Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Pendahuluan

Kaunseling adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu counseling. Kaunseling


merupakan satu bidang sains perlakuan terapan Kaunseling adalah hubungan peribadi
bersemuka antara dua orang, seorang adalah kaunselor dan seorang lagi adalah kaunseli atau
klien. Kaunselor, melalui perhubungan ini dengan menggunakan kemahiran khususnya,
menyediakan satu situasi atau suasana, apabila kaunseli (seorang yang normal dari segi mental)
dibantu memahami masalah dirinya, memahami situasi semasanya serta kemungkinan situasai
masa hadapannya, supaya dia dapat menggunakan sifat-sifat peribadinya dan potensinya dengan
cara memuaskan dirinya dan memberikan faedah kepada masyarakat. dan selanjutnya dan
mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluanya pada masa akan
datang.

Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan peribadi yang diadakan bagi


membantu insan dalam menangani permasalahan yang berlaku ke atas mereka. Kaunseling juga
berperanan sebagai satu tempat dimana seseorang yang bermasalah membuat rujukan bagi
menangani masalah kehidupan dalam seharian. Mereka cuba untuk menyelesaikan masalah
tersebut jadi sebagai kaunselor yang mempunyai pengetahuan sepatutnya mereka menjadi
penasihat atau pembimbing kepada insan yang memerlukan bantuan ini dengan memberi
mereka cadangan atau membantu mereka dalam mencari penyelesaian sendiri mengenai
masalah mereka tadi.
2.0 Pengenalan

Kanak-kanak khas memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih berbanding murid-
murid normal di sekolah. Seorang guru pendidikan khas perlu mempunyai kemahiran khas dan
ilmu yang mendalam dalam bidang mereka agar segala bentuk panduan, bimbingan serta
bantuan dapat diberikan khususnya kepada kanak-kanak khas ini agar mereka dapat menjalani
kehidupan seperti kanak-kanak normal.

Tinjauan telah dibuat ke beberapa buah sekolah pendidikan khas integrasi di sekitar
bandaraya Ipoh. Kebanyakkan sekolah integrasi pendidikan khas masalah pembelajaran yang
sempat dilawati antaranya SK Coronation Park, SK Tambun, SK Raja Chulan dan SK Sungai
Rokam. Saya memilih SK Sungai Rokam untuk saya kaji tentang perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang dijalankan kepada murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran.
Temubual telah dibuat dengan kaunselor khas sekolah berkenaan, dan maklumat-maklumat
berikut telah berjaya dikumpulkan.

2.1 Sejarah Am Sekolah

Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam dibina dalam tahun 1988. Sekolah ini terletak dalam daerah
Kinta, Perak Darul Ridzuan. Lokasi sekolah berada dalam sebuah kampung melayu Sungai
Rokam. Jarak dari bandaraya Ipoh ialah kira-kira 3 km. Jumlah murid secara keseluruhan ialah
lebih daripada seribu orang. Oleh kerana bilangan kelas yang tidak mencukupi, dua sesi
persekolahan diwujudkan iaitu sesi persekolahan pagi dan sesi persekolahan petang.
Peta menunjukkan lokasi SK Sungai Rokam, Ipoh ( dipetik daripada googlemaps )

2.1 Sejarah Penubuhan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Sekolah integrasi Pendidikan Khas SK Sungai Rokam mula ditubuhkan dalam tahun
2004. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini, bilangan murid khas yang belajar di sekolah
ini adalah kira-kira 24 orang. Jumlah pelajar khas pada sesi persekolahan 2009 adalah seramai
56 orang. Kategori pelajar khas dari sekolah ini adalah terdiri daripada pelbagai masalah
pembelajaran seperti sindrom-down, lembam, autisme, terencat akal. Tinjauan secara lebih jelas
berdasarkan temuramah yang dibuat bersama dengan penyelaras program pendidikan khas
masalah pembelajaran sekolah ini mendapati bahawa kebanyakkan kategori murid keperluan
khas di sekolah ini adalah daripada kalangan ‘ slow learner ‘

Penubuhan Unit Bimbingan Kaunseling sekolah ini dibuat pada tahun 2007. Penubuhan
unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini adalah selaras dengan saranan daripada Pejabat
Pelajaran Daerah Kinta Utara agar murid-murid khas turut dibantu sama seperti murid-murid
normal. Pada peringkat awal peranan unit ini hanya sebagai memberi khidmat sokongan kepada
pentadbir berkaitan perjalanan pentadbiran sekolah pendidikan khas ini. Seorang guru dilantik
sebagai kaunselor dari kalangan guru yang mengajar di sekolah pendidikan khas ini. Menurut
maklumat yang diperoleh, kaunselor yang dilantik oleh pentadbir sekolah adalah dari guru yang
mempunyai pengetahuan serba sedikit berkaitan bimbingan dan kaunseling.

2.2 Struktur Organisasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

GURU BESAR

GURU PEN. KANAN GURU PEN. KANAN GURU PEN. KANAN


PENTADBIRAN H.E.M KO-KURIKULUM

KAUNSELOR

SEKOLAH SELAMAT UNIT BIMBINGAN &


KAUNSELING

Setiausaha
Kaunselor

Ahli Jawatankuasa
Tenaga Pengajar
KELAB PEMBIMBING Program Pendidikan Khas
KAUNSELING RAKAN SEBAYA Masalah Pembelajaran
2.3 Tujuan dan Matlamat Kaunseling

Bimbingan dan Kaunseling mempunyai matlamat khusus untuk para kliennya. Matlamat
utama bimbingan dan kaunseling ialah perubahan tingkah laku, meningkatkan mutu
perhubungan, pengurusan diri, bijak membuat keputusan dan pengembangan potensi.

Hasil temubual dengan kaunselor berkenaan mendapati bahawa tujuan dan matlamat
kaunseling di sekolah pendidikan khas SK Sungai Rokam ini hanyalah berkisar kepada
memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid-murid khas ini. Latar belakang mereka yang
tidak sama dengan murid-murid normal dari segi pemikiran dan keupayaan intelek, tidak
mungkin para guru mengharapkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti murid-murid
normal.

Secara amnya antara tujuan dan matlamat Unit Bimbingan Dan Kaunseling sekolah pendidikan
khas adalah seperti berikut :

- Memberi perkhidmatan bersifat membaikan dan memulihkan atau mengorientasikan


pelajar yang menghadapi masalah peribadi,pelajaran,kerjaya dan sosial agar mampu
menghadapi atau mengatasi masalah-masalahnya .
- Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang memerlukan
- Memberi perkhidmatan penyuburan dan penghayatan yang meliputi semua aspek    
perkembangan pelajar dengan menyediakan peluang,kemudahan dan pengalaman yang
selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar
- Memberi perkhidmatan pencegahan iaitu mengelakkan pelajar daripada terlibat
dalam   perbuatan salah laku,tidak berdisiplin dan lain-lain.
2.3 Tugas-tugas Guru Kaunselor

Maklumat yang diperolehi daripada kaunselor berkenaan, mendapati bahawa tugas guru
kaunseling sekolah pendidikan khas tidak jauh bezanya dengan kaunselor sekolah aliran
perdana. Bezanya ialah cara guru itu mengaplikasikannya dengan murid-murid khas yang
berbeza dengan murid-murid normal. Antara tugas guru kaunselor yang dikenalpasti adalah
seperti berikut :

- Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan


Kaunseling di sekolah.
- Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan
murid,guru,pentadbir,kakitangan sekolah,ibu bapa dan bekas pelajar.
- Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
- Mengumpul,menyedia,menyebar maklumat Bimbingan & Kaunseling kepada semua
pelajar melalui sebarng media yang sesuai.
- Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan & Kaunseling Kelompok dan tunjuk
ajar (instructional) yang merangsang perkembangan murid secara optimum.
- Merancang, melaksana dan mengawalselia Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
individu secara professional dan beretika.
- Merancang,melaksana,mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid.
2.4 Kemudahan Bilik Kaunseling / Peralatan

Kemudahan bilik kaunseling yang terdapat di sekolah ini terdiri daripada kemudahan
asas yang biasa terdapat di unit-unit bimbingan kaunseling sekolah aliran perdana. Antara
kemudahan yang terdapat di unit bimbingan kaunseling sekolah integrasi pendidikan khas ini
seperti bilik kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Bilik kaunseling kelompok
dilengkapi dengan kemudahan kerusi dan meja yang disusun secara berhadapan dalam bentuk
bulatan. Peralatan lain yang terdapat seperti rak fail, carta organisasi, papan putih, papan
lembut, komputer riba dan projektor lcd.

2.5 Sistem Fail

Sistem Fail adalah sebahagian daripada Pengurusan Rekod yang melibatkan urusan
penyusunan dan penyimpanan mengikut klasifikasi rekod supaya mudah dikesan dan diperoleh
dengan cepat apabila dikehendaki. Setiap organisasi sama ada berbentuk perniagaan atau
profesional, kecil atau besar adalah memerlukan penyimpanan rekod yang baik untuk rujukan
di kemudian hari. Faktor-faktor penting mengenai produk, data statistik, maklumat mengenai
pekerja dan klien boleh didapatkan melalui fail-fail yang disimpan secara sistematik.

Bagi sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran SK Sungai Rokam ini, sistem fail
adalah diurus secara sederhana sahaja. Terdapat tiga buah fail yakni fail utama, fail sokongan
dan fail arkib. Fail utama mengandungi maklumat utama berkaitan pengurusan dan pentadbiran
unit bimbingan dan kaunseling. Fail sokongan mengandungi perkara-perkara yang berkaitan
dengan maklumat tentang pelaksanaan kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Fail arkib
meliputi dokumen-dokumen lima tahun lepas yang disimpan sebagai dokumen lama.

Data dan maklumat murid dikumpul secara manual terlebih dahulu. Ibubapa murid atau
waris mereka akan mengisi maklumat dalam Borang Maklumat Murid ( BMM ). Guru
data akan mengisi maklumat yang dikumpul ke dalam sistem data secara berkomputer iaitu
Sistem Maklumat Murid ( SMM ).
2.6 Cara-Cara Mendapatkan Klien.
2.7
Melalui temuramah dengan kaunselor sekolah berkenaan, cara mendapatkan klien tidak
seperti cara yang digunakan di unit bimbingan dan kaunseling sekolah aliran perdana. Carta di
bawah menunjukkan cara-cara mendapatkan klien.

CARTA ALIRAN PROSES


PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Ambil borang Permohonan Temujanji


di kaunter Borang

Hantar kepada kaunselor untuk


Dapatkan tarikh dan masa temujanji

Kaunselor hantar surat jemputan kepada


Pelajar melalui guru

Mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling


Individu atau Kelompok

Pengesahan Kaunselor kepada


Guru Mata Pelajaran / Kelas setelah habis sesi

Laporan sesi kepada pentadbir(sulit)


(jika perlu)
Tindakan Susulan

Jika dilihat daripada carta aliran di atas tentang cara-cara mendapatkan klien, ianya sesuai bagi
sekolah aliran perdana tetapi tidak dapat dilaksanakan bagi sekolah pendidikan khas. Latar
belakang murid khas tidak sama dengan murid normal. Kaunselor terpaksa mendapatkan
maklumat murid bermasalah melalui pemerhatian atau rujukan kepada guru kelas atau guru
mata pelajaran. Tidak mungkin murid berkeperluan khas yang menghadapi masalah akan
mengambil borang untuk membuat temujanji dengan kaunselor. Kaunselor di sekolah khas
kebiasaanya akan lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid khas ini.

2.7 Jenis-jenis dan bentuk kaunseling yang dijalankan

Antara jenis-jenis kaunseling yang disediakan di sekolah pendidikan khas masalah


pembelajaran SK Sungai Rokam ini ialah kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Secara
khususnya bentuk kaunseling yang diadakan di sekolah ini berbentuk kaunseling individu yang
lebih menjurus kepada bentuk bimbingan.

2.8 Perkhidmatan-Perkhidmatan Kaunseling

Perkhidmatan kaunseling yang disediakan di sekolah khas ini lebih menjurus kepada
perkhidmatan kaunseling tunjuk ajar yang meliputi kepada guru mengadakan kelas untuk
mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-
kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan bimbingan berkaitan
pengurusan diri apabila murid-murid khas meningkat dewasa. Perkhidmatan lain yang berkaitan
ialah perkhidmatan konferens dengan ibubapa. Perkhidmatan ini berkaitan dengan kaunselor
mengadakan hubungan dengan penjaga murid-murid sebagai tujuan mendapatkan maklumat
berkaitan latar belakang murid-murid khas ini secara lebih mendalam. Tujuan membina
hubungan agar segala permasalahan anak-anak mereka di sekolah dapat di atasi oleh kaunselor
apabila maklumat disalurkan oleh ibubapa kepada kaunselor.

3.0 Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok

Kaunseling secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kaunseling
individu dan kaunseling kelompok. Secara prinsipnya kedua-dua jenis kaunseling ini
mempunyai kaedah dan pendekatan yang tersendiri walaupun matlamat akhir adalah sama iaitu
untuk membantu murid-murid ke arah perkembangan positif dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

Kaunseling individu merupakan sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor dengan
seorang sahaja klien. Menurut Shertzer dan Stone ( 1974 ) kaunseling individu sebagai proses
interaksi yang memudahkan kefahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lalu
menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai untuk tingkah laku di masa depan.

Kaunseling kelompok pula boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang


individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi antara satu sama lain.
Menurut Trotzer ( 1977 ), kaunseling kelompok sebagai perkembangan suatu perhubungan
antara individu. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti kepercayaan, penerimaan, hormat-
menghormati, kemesraan, komunikasi dan kefahaman.

Melalui penerangan di atas, sedikit sebanyak dapat diperjelaskan tentang keadaan


kaunseling individu dan kaunseling kelompok untuk dikaitkan dengan klien yang terdiri
daripada murid-murid berkeperluan khas ini. Menurut maklumat yang diperolehi daripada
kaunselor sekolah yang dikunjungi ini, hanya kaunseling individu dapat dilaksanakan tanpa
sebarang proses kaunseling kelompok. Ini disebabkan oleh masalah latar belakang murid yang
pelbagai kategori masalah pembelajaran tidak memungkinkan proses kaunseling kelompok
dapat dilaksanakan.
Melalui perbincangan dengan kaunselor tentang masalah yang dihadapi oleh murid-
murid bekeperluan khas ini, dapatlah dibuat catatan berkaitan masalah berkenaan seperti di
bawah :

Masalah 1

Jenis Masalah : Tidak Pandai Mengurus Diri


Kategori Murid : Lembam ( Slow Learner )
Huraian Masalah :
Ali ( bukan nama sebenar ) belajar di tahun 5 program pendidikan khas masalah pembelajaran.
Ali berumur 12 tahun. Ali ialah anak ketiga daripada lima adik beradik. Hanya Ali
dikategorikan sebagai murid bekerperluan khas dalam keluarganya. Masalah yang dihadapi oleh
Ali ialah dia tidak pandai mengurus diri sendiri dengan lebih teratur seperti murid-murid
normal. Sukar untuk bangun pagi walaupun ianya adalah rutin hariannya untuk ke sekolah. Ali
juga tidak pandai mengurus diri sebelum ke sekolah seperti menggosok gigi, mandi, menyikat
rambut dan berpakaian kemas. Keadaan ini yang berlanjutan sehingga ke akhir tahun amat
membebankan dirinya sendiri serta ahli keluarga ahli. Ibu Ali terpaksa menguruskan Ali setiap
hari walaupun Ali sudah berumur 12 tahun.
Masalah 2

Jenis Masalah : Sukar bercakap


Kategori Murid : Austisme
Huraian Masalah :
Suzy ( bukan nama sebenar ) merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Suzy berumur
10 tahun dan belajar di tahun empat sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran SK Sungai
Rokam ini. Masalah Suzy dikesan sejak dia bersekolah di tahun satu. Suzy amat sukar bercakap
terutama dengan orang yang tidak dikenali. Kepayahan Suzy bercakap menyukarkan guru
berinteraksi dengannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Suzy hanya mahu
bercakap dengan orang yang dia suka atau biasa sahaja. Kebetulan Suzy suka dengan kaunselor
berkenaan, ini memudahkan proses pelaksanaan sesi kaunseling individu.

Masalah 3

Jenis Masalah : Sukar Tidur


Kategori Murid : Lembam ( Slow Learner )
Huraian Masalah :
Ahmad ( bukan nama sebenar ) seorang murid Tahun 6 berumur 12 tahun. Sebelum ini Ahmad
seorang murid yang aktif di sekolah walaupun dia dikategorikan sebagai murid yang lambat
dalam pembelajaran. Ahmad sering bercerita tentang latar belakang keluarganya. Hobi Ahmad
ialah menonton rancangan kartun di rumah. Masalah yang dihadapi oleh Ahmad ialah dia sukar
untuk melelapkan mata semasa tidur. Keadaan ini berlarutan selama tiga bulan. Kesannya
Ahmad menjadi murid yang tidak aktif, suka berkhayal dan tidak peka kepada arahan guru.
Kaunselor telah mengenalpasti masalah Ahmad melalui beberapa siri kaunseling individu.
Masalah 4

Jenis Masalah : Suka bergaduh


Kategori Murid : Hyper Aktif
Huraian Masalah :
Maniam ( bukan nama sebenar ) datang daripada keluarga yang berada. Ayah Maniam seorang
arkitek dan ibunya bekerja di sebuah syarikat swasta. Masalah yang dihadapi oleh Maniam ialah
dia tidak pandai berkawan dan sering terlibat dengan pergaduhan sesama rakannya. Kaunselor
dapat mengenalpasti situasi ini setelah Maniam beberapa kali terlibat dengan pergaduhan
dengan rakan-rakannya. Keadaan ini memaksa Kaunselor memanggil Maniam untuk menjalani
proses kaunseling individu.

Menurut kaunselor yang ditemubual, kes-kes yang terlibat berjaya dirujuk kepada beliau
melalui beberapa saluran seperti rujukan penyelaras, guru kelas, guru mata pelajaran, aduan
daripada rakan-rakan sebaya dan pemerhatian daripada kaunselor itu sendiri. Tiada langsung
rujukan yang dibuat secara sukarela oleh murid itu sendiri. Ini adalah disebabkan oleh latar
belakang murid bekerpeluan khas.
4.0 Perbincangan dan Ulasan.

Sesungguhnya, kaunselor membantu klien yang mempunyai pelbagai persoalan dalam


dirinya. Kaunselor haruslah berusaha membantu klien melihat masalahnya dari pelbagai
perspektif dengan menunjukkan sikap hormat terhadap setiap klien tanpa prasangka dan
prejudis supaya dapat berkembang untuk menghormati harga diri dan maruah diri klien.

Kaunselor haruslah berkemampuan untuk mengubah perasaan negatif beliau terhadap


sesetengah klien supaya klien akan dihormati sebagai seorang individu yang memerlukan
bantuan untuk menyelesaikan persoalan dalam hidupnya di samping menunjukkan bahawa
kaunseling adalah satu usaha dalam proses memberikan pertolongan.

Hasil daripada temubual, pemerhatian tentang masalah serta sesi kaunseling individu
yang dilaksanakan oleh kaunselor terhadap murid-murid berkeperluan khas ini, dapatlah dibuat
rumusan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini sememangnya patut diteruskan
serta diperluaskan di semua sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran ini. Cara ianya
dilaksanakan memerlukan pengubahsuaian yang mana pelaksanaannya tidak sama seperti
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah aliran perdana. Cara kaunselor
mendapatkan kliennya tidak sama seperti di sekolah aliran perdana. Jika di sekolah aliran
perdana terutama di sekolah menengah, klien datang berjumpa dengan kaunselor tetapi di
sekolah pendidikan khas jika kaunselor mengharapkan kliennya dating sendiri bertemu dengan
kaunselor, ianya tidak akan berlaku. Kaunselor perlu mempunyai cukup maklumat tentang
murid bermasalah pembelajaran ini sebelum kaunselor itu sendiri mendapatkan klienya melalui
maklumat-maklumat berkenaan.

Laporan daripada kaunselor tentang sesi kaunseling yang dilaksanakan merujuk kepada
beberapa masalah yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa sesi kaunseling adalah lebih
menjurus kepada sesi bimbingan daripada kaunselor itu sendiri dalam menyelesaikan masalah
kliennya. Kaunselor berjaya mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh Ali yang tidak
pandai mengurus diri. Puncanya ialah Ali terlalu dimanjakan oleh ibubapanya. Kedua
ibubapanya tidak yakin terhadap keupayaan Ali untuk mengurus dirinya sendiri. Setelah
menjalani beberapa sesi bimbingan dan pertemuan dengan kedua ibu bapa Ali, masalah Ali
berjaya dikurangkan.

Begitu juga masalah yang dihadapi oleh Ahmad yakni sukar untuk tidur. Punca masalah
yang dihadapi ialah keluarga Ali terutama ayahnya suka tidur lewat. Tabiat ayahnya yang suka
tidur lewat terbawa-bawa oleh Ahmad. Akibat lewat tidur. Ahmad sukar untuk melelapkan
mata. Keadaan ini menjejaskan situasi Ahmad semasa berada di sekolah. Ahmad telah diberi
bimbingan. Ayah Ahmad juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Masalah ini dapat
diselesaikan dalam masa dua minggu.

Berdasarkan laporan tentang situasi kaunseling di atas, menunjukkan bahawa sesi


kaunseling bagi murid-murid berkeperluan khas memang patut diteruskan. Kanak-kanak khas
memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih berbanding murid-murid normal di sekolah.
Kanak-kanak khas sering mempunyai masalah dalam bidang akademik, hubungan sosial,
motivasi. Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid khas memerlukan bimbingan yang
lebih berbanding golongan murid normal. Oleh sebab keadaan fizikal atau mental yang kurang
upaya mereka sering mengalami masalah perasaan rendah diri yang boleh menyebabkan
pelbagai masalah lain wujud. Peranan kaunselor adalah membawa perubahan positif dalam diri
murid-murid berkeperluan khas ini. Matlamat kaunseling membentuk perhubungan yang
fasilitatif adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dan menghadapi persoalan hidup
yang dihadapinya. Dengan demikian, kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan
satu perhubungan yang fasilitatif dengan klien sejak dari sesi temuduga yang pertama lagi.
Dalam erti kata yang lain, kaunselor seharusnya membentuk satu persekitaran atmosfera yang
dapat mendorong klien merasakan kebebasan untuk membincangkan persoalan-persoalan yang
di bawa bersama secara terbuka, lebih yakin terhadap kaunselor, jujur terhadap dirinya sendiri
dan juga terhadap diri kaunselor serta dapat memahami bahawa kaunselor secara ikhlasnya
berhasrat untuk memberikan bantuan kepadanya. Dalam konteks ini, klien selalunya dikatakan
mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk menjalankan sesi kaunseling.

Ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga yang lain atau kawan-kawan juga boleh merujuk
individu yang memerlukan bantuan daripada kaunselor. Kebanyakan rujukan dilakukan dengan
menyertakan sekeping surat rujukan ataupun melalui satu laporan yang dibuat secara lisan
menerangkan sebab-sebab yang mendorongnya dirujuk untuk mendapatkan manfaat daripada
proses kaunseling.

Maklumat tambahan haruslah dikumpul dan dianalisis oleh kaunselor lain bagi setiap
kes yang dirujuk oleh sumber rujukan. Daripada maklumat yang sedemikian, kaunselor boleh
mengenal pasti punca-punca setiap isu yang dibawa oleh setiap klien yang dirujuk. Walau
bagaimanapun, kaunselor harus menghubungi sumber rujukan yang berkaitan untuk
mendapatkan penjelasan berhubung dengan maklumat yang diterima.
Kaunselor haruslah memberitahu sumber rujukan tentang apa yang mungkin diharapkan
sepanjang proses menolong dalam sesi kaunseling. Sekiranya kaunselor mengambil keputusan
untuk menolak rujukan tersebut yang biasanya agak rumit, beberapa bantuan haruslah
diberikan kepada klien atau sumber rujukan dalam usaha mendapatkan bantuan yang
bersesuaian

Sekiranya ahli adalah tidak berkemampuan menjadi profesional dalam memberikan


bantuan kepada seorang klien, ahli haruslah mengelak daripada memulakan perhubungan
kaunseling atau ahli menamatkan sesi kaunseling. Dalam salah satu daripada situasi tersebut,
ahli adalah diwajibkan untuk merujuk klien tersebut kepada seorang kaunselor yang
bersesuaian. Ini adalah satu tugas atau tanggungjawab kepada ahli yang mempunyai matlamat
berkaitan dengan sumber rujukan supaya berbincang dengan kaunselor tersebut sebelum
memulakan proses rujukan. Sekiranya klien tersebut menolak cadangan rujukan, kaunselor
adalah tidak dibenarkan untuk meneruskan perhubungan menolong.
5.0 Kesimpulan

Kaunseling dapat mewujudkan pembangunan atau perkembangan potensi yang sedia


ada. Klien-klien yang berbakat atau berpotensi dapat mengembangkan bakat mereka selepas
mendapat nasihat atau tunjuk ajar kaunselor. Apakah maksud kaunseling sebenarnya?
Sebenarnya definisi Kaunseling adalah suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua
hala antara orang yang memberi pertolongan dan orang yang menerima pertolongan dalam
suasana yang penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami. Sebenarnya peranan kaunselor
amat penting walaupun hakikatnya murid-murid khas sukar untuk dikaunselingkan. Kaunselor
boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah murid-murid khas ini. Peranan kaunselor
sebenarnya amat besar sebagai agen perubahan tingkah laku dan pendekatan diri murid-murid
khas ini agar mereka boleh diterima oleh rakan sebaya di sekolah di samping boleh
menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Gambar-Gambar Sokongan

Papan tanda Pendidikan Khas SK Sungai Blok Pendidikan Khas


Rokam

Papan tanda Visi, Misi, Objektif dan Moto Gambar beberapa murid khas
Carta Organisasi Unit Bimbingan dan Susunan kerusi untuk proses kauseling kelompok
Kaunseling

Kerusi tetamu Fail-Fai berkaitan


Papan Maklumat Unit Bimbingan dan Pintu masuk ke Unit Bimbingan dan
Kaunseling Kaunseling
BIBLIOGRAFI

Shetzer, B., & Stone, S.C. (1980). Fundamentals of counselling. Bostton: Houghton Miflin.

Amir Awang (1987). Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.

Ishammuddin Hj. Ismail (1999). Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur. Aras Mega
(M). Sdn. Bhd.

Othman Mohamad (2000).Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling( Penerbit


UPM), Serdang, Selangor.
Sabariah Saran (2003) Teori Kaunseling dalam Perhubungan Menolong (Penerbit Prearson
Practice Hall) Petaling Jaya, Selangor.
Modul OUM HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling ditulis oleh Dr.Zainal Abidin Ahmad
(OUM) dan Profesor Madya Dr.Wan Abdul Kader Wan Ahmad (UKM).

Mizan Abdul Ahmad Ibrahim dan Halimatun Moktar ( 2001 ) Apa dan Bagaimana (Penerbit
Fajar Bakti Snd.Bhd. Shah Alam).

Anda mungkin juga menyukai