasa Melayu dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu telah berjaya diseragamkan ejaan
dan mengangkat martabatnya sebagai bahasa kebangsaan. Dalam tugasan ini, kita
telah mengetahui bagaimana system ejaan Bahasa Melayu lebih teratur, terutama dari
segi keselarsan huruf vokal. Kita juga sudah mengetahui bahawa sesuatu perkataan
hanya akan wujud dalam pola keselarasan huruf vokal jika menepati tiga syarat iaitu,
keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar, kata dasar hendaklah

35
berakhir dengan suku kata tertutup dan bagi kata dasar yang mengandungi lebih
daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah
dua suku kata yang terakhir sahaja. Syarat-syarat ini melengkapi definisi keselarasan
huruf vokal yang bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku
kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir
dengan huruf vocal pada suku kata akhir tertutup. Bagi tugasan soalan 2, saya sudah
mengalami sendiri pengalaman menulis minit mesyuarat buat pertama kalinya.
Ringkasnya, minit mesyuarat ialah suatu bentuk rekod komunikasi bertulis dua hala
antara sekumpulan individu dalam situasi formal bagi membincangkan dan
menyelesaikan perkara penting. Ianya ditulis oleh individu yang dipanggil setiausaha.
Dalam minit mesyuarat, selain definisinya, kita juga belajar tentang jenis-jenis
mesyuarat, cirri minit mesyuarat, unsur dan format minit mesyuarat.

Refleksi

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur pada Illahi kerana dengan izin-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan ini tanpa
sebarang kekangan dan permasalahan.

36
Terima kasih pada rakan-rakan sekelas kerana memberi kerjasama yang baik
sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kerana tidak jemu memberi bantuan dan
penerangan. Terima kasih juga pada rakan-rakan lain yang sudi meminjamkan bahan
sebagai rujukan kepada saya walaupun dari berlainan kelas.

Bukan mudah hendak mudah, bukan senang hendak senang. Tanpa usaha tiada hasil
akan tercapai. Sememangnya banyak tugasan yang diberi sepanjang bulan ini. Apa
yang paling penting ialah bagaimana mengatur masa. Saya siapkan separuh-separuh
semua tugasan yang diberi. Selebihnya, saya melihat pada tarikh tugasan dihantar.
Mana yang dahulu, saya dahulukan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,
maka jangan bagi alasan. Atas prinsip inilah tugasan ini mampu diselesaikan.

Melasanakan tugasan ini mmberikan saya pelbagai input tambahan tentang apa itu pola
keselarasan vokal dan minit mesyuarat. Inilah pengalaman kali pertama saya menulis
minit mesyuarat. Sebagai seorang bakal guru, bagi saya tugasan ini amat membantu
bahkan rasanya bukan sahaja untuk saya malah rakan- rakan lain juga kerana banyak
maklumat baru yang amat berguna dapat ketahui dan diperolehi tuntasnya dalam
menguasai dan meluaskan ilmu pengetahuan tentang Bahasa Melayu apatah lagi saya
dalam subjek minor Bahasa Melayu.

Pada saya, tugasan ini memerlukan ketelitian dan tanggungjawab yang ketat.
Bukan mudah memahami dalam sehari apabila terlalu banyak subjek lain juga yang
perlu dipelajari. Semoga usaha saya ini berbaloi dengan apa yang saya lakukan
sepanjang tempoh membuat tugasan ini dari mencari petikan, bahan rujukan,
memahami, menganalisis hingga akhirnya sempurna tugasan saya ini.

Rujukan

Buku

1. Dewan Siswa, Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka, Mac 2008.

37
2. Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsudin, Ace Ahead Bahasa Malaysia 1 & 2

Terbitan : Oxford Fajar Sdn. Bhd, Cetakan Pertama 2008.

3. Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1 untuk PPISMP

Terbitan : Oxford Fajar Sdn. Bhd, Cetakan Pertama 2008.

4. Wee Eng Hoe, Siri Pendidikan Perguruan Panduan Pengajaran Olahraga

Terbitan : Karisma Publications Sdn.Bhd, Cetakan Pertama 2002.

Laman Web

1. TheFreeDictionary by Farlex

Medical dictionary :

http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/Minutes+of+meeting

2. Wikipedia encyclopedia:

http://encyclopedia.thefreedictionary.com/Minutes+of+meeting

3. Legal dictionary:

http://legal-dictionary.thefreedictionary.com/Minutes+of+meeting

Isi Kandungan

Isi Kandungan Muka Surat

38
Penghargaan…………………………………………………1

Pengenalan…………………………………………………...2

Soalan 1 : Analisis Pola Keselarasan Huruf Vokal…..….3

Soalan 2 : Penulisan Minit Mesyuarat……………………15

Kesimpulan…………………………………………………..36

Refleksi……….………………………………………………37

Rujukan………………………………………………………..38

Lampiran…………………………………………………......39

39
40

Anda mungkin juga menyukai