Anda di halaman 1dari 1

PENCAPAIAN OBJEKTIF

Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang, Ini
bermakna objektif P&P saya telah tercapai.

KEKUATAN P & P

Saya telah mengajar tajuk ‘Diri saya’. Hari ini saya telah menggunakan alat-alat
bantu mengajar yang berwarna-warni. Saya dapati murid-murid saya sungguh seronok
dan dapat memberi respon yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang saya
kemukakan. Saya sungguh puas hati.

KELEMAHAN P & P

Namun begitu, saya dapati saya seharusnya lebih peka terhadap kedudukan
pelajar saya. Saya hanya terperasan ada dua orang pelajar yang terasing daripada
kumpulan yang lain. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar itu tidak memberi
perhatian yang sepenuhnya dan akan ketinggalan dalam pembelajaran.
Selain itu, semasa aktiviti P&P , ada sebilangan pelajar yang menggunakan
bahasa ibunda dalam pertuturan mereka dan saya tidak menegur mereka pada masa
itu. Saya seharusnya memperbetulkan mereka pada masa itu agar tabiat itu tidak
berlarutan.
Pada sesi pameran, pelajar dating ke depan dalam keadaan yang tidak teratur.
Mereka mengelilingi meja tanpa beratur dan tolak-menolak antara satu sama lain. Saya
seharusnya menyuruh mereka beratur dan berjalan dalam barisan untuk melihat hasil
kerja rakan mereka.

CADANGAN
Pada sesi pengajaran akan datang, saya akan memberi perhatian kepada setiap
pelajar dan memastikan mereka berada di dalam kelompok yang sama.

Anda mungkin juga menyukai