Anda di halaman 1dari 5

Pertandingan kalah mati

Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini
akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang
tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalahmati iaitu kalah mati sekali dan kalah
mati dua kali.

(a) Kalah mati sekali

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus
bertanding manakala yang kalah akan tersingkir . Sistem ini sangat sesuai dalam
mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa,
sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini
bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

I. Bilangan peserta menunggu/bye


Bilangan menunggu/bye dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan
menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.
Contohnya: 14 pasukan bertanding
Bilangan penyertaan
-14 pasukan
Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan 16.
Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan.
16-14 = 2
Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/’bye’.
Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara kumpulan
atas dan kumpulan bawah.
Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan pusingan ialah 4. Ini bermakna
peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan.
II. Bilangan perlawanan
Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan cara menolak angka 1
daripada jumlahpeserta atau pasukan
III. Penempatan pilihan atau ‘seeded’
Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebarannya
yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan
kalah mati adalah seperti berikut :
• Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal
• Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan dibawah sekali dan satu lagi di
atas sekali
• Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu digunakan:

(i) Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas.


(ii) Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah.
(iii) Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atau dan penanti 3 diletakkan di
atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4 membuat undian menentukan
kedudukan masing-masing.

(b) Kalah mati dua kali

Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap peserta bermain sekurang-
kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus dari pertandingan. Peserta yang menang
diperingkatawal akan memaju ke kanan untuk menjadi johan manakala peserta yang
kalah ditempatkan ke kiri.

Sekiranya pemenang pertandingan datang dari kumpulan yang telah kalah sekali, maka
pasukan yang tewas boleh meminta satu lagi perlawanan.
KIRI KANAN

Contoh format pertandingan kalah mati 2 kali .

Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 akan
menyandang JUARA/ JOHAN, tetapi jika 1 yang memenangi pertandingan akhir, maka
2 berhak memohon untuk bertanding semula bagi menentukan JOHAN.

Cabar mencabar

(a) Pertandingan Sistem tangga

Dalam sistem ini peserta yang di bawah boleh mencabar dua peserta lain yang berada
di atasnya dengan mengikut kedudukannya. Keistimewaan bentuk ini ialah setiap
peserta ditempatkan mengikut kebolehan mereka di akhir pertandingan. Sistem ini
digunakan dalam pertandingan tinju.
Peserta Kedudukan

Jika peserta yang mencabar peserta di atas menang, peserta mencabar akan
mengambil alih kedudukan peserta yang dicabar. Peserta dicabar akan turun satu
tangga ke bawah.

(b) Pertandingan bentuk piramid atau corong.

Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara berlawan sesama sendiri
mengikut tingkatnya pada peringkat awal. Peserta yang berjaya di kalangan mereka
akan naik setingkat sehingga ke puncak piramid atau corong.
c) Pertandingan bentuk corong.

Anda mungkin juga menyukai