Anda di halaman 1dari 6

Politik damai

Nukilan Nik Abduh Nik Aziz

Salam Kamunting,

Ramai datang bertanya saya mengenai rundingan PAS-UMNO. Saya jadi


laku untuk disoal sebab saya sendiri telah menulis di laman ini
mengenainya. Saya menyokong, sedang yang bertanya itu pelbagai. Ada
yang datang bertanya sambil membawa kalungan tahniah, ada
yang membawa selambak kekeliruan dan yang betul - betul berang dan
marah, belum datang lagi walaupun ada yang memang betul - betul
berang dan marah dengan tulisan saya.

Bila saya jawab, harapan saya ia menenangkan mereka. Itulah harapan


daripada sebuah jawaban. Tapi, siapalah saya untuk menenangkan semua,
sedang persoalannya adalah besar. Ia isu terbaru politik semasa walaupun
ia bukanlah baru dalam politik Malaysia, apatah politik Islam.

Saya rasa elok untuk dikongsi beberapa persoalan dan jawaban yang
merungkai.

1) Bila Islam akan berdaulat di Malaysia dan bagaimana?

Jawaban saya: Bila itu janji Allah. Bila Allah berjanji maka janjiNya adalah
benar dan dekat. Dunia ini terlalu dekat dan akhirat itu tidak jauh.
Cukuplah bagi seorang mukmin itu sebuah keyakinan yang terpaku di
hatinya. Keyakinanlah asas segala pergerakan dan natijahnya.

Bagaimana? Ia berlaku dengan sunnah Allah dan jadualNya. Islam itu


milikNya dan kita hanya menikmati perjalanannya. Apabila Allah
menghendaki, dijadikan hambaNya yang beriman itu tersedia dengan
kekuatan yang cukup, kualiti dan kuantiti, lalu tercetuslah kemenangan
yang di nanti.

Kualiti itu mendahului. Ia bermaksud taqwa, ikhlas dan menjadikan ar


Rasul sebagai ikutan ( mutaba’at ul Rasul ). Kemudiannya adalah kuantiti.
Dihijrahkan ar Rasul sallaLlahu alaihi wasallam demi menyempurnakan
tuntutan bilangan yang diperlukan untuk sebuah kemenangan Islam. Dulu
satu mampu menewaskan sepuluh. Adapun untuk ummat Nabi akhir
zaman, ia memerlukan satu jumlah yang lebih baik ( Rujuk al Anfal:64-
65 ).

Bagaimana di Malaysia? Ia sama. Sunnah Allah berjalan. Dalam bicara


konteks demokrasi pilihan raya hari ini, Islam akan berdaulat dengan
penyempurnaan tuntutan sunnahNya jua.

Kita perlukan undi kualiti. Setiap kita ada satu undi. Tetapi undi seorang
‘Carburator Dung’ untuk PAS tak sama dengan undi seorang tuan guru.
Undi tuan guru mengaut ribuan undi pengikutnya. Itulah undi kualiti.
Jikalah kita pemilik undi kualiti..

Maka tiadalah jalan untuk perjuangan ini tanpa kehadiran para ulama yang
bertaqwa.

Kemudian, kita perlukan undi umat Islam yang ramai. Islam didaulatkan
oleh umatnya jua. Tiada dalam sunnah Allah golongan bukan Islam
menjadi pendukung kemenangan sebelum umat Islam sendiri. Mereka
sekadar membantu. Sesetengah mereka yang dibuka pintu hatinya oleh
Allah. Allah memegang hati setiap manusia.

Bangsa Melayulah yang akan memenangkan Islam di Malaysia jika ianya


hari ini. Melayu adalah kekuatan Islam. Yang akan memenangkan Islam di
Malaysia adalah Melayu PAS, Melayu UMNO dan semua Melayu.
Kemudiannya adalah undi muslim bukan Melayu. Undi mereka mungkin
lebih berkualiti tetapi bukan pada kuantitinya.

Kemudiannya pula adalah undi bukan Islam. Beberapa individu bukan


Islam ( musyrikin ) membantu RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam di
dalam perjuangan baginda. Di dalam negara kita, akan ada sekelompok
bukan Islam yang terpesona dengan Islam dan kecewa dengan sistem lain
yang akan membantu Islam. Ramaikah? Mungkin, tetapi ia tak mungkin
diimpikan daripada mereka melebihi harapan kepada umat Melayu Islam
sendiri.

Gobala mungkin ya, tetapi belum lagi Tian Chua, apatah Xavier Fernandes.

Di Kelantan, Islam tidak menang kecuali sesudah Melayu UMNO dan


Melayu atas pagar beralih kepada PAS. Sama ada mereka mendaftar
sebagai ahli PAS atau Allah memaut hati mereka untuk mengundi PAS.
Jadilah PAS menang dalam demokrasi berpilihan raya.

Justeru, kemenangan Islam adalah melalui gerakan Islam yang dipimpin


ulama ( kualiti ) dengan sokongan bangsa Melayu seramainya.

Jika anda memahami ini, maka anda akan faham mengapa orang UMNO
begitu bernilai untuk PAS demi kemenangan Islam.

Jika anda memahami ini, maka anda akan faham bagaimana mendekati
UMNO adalah tuntutan yang tidak akan berubah dan pudar.

Jika anda memahami ini, anda akan faham betapa berusaha memecahkan
tembok keras UMNO yang memagari dan menutup orangnya daripada
didekati adalah tuntutan sepanjang masa.

Jika anda sudah faham, fahamilah bahawa berunding dengan UMNO yang
telah membuka pintu itu adalah peluang keemasan untuk
memperkenalkan Islam kepada ahli UMNO yang telah lama dikongkong
pemikiran mereka.
Saya mengupas dalam konteks kita di dalam sistem demokrasi hari ini.
Allah lebih tahu bila dan bagaimana sebenarnya. 1% adalah usaha, 99%
adalah tawakkal. Sekelumit kecil daripada kita. Itupun kerana Allah
inginkan untuk kebaikan kita. Seagungnya adalah penyerahan segala daya
dan upaya kepada Allah jua. Itulah akidah kita para pejuang.

2) Tidakkah UMNO itu ditakuti kejahatan mereka dan disempadani


tipu daya dan makar mereka? Apa lagi yang diharapkan daripada
mereka selepas mereka sendiri menetang Islam mendahului DAP
sendiri?

Jawaban saya: Ya, sejarah kejahatan UMNO siapa boleh mengubahnya?


Tipu daya adalah sebahagian kejahatan. Tetapi, adakah penyelesaiannya
adalah dengan hanya menjauhinya? Sedang anda memerlukan orang
UMNO untuk didekati. Memanggil dari jauh tidak sama dengan memanggil
dari dekat. Dari dekat anda mudah didengari dan mudah dikenali.

Adakah kita ini buruk sehingga dijauhi sesudah dikenali atau kita pasti
didampingi sesudah dikenali kebaikan kita?

Kemudian, adakah kita sudah begitu lemah untuk berhadapan tipu daya
mereka? Mengaku kalah sentiasa selepas perit ditipu berkali - kali. Adakah
kita lemah atau bilakah pula kita akan gagah? Tidakkah kita sendiri yang
berkata dan berbangga bahawa kitalah lebih kuat hari ini?

UMNO jahat kerana mereka berkuasa. DAP sudah pun tunjuk belang
sebelum mereka berkuasa. Mereka tidak pernah menerima sistem Islam.
Hanya wujud beberapa individu yang tampak bersedia menerima. Apa
beza dengan UMNO? Anda yakin mereka lebih baik? Yakin? Atau itu hanya
satu telahan daripada jutaan. Anda kata UMNO sudah terbukti. Saya kata,
DAP sudah terbukti. Adakah anda menunggu bukti sesudah mereka
berkuasa?

Kemudian, sudahkah anda membaca dan memahami ayat ini ( al Anfal:61-


62 ) sejelasnya sebelum anda bermati - matian bertempik - tempik
menolak rundingan dan menganggap bodoh terhadap penerima rundingan
( sebagaimana ucapan seorang pemimpin di PUTIK ) ?

Mari saya tuliskan maksudnya: “Dan jika sekiranya mereka ( musuh )


condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah
perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah
tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka
mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai
pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan
pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”

Lebih cemerlang jika anda memahami bagaimana ayat ini menyusul


selepas ayat ke 60 dan disusuli ayat 63. Di situ ada keindahan sungguh.
Belajar berilmu dan jangan asyik membodohkan orang. Nanti kamu
diperbodohkan.
Ayat di atas mudah difahami maksudnya. Tetapi anda akan lebih jelas jika
menelaah tafsirnya. Cari dan baca sendirilah. Saya malas nak tulis panjang
- panjang.

Kemudian pula, sudahkah anda meneliti dan fana dengan fiqh perjanjian
Hudaibiyah di antara ar Rasul dan kaumnya yang musyrikin di Makkah?
Jelaskah di kotak faham anda bagaimana demi perdamaian dan keluhuran,
ar Rasul memilih penangguhan 10 tahun ( atas kertas perjanjian )
memasuki Kota Makkah dengan kemenangan daripada memilih
kemungkinan kemenangan keesokannya melalui serangan dan libasan
pedangnya yang perkasa ke atas kota pembukaan itu?

Cerita panjang Hudaibiyah bacalah sendiri. Ada masa saya akan ulas,
insya Allah. Sekarang saya malas.

Kita hanya tahu politik perang dengan UMNO. RasuluLlah tahu berperang
dan tahu berdamai dengan UMNO Makkah. Baginda mengajar kita politik.

Adakah anda tak nak belajar politik damai sesudah anda mahir politik
perang? Nak tak nak? Hah..?

Atau, jika anda mahu menjenguk ke Palestin hari ini, maka di sana ada
pelajaran.

Israel itu zalim dan terzalim. Ia membunuh dan membakar. Antara


senjatanya, perjanjian damai. PLO seribu kali terperangkap dalam
perdamaian. Kemudian datang HAMAS yang lebih baik sebagai pengganti
demi perjuangan yang lebih suci.

Adakah HAMAS berkata, NO for peace with Israel? Tidakkan? HAMAS


terlibat dengan pertemuan, rundingan dan gencatan senjata dengan
Yahudi itu. Bezanya, HAMAS lebih sedia dan lebih cemerlang berbanding
PLO dan Fatah sebelumnya. HAMAS pun ditipu, tetapi Israel mengaku
HAMAS semakin kuat.

Begitu politik damai!

PAS dan HAMAS, pada perjanjian Hudaibiyah itu adalah ikutan yang baik
buat semua pejuang Islam.

Saya tidak akan kata PAS pasti bertambah kuat selepas berdamai dengan
UMNO. Saya hanya akan kata, PAS mungkin akan bertambah kuat. Pandai -
pandailah pemimpin kita bawa diri. Struktur parti PAS gagah untuk
membuat keputusan. Saya yakini.

UMNO tidak akan rugi jika PAS kuat. UMNO hanya rugi jika mereka
semakin jauh daripada Islam. PAS untuk semua. PAS untuk UMNO dan PAS
untuk bukan Islam juga.
3) Bagaimana dengan PKR? Tidakkah kita diangap pengkhianat?
Kita pengkhianat rakyat?

Saya yakin PKR tidak akan dipinggirkan. Salah besar jika PAS
meminggirkan PKR. Tetapi salah lebih besar jika PKR meminggirkan Islam.
Jika PKR meminggirkan kepentingan Islam, PKRlah yang mengkhianati PAS.

Saya hanya tahu bahawa PAS berkerja sama dengan PKR sesudah wujud
persefahaman bahawa PKR, jika diberi kuasa bersama, mereka akan
memberi ruang lebih selesa untuk Islam dan menyekat usaha - usaha
membantutkan laluan kepada Islam. Itulah yang saya tahu dan itulah yang
anda kena tahu kerana itulah siasah syar’ieyah pada segala maksudnya (
maqasid ).

Selepas pilihan raya yang menyaksikan segenggam kuasa telah diberi dan
PKR diberi mandat untuk terus memburu kuasa, PAS menuntut satu
penegasan semula atas jaminan sebelumnya.

Apakah jaminan untuk Islam yang lebih baik jika bersama PKR? UMNO
sudah datang dengan tawaran baru yang tidak pernah dicadangkannya
sebelum ini. UMNO datang begitu sebab mereka lemah dan mereka
mengaku kita kuat hari ini. Saya yakin tawaran UMNO menggiurkan. Di
dalamnya ada madu. Di dalamnya ada racun juga.

PAS perlu mengukur pada pengukur Allah. PAS hanya setia pada satu iaitu
Islam. Selagi Islam, PAS tidak akan khianat pada rakyat. Ini, kecualilah
rakyat lari daripada Islam. Maka jangan kata PAS khianat. Yang khianat
ialah rakyat.

Politik tiada hukum selain siasah syar’ieyah. Siasah syar’ieyah bergerak


bagai air yang mengalir. Di mana Islam dijunjung, di situlah ia bertakhta.

Jangan hidup dalam teka teki kehidupan. Teka teki


membingungkan. Hiduplah pada yang pasti. Tiada yang pasti selain Islam.

4) Adakah PAS akan bergabung dengan BN?

Dua yang saya tahu dan dua yang saya tak tahu.

Yang saya tahu ialah pertemuan telah berlaku. Mungkinkah akan wujud
persefahaman, saya tak tahu.

Yang saya tahu ialah tiada pernah wujud usaha bergabung dengan BN. Ia
jauh sekali dari tuntutan siasah syar’iyah hari ini. Mungkinkah ia berlaku,
saya tak tahu.

Saya harapkan persefahaman berlaku demi Islam. Saya tak harapkan


penggabungan berlaku. Saya tak nampak baiknya berbanding hodohnya.
5) Tidakkah ahli PAS akan marah jika perdamaian PAS - UMNO
berlaku? Bagaimana jika rakyat marah, apatah bukan Islam?

Adakah anda boleh bayangkan ahli PAS akan marah pada pemimpinnya?
PAS bergerak dalam kerangka sebuah gerakan Islam. Ia hidup dengan
kekuatan sendiri yang tiada dalam parti politik lain. Dengan jaminan
seorang ketua dan syura yang ditaati, adalah sukar dibayangkan ahli
bangkit melawan.

Marah itu mungkin berlaku. Marah itu tanda sayang. Marah itu akan reda
bila datang keredhaan.

Ya, rakyat mungkin marah sesetengahnya. Tapi ia akan diganti dengan


yang lain. Rakyat adalah sokongan yang ditagih, tetapi dalam politik ia
seperti angin. Ia datang dan ia berlalu. Yang tetap hanyalah daripada yang
memahami perjuangan.

Begitulah bukan Islam. Dalam sejarah politik Malaysia, PAS bukan


pengkhianat bangsa dan negara, apatah agama.

Anda mungkin juga menyukai