Anda di halaman 1dari 2

Kajian Cerpen “Azam Kemerdekaan”

(Sinopsis, Watak Dan Perwatakan, Tema)

Sinopsis Cerpen “Azam Kemerdekaan”.

C erpen ini menceritakan mengenai watak yang dikenali ‘Aku’ telah bermimpi bahawa
dia terperangkap di sebalik dinding-dinding kaca. ‘Aku’ melihat orang ramai
berpusu-pusu menuju perkuburan. ‘Aku’ telah berjihad dan bertekad untuk tidak
melakukan perkara-perkara yang mungkar melanggar hukum agama Islam kerana sekarang
adalah zaman yang sudah dijabkabulkan dengan zaman kemerdekaan. Namun ada peristiwa
aneh telah berlaku iaitu ada di antara mereka yang kelihatan tunduk dan menangis seperti
tidak merestui kedatangan tahun 1984. Ada keluarga yang mempunyai anak seramai tiga
belas orang masih berkemampuan untuk membiayai anak mereka walaupun sumber
pendapatan tidak seberapa. Ada pula yang mempunyai anak satu tetapi sudah diberi pil
perancang keluarga. Di zaman kemerdekaan ini, ramai orang sanggup menerima rasuah
untuk meraih kejayaan. ‘Aku’ melihat keluarga yang dahulunya menjual tanah dan nama
kepada bangsa asing untuk kepentingan diri dan sekarang telah mengalami kesusahan serta
tidak mempunyai tanah. ‘Aku’ menasihatkan rakyat yang cuma tahu bersenang lenang serta
tidak mahu berusaha yang beranggapan bahawa kerajaan telah menyediakan segala
kemudahan. ‘Aku’ begitu marah kepada rakyat anti nasionalisme dan ‘aku’ rasa tercabar
apabila dikatakan sebagai pengecut. Namun malangnya ‘aku’ tidak berupaya untuk
menembusi dinding-dinding kaca untuk mempertahankan hal negara dan dirinya. ‘Aku’
merasa takut anak cucunya dijadikan mangsa oleh syaitan-syaitan. Akhirnya ‘aku’ terjaga
dari mimpinya apabila terdengar azan bagi solat Subuh dan bermulalah hatinya membara
penuh keazaman semangat kemerdekaan.

Watak Dan Perwatakan Dalam Cerpen “Azam Kemerdekaan”.

a) Aku
 berperanan sebagai watak protagonis
 mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi
 merasa sangat benci kepada rakyat anti nasionalisme serta rakyat yang suka bersenang
lenang tanpa berusaha.
 mengalami mimpi buruk iaitu berada dalam satu situasi yang aneh dan ganjil.
 mempunyai semangat kemerdekaan yang berkobar-kobar.

Disediakan oleh: Cikgu Haji Abdul Hakim Bin Jaya


b) Orang Tua
 berperanan sebagai awatak sampingan
 Orang Tua ini pernah meminta tolong kepada watak ‘aku’ untuk mencari anak-anak
dan cucu-cucunya yang telah hilang.
 telah menjual tanah dan maklumat kepada bangsa asing
 pernah menjual nama kerajaan dan kuasanya untuk kepentingan dirinya.

c) Rakyat
 rakyat adalah watak yang mempunyai pertentangan pendapat dengan watak ‘aku’
 rakyat suka hidup bersenang lenang tanpa usaha
 rakyat berpendapat bahawa segala kemudahan telah disediakan oleh kerajaan
 rakyat suka bersukaria dan berpesta.
 rakyat beranggapan bahawa mereka tidak perlu bersusah payah lagi untuk hidup
senang.

Tema Cerpen “Azam Kemerdekaan”.

Cerpen ini mempunyai tema yang tersendiri yang cuba diungkapkan oleh si penulis. tema
cerpen ini boleh dikatakan sebagai “Perjuangan Untuk Mempertahan Hak Warga Tempatan”.
ini terbukti melalui watak dan perwatakan ‘Aku’ yang begitu bersemangat untuk
memperjuangkan hak asasi anak-anak tempatan serta hak kerajaan.

Disediakan oleh: Cikgu Haji Abdul Hakim Bin Jaya

Anda mungkin juga menyukai