Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBQE2103:AL-TAJWID

SEMESTER SEPTEMBER 2010

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama ada
menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 “Times
New Roman” dan langkau baris 1.5.

3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.

5. Anda perlu menghantar tugasan kepada tutor bersemuka.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 4. Serahan


selepas tarikh tidak akan diterima.

7. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

8. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti
yang tepat dan relevan.

9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang
diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan.
SOALAN TUGASAN

Ilmu Tajwid merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut
lafaz Al-Quran. Ia merupakan tonggak kepada rangkaian ilmu-ilmu lain yang berkaitan
Al-Quran. Sebagai guru Pendidikan Islam sekolah rendah, anda diminta untuk membuat
satu kajian tentang mutu bacaan Al-Quran dengan bertajwid di kalangan pelajar-pelajar
tahun 6 atau tahap 2 sekolah anda. Bilangan responden hendaklah sekurang-kurangnya 30
orang dalam aliran yang sama. Metodologi kajian yang boleh anda jalankan ialah ujian
bacaan secara talaqqi musyafahah dan soal jawab berkaitan hukum tajwid.

Dengan menjadikan Surah Al-’Alaq dan Surah Al-’Aadiyaat sebagai modul ujian bacaan,
kajian anda hendaklah mendasari aspek-aspek berikut dalam membuat penilaian terhadap
bacaan responden :

1) Ketepatan makhraj dalam menyebut huruf.


2) Kesempurnaan ketika mendatangkan sifat huruf.
3) Kesempurnaan dalam hukum Nun Sakinah dan Tanwin.
4) Kesempurnaan dalam hukum Mad.
5) Menyempurnakan Waqaf dan Ibtidak dalam bacaan.

Di akhir tugasan anda diminta mengenalpasti kelemahan keseluruhan responden dalam


aspek bacaan dan mencadangkan beberapa pendekatan khusus untuk meningkatkan mutu
bacaan Al-Quran di kalangan murid-murid sekolah rendah.

)markah 30(
PANDUAN PELAJAR

Format Tugasan:
a) Muka hadapan
b) Senarai isi kandungan
c) Abstrak (meliputi latarbelakang kajian, objektif, metodologi dan jangkaan
hasil/dapatan kajian) (antara 150 – 200 patah perkataan)
d) Bab 1 : Pendahuluan
e) Bab 11 : Pengenalan Skop dan Tempat kajian.
f) Bab 111 : Hasil kajian (Analisis mutu bacaan pelajar- Surah Al-‘Alaq&Al-‘Adiyaat)
g) Bab 1V : Penutup yang merangkumi kesimpulan dan cadangan
h) Rujukan
i) Lampiran (jika ada)

Panduan Penulisan
1. Senarai rujukan yang tidak kurang dari enam buah buku dan sekiranya
terdapat lampiran yang berkaitan, ia hendaklah disertakan.
2. Bilangan muka surat antara 10 – 15, tidak termasuk lampiran.
3. Tugasan ini hendaklah dijalankan secara individu di sekolah masing-masing.
4. Lampiran senarai nama pelajar yang dijadikan responden hendaklah
disertakan sebagai bahan bukti kajian.
5. Analisis kajian boleh dipersembahkan dalam bentuk carta atau graf. Huraian
terhadap dapatan hasil kajian perlulah disertakan.

(30 markah)
PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar memahami kehendak
soalan dengan betul.

2. Membantu membuka minda pelajar terhadap penyelesaian tugasan.

3. Totor juga hendaklah mencadangkan beberapa contoh kitab Tajwid yang boleh
dijadikan bahan rujukan.

4. Memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah


dan memasukkan markah ke dalam OMES.

5. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan.

6. Tutor perlu membimbing pelajar memahami metodologi yang biasa digunakan


dalam menyiapkan tugasan.

7. Tutor yang mempunyai hasil kerja ilmiah berkaitan Tajwid bolehlah berkongsi
bahan tersebut bersama pelajar.

Anda mungkin juga menyukai