Anda di halaman 1dari 6

Kiulu pododion watas poomitanan kotundaan podtuongisan (daerah model pembangunan pelancongan)

Kiulu, 20.12.2013:- Nakapanau o kopoimaganan Prugrim Kotundaan Biodivorsiti om Kopomogompian Ikosistom Pogun Sabah (Projek Pembangunan Mapan Biosfera dan Pemuliharaan Ekosistem di Negeri Sabah) hilo id Kg. Tudan, Kiulu Tuaran. Pinoimagon di Puru Koundangan Pogun YB Datuk Joniston Bangkuai o prugrim dilo. Id booboroson dau nokomi disio do prujik dilo nopo nga oponsol kopio montok kotundaan ikonomi tulun mogigion loolobi id Kg. Tudan om watas Kiulu. Maya prujik dilo do oonuan om oruhangan o koilalaan tulun ngai mogigion kokomoi kapantamangan do pogun posorili, naamot do papanau karaja toi porobuatan diolo doid kampung. Minanahak isio do poomitanan do kogompi daa o tulun mororobuat do koimbosian bawang om kogompian tana posorili soira mongukab do pengumaan toi papanau pomutanaman diolo. Tumanud disio, kitonggungan tagayo nogi o porinta pogun do monokodung prujik diti miampai sokodung nogi mantad mogigion kampung nakahampit. Alansan i Datuk Joniston i ponorikohon ponogi do Kotinanan Podtuongisan Pogun Sabah (Sabah Tourism Board) do miampai sokodung ngai dilo do agampot daa iri gimpoton prujik dilo. Nokolombus nogi disio do ki sogu isio kumaa porinta pogun do papadadi watas Kiulu sabaagi iso watas poomitanan kotundaan podtuongisan (model pembangunan pelancongan) id pogun diti. Kapanahak do ogumu kounalan ilo kumaa watas om mogigion Kiulu. Id booboroson dau, pinoilo nogi kawagu di Datuk Joniston do i Gundohing Marius Samin pinosogu no do dumadi CDO Kiulu. I Marius Samin nopo nga ponorikohon JKK Kg. Tudan om maamaso mandad do surat papanau karaja sabaagi CDO Kiulu mantad koporintaan. Narait nogi di Datuk Joniston do minggisiom isio om porinta do monuluk ngai sontob pokionuon mogigion kampung. Toririmo disio sumontob do poposikap daa do kapanahan do prujik ngai kotundaan kampung. Karait di talun-alun kumaa Kg. Baraba, alansan isio do kapanau daa koponginsanangan talun alun dilo pogulu korikot toi aanu iri poruntukan tagayo montok dilo. Kapamansayan talun-alun lumapus kumaa ponong sokid Kiulu mantad ponong id Kg. Mantob nga nokosuang no nogi id palan kotundaan pogun, ka disio. Minamason nogi i Datuk Joniston do potilombuson om kasasari daa rumomut dau o tulun ngai kampung okon nopo ko poposogu nga montok nogi poporomut kopoilaan. Osonong do potilombuson o piromutan tiso om tiso (bilateral @ two way communication) tuu oilaan kopio iri pointopot, ka di Datuk Joniston. Pinopoilo nogi isio do mositi onuan sisimbar poinsurat (rasmi) iri oinsanan ponguhatan toi sogu ngai tulun kampung. Tumanud dau, iti nopo nga iso laang i mositi papanahon mooi amu kobontol do koborulangan, suai ko monginsikap do pogirooromutan. Nokorikot nogi UPKR Kiulu, lansanon ngai mantad Upis Tuaran, JPS, Pomutanaman, Upis Talun om Taman-Taman Sabah suai ko lansanon ngai om mogigion mantad kampung posorili.

Dii: Kombura Discovery

Ajukan inisiatif anda: penduduk digesa


Kiulu, 20.12.2013:- Projek Pembangunan Mapan Biodiversiti dan Pemuliharaan Ekosistem Negeri Sabah di Kg Tudan, Kiulu Tuaran merupakan kesinambungan daripada projek biosfera yang dijalankan oleh JICA dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah dan kerajaan negeri. En. Gerald Jetoning dari Jabatan Hasil Bumi Sabah yang juga merupakan kordinator utama projek ini berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian Projek Pembangunan Mapan Biodiversiti dan Pemuliharaan Ekosistem Sabah, bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Tudan Kiulu Tuaran. Pada masa ini, projek biosfera sedang dalam proses akhir mendapatkan pengiktirafan badan antarabangsa yang berpusat di Paris. Salah satu kriteria untuk mendapatkan pengkitirafan antarabangsa ialah penduduk mesti harmoni dengan projek yang dijalankan itu (biosfera). Dalam kata lain, perjalanan kehidupan penduduk tidak terganggu oleh projek tersebut. Projek biosfera melibatkan kawasan lembah Kinabatangan dan juga Banjaran Crocker. Kg. Tudan Kiulu telah dipilih sebagai perintis untuk memastikan keharmonian antara kegiatan pembangunan kampung dengan alam sekitar. Menurut beliau, Kg. Tudan beruntung terpilih kerana pelbagai intensif akan disampaikan bagi memenuhi dan melaksanakan aspirasi penduduk kampung ini. Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan agar penduduk berinisiatif untuk mengemukakan keperluan-keperluan mereka. Dalam ucapan lain, En. Suzuki (JICA) menekankan bahawa kejayaan projek ini sangat bergantung kepada sokongan penduduk setempat. Penduduk mesti berinisiatif untuk mengajukan keperluan-keperluan mereka dan pihak JICA serta kerajaan negeri akan membantu untuk merealisasikannya. En. James Wong (JICA) dalam ucapannya sebelum ini 916.12.2013) turut menekankan perkara ini. Menurut beliau, penduduk kampung sendiri lebih mengetahui keperluan terbaik bagi mereka. Sebagai langkah pertama, pada awal tahun 2014 JICA akan menjalankan kajiselidik bagi mengumpul segala maklumat berkaitan. Data dan maklumat berkenaan penting untuk memastikan program-program yang dijalankan nanti sesuai dan berjaya mencapai objektifnya. En. Suzuki turut melahirkan harapannya agar penduduk memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencapai objektif program ini dan berharap program di Kg. Tudan ini akan menjadi contoh baik untuk program seumpamanya kelak. Selain itu, menurut Ally Sandra Marcos (Pendidikan Alam Sekitar, JICA) pelbagai projek seperti kursus TOT akan diberikan kepada penduduk dalam usaha untuk menjayakan program tersebut. Ucapan En. Suzuki diterjemahkan oleh En. James Wong. Wakil penduduk Kg. Tudan Kiulu, En. Marius Samin turut merakamkan penghargaan kepada pihak JICA dan kerajaan negeri Sabah kerana memilih Kg. Tudan sebagai perintis projek ini. Dii: Kombura Discovery

Projek Pembangunan Mapan Biodiversiti dan Pemuliharaan Ekosistem Negeri Sabah di Kg Tudan, Kiulu Tuaran: Mampukah ia mengubah corak kegiatan ekonomi penduduk? Projek ini merupakan kesinambungan daripada projek biosfera kerajaan negeri Sabah. Di bawah projek biosfera, wilayah dibahagikan kepada beberapa zon dan salah satunya ialah zon penampan (buffer zone). Kg. Tudan Kiulu Tuaran merupakan salah sebuah perkampungan yang terletak dalam kawasan zon penampan ini<<<rujuk flyer/artikel berkaitan utk makluamt terperinci berkaitan biosfera>>>. Perkara penting dalam program biosfera ialah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pemeliharaa alam sekitar secara khususnya ialah memastikan hutan dara dan hidupan mergastua tidak diganggu, manakala pemuliharaan alam sekitar pula ialah memastikan kawasan hutan yang telah diganggu oleh penebangan dan sebagainya dipulihkan semula. Pemuliharaan dilakukan dalam pelbagai cara seperti penanaman semula hutan dan sebagainya. Pelaksanaan projek pembangunan mapan biodiversiti dan pemuliharaan ekosistem di kawasan perkampungan Kg. Tudan Kiulu Tuaran pastinya akan sangat mencabar. Ini berkait rapat dengan fakta bahawa penduduk Kg. Tudan Kiulu melakukan kegiatan pertanian sebagai sumber hidup utamanya. Ini termasuk menjadikan hutan sebagai sumber hasil mahsul sama ada untuk mendapatkan makanan seharian mahupun sebagai sumber ekonomi. Sebagai sumber makanan dan ekonomi, penduduk melakukan kegiatan pertanian yang melibatkan pembukaan kawasan hutan, pemburuan dan sebagainya. Amalan ini sesungguhnya adalah amalan turun-temurun sejak dahulu kala lagi. Cabaran Utama Cabaran utama projek ini ialah untuk memastikan penduduk terus menjalankan kegiatan harian mereka tanpa atau dengan impak minimum terhadap alam sekitar. Kegiatan pertanian sedia ada mahupun pencarian sumber makan dari hutan dara sepatutnya tidak disekat. Sebaliknya, langkah-langkah penyesuaian terhadap kegiatan sedia ada perlu dijalankan dengan penuh hati-hati dan beradab. Modifikasi mutlak atau pengubahsuaian drastik terhadap kegiatan sedia ada penduduk wajar dielakkan. Mengapa sukar? Pelbagai faktor yang menyukarkan... a. hutan sebagai sumber makanan dan ubat-ubatan i. mergastua - penduduk bergantung kepada daging mergastua sebagai sumber protein utama, bahkan sebagai ubatubatan untuk kegunaan sendiri ii. tumbuhan

penduduk bergantung kepada pelbagai tumbuhan hutan sebagai makanan seperti toyon, rumbia, togutui, buah-buah hutan dan macam-macam lagi. Menjadikan hutan sebagai sumber makan dan ubatubatan tradisional tidak mengganggu kelestarian hutan dan alam sekitar

b. hutan sebagai sumber ekonomi/pendapatan - perkembangan dunia mendesak penduduk untuk mendapatkan pendapatan ekonomi dari pelbagai sumber - hasil mahsul hutan dijual untuk mendapatkan duit bagi menampung segala perbelanjaan keluarga - desakan ekonomi mendesak penduduk memburu, menebang dan memetik hasil hutan yang kemudiannya dijual terus mahupun melalui orang tengah - menjadikan hutan sebagai sumber ekonomi/pendapatan menyebabkan timbul isu pemburuan dan penuaian hasil hutan secara berlebihan * hutan = hutan dara Modifikasi aktiviti ekonomi Amalan menjadikan hutan sebagai sumber ekonomi/pendapatan menimbulkan isu terhadap pelestarian alam sekitar. Oleh yang demikian, isu inilah yang wajar diamankan secara beradab. Mencari sumber pendapatan untuk perbelanjaan keluarga adalah punca utama penuaian berlebihan terhadap hasil mahsul hutan. Oleh itu, suatu insiatif mesti dibuat agar pendapatan keluarga dapat dijana tanpa bergantung kepada hasil penjualan hasil hutan. Sumber-sumber pendapatan alternatif mesti diwujudkan agar penuaian hasil hutan untuk dijual dapat dielakkan ataupun diminimumkan. Selain daripada kegiatan pertanian di kawasan-kawasan yang secara tradisinya (sejak turun-temurun/nenek-moyang) telah dibuka atau diteroka, aktiviti ekonomi baharu mesti didedahkan kepada penduduk. Aktiviti ekonomi baharu ini akan dapat memesongkan tumpuan penduduk terhadap penuaian dan penjualan hasil mahsul hutan. Aktiviti ekonomi baharu itu mesti menjamin perolehan pendapatan yang lebih baik. Persoalannya, apakah bentuk aktiviti ekonomi baharu itu? Penyelesaian beradab dan evolusi perubahan Formula penyelesaian beradab ini selaras dengan kriteria pengiktirafan projek biosfera iaitu memastikan kegiatan seharian penduduk tidak terganggu oleh projek itu. Penduduk sepatutnya tidak merasa tergugat atau terancam oleh peraturan-peraturan yang diperkenalkan. Oleh itu, segala penyelesaian mesti secara halus dan ikhlas. Pendekatan beradab, halus dan beradab ini akan mengelakkan kekeliruan, rasa terancam dan tergugat dalam kalangan penduduk dan akhirnya mendorong bantahan-bantahan daripada mereka. <<<<cth, bantahan terhadap biosfera>>>

Pentingnya pendidikan kesedaran Pendidikan kesedaran alam sekitar wajar disampaikan secara berkesan kepada segenap lapisan masyarakat, bukan sahaja murid sekolah tetapi juga seluruh penduduk yang terdiri daripada, kanak-kanak, muda dan warga tua. Melalui pendidikan kesedaran ini, penduduk dapat a. membezakan antara keperluan dengan kehendak. - amalan tradisi turun-temurun menuai hasil mahsul hutan adalah untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga sahaja - amalan ini sepatutnya bukan untuk memenuhi kehendak untuk menuai secara berlebihan untuk tujuan penjualan/mendapatkan pendapatan berupa wang ringgit b. menyedari kepentingan mikiro-kiro dalam menuai hasil hutan - mikiro-kiro bermaksud ala kadar atau secukupnya sahaja. Penduduk perlu ditekankan dengan amalan mikiro-kiro iaitu menuai hasil hutan sebagai keperluan asas sahaja. Amalan mikiro-kiro dapat mengelakkan kehabisan dan kepupusan sesuatu jenis sumber atau hasil hutan. Sekiranya kesedaran ini tertanam dalam jiwa raga, penduduk dengan sendirinya dapat membataskan penuaian mereka. c. menyedari implikasi terhadap generasi seterusnya - penuaian berlebihan atau tanpa batasan mengakibatkan kehabisan dan kepupusan sumber atau hasil huta. Contohnya penebangan pohon toyon (sejenis rumbia) mengakibatkan bilangan pohon toyon semakin sedikit dan sukar didapati. Jika ia sangat sukar didapati ataupun pupus, maka generasi seterusnya tidak akan berpeluang melihat sendiri atau mengenalinya nanti. Pada akhirnya nanti, atas kesedaran-kesedaran ini maka penduduk dapat membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan sesuatu. Misalnya, perlukah saya melastik burung montihak itu sedangkan di rumah masih banyak daging wogok atau daging babi hutan, atau daging ayam, atau ikan? Perlukah saya mengganggu sarang dan mengambil telur burung momporok atau singgagara di tepi jalan ke padi huma saya itu? Perlukah saya menebang pokok-pokok di sepanjang tepi sungai di kebun huma itu sedangkan sungai itu adalah tudan/mata air yang menjadi sumber air kampung saya dan kampung-kampung di hilir sungai? Apa perkara buruk akan berlaku kalau saya menyembur racun rumpai berdekatan dengan anak sungai di dumoh/kebun huma saya? Pada akhirnya nanti (tidak mustahil) cara berfikir penduduk akan berubah, seperti: Kalau saya bakar rumpun buluh itu mungkin tebing itu akan runtuh O! Saya tidak akan menebang dan membakar rumpunan buluh itu. Masih ada daging di rumah, jadi saya tidak akan lastik burung itu. Saya tidak akan racun di kawasan itu sebab ia akan mencemarkan air sungai.

...kesedaran-kesedaran seperti ini pastinya akan berlaku secara evolusi. Sekadar pandangan: Kombura Discovery, 20.12.2013, Walai Tudan, Kg. Tudan Kiulu Tuaran

Anda mungkin juga menyukai