Anda di halaman 1dari 12

Semua kita usahakan adalah demi menjadikan Sabah, amnya dan kawasan Parlimen Kota Marudu, khususnya sebagai

tempat tinggal yang selesa, aman dan cukup dengan kemudahan. Malaysia bukan negara miskin dan tidak ada sebabnya mengapa Sabah dan Kota Marudu harus merasa terpinggir. Kita juga ingin memastikan warga Kota Marudu mempunyai dokumen peribadi yang penting supaya boleh menikmati hak sebagai warganegara. Dari tahun 2002 sehingga 2010, Pejabat Parlimen saya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran telah melaksanakan tujuh operasi di kawasan-kawasan terpencil yang telah membantu seramai 4,100 orang memperolehi surat beranak serta 4,231 kad pengenalan. Hasrat kita juga adalah supaya Kota Marudu menjadi tempat anak watannya dapat mencari nafkah tanpa merantau ke negeri lain. Untuk ini, kita semua perlu terus berkerjasama. Jangan lupa, kita mahu Kota Marudu keluar dari senarai daerah miskin. Selama ini kita telah bekerjasama; para pemimpin dan rakyat tempatan berganding bahu untuk sama-sama memajukan kampung dan daerah tercinta ini. Kita perlu meneruskan usaha murni ini untuk memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan, bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal tetapi juga ketinggian tahap kesejahteraan dan kerohanian diri. Kita akan mencapai semua ini jika kita Ber1!

DEWAN KOMUNITI KOTA MARUDU

Kota Marudu kini mempunyai sebuah Dewan Komuniti yang moden dan berhawa dingin bagi mengganti dewan lama yang telah musnah dalam satu kebakaran pada tahun 2006. Dewan Komuniti Kota Marudu yang baru ini siap dibina pada Disember 2008 setelah mendapat peruntukan sebanyak RM4 juta daripada Y.A.B. Dato Sri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu.

PESTA TELUK MARUDU

Pesta Teluk Marudu (Marudu Bay Festival) adalah satu acara tahunan yang disambut dengan meriah di Kampung Tanjung Batu, yang terletak lebih 20 kilometer dari pekan Kota Marudu. Acara ini telah diperkenalkan oleh Ahli Parlimen Kota Marudu dalam tahun 2006 untuk mempromosikan Teluk Marudu sebagai destinasi eko-pelancongan serta menggalakkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan memelihara alam semulajadi. Aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan semasa pesta ini termasuk pertandingan menghias perahu dan sukan air yang selalu mendapat sambutan baik. Pesta Teluk Marudu diadakan sempena Pesta Kaamatan peringkat daerah Kota Marudu. Pesta ini akan berlangsung pada 21 Mei tahun ini. Teluk Marudu terkenal dengan keunikannya khasnya, pantai dan sumber marin. Selain kaya dengan sumber perikanan, kawasan ini juga mempunyai lebih daripada 60 spesis burung, mamalia dan reptilia yang hampir pupus.

DATUK SERI DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI, JP

Bil. 1/2011 | Mei 2011

2|M u k a S u r a t

SISTEM JALANRAYA MENGHUBUNGKAN KOTA MARUDU


Usaha-usaha juga terus dijalankan untuk memperkasakan program-program pembangunan infrastruktur asas, terutamanya pembinaan jalanraya-jalanraya yang amat diperlukan di Kota Marudu. Antara projek jalanraya yang besar dan utama ialah pembinaan Jalan Kota Marudu - Marak Parak Melinsau Poring Ranau yang lebih daripada 100km. Sehingga kini, sejauh 11.8km telah siap dibina. Pembinaan keseluruhan jalanraya utama ini melibatkan dua pakej projek berjumlah RM123.8 juta. Dari tahun 2008 sehingga kini, sejumlah sembilan (9) batang jalanraya telah siap dinaiktaraf, termasuk penurapan, iaitu: 1. Jalan Sub Station Kg. Sorinsim Marak Parak Taman Kinabalu (RM1.2 juta) 2. Jalan Melangkap (RM875,000) 3. Jalan Radu, Pekan Baru (RM1.8 juta) 4. Jalan Simpangan (RM2.3 juta) 5. Jalan Marak-Parak Tagibang (RM446,152) 6. Jalan Hatob (RM582,230) 7. Jalan Waterwork Simpangan (RM2.5 juta) 8. Jalan Popok (RM2.6 juta) 9. Jalan Timbang (RM1.23 juta)

Jalan Marak Parak menuju ke Ranau

Jalan Simpangan menuju ke Kg. Taiwan, Kota Marudu

Beberapa jalanraya lagi yang sedang dinaiktaraf termasuk Jalan Talantang-Gana yang mempunyai tiga fasa (berjumlah RM47 juta), Jalan Mangkupa (RM2.9 juta) serta Jalan Ongkilan sepanjang 1.3km yang berjumlah RM1.4 juta. Dalam tempoh yang sama, beberapa jambatan juga telah siap dibina iaitu; di Jalan Marak-Parak Tagibang (Sg Pematian) dengan kos RM1.98 juta dan Jambatan Serinsim di Sub-Station Serinsim, Kota Marudu (Eko-Pelancongan) yang berjumlah RM1.834 juta. Kota Marudu turut melihat penambahbaikan kepada infrastruktur fizikal beberapa buah bangunan kerajaan seperti Kompleks JKR yang bernilai kira-kira RM1.5 juta, Mahkamah Anak Negeri (RM1.4 juta) dan Kemudahan Pelancongan di Sub-Station Serinsim (RM1.2 juta).

Jalanraya Kg. Radu menuju ke SMK Kota Marudu ll

Bil. 1/2011 | Mei 2011

3|M u k a S u r a t

MENGATASI MASALAH KEKURANGAN AIR


Masalah kekurangan air atau bekalan air terputus adalah antara cabaran yang agak serius di daerah Kota Marudu dan daerah Kecil Matunggong. Pelbagai pendekatan dan cara penyelesaian telah dan sedang dilaksanakan. Melalui program utama kerajaan Barisan Nasional yakni Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK-9), Pakej Khas RM1 Bilion, Program NKRA dan Program Bekalan Air Luar Bandar, terdapat beberapa projek yang berjaya dilaksanakan di kawasan ini. Ini terdiri daripada pembinaan bekalan air alternatif di Kg. Marak Parak (RM490,000), Kg. Kias (RM190,000), Kg. Kotud (RM490,000), Kg. Piso (RM340,000) serta penyambungan paip di Goshen-Lotong Bypass (RM290,000). Bagi tahun 2010 pula, pemasangan paip di Jalan Tandek-Pitas telah dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM4.6 juta. Senarai kampung-kampung yang telah menerima peruntukan NKRA bagi bekalan air
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kg. Kipopong (RM245,000) Kg. Tingkalanon dan Kg. Makatol Laut (RM714,000) Kg. Lampada dan Kg. Luba Pelumpung (RM657,000) Kg. Tanjung Batu Darat dan Kg. Mantus (RM812,000) Lingkobungan II dan Kg. Panusukan (RM605,000) Kg. Tinogu dan Kg. Kinangkaban (RM760,000) Kg. Pandawar dan Kg. Tagayamut (RM718,000)

Pejabat baru Jabatan Air

Di bawah RMK-9 misalnya, pembinaan takungan simpanan air serta pejabat Jabatan Air yang baru di Pekan Kota Marudu yang berjumlah RM21 juta telah dilaksanakan.

Kota Marudu sebagai Kawasan Luar Bandar yang memerlukan bantuan kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk dan infrastruktur asas, juga telah memperolehi peruntukan sebanyak RM4.511 juta di bawah Program NKRA, bagi bekalan air. Peruntukan ini telah digunakan untuk membina sistem paip graviti di beberapa buah kampung yang belum mendapat bekalan air bersih.

Takungan air Jabatan Air

Manakala bagi Program Bekalan Air Luar Bandar, pada tahun 2009 paip air telah disambung ke Kg. Popok Darat dengan kos sebanyak RM490,000, Kg. Mangkalua (RM950,000), Kg. Simpangan (RM170,000) serta Kg. Talantang (RM790,000). Kesemua projek ini berjumlah RM2.4 juta. Pada tahun 2009, Kota Marudu juga telah mendapat manfaat daripada Pakej RM1Bilion untuk Sabah di mana peruntukan sebanyak RM6.4 juta telah diterima bagi pembekalan air.

Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus bersama Roslan Sindayan, ketua kampung Kg. Timug di Matunggong, memasang paip pada tangki air semasa majlis gotong-royong bersama penduduk kampung pada 19 Januari 2011 untuk membaiki dan memasang semula sistem air graviti di kampung tersebut melibatkan paip sepanjang dua kilometer. Pembekalan sistem tersebut adalah melalui bantuan kerajaan, Pejabat Ahli Dewan Rakyat P168 serta dengan sumbangan pihak swasta. Turut hadir ialah ADUN Matunggong Y.B. Sarapin Magana (kedua dari kanan)

Bil. 1/2011 | Mei 2011

4|M u k a S u r a t

EMPANGAN MILAU
Perancangan untuk pembinaan Empangan Milau di Matunggong telah dimulakan oleh kerajaan sekitar pertengahan tahun 1990an. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi oleh daerah Kudat, daerah kecil Matunggong dan Kota Marudu. Sumber air daripada empangan ini amat penting untuk mengurangkan beban daerah Kota Marudu yang terpaksa menyalurkan sejumlah 20 juta liter air sehari bagi kegunaan kawasan Kudat. Pada kapasiti maksimanya, Empangan Milau mampu membekalkan 55 juta liter air sehari bagi kegunaan kawasankawasan di Kudat dan Matunggong. Empangan ini telah mula ditutup dan akan mula beroperasi setelah projek sambungan bekalan dilakukan melalui beberapa fasa. Bagaimanapun, projek ini telah mengakibatkan pemindahan penduduk seramai 119 keluarga ke kawasan penempatan baru. Pihak kerajaan dengan sedaya upaya telah menyediakan kawasan penempatan yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti jalanraya, air dan elektrik. Penduduk yang terlibat telah mula dipindahkan pada bulan Disember 2010 yang lalu. Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili selaku Ahli Parlimen bagi kawasan P168 Kota Marudu dan ADUN N4 Matunggong Y.B. Sarapin Magana telah mengadakan sesi dialog dengan mereka yang telah dipindahkan pada 31 Disember 2010. Dalam sesi dialog tersebut, kedua-dua pemimpin telah menyatakan bahawa keperluan-keperluan lain dalam kawasan penempatan yang masih perlu diberi perhatian seperti menaiktaraf jalanraya, taman rekreasi dan tempat beribadat telah diangkat ke perhatian kerajaan negeri. Sebagai ehsan untuk membantu penduduk yang telah memulakan kehidupan di kawasan penempatan baru, Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus dan Y.B. Sarapin telah mengasingkan sejumlah wang daripada peruntukan masing-masing untuk membayar wang deposit pemasangan meter elektrik dan air bagi setiap keluarga di kawasan penempatan Milau.

Ahli Parlimen Kota Marudu diiringi ADUN Tandek Y.B. Anita Baranting dan ADUN Matunggong Y.B. Sarapin Magana melawat kampung Garau pada 31 Disember 2010, yang mana penduduknya telah dipindah untuk membolehkan kawasan tersebut diisi air

Sesi dialog bersama masyarakat setempat

Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus (kedua dari kiri), ADUN Tandek Y.B. Anita Baranting (kiri) serta ADUN Matunggong Y.B. Sarapin Magana di majlis penyerahan duit sumbangan kepada ketua kampung Kg. Garau dan Kg. Kiopu pada 31 Disember 2010

Bil. 1/2011 | Mei 2011

5|M u k a S u r a t

RAKYAT MISKIN TIDAK DILUPAKAN


Program e-kasih adalah sistem pendaftaran golongan miskin yang berkelayakan untuk mendapat bantuan-bantuan kerajaan. Program ini, yang merupakan salah satu usaha untuk mempertingaktan keberkesanan usaha-usaha kerajaan dan agensi-agensinya dalam membanteras kemiskinan, telah diimplementasikan pada tahun 2008. Pada penghujung 2010, sejumlah 3,837 ketua isi rumah di Kota Marudu telah dikenalpasti sebagai layak mendapat bantuan kerajaan melalui e-Kasih. Mereka terdiri daripada golongan yang dikategorikan sebagai miskin, miskin tegar dan mudah miskin. Golongan miskin tegar adalah mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM540 ke bawah, manakala yang dikategorikan sebagai miskin adalah yang mempunyai pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM740. Golongan mudah miskin pula adalah isirumah yang berpendapatan RM900 ke bawah. Daripada jumlah ini, 3,031 boleh bekerja untuk menyara diri dan selebihnya iaitu 806 adalah tidak produktif. Seramai 1,441 pula adalah golongan miskin tegar dan lebih mendesak mendapat bantuan. Setakat ini, sejumlah 1,207 ketua isi rumah miskin tegar telah berjaya disalurkan bantuan melalui e-Kasih. Bantuan-bantuan untuk golongan miskin termasuklah dalam bentuk pemberian rumah, program peningkatan pendapatan, program peningkatan ekonomi setempat, program Gerak Gempur, program Mini Estet Sejahtera dan Agropolitan GANA. Program Peningkatan Pendapatan di Kota Marudu pula telah melibatkan 168 peserta yang diberi peluang untuk memulakan perniagaan seperti dalam aktiviti ternakan ayamitik, kedai runcit serta penanaman halia. Bagi Program Peningkatan Ekonomi pula, seramai 30 orang penerima telah menyertai pada 2009 dan 80 orang lagi dalam tahun 2010, yang melibatkan penanaman cili padi dan halia. Di Matunggong pula, Program Kampung Sejahtera telah mendapat 11 peserta yang diberi bantuan kewangan sejumlah RM663,700 untuk melaksanakan projek lebah madu, ternakan kambing, bengkel jahitan, gerai jualan pertanian serta ternakan ikan tawar. E-Kasih adalah dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerjasama Pejabat Daerah. Ahli Parlimen, ADUN Matunggong dan ADUN Tandek pula memainkan peranan mengenalpasti sasaran bantuan. Bagi tahun 2008 hingga 2010, seramai 181 keluarga di Kota Marudu telah menerima rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR). Di Matunggong pula, penyerahan bantuan perumahan ini bermula pada 2009 apabila 39 keluarga menerimanya, manakala pada tahun 2010 sejumlah 70 keluarga telah mendapat bantuan PBR di Matunggong. Bagi tahun ini pula, kerajaan telah meluluskan pembinaan 90 unit rumah PBR bagi daerah Kota Marudu dan 50 unit bagi Matunggong.

Penyerahan kunci rumah PBR kepada penduduk Kota Marudu

Bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal di majlis penyerahan Rumah PBR di Kg. Taritipan pada 7 Ogos 2009

Bil. 1/2011 | Mei 2011

6|M u k a S u r a t

RUMAH-RUMAH PANJANG LAMA DIGANTI DENGAN YANG MODEN


Rumah Panjang Kg. Hobut yang baru yang bakal diduduki oleh 27 keluarga sedang dalam pembinaan dan kini 80% siap. Rumah-rumah panjang ini mengikut model binaan Kg. Hobut. Kesemua peruntukan ini adalah kelulusan khas daripada Y.A.B. Dato Sri Najib Tun Razak, semasa beliau Timbalan Perdana Menteri. Ketiga-tiga rumah panjang ini adalah antara 29 buah rumah panjang di Matunggong yang amat memerlukan pembaikan dan pembinaan semula.

Melawat rumah panjang Kg. Hobut yang hampir siap dibina

Rumah panjang dua tingkat dan separuh konkrit ini memakan belanja RM1.29 juta. Ia menggunakan bahan binaan berkualiti serta dilengkapi kemudahan tandas moden dan pendawaian elektrik yang teratur. Pembinaan rumah panjang baru ini adalah antara inisiatif Ahli Parlimen Kota Marudu untuk memperbaiki tempat kediaman dan taraf hidup penduduk kampung. Terdapat dua lagi rumah panjang yang sedang dibina semula, iaitu Kampung Panudahan Jambu (dengan kos RM1.07 juta) dan Kampung Nangaran (kos binaan RM1.09 juta).

Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus telah merasmikan rumah panjang Kg. Puka di Matunggong pada 23 Ogos 2010. Pejabat Parlimen beliau juga telah baru-baru ini menghulurkan bantuan kewangan supaya rumah panjang tersebut mendapat bekalan elektrik

Rumah Panjang Kg. Hobut Rumah Panjang Kg. Panudahan Jambu Rumah Panjang Kg. Nangaran

: RM1.29 juta : RM1.07 juta : RM1.09 juta

Meninjau rumah panjang Kg. Nagaran yang hampir siap terbina

Bil. 1/2011 | Mei 2011

7|M u k a S u r a t

RUMAH PANJANG BARU KAMPUNG TINANGOL

KOTA MARUDU ISTIMEWA

MENERIMA

KUNJUNGAN

Rumah panjang ini telah musnah dalam kebakaran pada 24 Disember 2004 melibatkan 25 unit rumah. Langkah telah diambil untuk membina semula rumah panjang Kg. Tinangol apabila Ahli Parlimen membawa perkara ini kepada perhatian Y.A.B. Dato Sri Najib Tun Razak ketika beliau Timbalan Perdana Menteri dan selaku pengerusi Majlis Keselamatan Negara. Peruntukkan sejumlah RM580,000 telah diberikan untuk pembinaan semula rumah panjang ini yang siap dibina pada April 2005.

Pada tahun lepas, Kota Marudu telah menjadi hos kepada tetamu-tetamu istimewa termasuk Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail serta isteri Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada 6 September.

Timbalan Perdana Menteri Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melawat Kota Marudu pada 24 September dan melancarkan program CyberSAFE in Schools anjuran CyberSecurity Malaysia, salah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Timbalan Perdana Menteri juga telah melawat SMK Tandek atas jemputan Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili. Turut hadir di majlis tersebut adalah Ketua Menteri Sabah Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Aman dan beberapa Menteri-Menteri Sabah.

Bil. 1/2011 | Mei 2011

8|M u k a S u r a t

Keratan Akhbar
26 JULAI 2010: LEBIH 200 ORANG TANPA DOKUMEN PERIBADI DIDAFTARKAN PADA HARI PERTAMA OPERASI PENDAFTARAN
KOTA MARUDU (26 Julai 2010): Lebih daripada 200 penduduk kampung serta anak-anak mereka dari berbagai peringkat umur akhirnya mendaftar diri dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di balairaya Kg. Damai hari ini. Mereka yang kebanyakannya datang dari kampung terpencil di kawasan Parlimen Kota Marudu, akhirnya memperolehi sijil kelahiran dan kad pengenalan dengan adanya perkhidmatan pusat pendaftaran bergerak. Operasi pendaftaran dua hari yang bermula hari Isnin adalah siri kelapan dalam siri operasi anjuran bersama JPN dan Pejabat Ahli Parlimen Kota Marudu yang dilaksanakan sejak tahun 2002. Operasi pendaftaran hari kedua akan diadakan di Kg. Melangkap, Marak Parak pada keesokan hari. Ahli Parlimen Kota Marudu Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri telah dikenalpasti terlebih dahulu oleh ketua kampung masing-masing bagi pendaftaran tersebut. "Ada juga yang tidak mendaftar diri dengan ketua kampung tetapi datang untuk mengambil peluang operasi pendaftaran dan mereka diberi layanan sewajarnya, " kata Dr. Maximus semasa mengunjungi pusat tersebut. Beliau juga menyaran penduduk-penduduk kampung supaya menghargai dan menjaga dokumen peribadi mereka dengan baik. Dr. Maximus juga berkata bahawa sejak ia dimulakan, operasi ini telah membantu lebih daripada 10,000 penduduk Kota Marudu yang tidak mempunyai dokumen diri. Keadaan ini berlaku kerana ramai daripada mereka menetap di kawasan terpencil yang jauh dan sukar untuk ke pekan. Semasa operasi yang lepas, seorang penduduk yang menjangka usia 80 tahun juga telah datang untuk memohon sijil kelahirannya. "Operasi khas ini adalah untuk membawa perkhidmatan JPN kepada masyarakat, kata Dr. Maximus yang telah menggunakan RM300,000 daripada peruntukan Ahli Parlimennya untuk menganjurkan siri-siri operasi ini. "Operasi ini amat berjaya kerana kita telah dapat membantu ramai penduduk kampung dan anak-anak mereka yang sekarang boleh dijamin masa depan yang lebih baik," katanya. Antara mereka yang datang ke pusat tersebut adalah Angan Ampo, 33, dari Kg. Gana yang bekerja dengan Jabatan Pertahanan Awam. Beliau membawa isterinya Dusinah Umbil untuk memohon kad pengenalan. Dusinah, yang dilahirkan kira-kira pada tahun 1990, berkata beliau tidak pernah mendapat kad pengenalan kerana menetap di kampung yang memerlukan dua hari berjalan kaki untuk ke pekan Kota Marudu.

Dusinah Umbil yang mendukung anaknya Airon Rick, dua tahun, senyum setelah kedua-dua mereka berjaya mendaftarkan diri dengan JPN. Suami beliau, Angan Ampo (kanan), telah menemani beliau ke pusat pendaftaran bergerak anjuran bersama JPN dan Pejabat Ahli Parlimen Kota Marudu Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili meninjau kaunter JPN di mana pegawai-pegawai JPN melayan penduduk-penduduk kampung yang memohon dokumen pengenalan diri di pusat pendaftaran bergerak
Dr. Maximus juga menyeru semua warga Kota Marudu supaya mendaftar kelahiran anak-anak mereka sejurus kelahiran untuk mengelakkan kerumitan di masa depan apabila pendaftaran lambat ataupun kerana mereka tidak mempunyai dokumen peribadi yang penting ini. Tanpa dokumen peribadi, mereka boleh menghadapi masalah seperti kewarganegaraan mereka dipertikaikan, katanya. "Saya akhirnya terpaksa mendaftar diri kerana tidak dapat memohon sijil kelahiran anak saya yang berumur dua tahun, Airon Rick, tanpa kad pengenalan diri, kata Dusinah yang tidak berpendidikan. Pasangan yang mengambil kesempatan untuk sekaligus mendaftarkan kelahiran anak mereka telah datang ke pusat pendaftaran bergerak tersebut dengan kereta sewa.

Bil. 1/2011 | Mei 2011

9|M u k a S u r a t

Keratan Akhbar
24 SEPT 2010: TPM UMUM SEKOLAH BARU SMK BANDAU, LANGKON
KOTA MARUDU (24 Sept 2010) - Selepas lebih 10 tahun menumpang di sekolah rendah, guru-guru dan murid-murid di dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di sini iaitu SMK Bandau dan SMK Langkon boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan pembinaan sekolah baru untuk kedua-dua sekolah berkenaan. Berita gembira itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengadakan lawatan ke SMK Bandau, yang kini menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Ongkilan, kira-kira 10 kilometer dari sini.

Timbalan Perdana Menteri Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar yang telah menyertai pertandingan sempena program CyberSAFE in School yang telah beliau lancarkan di SMK Tandek

Timbalan Perdana Menteri Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Menteri Sabah Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Aman dan Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili meninjau bangunan SMK Bandau yang menumpang di bangunan SK Ongkilan sempena lawatan beliau ke Kota Marudu

Pelajar-pelajar sekolah turut mengambil bahagian dalam persembahan semasa pelancaran CyberSAFE in School di SMK Tandek
Timbalan Perdana Menteri kemudian menyertai umat Islam sekitar daerah ini menunaikan solat Jumaat di Masjid At-Taqwa, sebelum menghadiri Majlis Mesra Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna di sini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pembinaan SMK Langkon akan dimasukkan ke dalam fasa pertama peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang bermula tahun depan. "Bermakna kerjanya juga akan bermula tahun depan. Peruntukan juga hampir sama dan kita berharap ia dapat disiapkan selewat-lewatnya penghujung tahun 2013," katanya. Pada sidang akhbar itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM200,00 bagi menaik taraf makmal di SMK Tandek. Sementara itu, mengulas mengenai program susu 1Malaysia, Muhyiddin berkata, kementerian sedang menghalusi kaedah pengedaran dan pengurusan susu berkenaan di sekolah dengan pembekal di Sabah, sebelum memulakan pengagihan bulan depan. Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM60 juta untuk menjayakan program berkenaan sehingga hujung tahun ini. "Tahun depan kita akan memohon peruntukan lain supaya lebih ramai pelajar layak dapat menerima susu berkenaan. "Kita dianggarkan memerlukan 250 juta kotak susu untuk diagihkan kepada tiga juta murid setahun," katanya. Muhyiddin berkata, kementerian juga sedia untuk berbincang dengan pembekal susu lain di negara ini kerana jumlah yang dikeluarkan oleh pembekal susu di Sabah tidak mampu menampung keperluan seluruh negara. Dari Utusan Online

Gambar kenangan bersama Timbalan Perdana Menteri sempena lawatan beliau ke Kota Marudu
Menurut Timbalan Perdana Menteri, pelan pembangunan SMK Bandau yang dijangka membabitkan kos RM34 juta sedang direka dan dijangka siap beberapa minggu lagi. "Selepas itu kita akan membuat proses tawaran tender dan menjangkakan pembinaan boleh dimulakan awal tahun depan dan dijangka mengambil masa 24 bulan untuk disiapkan. Jika tidak ada halangan, kontraktor bagus, cuaca mengizinkan, awal tahun 2013, sekolah ini akan mendapat sekolah baru," katanya pada sidang akhbar selepas lawatan tersebut. Terdahulu, Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke daerah ini merasmikan Program Kesejahteraan Siber di Sekolah peringkat kebangsaan di SMK Tandek.

Bil. 1/2011 | Mei 2011

10 | M u k a S u r a t

GALERI GAMBAR

Meninjau projek Jambatan Gantung di Kg. Simpangan (1) pada 20 Ogos 2009

Perasmian jambatan gantung Lampada pada 25 September 2009. Turut hadir ADUN Tandek Y.B. Anita Baranting (kiri) serta Pegawai Daerah Luvita Koisun (Kanan)

Merasmikan Dewan Serbaguna Kg. Kandawayon Darat pada 6 Disember 2009

Meninjau kawasan dilanda banjir di daerah Kota Marudu pada 17 Januari 2010

Pesta Jagung, Kota Marudu

Pelancaran acara tahunan Kota Marudu, Pesta Jagung di Dewan Komuniti pada 4 Disember 2010

Bil. 1/2011 | Mei 2011

11 | M u k a S u r a t

GALERI GAMBAR

Penyampaian wang ehsan dari Yayasan Kebajikan Negara kepada rakyat miskin sempena Hari Raya pada 18 September 2010

Sambutan krismas bersama masyarakat di Dewan Komuniti Kota Marudu pada 26 Disember 2010 yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Y.B. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

Penyerahan bantuan kewangan bagi pembelian komputer oleh New Straits Times Press kepada SRK Lajong dan SK Sungai Magandai pada 5 Julai 2010

Tinjauan semasa banjir di Daerah Kota Marudu 2010

Pesta Kaamatan daerah Matunggong

Memberi angpow kepada warga tua semasa Pesta Angpow pada 13 Februari 2011

Bil. 1/2011 | Mei 2011

12 | M u k a S u r a t

Anda mungkin juga menyukai