Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA TAMAN BUDAYA TOBILUNG ( TOBILUNG CULTURAL PARK )

PENGENALAN Penyediaan Kertas Kerja ini yang merangkumi aspek Latarbelakang, Cadangan Projek adalah untuk memohon peruntukan sebanyak RM200,000.00 daripada Syarikat Borneo Eco Tourism bagi tujuan pengujudan Taman Budaya Tobilung di Kg. Minansad Kota Marudu, Sabah. LATARBELAKANG Etnik Tobilung merupakan suku kaum di bawah keluarga Kadazan Dusun Murut (KDM) yang mempunyai persamaan dari segi bahasa dan budaya hidup dengan suku kaum KDM lain seperti Tindal, Rungus, Lotud dan sebagainya yang terdapat di negeri Sabah. Kebanyakan etnik ini mendiami Daerah Kota Marudu dan Kota Belud dengan anggaran populasi adalah sekitar 35,000 orang sahaja. Antara kampung yang ramai didiami oleh etnik ini adalah seperti Kg. Minansad, Kg. Bintasan, Kg. Mangin, Kg. Tonsom, Kg. Mangaris, Kg. Kandawayon, Kg. Marudu, Kg. Timbang, Kg. Toburon, Kg. Sarang, Kg. Dudar dan Kg. Mandawang. Dari segi sejarah, penempatan awal etnik Tobilung adalah di kawasan Bukit Rumun yang terletak diantara sempadan Daerah Kota Marudu dan Kota Belud. Perkataan Tobilung berasal daripada nama seorang Woyoon ( Ketua ) iaitu Aki Tombolung yang telah mengetuai penghijrahan masyarakat Tobilung dari Nunuk Ragang ke kawasan Bukit Rumun yang mana pada ketika itu kawasan Nunuk Ragang telah di landa malapetaka. Sejak dari itu, etnik Tobilung telah berkembang maju seiring dengan pembangunan negeri Sabah. Etnik Tobilung juga kaya dengan adat resam, kebudayaan dan warisan yang telah diwarisi sejak turun temurun dari nenek moyang lagi. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memulihara dan menjaga agar ia tidak hilang di telan zaman. Di samping itu, bantuan dan sumbangan daripada pihak kerajaan dan swasta untuk mewujudkan pelancongan yang berasaskan kebudayaan Tobilung amat diperlukan untuk memastikan ia terpelihara sepanjang zaman.

CADANGAN PROJEK Cadangan nama projek adalah Taman Budaya Tobilung ( Tobilung Cultural Park ). Pemilihan nama projek ini kerana projek ini akan dilaksanakan dengan menggabungkan unsur kebudayaan Tobilung dan Lanskap Botani. Selain itu, kawasan tapak Projek juga dikelilingi oleh tanaman kelapa sawit, getah dan hutan. LOKASI PROJEK Tapak projek yang berkeluasan 3 ekar ini terletak di Kampung Minansad Kota Marudu, Sabah dengan jarak 12km dari Pekan Kota Marudu , 70km dari Pekan Kudat dan 135km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Kampung Minansad yang dihuni oleh masyarakat Tobilung serta kedudukannya yang terletak di tengah-tengah laluan ke Daerah Kudat dengan unsur-unsur kebudayaan yang sedia ada menyebabkan lokasi ini amat strategik untuk pengujudan pelancongan berasaskan kebudayaan.

RASIONAL PEMILIHAN PROJEK 1. Mengetengah dan menonjolkan kebudayaan dan warisan masyarakat Tobilung di Negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya. 2. Memelihara dan menjaga kebudayaan dan adat resam masyarakat Tobilung di Negeri Sabah. 3. Mewujudkan pusat pelancongan berasaskan kebudayaan yang diuruskan oleh komuniti kampung di Daerah Kota Marudu. 4. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk serta menambah dan mempelbagaikan sumber pendapatan kampung. KONSEP PELAKSANAAN Projek ini akan dilaksanakan oleh komuniti penduduk kampung Minansad yang diuruskan oleh Badan JKKK Kg. Minansad yang dibantu oleh Koperasi Minansad Kota Marudu Berhad dan Persatuan Tobilung Sabah ( TOBISA ) Cawangan Kg. Minansad, Borneo Eco Tourism Sdn. Bhd. , Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). AGEN PENGURUSAN 1. Badan JKKK Kg. Minansad Badan ini terdiri daripada Pengerusi JKKK dengan 4 orang ahli Jawatankuasanya yang berfungsi untuk mengadakan mesyuarat bagi memberi maklumat serta mendapatkan respon daripada Penduduk Kampung Minansad mengenai pengujudan Taman Budaya Tobilung yang

melibatkan penduduk kampung secara keseluruhan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pelancaongan. Badan ini juga akan berperanan untuk berhubung dengan pihak kerajaan dan Swasta bagi mendapatkan bantuan dan sumbangan untuk kemajuan projek yang telah di cadangkan. ( Carta Badan JKKK Kg. Minansad dilampirkan ). 2. Koperasi Pelancongan Minansad Berhad Perlembagaan Koperasi Minansad Kota Marudu Berhad yang sedia ada akan dipindah dengan nama baru iaitu Koperasi Pelancongan Minansad Berhad . Koperasi ini diurus oleh 9 orang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi. Koperasi Pelancongan Minansad Berhad yang dimiliki oleh penduduk Kg. Minansad sepenuhnya akan bertindak sebagai agen pengurusan dan penyelaras projek Taman Budaya Tobilung. Pemilihan Koperasi sebagai agen pengurusan kerana ia merupakan satu entiti perniagaan yang dikawal selia sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Sebarang sumbangan dan bantuan daripada pihak kerajaan akan disalurkan melalui Koperasi. ( Senarai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dilampirkan ).

3. Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA) cawangan Kg. Minansad Persatuan yang berasaskan kebudayaan suku kaum ini akan berfungsi untuk mencari, mengumpul dan merekod semua adat resam, kebudayaan dan warisan Tobilung. Disamping itu, ia akan memainkan peranan sebagai badan penasihat untuk memberi idea dan pandangan mengenai produk-produk yang sesuai untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan. ( Senarai AJK TOBISA cawangan Kg. Minansad dilampirkan ). 4. Borneo Eco Tourism Sdn. Bhd. Syarikat ini akan menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembangunan Taman Budaya Tobilung serta membantu mempromosikan produk-produk pelancongan yang ditawarkan oleh Taman Budaya Tobilung. 5. Lembaga Penggalakan Pelancongan Agensi kerajaan ini akan bertindak sebagai penasihat kepada Taman Budaya Tobilung dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelancongan disamping menyediakan peruntukan kewangan bagi menaiktarafkan produk-produk pelancongan sedia ada. 6. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Bertindak sebagai pemantau aktiviti Koperasi Pelancongan Minansad Berhad. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh SKM adalah seperti kerja-kerja pengauditan kewangan, penyediaan modal pusingan dan latihan.

SASARAN PESERTA PROJEK Melibatkan penduduk Kg. Minansad seramai 250 orang dan masyarakat Tobilung sekitar Kg. Minansad. CADANGAN PRODUK PELANCONGAN 1. Walai Tobilung (Rumah tradisi Tobilung) Pada peringkat awal sebanyak empat (4) buah Walai Tobilung akan di bina dengan rekabentuk tradisi Tobilung dengan bahan binaan yang asli seperti kayu, bambu dan nipah dengan saiz 20 x 30. Semua aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan akan dilaksanakan didalam Walai Tobilung. Disamping itu para pelancong akan melihat sendiri keunikan rekabentuk Walai Tobilung. ( Gambar dan pelan Walai Tobilung di lampirkan ). 2. Homestay Aktiviti Homestay juga akan dilaksanakan agar para pelancong boleh tinggal lebih lama untuk menjalani cara hidup masyarakat Tobilung. Sehubungan dengan itu, semua Walai Tobilung mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah bilik dan dilengkapi dengan bilik mandi dan tandas. Sekiranya bilik sedia ada tidak mencukupi, perkhidmatan homestay akan ditawarkan kepada rumah penduduk Kg. Minansad. 3. Mini Muzium Tobilung Mini Muzium Tobilung akan menyimpan dan mempamerkan sejarah kewujudan Tobilung dan Kg. Minansad di Sabah serta produk dan peralatan kebudayaan Tobilung seperti alat-alat bunyian dan sebagainya. 4. Kesenian Tobilung (Kraftangan, Langkit) Antara kesenian Tobilung yang akan diketengahkan adalah seperti pakaian Tradisi Tobilung, Langkit, Kraftangan, jenis-jenis peralatan peralatan dan jerangkap dan sebagainya. Disamping itu, demonstrasi membuat Langkit dan kraftangan akan dibuat ( Gambar-gambar jenis-jenis kesenian dilampirkan ).

5. Kebudayaan Tobilung Tarian tradisi Tobilung seperti Tarian Mongigol dan Manaradan dan lagu-lagu tradisi Tobilung seperti Suringgat, tala-ala dan bunyi-bunyian tradisi seperti gong, sundatang, bungkau dan sompotan. Kebudayaan ini akan dimasukakan kedalam pakej pelancongan. 6. Tanaman herba

Tanaman herba yang mempunyai nilai perubatan yang sering digunakan oleh masyarakat Tobilung seperti akan ditanam sekitar Taman Budaya Tobilung yang akan menjadi sebahagian daripada lanskap untuk keindahan sekeliling Taman Budaya. Setiap tanaman herba yang ditanam akan diberi nama dan kegunaanya. 7. Makanan & Minuman Tradisi Welcoming food dan drink ala-ala tradisi akan dihidangkan untuk menyambut ketibaan para pelancong. Disamping itu makanan tradisi seperti gagau tapayas, dan minuman tradisi seperti goribon akan turut dijadikan sebagai pakej pelancongan. 8. Landskap Tanaman terpilih Tanaman kayu-kayuan hutan seperti akan ditanam disekitar Taman Budaya Tobilung untuk menjadikan kawasan tersebut sebuah Taman. 9. Produk-produk lain 9.1 Upacara Perkhawinan Tobilung Upacara ini akan diadakan mengikut adat Tobilung. 9.2 Monguyas Torutip Acara ini akan diadakan pada bulan Mei setiap tahun. 9.3 Upacara Monuridong Acara ini akan diadakan pada bulan Ogos setiap tahun dimana patung tinanganak akan didirikan. 9.4 Sukan Tradisi Mintubau, Gugundang

KAEDAH PERLAKSANAAN PROJEK 1. Pengurusan Pakej Pelancongan Setiap Walai Tobilung akan menyediakan pakej yang akan ditetapkan oleh Pihak pengurusan Taman Budaya Tobilung. Berikut adalah senarai pakej setiap Walai Tobilung ;Walai Tobilung Pakej

Kesenian Tobilung - Membuat dan pameran Pakaian Tradisi - Menyulam Langkit - Membuat manik dan karo ( rantai ) - Pelamin Tobilung - Upacara Perkhawinan Kebudayaan & Warisan Tobilung - Persembahan Tarian Mongigol dan Manaradan - Persembahan Lagu-lagu tradisi Tobilung - Upacara ritual Tobilung - Pameran alat-alat bunyian tradisi - Pameran Dapu

Tanaman Herba , Makanan Tradisi & Peralatan Pertanian/Ternakan - Penyediaan Ubatan Tradisional - Penyediaan Makanan dan Minuman Tradisi - Pameran Peralatan Dapur - Pameran Peralatan Pertanian dan Ternakan

Kraftangan dan peralatan Walai Tobilung -Pameran kraftangan Tobilung -Demonstrasi membuat kraftangan

2. Pengurusan Pusat Maklumat dan Kaunter Bayaran Kedua-dua kemudahan diatas akan disediakan di pintu hadapan Taman Budaya Tobilung.

3. Pengurusan Kewangan Taman Budaya Tobilung akan diurus oleh Koperasi Pelancongan Minansad dengan memperolehi komisen pengurusan 5% daripada pendapatan bersih selepas ditolak semua kos perbelanjaan. 4. Pengurusan Operasi

Koperasi Pelancongan Minansad Berhad akan melantik tenaga pekerja dikalangan penduduk Kg. Minansad seperti Pengurus Taman, Pengurus Pentadbiran, Pengurus Operasi dan Pengurus Kewangan. Tenaga Kerja yang dilantik oleh Koperasi akan bertanggungjawab mengurus Taman Budaya Tobilung. Manakala Ahli Lembaga Pengarah akan menetapkan dasardasar dan membuat keputusan yang berkaitan dengan kewangan. 5. Pengurusan Promosi dan Pemasaran Koperasi Pelancongan Minansad Berhad akan bekerjasama dengan Borneo Eco Tourism dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia untuk mempromosi produk-produk yang ditawarkan oleh Taman Budaya Tobilung. Di samping itu, pembinaan Laman Web akan dibuat untuk tujuan promosi di peringkat antarabangsa. 6. Latihan Pihak Koperasi akan menghantar kakitangan yang telah dilantik untuk menjalani kursus pengurusan yang berkaitan dengan operasi, kewangan dan akaun yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Kerjasama dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan akan diusahakan untuk latihan yang berkaitan dengan pelancongan. SUSUNATUR PROJEK Dilampirkan pada lampiran GAMBAR TAPAK PROJEK Dilampirkan pada lampiran

CADANGAN PAKEJ PELANCONGAN Berikut adalah cadangan pakej pelancongan bagi projek Taman Budaya Tobilung ;1. Lawatan umum ( Open Visit ) Terbuka kepada kepada orang ramai samada orang tempatan atau asing untuk melawat Taman Budaya Tobilung. Pelancong hanya dibenarkan melawat dan melihat sekeliling Taman dan salah sebuah Walai Tobilung mengikut pilihan pelancong.Tiada welcoming food dan drink disediakan. Kadar bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut ;Tempatan Asing Dewasa Kanak-kanak Dewasa : RM8.00/orang : RM3.00/orang : RM15.00/orang

Kanak-kanak 2.

: RM10.00/orang

Tourist Guide Visit ( Sekurang-kurangnya 25 orang/kumpulan )

Pelancong akan dihidangkan dengan welcoming food dan drink serta kemudahan pemandu pelancong turut di sediakan untuk memberi penerangan mengenai kebudayaan, adat resam dan warisan Tobilung. Pelancong akan dibawa melawat dan meninjau sendiri aktiviti dan pameran di Taman Budaya Tobilung seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Kadar bayaran Tempatan Dewasa Kanak-kanak Dewasa Kanak-kanak : RM25.00/orang : RM15.00/orang : RM50.00/orang : RM30.00/orang

Asing

3.

Study Tour ( Sekurang-kurangnya 25 orang/kumpulan )

Pakej untuk study tour juga akan di tawarkan kepada pelajar-pelajar sekolah atau IPT untuk mempelajari cara hidup dan kebudayaan Tobilung. Tempahan awal hendaklah dibuat oleh kumpulan yang hendak membuat Study Tour. Bayaran yang akan dikenakan berdasarkan orang iaitu RM25.00/orang. 4. Morning Arrival ( Ketibaan pagi :- Jam 10.00pm - 12.30pm ) sekurang-kurangnya 25 orang/kumpulan

Pakej yang disediakan kepada pelancong yang berminat untuk melawat Taman Budaya Tobilung dengan beberapa pakej yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Tempahan awal hendaklah dibuat oleh kumpulan pelancong. Bayaran yang akan dikenakan berdasarkan orang iaitu RM45.00/orang. Afternoon Arrival ( Ketibaan Petang :- Jam 2.00pm 4.30pm ) sekurangkurangnya 25 orang/kumpulan.

5.

Pakej yang disediakan kepada pelancong yang berminat untuk melawat Taman Budaya Tobilung dengan beberapa pakej yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Tempahan awal hendaklah dibuat oleh kumpulan pelancong. Bayaran yang akan dikenakan berdasarkan orang iaitu RM55.00/orang.

6.

Night Arrival ( Ketibaan Malam:- Jam 6.00pm-10.00pm)

Pakej yang disediakan kepada pelancong yang berminat untuk melawat Taman Budaya Tobilung dengan beberapa pakej yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Tempahan awal hendaklah

dibuat oleh kumpulan pelancong. RM55.00/orang.

Bayaran yang akan dikenakan berdasarkan orang iaitu

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN Peruntukan kewangan yang mencukupi diperlukan bagi tujuan perlaksanaan Taman Budaya Tobilung. Kos perbelanjaan yang dipohon adalah merangkumi kos infrastruktur dan lanskaping manakala kos produk pelancongan akan ditanggung sendiri oleh peserta projek. Berikut adalah anggaran perbelanjaan untuk tujuan tersebut ;1. Kos Infrastruktur 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Pembinaan Walai Tobilung Pemasangan Elektrik dan Air Pembinaan Pusat Penerangan & Kaunter Bayaran Dewan Budaya Jalan utama Pagar Lorong pejalan kaki

2. Kos Lanskaping 2.1 2.2 Penanaman Tanaman Herba Penanaman Kayu & Bunga

IMPAK PROJEK TAMAN BUDAYA TOBILUNG

1. Adat resam, Kebudayaan dan Warisan masyarakat Tobilung dapat ditonjol dan dikenali diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 2. Adat resam, kebudayaan dan Warisan masyarakat Tobilung dapat dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman. 3. Mewujudkan pusat pelancongan berasaskan kebudayaan yang diuruskan oleh komuniti kampung di Daerah Kota Marudu.

4. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk serta menambah dan mempelbagaikan sumber pendapatan penduduk kampung.

Anda mungkin juga menyukai