Anda di halaman 1dari 5

ALIRAN – ALIRAN DALAM ILMU KALAM

“ MUKTAZILAH “

Etimologi
Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab ‫( إعتزل‬iʿtazala) yang bermaksud
"meninggalkan", "menjauhkan diri".

Sejarah perkembangan

Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di
Basrah, Iraq, apabila Wasil ibn Ata meninggalkan kelas pembelajaran Hasan al-Basri
selepas berselisih faham mengenai isu Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn (akan
diterangkan kemudian). Beliau dan pengikutnya termasuk Amr ibn Ubayd kemudiannya
dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai
Ahl al-Tawhid wa al-'Adl (golongan tauhid dan keadilan Tuhan) berdasarkan ideologi
yang mereka perjuangkan di antaranya mahukan sistem Islam yang berdasarkan akal.
Mereka juga dilabel sebagai golongan free will dan free act, kerana mereka berpegang
kepada prinsip kebebasan melakukan sesuatu.

Ketika pertama kali muncul, pemikiran Muktazilah tidak mendapat simpati umat
Islam, terutama di kalangan masyarakat awam kerana mereka tidak begitu memahami
ajaran Muktazilah yang bersifat rasional dan sarat dengan falsafah. Alasan lain mengapa
pemikiran ini kurang mendapat sokongan umat Islam pada saat itu adalah
keranapemikiran ini dianggap tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW dan para
sahabat.

Muktazilah bergantung kepada beberapa aspek pemikiran dari falsafah Islam,


Greek dan Helenistik.Aliran Muktazilah berkembang di kalangan golongan intelek
semasa pemerintahan Khalifah al-Ma'mun dari dinasti Abbasiyah (198-218 H/813-833
M). Kedudukan Muktazilah semakin kukuh setelah Khalifah al Ma'mun menjadikannya
sebagai mazhab rasmi negara. Dikatakan Khalifah al Ma'mun sejak kecilnya sudah
dididik dalam tradisi Yunani yang gemar dengan falsafah dan ilmu pengetahuan.[1]

Dan pada zaman itulah golongan muktazilah memaksakan pemikirannya yang dikenal
dalam sejarah dengan peristiwa Mihnah (fahaman bahawa al-Quran itu makhluk Allah,
jadi tidak qadim. Jika al-Quran dikatakan qadim, maka akan timbul kesimpulan bahawa
ada yang qadim selain Allah)
Ajaran asas

Muktazilah mempunyai lima ajaran asas iaitu:

1. Al-Tauhid ‫التوحيد‬:
o Muktazilah percaya kepada Tauhid iaitu Tuhan itu satu. Mereka berbeza
dari majoriti Muslim dalam menerangkan tentang konsep Tauhid supaya
selari dengan wahyu dan akal. Contohnya majoriti mazhab dalam Islam
menghadapi kesulitan dalam menerangkan sifat Tuhan tanpa
menyamakanNya dengan perwatakan manusia (anthropomorphic) atau
tidak menerangkan langsung maksud tersebut seperti yang tertulis dalam
wahyu.[2] Muktazilah mengatakan sifat Tuhan adalah tidak berbeza dari
zatNya. Dengan kata lain, Tuhan itu Maha Mengetahui, tetapi Tuhan itu
Maha Mengetahui kerana zatNya bukannya kerana Ia mempunyai
pengetahuan yang terasing dari diriNya. Konsep Tauhid ini diterangkan
dalam hasil kerja cendekiawan Muktazilah, hakim agung Abd al-Jabbar
ibn Ahmad.[3]
o al-Qur'an ialah makhluk.
o Tuhan di alam akhirat kelak tak terlihat mata manusia. Yang terjangkau
mata manusia bukanlah Ia. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta’ala[4]:
"‫"قال رب أرنى أنظر إليك قال لن ترانى‬
yang bermaksud:
“Maka Nabi Musa berkata: Wahai Tuhan ku perlihatkanlah kepadaku zat
Mu yang Maha Suci supaya aku dapat memandang kepada Mu, Allah
menjawab: Engkau tidak sekali-kali dapat melihat Ku”
Mereka menafikan penglihatan itu berdasarkan kepada tafsiran mereka
akan perkataan “‫ ”لن‬yang menafikan masa sekarang dan akan datang.
2. Al-'Adl ‫ العدل‬- Keadilan Tuhan. Dalam menghadapi masalah kewujudan
kejahatan di dunia, Muktazilah percaya kepada free will (kebebasan manusia).
Kejahatan dilihat sebagai sesuatu yang berlaku kerana kesalahan manusia dalam
melakukan sesuatu. Muktazilah tidak menafikan kewujudan kezaliman ke atas
manusia kerana ini terjadi disebabkan manusia itu menyalah gunakan free will
(kebebasan) yang diberi Tuhan.

Dalam menerangkan hal ini, Muktazilah bergantung kepada doktrin taklif - yaitu
hidup ini adalah ujian Tuhan kepada manusia yang diberikan akal fikiran untuk
memilih yang baik dan buruk.
Pada hari Kiamat nanti, mereka akan dihukum Tuhan atas segala nikmat yang
mereka perolehi dan tanggungjawab yang diamanahkan semasa mereka di dunia.
Sekiranya mereka ini menyalah gunakan akal fikiran yang diberi Tuhan, mereka
akan dihukum di neraka. Ini kerana Tuhan telah bersikap adil dalam menjelaskan
jalan yang lurus dan jalan yang sesat dalam kitab suciNya.

3. Al-Wa'd wa al-Wa'id ‫ الوعد و الوعيد‬- Janji dan amaran. Mereka berpendapat


Tuhan tidak akan mungkir janji iaitu memberi pahala pada muslimin yang baik
dan memberi azab seksa pada muslimin yang jahat pada hari Kiamat nanti.
4. Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn ‫ المنزلة بين المنزلتين‬- Posisi pertengahan.
Pendapat ini dicetuskan Wasil ibn Ata yang membuatnya berpisah dari gurunya
Hasan al-Basri, bahwa mukmin berdosa besar dan tidak bertaubat, dia bukan
mukmin (beriman) tetapi juga bukan kafir (tidak beriman), statusnya boleh
dipanggil fasik. Mereka ini boleh dikebumikan sebagai Muslim, didoakan dan
mengahwini Muslim. Hanya Tuhan yang akan menentukan di neraka mana
mereka ditempatkan kerana neraka itu mempunyai banyak tingkat untuk semua
golongan.
Imam Hasan al-Basri berpendapat muslim berdosa besar masih seorang mukmin
sementara golongan Khawarij mengatakan mereka kafir.
5. Al-amr bil ma'ruf wa al-nahy 'an al munkar ‫ األمر بالمعروف و النهي عن المنكر‬-
menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran. Menyeru kebaikan terdapat
dua jenis, satu yang wajib seperti tanggangjawab agama (al-faraid) apabila
seseorang meninggalkannya (dayya'aha) dan yang sunat (al-nafila) apabila
seseorang meninggalkannya (tarakaha). Dan bagi melarang kemungkaran, ia
wajib kerana kemungkaran itu adalah salah (qabih). Jika boleh, melarang
kemungkaran itu mestilah jalan yang tidak menyusahkan atau menjadikan
kemungkaran itu tidak begitu teruk, dengan matlamat supaya kemungkaran itu
tidak berlaku langsung.
Tafsiran Muktazilah berbeza dengan tafsiran ulama’-ulama’ ahli as-sunnah wal-
jamaa’h. Di mana muktazilah berpendapat bahawa menyuruh kepada perkara
yang ma’ruf dan mencegah perkara kemungkaran mestilah dengan hati terlebih
dahulu, kemudian dengan lidah, kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak
mencukupi dengan lidah dan tangan maka dengan menggunakan pedang. Mereka
tidak membezakan antara yang berkuasa dengan tidak berkuasa. Mereka berdalil
dengan firman Allah Ta’ala[5]:
"‫وإن طائفان اقتلوا فأصلحوا بينهما فإن بغت احدهما على األخرى فقاتلوا التى تبغى حتى تفىء إلى أمر هللا‬
" yang bermaksud:
"Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang maka damaikanlah di
antara keduanya dan jika salah satu di antara keduanya berlaku zalim terhadap
yang satu lagi maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi
perintah Allah."

Akal dan wahyu

Golongan Muktazilah mempunyai teori sendiri tentang akal, wahyu dan hubungan di
antara keduanya. Mereka menghargai kekuatan akal dan intelek manusia. Bagi golongan
ini, akal manusia membawa mereka mengenali Tuhan, sifatNya dan akhlak. Apabila
pengetahuan asas ini dan kebenaran Islam dan wahyu al-Quran dicapai, akal dan kitab
suci akan menjadi sumber utama kepada panduan dan ilmu pengetahuan orang Islam.
Harun Nasution dalam Muktazilah dan Falsafah Rasional (1997), berhujah penggunaan
meluas rasionaliti oleh Muktazilah dalam memajukan pandangan agama mereka dengan
menulis: "Adalah tidak menghairankan penentang Muktazilah seringkali menuduh
Muktazilah sebagai manusia yang tidak memerlukan wahyu, bahawa bagi mereka
semuanya boleh diketahui dengan akal, dan terdapat konflik di antara akal dan wahyu,
bahawa mereka berpegang kepada akal dan meninggalkan wahyu, dan Muktazilah tidak
mempercayai wahyu. Tetapi adakah benar Muktazilah berpendapat semuanya boleh
diketahui melalui akal dan oleh itu wahyu tidak diperlukan? Tulisan-tulisan golongan
Muktazilah menunjukkan sebaliknya. Pada pendapat mereka, akal manusia tidak cukup
kuat untuk mengetahui segalanya dan kerana itu manusia memerlukan wahyu untuk
sampai kepada kesimpulan berkenaan apa yang baik dan apa yang tidak baik untuk
mereka."Posisi Muktazilah tentang peranan akal dan wahyu diterangkan dengan baik
oleh Abu al-Hasan al-Ash'ari (wafat 324 selepas hijrah/935M), seorang ahli teologi
mazhab Ash'ari, dengan mengaitkannya kepada sarjana Muktazilah Ibrahim al-Nazzam
(wafat 231 selepas hijrah/845M):

“ ‫ وكل معصية كان ال يجوز أن يبيحها هللا سبحانه‬،‫كل معصية كان يجوز أن يأمر هللا سبحانه بها فهي قبيحة للنهي‬
‫ وكذلك كل ما جاز أن ال يأمر هللا سبحانه فهو حسن لألمر به وكل ما‬،‫فهي قبيحة لنفسها كالجهل به واالعتقاد بخالفه‬
‫” لم يجز إال أن يأمر به فهو حسن لنفسه‬

Tokoh Muktazilah
Tokoh-tokoh Muktazilah yang terkenal ialah:

1. Wasil bin Ata, lahir di Madinah, pelopor ajaran ini.


2. Abu Huzail al-Allaf (751-849 M), penyusun lima ajaran asas Muktaziliyah.
3. an-Nazzam, murid Abu Huzail al-Allaf.
4. Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubba’i (849-915 M).

Meskipun Muktazilah tiada lagi, namun pemikiran rasionalnya sering dibahas


cendekiawan muslim dan bukan muslim.

Anda mungkin juga menyukai