Anda di halaman 1dari 3

2.

Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak
ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara
berterusan.

a) Pendekatan Autoritarian

1. Proses mengawal tingkah laku pelajar

2. Peranan guru membentuk dan memastikan peraturan diikuti

3. Penekanan utama mengawal disiplin pelajar.

4. Biasanya perkataan pengurusan bilik darjah dan disiplin adalah terkawal

5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)


Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan
potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar
untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.

b) Pendekatan Permisif

1. Bertentangan dengan autoritarian

2. Peranan guru adalah memaksimumkan kebebasan pelajar.

3. Jika pelajar dikawal, akan menyekat perkembangan semulajadi mereka.

4. Set aktiviti guru memaksimumkan kebebasan pelajar

Guru Autoritatif

Di sini ia berkait dengan skil autoritatif tadi, iaitu kita memberikan mereka ruang, tetapi ada
hadnya. Di sini siapapun anda (guru atau ibu bapa), anda perlu memastikan bahawa anda
memegang kuasa dan kawalan dalam situasi tersebut. Bermula dari awal kelas sehingga tamat
sesi, anda perlu pastikan kuasa milik anda. Antara cara untuk memastikan kuasa dan kawalan
di pihak anda ialah membuat undang-undang dan hukuman yang disepakati bersama. Apabila
para pelajar atau anak-anak mula menunjukkan tanda-tanda akan melanggari undang-undang
tersebut, maka berilah amaran, atau ingatkan mereka. Sekiranya mereka melanggar undang-
undang tersebut, maka dendalah mereka menurut hukuman yang disepakati tadi. Di sini pelajar
atau anak-anak tidak akan mempersoalkan mengapa mereka didenda, kerana mereka tahu
mereka telah melanggar undang-undang, dan mereka telahpun diberi amaran, sekiranya
mereka gagal, maka hukuman itu setimpal bagi mereka.

Sesetengah pelajar atau anak-anak ada yang cuba untuk mencabar undang-undang tersebut,
dan kerap kali mengulang tindakan yang sama meskipun amaran telah diberi. Di sini, para guru
atau ibu bapa jangan hanya berkata-kata, tetapi laksanakanlah hukuman tersebut, kerana
sekali anda tidak menunaikan kata-kata anda, mereka akan berani mencabarnya lagi dan
berkata, ‘alah, cikgu bukan denda pun, cakap je’. Hukuman juga perlu dibuat serta-merta bukan
ditangguh, kerana pelajar boleh terlupa dan di saat anda ingin menghukum mereka, ianya tidak
lagi relevan kerana mereka telah melupakan punca hukuman tersebut, bahkan mungkin akan
menyalahkan anda kerana menghukum mereka.

Autoritatif
Ibu bapa autoritatif bersifat tegas, namun sedia mendengar pandangan anak-anak mereka.
Mereka juga bertolak ansur mengikut keadaan dan anak-anak dididik dengan penuh
kemesraan. Kesannya, anak-anak dapat menikmati kehidupan dan mempunyai motivasi yang
tinggi. Ini merupakan gaya keibubapaan yang terbaik.

* Autoritarian
Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini tidak mempunyai tolak ansur, mengenakan kawalan yang
ketat, menentukan peraturan keluarga yang perlu dipatuhi tanpa soal, menggunakan kaedah
disiplin bersifat hukuman dan segala keputusan ibu bapa tidak boleh dibantah. Akibatnya,
hubungan mereka dengan anak mungkin akan renggang kerana tidak mempercayai dan wujud
perasaan kurang berpuas hati.

* Permisif
Ibu bapa memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka tanpa ada kawalan.
Mereka lebih memenuhi keperluan anak-anak, tidak membentuk peraturan keluarga yang jelas
dan tidak menerangkan antara tingkah laku yang baik dan sebaliknya. Keadaan ini akan
membuatkan anak-anak bersifat kurang matang, kurang kawalan diri, kurang sikap
tanggungjawab sosial dan kurang keyakinan diri.

Anda mungkin juga menyukai