Anda di halaman 1dari 20

TEKNIK MENJAWAB

BAHASA MELAYU PMR


KERTAS 1 (02/1)
“TAK KENAL MAKA TAK CINTA”
Teknik Menjawab soalan BM kertas 1

- KENALI KERTAS ANDA !

1. Kertas ini dikenali dengan kod 02/1 PMR


2. Mulai tahun 2005, terdapat perubahan format, iaitu
jumlah soalannya terdiri daripada 40 soalan objektif.
3. Jumlah masa yang diperuntukkan juga berubah, iaitu
hanya 1 jam sahaja.
PEMBAHAGIAN BM KERTAS 1

Soalan 1 – 7
Merupakan soalan – Penggunaan pelbagai jenis kata,
imbuhan dan kata ganda dalam ayat.

Tip Menjawab
1. Soalan jenis ini, sebenarnya merupakan bentuk soalan
yang memang dikemukakan dalam Kertas 1 Bahasa
Melayu PMR, pada setiap tahun.
2. Justeru, para pelajar boleh merujuk kertas soalan pada
tahun-tahun yang lepas untuk membiasakan diri
pelajar dengan bentuk soalan tersebut.
3. Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan
tatabahasa dan penguasaan kosa kata yang mantap.
Bagi tujuan ini adalah mustahil untuk pelajar
menghafal kesemua kosa kata yang terdapat dalam
kamus.
4. Kaedah yang lebih efektif adalah dengan banyak
membuat latihan dan merujuk kamus. Logiknya,
semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin
banyak kosa kata yang anda kuasai.
Contoh
Lukisan yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu menunjukkan bahawa
pelukisnya mempunyai _________ yang tinggi.
A daya nukilan
B daya rasa
C daya imaginasi
D daya upaya
Soalan 8 – 14
Merupakan soalan mengesan kesalahan umum
tatabahasa sama ada dari segi:
(a)    Kesalahan dari segi penggunaan kata;
(b)    Kesalahan dari segi penggunaan frasa;
(c)    Kesalahan dari segi struktur ayat;
(d)    Kesalahan dari segi penggandaan;
(e)    Kesalahan dari segi pemajmukan; dan
(f)     Kesalahan dari segi pengimbuhan.
Tip Menjawab
1. Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi,
penguasaan tatabahasa adalah sangat penting.
2. Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan
dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan
bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam
kertas soalan.
Contoh: tepak-tapak, rasmi-resmi, tembok-tembuk
-di dalam/dalam, demi untuk/untuk, pada/kepada,
dari/daripada
3. Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai
bahan untuk mengukuhkan penguasaan tatabahasa
anda.
4. Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu
amalan terutamanya semasa membaca akhbar atau
majalah.

Contoh
Datuk Abdul Malik menempah sejarah kerana berjaya
A B
merentasi Selat Inggeris. Tiada kesalahan
C D
Soalan 15 – 17
Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul
dalam sesebuah ayat.

Tip Menjawab
1. Jumlah soalan hanya 3 sahaja. Namun, soalan ini agak
mengelirukan jika penguasaan kosa kata pelajar lemah
2. Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah dengan
mengenal pasti terlebih dahulu penggunaan kata yang salah.
Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor
jawapan itu
3. Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal
pasti kesalahannya.
4. Walau bagaimanapun, latihan dan persediaan awal amat
perlu untuk memudahkan para pelajar menjawab soalan-
soalan jenis ini.
Soalan 18 – 21
Soalan dalam kumpulan ini ingin menguji pengetahuan
sintaksis para pelajar. Para pelajar diminta mengenal
pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul
atau salah. Jika didapati salah, pilih jawapan yang tepat
bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu

Tip Menjawab
1. Baca bahagian yang bergaris itu dengan teliti. Cuba
kenal pasti aspek-aspek tatabahasa yang terdapat
dalam ayat yang digaris itu. Misalnya, sama ada, dari
aspek imbuhan, kata ganda, struktur ayat, atau
pemajmukan.
2. Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk
mendapat jawapan yang betul. Mana-mana jawapan
yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong.
3. Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin
berkurang, maka memudahkan anda untuk membuat pemilihan.
Namun, seperti biasa, penguasaan tatabahasa amatlah mustahak.
Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan
penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.

Contoh
Subhi menceritakan tentang pengalamannya semasa mendaki
Gunung Ledang di Johor.

A cerita tentang pengalamannya (x) = tiada imbuhan ber-


B bercerita tentang pengalaman dia (x) = dia digantikan dengan –nya.
C menceritakan pengalamannya ()
D menceritakan tentang pengalamannya (x) = kata kerja berimbuhan
–kan tidak menerima kata sendi nama; tentang.
Soalan 22 – 24
Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini
memang popular sejak dahulu lagi. Pelajar diuji untuk
mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang
sama tetapi berbeza dari segi strukturnya.

Tip Menjawab
1. Pelajar mesti membaca ayat utama dengan teliti dan
cuba memahaminya.
2. Isi utama yang terkandung dalam ayat itu hendaklah
dikenal pasti dan ditandakan. Biasanya tiga.

Contoh
Lawatan ke pusat kraf tangan itu bertujuan untuk
mendedahkan penduduk kampung supaya mereka dapat
memanfaatkan hasil bumi tempatan.
3. Kemudian, kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang
mengandungi ketiga-tiga isi tersebut.

Contoh
Setelah melawat pusat kraf tangan itu, penduduk
kampung mendapat pendedahan tentang bagaimana
hendak memanfaatkan hasil bumi tempatan.

4. Soalan ini kadangkala sangat mengelirukan. Oleh itu,


pelajar harus teliti dan sentiasa memeriksa semula
jawapan anda.
Soalan 25 –27
Soalan ini ingin menguji pelajar supaya memilih gabungan ayat
yang betul tatabahasanya sahaja. Jumlah ayat yang diberi
adalah sebanyak empat.

Tip Menjawab
1.  Di samping mencari ayat yang betul dari segi tatabahasanya,
para pelajar juga
boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata
kesalahannya.
2. Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi
ayat itu dipotongkan. Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa
ayat sahaja yang perlu dianalisis.
Contoh
I Rumah silam itu kelihatan sungguh menyeramkan.
II Hampir setiap malam ibu bertemankan air mata.
III Setiausaha Encik Ali bukan sombong, hanya bersikap
tegas. (x) (sombong = kata adjektif; sepatutnya = tidak)
IV Puan Tan terpaksa melahirkan kedua-dua orang anaknya
itu melalui pembedahan kerana dia menghidap penyakit
darah tinggi.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja (x)
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja(x)
(Jawapan yang tepat ialah C kerana ayat perkataan silam pada
rumah tidak boleh digunakan dan jawapan yang sebenarnya ialah
usang.)
Soalan 28 – 30
Soalan tentang peribahasa.
            1. Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang
peribahasa.
            2. Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar
harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasa-
peribahasa yang terkandung di dalam buku teks Bahasa
Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.

Tip Menjawab
1. Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks.
2. Cari maksud dan makna peribahasa tersebut.
    3. Cuba gunakan peribahasa di dalam ayat atau dalam
karangan pelajar.
Soalan 31 – 35
Pemahaman Prosa (KOMSAS)
 
Soalan 36 – 40
Pemahaman Puisi (KOMSAS)

Tip Menjawab
1. Pelajar perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya
dua kali. Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang
berkaitan dengan soalan sahaja.
2. Kemudian, bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan
dengan teliti.
3. Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali,
antara berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak
benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan
sebagainya. Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas,
maka pelajar akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan.
4. Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:
(a) Soalan pemahaman berdasarkan petikan;
(b) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan;
(c) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan
prosa atau puisi.
Soalan (a)
Pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Cuba
kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.

Soalan (b)
Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi
berdasarkan petikan sahaja.

Soalan (c)
Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan
keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.

       5. Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan pemahaman dengan baik,
pelajar wajarlah menguasai pelbagai aspek sastera yang diajar oleh guru.
Kesimpulan

1. Soalan BM Kertas 1 ini boleh dipecahkan kepada tiga iaitu:


a. Senang (soalan 1 - 14 dan 31 - 40)
b. Sederhana (Soalan 15 - 21)
c. Susah (soalan 22 – 30)
2. Pelajar dikehendaki menjawab soalan aras senang dahulu,
sederhana dan susah.
3. Kaedah ini bertujuan menjimatkan masa pelajar untuk
menjawab secara sistematik.

“Selamat Mencuba Kaedah ini”


SEKIAN,TERIMA KASIH
SELAMAT BERJAYA

Anda mungkin juga menyukai